You are on page 1of 4

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SUMBANGAN HARI RAYA

2015M/1436H
13 JULAI 2015

Yang Berbahagia, ______________________, ________________ PIBG SK Padang


Tembak 1,

Yang berusaha, En. Abdul Rahim bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1,

Yang dihormati,Pn Noridah bt Hashim, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn. Hjh
Norzaitah bt Abu Tahrim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

lembut bicara mengucapkan salam


tangan dihulur penuh kemesraan
majlis bermula bersulamkan kalam
ahlan wa sahlan kami ucapkan

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua atas kesudian hadir
dan menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2015..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya
jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudahmudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.
#######

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Ust Hazman bin Husin untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Generasi berilmu ibarat permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Hadirin sekalian,
Seterusnya perarakan murid-murid Tahun 6 diketuai Al-Fadhil Ustaz Ahmad
Solihin b. Sabani selaku Khalifah Tadarus masuk ke dalam dewan untuk
memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari
ini.Namun, majlis kita masih belum selesai.
Jauh merarau si burung bayan
Pulang bersarang di tepi rimba
Kehadiran tuan menjadi ingatan,
Hati yang ikhlas terpahat di jiwa

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, En. Abdul Rahim b. Abu, Guru
Besar SK Padang Tembak 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

Duduk segak wajah tampan


berbudi pekerti manis senyuman
marilah mendengar penuh perhatian
ucapan Wakil PIBG yang disampaikan
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia ,_______________________,
___________ PIBG SK Padang Tembak 1 untuk menyampaikan ucapan .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Sekalung penghargaan buat ________________________ atas ucapan sebentar tadi.
#########
Acara seterusnya ialah penyampaian saguhati kepada muridmurid Tahun 6
yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran serta acara penyampaian
Sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan anak yatim. Majlis dengan
berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Encik Abdul Rahim b. Abu,Guru
Besar SK Padang Tembak 1 untuk naik ke atas pentas. Dipersilakan.

Dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Solihin b. Sabani selaku Khalifah Tadarus.

Dipersilakan murid-murid Tahun 6 untuk menerima saguhati.

Seterusnya,penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan anak


yatim hasil derma ikhlas Tabung Infa Ramadhan yang dilancarkan sempena
Program Ihya Ramadhan serta orang perseorangan yang dermawan dan
prihatin.

Dipersilakan penerima Sumbangan Hari Raya: **(baca)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih

Yang berusaha Encik Abdul

Rahim b. Abu,Guru Besar SK Padang Tembak 1 atas kesudian


menyempurnakan acara sebentar tadi.

Seterusnya , penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah


dijalankan sepanjang Program Ihya Ramadhan diadakan

Dengan itu, majlis mempersilakan


__________________________________________________
untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Encik Abdul
Rahim b. Abu,Guru Besar SK Padang Tembak 1 menyampaikan saguhati
kepada ______________
____________________ kerana sudi hadir ke majlis kita pada pagi ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Encik Abdul Rahim b. Abu,Guru
Besar SK Padang Tembak 1 atas kesudian beliau menyampaikan tanda hati
sebentar tadi.
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran&Sumbangan Hari Raya mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah, majlis

kita

sudah

sampai

di penghujungnya.Saya mewakili

seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana , ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur


dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis
kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum
wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas
salamah.

You might also like