You are on page 1of 6

Ramadhan bulan perjuangan

Alhamdulillah sekali lagi Allah pertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mana
bulan yang penuh dengan pelbagai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk
hambaNya. Dimana pada bulan Ramadhan pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan
pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Kemudian,Allah menambah rahmatNya lagi
dengan menghalang syaitan dari mengganggu dan menyesatkan manusia dari ingat
Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila datangnya bulan Ramadhan, dibuka pintu rahmat, dan ditutup pintu
jahannam dan digari syaitan" [HR Bukhari & Muslim]
Istimewanya bulan Ramadhan kerana umat Islam di wajibkan untuk melakukan
ibadah puasa yang mana ibadah puasa ini dinilai sendiri oleh Allah s.w.t. Tidak ada
siapa yang mengetahui nilai dan ganjaran seseorang yang berpuasa melainkan
Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali
ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa.
Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran
pahalanya..." [HR Muslim]
Maqasid(tujuan) puasa sepertimana yang terdapat di dalam Al-Quran adalah taqwa.
Firman Allah s.w.t : "Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya
kamu bertaqwa" [Al-Baqarah : 183]
Sebahagian ulama mendefinisikan taqwa dengan :

"kamu menjadikan penghadang diantara diri kamu dan azab Allah"
Taqwa dan jihad
Allah berfirman : "Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan
carilah jalan-jalan yang dapat mencapai taqwa, dan berjihadlah di jalan Allah mogamoga kamu beroleh keuntungan" [Al-Maidah : 35]
Arahan yang Allah berikan selepas bertaqwa adalah berjihad di jalan Allah. Ini
menunjukkan kesan dari taqwa itu menjadikan seorang muslim itu akan bersungguh
dan berjihad di jalan Allah. Di dalam tafsir At-Tobari perkataan jihad di dalam ayat
tersebut membawa maksud berhadapan dengan musuh Allah dan meninggikan
agama Islam di atas muka bumi ini. Menurut Dr Yusof Al-Qardhawi ketenteraan
adalah disiplin dan latihan, tetapi jihad adalah iman, akhlak, jiwa dan pengorbanan
di samping disiplin dan latihan

Bila kita perhatikan semula kisah peperangan yang berlaku di dalambulan


Ramadhan iaitu Badar Al-Kubro kita akan dapati contoh yang hidup dan praktikal
bagi ayat tersebut. Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2H
telah mengangkat kemuliaan dan kedudukan Islam dari sebelumnya. Ia juga telah
membawa perubahan yang besar terhadap umat Islam pada ketika itu. Allah
berfirman : "Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan
dalam peperangan Badar, sedang kamu berada dalam keadaan lemah..." [AliImran :123]
Pada asalnya kaum muslimin berada dalam keadaan lemah kerana ditindas di
Mekah dan bilangan mereka yang sedikit. Kemudian Allah angkat kedudukan
mereka kerana ketaqwaan dan keimanan yang ada dalam hati mereka dengan
memberi kemenangan di dalam peperangan Badar. Seolah-olah Allah datangkan
Ramadhan untuk mengangkat kedudukan dan kemuliaan umat Islam setelah
mereka bersungguh mendapatkan taqwa dengan berpuasa. Ini menunjukkan bulan
Ramadhan merupakan bulan perjuangan dan jihad serta pertolongan dan
kemenangan.
Antara ciri dan sifat yang ada pada kaum muslimin pada ketika ini yang dengan ciriciri inilah Allah datangkan kemenangan besar buat kaum muslimin :
1. Thabat (berpegang teguh dengan janjinya)
Ciri ini nampak dengan jelas pada ketika Rasulullah s.a.w melakukan mesyuarat
tergempar bagi membuat keputusan samada ingin meneruskan peperangan atau
bertahan di Madinah.
Bagi pasukan Muhajirin, mereka dengan pantasnya menyambut seruan tersebut
atas beberapa faktor. Antaranya, sebelum berlakunya peperangan badar mereka
telah pun beberapa kali melakukan risikan terhadap pergerakan kaum Quraisy. Jadi,
mereka menyambut seruan tersebut dalam keadaan yang bersedia. Tambahan pula,
mereka telah ditarbiyyah oleh nabi s.a.w selama 13 tahun di Mekah.
Adapun pasukan Ansar, mereka mendapat sentuhan tarbiyyah dari nabi hanya
beberapa tahun sahaja. Tetapi mereka telah membenarkan janji dengan menyahut
seruan nabi s.a.w untuk turut berperang. Berkata Sa'ad bin Muadz ketika Rasulullah
meminta pendapat kaum Ansar dalam perang Badar : "Sebenarnya kami telah
beriman dengan kau ya Rasulullah, kami membenarkan kau, kami bersaksi bahawa
apa yang kau bawa itu adalah benar, kami telah berjanji untuk mendengar dan
mentaati engkau, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang
engkau kehendaki, demi tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran,
seandainya engkau membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi..."
Akhirnya, dengan kesetian dan berpegang teguh dengan janji inilah Allah datangkan
kemenangan kepada pasukan muslimin

2. Taat Allah dan rasul


Hakikatnya pertolongan Allah datang dengan ketaatan kepadaNya dan pesuruhNya.
Selagimana umat ini berterusan dalam ketaatan dan meninggalkan maksiat
kepadaNya, maka pertolongan Allah akan sentiasa menaungi umat ini. Ini
merupakan sunnatullah yang perlu difahami oleh seluruh umat Islam.
Allah berfirman :
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan laut dengan sebab apa
yang dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri..." [Rum : 41]
Sebahagian ulama menafsirkan kefasadan (kerosakan) itu adalah dosa-dosa dan
maksiat yang dilakukan oleh manusia samada dalam bentuk meninggalkan
kewajipan atau melanggar laranganNya.
3. Sabar
Ciri ini merupakan ciri yang terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Sabar
dengan erti kata yang luas bukan sekadar bersabar ketika marah semata. Tetapi
sabar dalam mentaati perintah Allah, sabar dalam menghadapi ujian susah dan
senang, sabar dalam melakukan ibadah, sabar dari menurut kehendak nafsu, dan
sabar dalam berhadapan dengan musuh.
Kaum Muslimin di Mekah ketika mendapat perintah untuk berhijrah ke Madinah
terbahagi kepada dua kelompok : kelompok yang menyahut perintah nabi s.a.w dan
terus melakukan hijrah dengan segera dan kelompok yang berasa berat untuk
melaksanakan perintah tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan anak dan
isteri serta harta mereka. Akhirnya kelompok yang tidak berhijrah itu menyertai
pasukan Abu Jahal dan mati di dalam kekufuran sedangkan ketika di Mekah mereka
telah beriman dengan nabi s.a.w selama 13 tahun lamanya. Tetapi kerana tiada
pengorbanan dan kesabaran dalam mentaati perintah Rasul, akhirnya mereka mati
dalam kekufuran.
Bukanlah iman dan taqwa itu tersembunyi di dasar hati semata. Tetapi mestilah
dibuktikan dengan pengorbanan dan kesabaran dalam mempertahankan iman dan
agama ini.
Allah berfirman :
"...dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka(musuh) tidak
akan membahayakan kamu.." [Ali Imran : 120]
4. Ikhlas di dalam berjuang
Dari Abu Musa Asyaari r.a : telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu
berkata : "Seorang lelaki berperang untuk mendapat harta rampasan, seorang lagi
lelaki berperang untuk namanya disebut, seorang lelaki lagi berperang untuk

mengangkat martabatnya. Antara mereka, yang mana berperang di jalan Allah?"


Rasulullah s.a.w bersabda : "barangsiapa yang berperang untuk mengangkat
kalimah Allah maka dialah yang berperang di jalan Allah" [HR Bukhari & Muslim]
Ikhlas merupakan kunci kepada semua ciri-ciri diatas. Kerana dengan ikhlas dan
membulatkan niat kerana Allah seorang muslim itu akan berusaha sedaya upaya
untuk mencari asbab-asbab untuk mendapatkan redha Allah.
Kesimpulannya, bulan Ramadhan merupakan bulan perubahan. Bermula dari
perubahan individu hingga kepada perubahan umat. Allah berfirman : "
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu
sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka " [Ar-Ra'd : 11] Sunnatullah
keatas umat ini akan terus berjalan selagimana umat ini melengkapi ciri-ciri yang
ditunjukkan oleh ahli Badar. Wallahualam.

1. Hakikat pertolongan dari Allah s.w.t.


Perang Badar merupakan satu-satunya perang yang dari mulanya hingga akhir
peperangan di bawah percaturan Allah s.w.t. Bermula dari keluarnya orang muslimin
untuk merampas barang dagangan Abu Sufyan tetapi Allah menemukan mereka
dengan bala tentera yang memang datang untuk berperang dengan mempunyai
kelengkapan perang yang sempurna hingga Allah memberikan kemenangan kepada
umat Islam. Allah berfirman : "..Dan kemenangan itu hanyalah di sisi Allah.." [AlAnfal : 10]
2. Pengorbanan yang tinggi dan kesetiaan terhadap janji oleh kaum Ansar
Selepas Rasulullah s.a.w mendapati bahawa mereka bakal bertembung dengan
kafilah Abu Jahal yang mempunyai kekuatan dan kelengkapan yang
banyak,sedangkan mereka kaum muslimin tidak mempunyai persediaan
peperangan yang cukup, baginda mengadakan mesyuarat tergempar untuk
mengumumkan situasi yang berlaku.
Pasukan Muhajirin dengan pantasnya menyambut seruan tersebut atas beberapa
faktor. Antaranya, sebelum berlakunya peperangan badar mereka telah pun
beberapa kali melakukan risikan terhadap pergerakan kaum Quraisy. Jadi, mereka
menyambut seruan tersebut dalam keadaan yang bersedia. Tambahan pula, mereka
telah ditarbiyyah oleh nabi s.a.w selama 13 tahun di Mekah.

Adapun kaum Ansar, mereka mendapat sentuhan tarbiyyah dari nabi hanya
beberapa tahun sahaja. Tetapi mereka telah membenarkan janji dengan menyahut
seruan nabi s.a.w untuk turut berperang. Berkata Sa'ad bin Muadz ketika Rasulullah
meminta pendapat kaum Ansar dalam perang Badar : "Sebenarnya kami telah
beriman dengan kau ya Rasulullah, kami membenarkan kau, kami bersaksi bahawa
apa yang kau bawa itu adalah benar, kami telah berjanji untuk mendengar dan
mentaati engkau, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang
engkau kehendaki, demi tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran,
seandainya engkau membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi..."
Akhirnya, dengan kesetian dan berpegan teguh dengan janji inilah Allah datangkan
kemenangan kepada pasukan muslimin
3. Konsep wala' dan bara' dalam aqidah Islam

You might also like