You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Teknik vokal adalah pengetahuan tentang cara-cara menghasilkan vokal yang baik dan jelas
sehingga mudah diterima, dimengerti isi maksud-maksud yang disuarakan oleh mulut. Menerusi
kerja kursus ini menekan teknik ekspresi dalam nyanyian. Ekspresi adalah terkandung dalam
konsep muzik dan merujuk kepada konsep muzik ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan
perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Di dalam kerja
kursus ini menekankan pelbagai jenis ekspresi yang perlu dikuasi oleh murid dalam nyanyian.

BAHAGIAN A : PENULISAN AKADEMIK


Teknik ekspresi amat penting dalam mempengaruhi nyanyian murid di dalam pengajaran dan
pembelajaran nyanyian di sekolah rendah. Ekspresi adalah terkandung dalam konsep muzik
dan merujuk kepada konsep muzik ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan
fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran
ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan. Teknik-teknik
ekspresi yang terkandung dalam vokal adalah dinamik dan tempo, legato, attack and release,
stail dan perangkaian.
Dinamik dan Tempo
Dinamik adalah merupakan cabang di dalam elemen ekspresi. Maksud dinamik dari segi
muzikal ialah merujuk kepada kekuatan atau kelembutan sesuatu bunyi dalam sesuatu lagu.
Merujuk dari sebuah laman web bertajuk Study.com, dinamik bermaksud kuantiti sesuatu bunyi
yang dihasilkan. Selain itu, dinamik merupakan satu cara untuk ekspresi pada sesebuah karya.
Melalui penggunaan dinamik, emosi sesebuah karya tersebut dapat disampaikan dengan baik
kepada pendengar. Contoh dinamik yang biasa digunakan ialah seperti kuat (Forte,f), lembut
(Piano,p), semakin kuat (Cresendo) dan semakin lembut (diminuendo). Penggunaan dinamik
dalam vokal atau nyanyian pula ialah kuat atau lembut nyanyian seseorang berdasarkan simbol
dinamik yang terdapat pada skor. Ketika murid mengaplikasikan dinamik dalam nyanyian, murid
dapat merasai perbezaan dinamik ketika menyanyi iaitu di mana bahagian yang kuat dan
lembut. Selain itu juga murid dapat memahami dan merasai lagu dengan lebih baik dan cepat,
dan secara tidak langsungmurid dapat meningkatkan teknik nyanyian murid.

Seterusnya adalah mengenai tempo dan tempo juga adalah terkandung dalam elemen
ekspresi. Tempo merupakan tanda cepat atau perlahan sesuatu lagu dimainkan atau
dinyanyikan. Tempo boleh dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu tempo cepat (presto, vivace),
normal atau sedang (andante, moderato) dan lambat (lento). Selain itu tempo juga mempunyai
simbol-simbol yang tersendiri seperti menjadi lambat (rit. = ritartdando) atau (rall. = rallentando),
semakin cepat (acc. = accelerando) dan mendesak tempo dipercepat (string. = stringendo).
Dalam nyanyian tempo amat penting sekali kerana tanpa tempo yang betul dan tetap sesuatu
nyanyian tidak sedap didengari. Nyanyian murid yang mengikut tempo yang betul dapat
menjadikan nyanyian sesebuah lagu menjadi lebih seronok didengari dan tambahan lagi
mendidik murid untuk menjadi lebih berdisiplin dalam nyanyian. Ketepatan interpretasi tempo
pada suatu lagu akan menghasilkan sesuatu yang menarik. Jika keliru menafsirkan akan
mempengaruhi karakter lagu tersebut. Oleh itu, perlulah mencuba lagu dengan tempo yang
tidak sama kemudian tentukan tempo mana yang paling sesuai. Disamping itu juga tempo juga
berperanan dalam

mempengaruhi mud sesebuah lagu. Lagu yang ceria kebiasaannya

temponya cepat atau sedang-sedang, manakala bagi lagu yang sedih atau mendayu temponya
agak perlahan atau lambat. Penggunaan tempo yang betul mengikut mud lagu oleh murid
menyebabkan nyanyian mereka lebih berkesan dalam menyampaikan emosi sesebuah lagu.
Mud ialah membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam
bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang,
sedih, bersemangat dan sebagainya.Merujuk kepada laman web cikguida.wordpress.com,
pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik
diperdengarkan.

Legato
Berdasarkan rujukan pada Kamus Seni Muzik, Dewan Bahasa dan Pustaka, legato ialah
menyanyi atau bermain alat muzik secara bersambung dan tidak terputus-putus antara satunot
dengan not yang seterusnya. Teknik legato ini diterapkan dalam lagu atau muzik lembut dan
mampu menggambarkan suasana yang tenang kepada pendengar. Teknik inijuga amat sesuai
dengan lagu jenis balada. Legato berasal dari bahasa Italy yang bermaksud terikat bersamasama di mana ia menunujukkan bahawa not muzik yang dimainkan atau dinyanyikan dengan
lancar dan disambungkan. Dalam menyanyi dengan menggunakan teknik legato perlu
bimbingan guru agar murid dapat memahami dan menguasai teknik legato dengan betul. Teknik
ini juga memerlukan pernafasan yang betul dan teratur kerana legato adalah teknik untuk
mengekspresi yang paling berkesan jika dilakukan dengan betul. Oleh itu, teknik legato dalam
dapat memberi kesedaran kepada murid bahawa betapa perlu penghayatan dari segi sebutan
melodi yang lembut dan beralun.
Attack and Release
Definisi mudah bagi attack dan release ini adalah permulaan dan pengakhiran sesuatu
sebutan. Secara muzikalnya, kesemua urat yang terlibat dengan nyanyian berkordinasi
bersama-sama dengan pernafasan untuk menghasilkan attack da release. Sebelum itu

penyanyi itu tersendiri perlu berada dalam keadaan bersedia dari semua aspek termasuklah
persediaan sebelum menyanyi seperti latihan pernafasan dan vocal warm up. Ini bertujuan
untuk persiapan pitch yang tepat, kualiti nada yang tepat dan penggunaan dinamik yang tepat.
Oleh itu, pitch harus dimula dengan tepat, tanpa melebihi keatas ataupun tergelincir kebawah.
Untuk mendapat melakukannya dengan tepat, seorang penyanyi harus dapat membiasakan
mendengarkan pitch secara mental sebelum mula menyanyikan pitch tersebut, dan bukan
sewaktu menyanyikannya. Persediaan untuk attack yang baik adalah bibir dan pipi harus rilek
sebelum attack. Rahang sepatutnya dibuka dengan senang dan sedikit kebelakang (ini
membolehkan kedudukan larnx rendah) apabila sebutan ton dimulakan. Lidah pula dalam
kedudukan mendatar dan rilek dengan hujung lidah menyentuh belakang gigi hadapan sebelah
bawah. Fikirkan tentang notasi dihadapan dengan cara menggetarkannya dalam nasal. Letakan
dalam minda mengenai konsep vowel, pic, dinamikdan tempo. Attackyang bagus akan
menyebabkan lagu itu mempunyai emosi yang tersendiri dan memberi impak kepada
permulaan lagu. Ini akan menybabkan pendengar menjadi tertarik untuk mendengar dan
memberi penghayatan kepada pendengar.
Release merupakan fasa pengakhiran sebuah nada memiliki masa yang sangat singkat
dan harus dilakukan secara cepat dan tepat. Merupakan akhir sesuatu tonasi. Dalam proses
menyanyikan frasa demi frasa, release diikuti oleh tindakan mengambil nafas yang laju untuk
persediaan attack yang lain. Nafas yang digunakan untuk memanjang nada harus konsisten
dalam melanjutkan sehingga fasa pelepasan nada ini selesai. Jangan biarkan nafas anda habis
sebelum selesai dinyanyikan sesebuah frasa dan jika terjadi, hal ini akan mempengaruhi pitch
dan kualiti nada yang anda hasilkan. Sebuah release yang baik seharusnya dilakukan pada
saat akhir secara cepat, bersih dan tepat. Teknik release betul adalah seperti mengadakan
perubahan tempo semakin lambat dan semakin kuat, mengubah jenis penamat dari lembut
menjadi penamat yang gagah, menggunakan teknik fade out ( hilang secara perlahan lahan)
atau menggunakan improvisasi iaitu improvisasi penamat lagu tapi masih pada asasnya.
Attack dan Release penting kepada murid dalam nyanyian kerana kesannya adalah rasa
kepercayaan diri, keyakinan

tinggi,dan

serta konsentrasi tinggi.

Penggunaan Attack dan

Release yang betul akan memberi impak kepada diri iaitu dalam penghayatan atau ekspresi
dalam nyanyian. Bagi pendengar pula dalam menghayati sesebuah persembahan nyanyian.

Stail dan Perangkaian


Stail dalam nyanyian adalah cara sebuah muzik atau lagu dinyanyikan mengikut
perwatakan sesebuah lagu. Jika sesebuah lagu tidak dipersembahkan mengikut stail asal lagu
tersebut maka lagu tersebut kedengaran seperti tidak kena dan susah untuk dihayati oleh
penyanyi dan pendengar. Sebagai contoh lagu asli dinyanyikan secara pop, imej asli tidak dapat
dihayati malah lagu tersebut kedengaran agak tidak sedap. Seseorang penyanyi perlu mengkaji
terlebih dahulu sesebuah lagu sebelum dipersembahkan atau dinyanyikan agar imej lagu tidak
hilang dan dapat dinyanyikan dengan penghayatan yang total. Stail dalam nyanyian amat
penting dalam nyanyian murid kerana dapat menjadikan murid menyanyi dengan mengikut stail
atau mood sesebuah lagu. Oleh itu, murid memperoleh penghayatan yang betul dalam
nyanyian.
Perangkaian ialah cara ungkapan dan cara untuk menyampaikan maksud dan mood
lagu bagi pendengar. Penyusunan frasa dipengaruhi oleh dimana kita berhenti bernafas
seketika dan seperti kita menyanyikan sebuah lirik lagu dalam meyampaikan maksud.
Perkataan yang penting perlu ditekankan dengan betul agar dapat menyampai emosi yang
terdapat dalam lirik. Jangan memandang rendah terhadap kepentingan perangkaian kerana
penyusunan kata atau phrasing yang salah membawa maksud lain daripada maksud yang
asal. Penyanyi yang tidak mempunyai suara yang luar biasa boleh berjaya melalui penggunaan
penyusunan kata-kata yang baik, dan penyanyi yang hebat dapat meningkatkan gaya tersendiri
melalui perangkaian atau phrasing. Apabila mempelajari lagu yang baru, cuba cara
perangkaian yang berbeza untuk melihat hasil yang terbaik. Baca lirik lagu dengan kuat dalam
nada bercakap dapat membantu seseorang dalam menentukan perangkaian yang tepat.
Oleh itu, penggunaan perangkaian yang betul dalam nyanyian murid dapat membantu
murid memahami maksud yang hendak disampaikan dalam sesebuah lagu. Disamping itu juga
pendengar dapat memahami maksud lagu dengan mudah melalui perangkaian yang betul.

PENUTUP
Berdasarkan penerangan mengenai teknik ekspresi yang teridiri daripada dinamik dan tempo,
legato, attack dan release, dan stail dan perangkaian, yang telah dihuraikan, amat jelaslah
kepentingannya kepada nyanyian murid. Disamping dapat belajar teknik ekpresi yang betul dari
segi sebutan seni kata dan penghayatan betul, murid juga belajar untuk menjadi lebih
berdisiplin. Bagi diri saya pula, saya juga dapat mengetahui dan belajar lebih mendalam
mengenai teknik ekspresi dalam nyanyian. Secara keseluruhan teknik ekspresi dapat
meningkatkan lagi teknik vokal seseorang penyanyi.

RUJUKAN
1

the-liberated-voice. (2010, Julai). Retrieved Ogos 21, 2015, from www.claudiafriedlander.com:


http://www.claudiafriedlander.com/the-liberated-voice/2010/07/vocal-technique-vocalstyles.html
Beranda.
(2014).
Teknik
Vokal.
Retrieved
August
greatmusicpalembang.blogspot.com:
http://greatmusicpalembang.blogspot.com/p/vocal.html

25,

2015,

from

Hayati, N. (2010, June 21). Sem 4 Pn. Hanizah Teknik Vokal Adalah Pengetahuan Tentang
Cara.
Retrieved
Ogos
22,
2015,
from
www.scribd.com:
https://www.scribd.com/doc/240124640/Sem-4-Pn-Hanizah-Teknik-Vokal-AdalahPengetahuan-Tentang-Cara
Sumual, A. O. (2013, September 18). MEMPERBAIKI PROSES PEMBENTUKAN SUARA
DALAM
MENYANYI.
Retrieved
Ogos
23,
2015,
from
traxmagz.com:
http://traxmagz.com/article/683-Memperbaiki-Proses-Pembentukan-Suara-DalamMenyanyi
Try, A. (2009, May 21). 5 Ways to Deliver More Expressive Vocals. Retrieved July 23, 2015,
from
music.tutsplus.com:
http://music.tutsplus.com/articles/5-ways-to-deliver-moreexpressive-vocals--audio-1462

You might also like