You are on page 1of 1

1.

Ancaman Keselamatan
: Ada sorang cikgu ni di pedalaman sarawak, mendapat ancaman akan dibunuh kalau keluar rumah,
terus buat report polis dan dapat tukar dalam tempoh 24 jam ! Betul ke idak, CN terbaca kisah ni dekat
page Pertukaran Guru. Satu lagi yang agak best, mendapat gangguan dari suami orang, cikgu tu buat
report polis dan dapat tukar.
Cikgu Norazimah : Ancaman keselamatan sebab rumah 2 kali dipecah masuk, tapi tak dapat tukar
pun..waaaa
2. Masalah Kesihatan
: Pastikan disertakan surat doktor hospital kerajaan bahawa anda mempunyai penyakit yang
memudaratkan.
Cikgu Norazimah : Boleh tak guna alasan migrain sebab stress ? Makin teruk migrain ni..tapi takde lak
jumpa doktor minta surat pengesahan..banyak lak procedure nyer..
3. Gangguan Emosi
: Gangguan emosi menyebabkan cikgu-cikgu stres dan tak dapat menumpukan perhatian terhadap
kerja. Ada sorang cikgu tu, menggunakan alasan gangguan emosi dan dapat tukar.
Cikgu Norazimah : Alasan kedua CN dalam borang adalah gangguan emosi, tapi tak jalan daaa
4. Mempunyai Rumah Sendiri di Negeri Dipohon
: Alasan ni CN baca dekat sini.
Cikgu Norazimah : CN pun guna alasan ni gak, tapi tak dapat pun..[muka sedey]. Dah la rumah dekat
KL ni area hitam, banyak kes ragut dan pecah masuk... Ya Allah ! Lindungilah hamba mu ini dari
kejahatan manusia..
5. Mengikut Pasangan
: Alasan ni ada dalam option sebab nk berpindah. Kalau letak alasan ni, pelu disertakan surat izin
suami. Kalau anda tengok rentetan permohonan CN, semua ada 'mengikut'..
Cikgu Norazimah : Redha jika ini takdir-Nya. Semua ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga
hubungan CN dan En. Hubby kekal bahagia walaupun PJJ. Semoga Irfan membesar menjadi anak
yang soleh di bawah didikan En. Hubby & semoga CN dapat menyusukan Irfan sampai 2 tahun
walaupun jauh diperantauan. Amin...

You might also like