You are on page 1of 13

1

Liku-Liku Gerakan Islam di Malaysia - Satu Catatan Awal

Pendahuluan
Usaha untuk membawa Islam yang sebenar ke dalam masyarakat sering mendapat tentangan
dari dalam dan luar kelompok masyarakat itu sendiri. Di Tanah Melayu contohnya,
kedatangan penjajah menyerang Tanah Melayu bukan sahaja menjajah tanah air malah lebih
teruk lagi, mereka telah menjajah pemikiran masyarakat hingga lahir fahaman yang
memisahkan antara agama dan kehidupan seharian. Agama hanya tertumpu kepada perkara
berkaitan dengan ibadah khusus - mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan
haji. Urusan ekonomi, ketenteraan, perundangan, pendidikan dan sebagainya hendaklah
diasingkan daripada agama. Itulah yang telah ditanam di dalam pemikiran sebahagian besar
penganut Islam. Ia berterusan hingga kehari ini.
Kesan daripada serangan penjajah ini menyebabkan masyarakat Melayu yang dahulunya
telah mengamalkan cara hidup Islam seperti termaktub dalam Undang-undang Melaka 1 yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka, Pahang2, Johor3, Trengganu dan Kelantan, akhirnya
telah tidak mengenal perundangan Islam yang telah diamalkan begitu lama iaitu sejak kurun
ke 15 lagi apabila Islam bertapak di Melaka 4. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti
William R. Roff5 dan Alfred R. Rubin6 bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya
berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat
mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut;
1 Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000.
2 Tun Muhamad merupakan Sultan Pahang pertama beragama Islam naik takhta pada
tahun 1470M namun pelaksanaan hukum Islam hanya bermula apabila Sultan Abdul
Ghafur Muhyeden Shah (Sultan Pahang yang ke 12) menduduki takhta pada tahun 1584
dan memerintah hingga tahun 1614. Undang-undang Pahang telah digubal di zaman ini.
Baginda telah berkahwin dengan Adinda Raja Fattani yang juga sahabat rapat Sultan
Brunai. Pada zaman pemerintahan baginda, Risalah Hukum Qanun Pahang telah digubal.
Dalam Risalah Hukum ini, ianya hampir menyamai 100% atau patuh kepada perunt-kan
hukum hakam dalam kitab fiqh aliran Syafieyah. Malah menurut sejarawan hukum kanun
ini adalah antara yang teratur dan lengkap.

3 Undang-undang Johor bertarikh 1789 diadasarkan kepada Undang-undang Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan mempunyai 46
naskhah Salinan yang disebut dengan berbagai nama sementara Undang-undang Laut Melaka
mengandungi 24 fasal.

"Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil Al-Quran dan menurut
amar bil ma'ruf wa nahi munkar"
Proses penyesuaian agama dan adat telah diganggu dan terbantut oleh pengaruh kerajaan
British (satu cabang dari Illuminati). Seperti yang disebutkan oleh R.J Wilkinson dalam
bukunya, "There can be no doubt that Muslim Law would have ended by becoming the law of
Malaya had not British law stepped in to check it" ("Tidak syak lagi undang-undang Islam
pada akhirnya akan menjadi undang-undang negeri Melayu jika undang-undang Inggeris
tidak menghalangnya."). Para sarjana dan pengkaji sejarah Islam meyakini bahawa
kedatangan penjajah Barat yang terdiri dari Portugis, Belanda dan British walaupun terlihat
seperti mereka mahu meluaskan pengaruh dan meluaskan empayar jajahan mereka dengan
menggunakan alasan berdagang rempah, namun hakikat sebenarnya ialah mereka datang
sebagai kesinambungan salibiyyah.
Ini diungkapkan secara jelas oleh Profesor Dr. Altaf Gauhar:
The main target of Western imperialism was the Islamic faith everywhere including
Europe, the Middle East, South Asia and Africa. Culture represents beliefs, values,
attitudes and manners of a society and these precisely were the areas where the greatest
erosion was caused by Western imperialism. The destruction of Muslim cultural identity
was the principal aim of Western imperialism in the 18th and 19th century.7

4 "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia.


Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik
Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan
& undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu (1927) 6
FMSLR 128). Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812
hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air
ini.
5 William R. Roff (1967). The Origin of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of Malaya
Press, h6.
6 Alfred P. Rubin (1974). The International Personality of Malay Peninsular: A Study of International Law of
Imperialism. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, h7. 7 Altaf Gauhar, Western Cultural Imperialism
An Old Problem, A New Challenge, kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar Dawah
Islamiah Asia dan Pasifik, Kuala Lumpur: 24-28 Februari 1977.

Kesedaran untuk mengembalikan kefahaman Islam yang sebenar dalam kalangan masyarakat
Malaysia telah menyebabkan berbagai gerakan dakwah dan perguruan muncul untuk mengisi
kekosongan itu. Kesannya ialah munculnya pelbagai kumpulan dan pergerakan yang
kesemuanya menjalankan kerja dakwah dan pendidikan yang dinyatakan tadi. Akibat
daripada kemunculan pelbagai kumpulan atau kelompok maka muncullah pelbagai
pendekatan dalam dakwah dan penyampaian ilmu.
Kepelbagaian dalam gerakan Islam dan kerja dakwah (jika ia mahu dianggap sebagai
dakwah) yang dilakukan oleh beberapa buah gerakan Islam yang bermula seawal tahun
1950an adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Kepelbagaian berlaku kerana beberapa
sebab. Antaranya ialah perbezaan asas pendidikan, perbezaan kefahaman, pengaruh
persekitaran, perbezaan pendekatan dan perbezaan matlamat, jangka pendek dan jangka
panjang.
Buku ini memuatkan rangkuman perjalanan sejarah awal perkembangan Islam di Alam
Melayu yang mencapai kemuncaknya pada kurun ke 15 dengan pengIslaman Melaka yang
merupakan kesinambungan kerajaan Samudra, Perlak, Pasai dan Palembang. Islam
berkembang di Melaka selama 110 tahun hinggalah datangnya penjajah Portugis dan
menyerang Melaka bermula pada 10 Ogos 1511 hingga berjaya menawan Melaka pada 24
Ogos 1511. Maka bermulalah sejarah penentangan orang-orang Melayu di Nusantara
terhadap penjajah Barat dengan menyebut beberapa nama besar yang telah digelar
pemberontak oleh penjajah. Kedua-dua unsur: semangat ketuanan Melayu dan asas
Islam yang ada di dalam diri manusia Melayu itulah sebenarnya yang telah mencetuskan
kebangkitan itu. Nama-nama pahlawan Melayu seperti Tok Kenali, Dato Bahaman, Mat
Kilau, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Prof. Zulkifli Muhammad, Dr. Burhanuddin alHelmy dan sebagainya adalah nama-nama terbilang dalam sejarah kebangkitan semangat
Melayu-Islam di tanah air.
Olehkerana panjangnya sejarah gerakan Islam bermula dengan kedatangan Islam ke Tanah
Melayu dan perkembangannya dari tahun 900M hingga kini yang melalui 4 fasa: Zaman
kemasukan Islam, Zaman penjajahan, Zaman Kemerdekaan dan New Millenium yang penuh
cabaran untuk perkembangan dan pembangunan Islam. Setiap fasa mempunyai cabarannya
sendiri. Setiap fasa ada sahaja kelompok manusia yang menjadi pengacau yang
mengganggu gerakan Islam. Setiap kali muncul pengacau, setiap kali itu jugalah lahir namanama baru dalam kepimpinan gerakan Islam di Tanah Melayu, kemudiannya Malaya,

membetulkan persepsi masyarakat yang hampir atau telah dicemari oleh si pengacau itu.
Nama baru ini terus bersama pemimpin gerakan Islam memacu gerak kerja gerakan Islam
menuju fasa baru dan mengharungi cabaran baru.

Gerakan Islam di Tanah Melayu


Sejarah telah membuktikan bahawa kesedaran Islam adalah asas yang telah mencetuskan
perjuangan anti-penjajah. Golongan Islam inilah yang mula-mula menyediakan satu gerakan
tersusun menentang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Gerakan Islam menentang penjajahan
British di Tanah Melayu bermula dengan penerbitan Majalah al-Imam di Singapura pada
tahun 1906.8 Kumpulan yang digelar al-Manar ini, mengambil nama sempena gerakan
Islam pimpinan Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Rasyid Redha di Mesir dan Majalah
al-Manar yang diterbitkan, telah mempelopori gerakan reformis di Tanah Melayu. Tujuan
utama golongan ini adalah seperti yang diungkapkan dalam keluaran sulung majalah alImam:mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan
menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan
kebajikan.9

Kewujudan golongan ini telah mencetuskan pemikiran Kaum Muda yang membawa ideaidea reformasi Islam dan dipelopori oleh mereka yang mendapat pendidikan agama secara
formal di Timur Tengah. Sepulangnya mereka ke tanah air mereka telah memulakan
pengajian dengan membina maahad-maahad dan pondok-pondok sebagai sistem pendidikan
alternatif kepada mereka yang inginkan pendidikan Islam. Kemunculan maahad dan pondok
ini telah menyumbang ke arah menyediakan kader-kader yang berkemampuan untuk menjadi
penggerak kepada gerakan Islam menentang penjajah.
8 Kamaruddin Jaafar, Kebangkitan Gerakan Islam di Kepulauan Melayu dan
Cabarannya Terhadap Penjajahan, kertas kerja Seminar Peradaban Islam ABIM,
Kuala Lumpur, 1980.
9 Dipetik oleh William R. Roff dalam Malay Nationalism (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 1975).

Salah satu maahad yang amat jelas sumbangannya dalam mencetuskan semangat perjuangan
berlandaskan Islam yang akhirnya membangkitkan semangat kebangkitan Islam di Tanah
Melayu ialah Maahad al-Ihya Asy-Syarif Gunong Semaggol di Perak yang ditubuhkan pada
tahun 1934.10 Maahad ini merupakan pusat aktivis Islam yang paling dominan sebelum,
semasa dan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Penglibatan maahad dan pondokpondok dalam perjuangan membuktikan dengan jelas peranan ulamak dan golongan
agamawan dalam mencetus dan memberi kesedaran dalam memahami ajaran dan tuntutan
Islam secara menyeluruh mencakupi semua keperluan hidup termasuk keselamatan dan
kesejahteraan penganutnya. Penglibatan pelajar-pelajar Maahad Gunong Semanggol dalam
arena politik tanah air pada akhir 1930an telah dicatat dan dinukilkan secara jelas dimana
Nabil menjelaskan:Penyertaan penuntut-penuntut al-Ihya dalam Gerakan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) bukan setakat menjadi ahli sahaja tetapi beberapa orang
daripada mereka telah menjadi pemimpin apabila KMM cabang Gunong
Semanggol, atau seluruh Perak Utara, ditubuhkan.11

Kesan daripada gerakan yang dipelopori oleh maahad, pada 14 Mac 1947 Majlis Agama
Tertinggi atau MATA telah ditubuhkan, iaitu badan rasmi Islam pertama di Tanah Melayu.
Genap satu tahun kemudian iaitu pada 14 Mac 1948 parti politik Islam pertama, Hizbul
Muslimin (HM), ditubuhkan atas cadangan Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy12 dan
Ustaz Abu Bakar al-Baqir, dua tokoh yang menjadi penggerak kepada tercetusnya kedua-dua
pertubuhan ini13. Hizbul Muslimin amat tertarik dengan perjuangan parti Islam utama di
Indonesia ketika itu, Masyumi, dan menjelaskan bahawa matlamatnya ialah untuk
10 Sila lihat sejarah penubuhan, perkembangan dan sumbangan pemimpin
gerakan Islam Melayu menerusi Maahad ini dalam hasil karangan terawal lagi
ilmiah oleh Ustaz Nabil Haji Abdullah, Maahad al-Ihya Asy-Syarif Gunong
Semanggol: 1934-1959, Kuala Lumpur, 1976.
11 ibid., hal. 77.
12 Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh gerakan Islam di Timur Tengah,
terutamanya Al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir yang telah banyak mempengaruhi
para pelopor gerakan Islam di Maahad ini sehinggakan nama Hizbul Muslimin
mempunyai konotasi dengan al-Ikhwan al-Muslimun.
13 pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/7783-sejarah-parti-pas.html

menubuhkan Negara Islam di Malaya. Penubuhannya mendapat sokongan yang amat


kuat daripada pimpinan tertinggi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang terdiri
daripada Mukhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Hj. Muhammad (Pak
Sako). Ketua Hizbul Muslimin pertama ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Pengetua Maahad alIhya Ash-Sharif Gunong Semanggol.
Oleh kerana tentangan Hizbul Muslimin terhadap kuasa Inggeris amat keras, selang beberapa
bulan sahaja selepas penubuhannya ramai pemimpin utamanya ditangkap oleh Inggeris pada
bulan Jun 194814. Tindakan ini telah menyekat perkembangan perjuangan Islam menerusi
Hizbul Muslimin buat sementara waktu. Orang Melayu yang dahagakan kepimpinan Islam
seperti kehilangan parti politik kesayangan mereka. UMNO yang lahir pada 11 Mei 1946
telah mengambil kesempatan keemasan tersebut, seperti kata Safie Ibrahim:The enforcement of the Emergency Regulations and the arrests of its several
leaders were enough to put an end to its (Hizbul Muslimin) movement. This
gave unparalleled opportunity to the UMNO to fulfill the political vacuum
and dominate the political arena in Malaya.15
Aktiviti politik haluan Islam bercampur Melayu-kiri ini yang sangat aktif berupa
ancaman dari atas Gunong16 ini benar-benar membimbangkan Inggeris.17 Gabungan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya dan Hizbul Muslimin ini dianggap sangat radikal dan boleh
14 HM diharamkan bukan dengan kuatkuasa politik dan pentadbiran Inggeris
tetapi melalui Undang-Undang Dharurat (Emergency Regulations)
mengakibatkan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ustaz ar-Rabb at-Tamimi dan Ustaz
Abdul Rauf an-Nur ditangkap dan dipenjarakan. Lihat Nabir Haji Abdullah, op. cit,
hal. 198.
15 Safie Ibrahim (1981), The Islamic Party of Malaysia Its Formative Stages
and Ideology, (Kelantan: Penerbit Nuawi bin Ismail, 1981), hal. 7.
16 Ungkapan ini pernah diperingatkan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar kepada
ahli-ahli UMNO ketika merujuk kepada ancaman Hizbul Muslimin dan
kemudiannya PAS terhadap UMNO. Malah Dato Onn Jaafar sendiri pernah
melabelkan Hizbul Muslimin (HM) itu sebagai Red Islamic Party. Lihat Nabir
Haji Abdullah, op.cit, hal. 188.
17 Lihat juga karangan Ustaz Baharuddin Abdul Latif dalam memoirnya, Islam
Memanggil Rencana-Rencana Sekitar Perjuangan PAS 1951-1987 (Gunung
Semanggol: Pustaka Abrar, 1994).

mengganggu-gugat kuasa politik Inggeris. Deru angin perubahan, reformasi, jihad dan
laungan merdeka semakin kuat. UMNO pimpinan DatoOnn Jaafar yang lebih bersifat
Melayu haluan kanan mendapat sokongan para Sultan dan pentadbir Inggeris. Inggeris
yang sudah cekap menjajah anak-anak jajahan lainnya di Asia seperti di India dan Indonesia
cepat memahami hati nurani orang-orang Melayu. Inggeris amat bijak mengutamakan
UMNO dan cepat-cepat memperlihatkan kejayaan perjuangan UMNO dengan bersetuju
menubuhkan Federation of Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) pada 1 Februari 1948
menggantikan Malayan Union yang mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu.
Inggeris sama sekali tidak akan memberi peluang kepada Hizbul Muslimin sebagai wadah
politik orang-orang Melayu kerana sikap mereka yang tidak berkompromi dengan Inggeris.
Bukankah mainan politik dasar Machiavelli dan polisi divide and rule Inggeris itu amat
berkesan di mana-mana sahaja mereka menjajah?18

Penubuhan Hizbul Muslimin telah memberi kesan besar dalam merubah lanskap politik Tanah
Melayu yang sedang dalam proses perubahan kearah kemerdekaan. Perjuangan Hizbul
Muslimin yang berteraskan semangat Melayu-Islam telah mendapat perhatian beberapa orang
ulamak muda di dalam UMNO. Golongan agamawan dan ulamak dalam UMNO mula
bersuara hingga tercetusnya idea untuk mengadakan persidangan ulamak. Hasilnya UMNO
telah mengadakan Persidangan Ulamak Se-Malaya di Muar pada Februari 1950 diikuti
persidangan kali kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 dan menubuhkan Persatuan
Ulama Se-Malaya19. Ketika Persatuan Ulama Se-Malaya bersidang tanpa pengaruh Umno di
Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai pada 24 November 1951, nama persatuan ini

18 Konsep divide et empera atau divide ut regnes (pecah dan perintah) sudah
lama menjadi falsafah sekular klasik Barat yang amat licik sejak zaman
pemerintahan Philip II dari Macedonia yang kemudiannya menjadi pegangan
falsafah politik Maharaja Rom, raja-raja Perancis dan England, Napolean dan
sebagainya. Machiavelli menceduknya dan didokumentasikan sebagai treatise
wajib pemeritahan negara-bangsa moden dalam magnum opusnya, The Prince
yang mula diedarkandi Itali pada tahun 1513 tetapi hanya dibukukan pada tahun
1532. Lihat Machiavelli, Niccol, The Prince (London: Penguin, ISBN 978-0-14044915-0 terjemahan George Bull, 1961).
19 arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama /
2007/8/9437/menjelang-kemerdekaan-i--pas-ditubuh-kerana-umno-tolak-usahakemerdekaan.html

ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS 20 dengan tema yang dikenal sebagai
Manifesto al-Badawi iaitu Ulamak ke Jalan Allah yang diperkenal oleh Haji Ahmad
Badawi.

PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan Islam, Melayu
dan kemerdekaan negara. Berdasarkan dasar yang dipersetujui ini PAS kemudiannya
menyertai pilihan raya demi pilihan raya kerana ia merupakan jalan yang dibenarkan oleh
undang-undang negara. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej
dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam
semenjak 195321. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji
Abbas Alias, PAS bukan sahaja berbicara soal kemerdekaan tetapi kemerdekaan yang lebih
dari itu, merdeka dari sudut Islam dimana hukum Islam boleh ditegakkan. PAS menolak
kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan
dasar negara yang merdeka22. Ketegasan PAS ini telah membuka mata ramai guru-guru
agama dan pemuda yang sedang mencari-cari gerakan yang mampu menjadi pendesak untuk
menuntut kemerdekaan. Kesannya ramai golongan muda menyertai PAS.

Infiltrasi
Kejayaan PAS dalam masa singkat dengan memenangi 28 daripada 30 kerusi yang ditandingi
di Kelantan23 dan 13 daripada 24 kerusi di Terengganu dan dapat menguasai dua negeri Pantai
Timur itu selepas pilihanraya 1959, sembilan tahun selepas penubuhannya dan kali kedua
20 pmr.penerangan Op. cit.
21 ibid
22 Penjelasan ini menunjukkan dengan jelas dasar perjuangan PAS yang kekal
dan tidak berubah dari dulu hingga seakrang. PAS juga telah lama menjalin
hubungan dengan masyarakat bukan Islam sejak penubuhannya, bukannya
bermula dengan CCC, APU, BA dan PR.

menyertai pilihanraya, sudah tentu mengundang rasa cemburu dan ketakutan yanag amat
sangat dalam kalangan pemimpin UMNO dan tuannya iaitu penjajah British. (Kejayaan
PAS dan perjalanan PAS sebagai sebuah parti boleh dibaca dalam buku saya.) Berbagai usaha
untuk mensabotaj PAS dilakukan oleh kerajaan yang memerintah (termasuk British)
sepanjang 64 tahun penubuhan PAS (1951 2015) dengan berbagai jenis ujian termasuk
kematian pemimpin dan ahlinya.
Kematian Dr. Burhanuddin yang penuh mistri (10 Oktober 1969), gugurnya Allahyarham
Osman Talib di Lubuk Merbau (18 Januari 1985) Allahyarham Us. Ibrahim Libya dan anakanak muridnya dalam peristiwa Memali (19 November 1985), kemudian penahanan dengan
menggunakan ISA akan terus menjadi ingatan dan terpahat dalam sejarah betapa PAS perlu
menyediakan tarbiyyah yang cukup mantap untuk pimpinan dan ahlinya bagi menghadapi
situasi yang tidak dijangka. Kemantapan tarbiyyah harakiyyah amat penting kerana PAS
telah menghadapi beberapa ujian besar. Selain daripada kematian seperti di atas,
pengkhianatan Barisan Nasional, pengkhianatan ADUN dalam peristiwa jatuhnya kerajaan
Terengganu dan peristiwa keluarnya pimpinan dan ahli menubuhkan parti baru (BERJASA,
1977; HAMIM, 1983; ISLAH, AKIM, 1985) dan lain-lain lagi benar-benar menguji PAS.
Kecemburuan dan ketakutan pemerintah terhadap kemampuan PAS menjadikan musuh PAS
sentiasa berusaha menanam benih mereka di dalam PAS atau cuba merosakkan PAS dari
luar. Tahun 1977 menunjukkan langkah pertama apabila UMNO Berjaya menipu Dato
Mohammad Nasir menubuhkan BERJASA dan Berjaya menumbangkan PAS dalam PRN
1978. Tahun 1983 Anwar Ibrahim, Presiden ABIM Berjaya dipujuk Dr. Mahathir menyertai
UMNO dan menggagalkan usaha PAS memenangi banyak kerusi dalam PRU 1984.
Kepayahan PAS ditambah dengan peranan IRC menanam benih di kampus sejak 1983
dengan meletakkan beberapa anggotanya di UTM dan ITM terutamanya seperti Sahari Bahari
(mantan SUA Parti Keadilan Nasional) telah menggugat keutuhan Jamaah Islam Kampus
(JIK) hingga menimbulkan ketegangan selama beberapa tahun. Di UTM misalnya ia masih
berlaku hingga hari ini. Markaz Islam (MI) ITM dibunuh selepas IRC Berjaya mengambil
alih MI daripada pendokong PAS.

23 http://kelantan.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view
=article&id=176&Itemid=41, 14 Mac 2015.

10

Kemasukan pimpinan IRC secara besar-besaran selepas kegagalan pertama (Mustafa Kadir,
mantan EXCO DPP Selangor) yang kemudian menyertai UMNO tidak mematahkan semangt
pimpinan IRC untuk terus menyelinap masuk ke dalam PAS, ABIM, HALUAN dan UMNO
sendiri. Rancangan awal telah dibuat sejak1983 dan dipertegas dengan kertas cadangan 1990
yang dikatakan tidak diterima ahli mesyuarat yang hadir, namun terus dilaksanakan.
Kemasukan beramai-ramai ahli IRC PASCA 1990 amat jelas menunjukkan bahawa meskipun
kertas cadangan tersebut ditolak, ia terus dilaksanakan.
Selepas Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat dari UMNO, anak-anak didik dan
pendokongnya seperti Kamaruddin Jaafar, Anuar Tahir, Saifuddin Nasution dihantar
menyertai PAS. PAS telah memberikan mereka (penyokong DSAI dan pimpinan IRC) tempat
yang cukup baik (Ini dilakukan kerana PAS meyakini bahawa mereka mahu membantu PAS
meneruskan perjuangan dakwah dan siasah dalam memastikan tujuan penubuhan PAS dapat
direalisasikan. Ia juga dilakukan untuk menunjukkan bahawa PAS sentiasa membuka
pintunya kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Tidak dinafikan bahawa ramai juga bekas pimpinan dan ahli IRC yang memasuki PAS dan
meninggalkan tanzim mereka, malangnya beberapa kalangan pimpinan IRC hanya memasuki
PAS untuk menguasai PAS kerana pada mereka PAS adalah wadah politik dan mereka tetap
thiqah kepada Jammah mereka. Begitu juga penyokong-penyokong DSAI, tetap bersama dan
menerima arahan dari DSAI walaupun mereka sebenarnya AJK PAS sama ada di peringkat
Pusat, Negeri mahupun Kawasan. Kepada mereka, PAS hanya sebuah pertubuhan politik,
bukan sebuah jamaah Islam yang perlu dihormati adab-adab berjamaah dan ditaati pimpinan
yang dilantik secara sah dalam Muktamar. Kesan daripada longgarnya pendirian mereka di
dalam PAS, berbagai usaha dilakukan untuk menguasai PAS bagi mencari jalan agar hasrat
dan cita-cita mereka tercapai.
(Saya tidak menulis mengenai Jamah Tabligh dan Arqam di dalam kertas ini. Pembaca boleh
membaca sebahagian daripada catatan mengenainya dalam buku saya.)24
Penutup
Satu persoalan penting yang ingin dikemukakan kepada pembaca semua: Perlukah infltrasi
(penyusupan) ke dalam PAS? Mengapa perlu penyusupan? Apa matlamat penyusupan?
24 Mohd Fuad (2015). Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia Satu Catatn Awal. Shah Alam: Imtiyaz
Multimedia and Publication.

11

Sebagai sebuah parti politik berdaftar, PAS telah membuka peluang keahlian seluas-luasnya
kepada seluruh rakyat Malaysia beragma Islam untuk menyertainya. Jika begitu mengapa
perlu infiltrasi. Bukankah IRC dan ABIM (dibaca DSAI) boleh mengarahkan kesemua
ahlinya untuk memohon menjadi ahli PAS, menguasai Cawangan, Kawasan, Negeri dan
seterusnya PAS Pusat dengan memastikan kesemua ahlinya menjadi perwakilan ke Muktamar
Tahunan PAS Pusat? Bukankah cara ini lebih bertamadun dan berakhlak? Mengapa perlu
memilih jalan infiltrasi? Namun IRC mahupun DSAI tidak mengarahkan kesemua ahlinya
menyertai PAS. Mengapa? Hanya Allah, pimpinan IRC dan DSAI sendiri yang boleh
menghuraikannya.
Namun, apabila kita membaca sejarah awal perjuangan menentang penjajah, bukan sahaja di
Tanah Melayu/Malaya, malah di semua negara yang pernah dijajah oleh impirialis Barat yang
terus berjuang menegakkan fahaman dan idealism mereka, kita tentu akan bertemu dengan
ungkapan Islam tidak perlu dikalahkan, hanya perlu dilemahkan dengan pecah dan
perintah. Islam tidak boleh dibiarkan menunjukkan kebaikannya, Islam tidak boleh
dibiarkan melaksanakan syariatnya, dan banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang
kesemuanya adalah untuk memastikan Islam tidak memerintah, tapi diperintah.
Melaksanakan gangguan dalam Jamaah Islam (PAS) akan melambatkan keraj PAS kerana
pimpinan dan ahlinya disibukkan dengan kerja memperbaiki PAS dari seangan dalaman dan
luaran. Memastikan bilangan ahli PAS berkurangan akan juga melambatkan perjalanan PAS
mencapai tujuan penubuhannya. Memecah-belahkan ahli juga akan menjadikan PAS lemah,
lantas pimpinan dan ahli akan sibuk memperkuatnya kembali.
Biar kalah asalkan mendapat redha Allah telah dijaja dan disalah ertikan, kerana mungkin
pimpinan sendiri tidak menjelaskannya secara tuntas. Lantas mereka yang terkeliru dan
dikelirukan tersasar dari arah perjuangan, mungkin matlamatnya betulmungkin.
Meletakkan redha Allah di hadapan kemudian diikuti dengan kemenangan bukan bererti
membiarkan PAS sentiasa kalah dalam perjuangan, tetapi redha dicari untuk mencapai
kemenangan lantas melaksanakan amanah.
Rujukan:

12

1. Alfred P. Rubin (1974). The International Personality of Malay Peninsular: A Study


of International Law of Imperialism. Kuala Lumpur: University of Malaya Press,
hal. 7.
2. Altaf Gauhar (11977). Western Cultural Imperialism An Old
Problem, A New Challenge, kertas kerja yang dibentangkan di
dalam Seminar Dawah Islamiah Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur:
24-28 Februari 1977.
3. Arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama

2007/8/9437/menjelang-kemerdekaan-i--pas-ditubuh-kerana-umno-tolak-usahakemerdekaan.html
4. Baharuddin Abdul Latif (1994). Memoir Islam Memanggil Rencana-Rencana
Sekitar Perjuangan PAS 1951-1987. Gunung Semanggol: Pustaka Abrar.
5. http://kelantan.pas.org.my/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=176&Itemid=41, 14 Mac 2015.
6. Kamaruddin

Jaafar

(1980).

Kebangkitan

Gerakan

Islam

di

Kepulauan Melayu dan Cabarannya Terhadap Penjajahan, kertas


kerja Seminar Peradaban Islam ABIM, Kuala Lumpur, 1980.
7. Machiavelli, Niccol, The Prince. London: Penguin, (terjemahan George Bull,
1961).
8. Mohd Fuad (2015). Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia Satu Catatn Awal. Shah
Alam: Imtiyaz Multimedia and Publication.
9. Nabil Haji Abdullah (1976). Maahad al-Ihya Asy-Syarif Gunong
Semanggol: 1934-1959, Kuala Lumpur. hal. 188.
10. pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/7783-sejarah-partipas.html
11. Safie Ibrahim (1981), The Islamic Party of Malaysia Its Formative Stages and
Ideology, (Kelantan: Penerbit Nuawi bin Ismail, 1981), hal. 7.
12. Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000.
13. Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang
tempatan & undang-undang negara. (Kes Ramah lwn Laton Mah. Rayuan Negeri
Melayu Bersekutu (1927) 6 FMSLR 128).
14. William R. Roff (1975). Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

13

15. --- (1967). The Origin of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of Malaya
Press, hal. 6.

You might also like