You are on page 1of 1

Huraikan dengan jelas bagaimanakah beberapa perakuan dalam Akta

Pendidika 1996 berupaya melonjakkan Malaysia sebuah negara maju pada


tahun 2020?

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan
bagi memansuhkan Akta Pendidikan 1961. Secara umumnya, Akta Pendidikan 1996
telah mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Beberapa perakuan yang disenaraikan dalam akta ini dapat
melonjakkan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
Salah satu perakuan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 adalah
kurikulum yang sama. Semua pelajar dapat mempelajari kurikulum yang sama yang
membolehkan mereka mendapat ilmu yang sama yang akan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelajar. Contohnya, Sekolah Jenis Kebagsaan Cina,
Sekolah Jenis Kebagsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan akan mempelajari
sukatan pelajaran yang sama yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum.
Dengan ini, jika semua semua menggunakan satu kurikulum yang sama maka
mereka tidak akan berasa tersisih serta ia turut dapat mewujudkan perpaduan kaum
yang amat penting bagi sesebuah negara yang sedang maju seperti Malaysia pada
era 2020.
Seterusnya, Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama merupakan
peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996. Penggunaan satu Bahasa
dalam sesebuah negara amat penting untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan.
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang menggunakan Bahasa masing-masing
dalam sistem pendidikan sebelumnya. Oleh itu, penggunaan satu Bahasa iaitu
Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama di negara kita merupakan tunjang
utama bagi memajukan negara pada tahun 2020.
Selain itu, penyediaan pendidikan teknik dan vokasional merupakan antara
peruntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Pada era globalisasi ini, sektor teknik dan
vokasional memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.
Oleh itu, pendidikan teknik dan vokasional dapat melahirkan tenaga pekerja yang
mahir dalam sektor teknik dan vokasional yang dapat menyumbang kepada
kemajuan negara menjelang tahun 2020. Contohnya, bidang kejuruteraan
merupakan salah satu sektor yang terdapat dalam pendidikan teknik dan vokasional
yang penting dalam sektor ekonomi.
Akirul kalam, peruntukkan-peruntukkkan yang terdapat dalam Akta
Pendidikan 1996 kebanyakkan memberi sumbangan dalam budaya, politik, ekonomi
dan sosial. Oleh itu, setiap individu yang berwarganegara Malaysia harus memberi
sumbangan dalam pembangunan dan kemajuan negara. Dengan ini, setiap ibu bapa
harus menerapkan semangat patriotik dalam anak-anaknya sejak kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi memajukan negara.

You might also like