You are on page 1of 5

BAB 13 : ETIKA PERNIAGAAN DAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL
1. Maksud Etika Perniagaan :

Etika Perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral berkaitan kelakuan perniagaan yang


diterima oleh peniaga-peniaga dan dunia perniagaan.
2. Punca amalan tidak beretika dalam perniagaan :
i)

Tekanan untuk mendapat keuntungan

ii)

Persaingan tidak sihat

iii)

Kejahilan pihak pengguna

iv)

Mementingkan keuntungan peribadi

v)

Pertentangan rentas budaya

3. Maksud Etika Kerja :


Etika Kerja ialah tanggungjawab dan tingkah laku yang sewajarnya ada pada seorang
yang menjawat sesuatu bidang pekerjaan.
4. Kepentingan dan kesan amalan beretika :
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Mendapat kebaikan dari aspek fizikal, rohani dan emosi.


Dipandang tinggi oleh masyarakat
Melahirkan keluarga beretika dan bahagia
Meningkatkan nilai murni ahli organisasi
Meningkatkan produktiviti, kredibiliti, dan imej perniagaan
Keamanan dalam kalangan masyarakat dan persekitaran yang sihat

5. Maksud Dilema Etika :

Dilema Etika ialah masalah yang timbul sekiranya dua atau lebih pilihan tindakan yang
boleh diaplikasikan tetapi bertentangan antara satu sama lain.
6. Pendekatan Tindakan Beretika :
i)

Pendekatan Utilitarian

Aliran Utilitarian lakuan ialah keputusan etika dilakukan berdasarkan


akibat daripada keputusan yang dibuat. Sesuatu tindakan itu dianggap
beretika jika dapat memberi kebaikan kepada orang ramai.

Aliran Utilitarian Aturan ialah jika seseorang itu bertindak mengikut


peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, tindakan tersebut akan
menghasilkan kebaikan kepada orang ramai.
Sebagai cnth : individu mengelakkan diri daripada melakukan rasuah
kerana terdapat peraturan yang menyatakan rasuah adalah satu kesalahan.

ii)

Pendekatan Individualisme

iii)

Pendekatan Hak Moral

iv)

Individualisme merujuk pada sikap individu atau pun kumpulan yang


berorientasiakn kepentingan diri sendiri atau kumpulan mereka daripada
aspek pemikiran dan tindakan. Etika ini yang dikenali sebagai egoisme.

Pendekatan hak moral ialah hak moral yang dimiliki oleh seseorang
individu.

Pendekatan Keadilan

Pendekatan Keadilan ialah kesamaan dan keadilan yang diperoleh setiap


individu dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dan perundangan.

Keadilan legal adalah tindakan atau hukuman yang sama terhadap


semua orang

Keadilan komutatif merujuk pada pertukaran


pihak yang terlibat

Keadilan distributive dikenali sebagai keadilan ekonomi, iaitu


pembahagian ekonomi yang sama atau yang dianggap adil bagi
semua pihak.

yang adil antara

7. Faktor dalam pemilihan pendekatan :


i)

Pihak yang menentukan etika

ii)

Matlamat beretika

iii)

Ukuran yang digunakan

8. Maksud Jenayah Kolar Putih :


Jenayah kolar putih ialah penipuan dan perbuatan salah laku merugikan yang melibatkan
individu-individu tertentu dalam sesebuah organisasi perniagaan , badan kerajaan atau
badan bukan kerajaan.
9. Punca-punca seseorang terlibat dalam jenayah kolar putih :
i)

Kelemahan kawalan pengurusan dalaman

ii)

Faktor individu

iii)

Faktor persekitaran

iv)

Amalan nepotisme atau sikap pilih kasih

10. Jenis-jenis jenayah kolar putih :


i)

Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah yang dilakukan oleh seseorang untuk
mendapatkan kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak
tertentu melalui pemberian wang, hadiah, dan keraian.

ii)

Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyatakan seseorang yang


didapati bersalah melakukan jenayah rasuah boleh dikenakan hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih daripada 20
tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai
suapan atau RM 10 000, dan/atau mana-mana yang lebih tinggi.

Penyelewengan
Penyelewengan merujuk pada tindakan seseorang atau sesuatu pihak
menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang
atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi
kepentingan diri sendiri.

Contoh penyelewengan :

iii)

Menggelapkan harta atau wang syarikat


Memberi harta yang bukan hak miliknya kepada orang lain
Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada
pihak yang bertanggungjawab

Hukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang didapati bersalah


melakukan penyelewengan ialah hukuman penjara tidak kurang daripada
lima tahun dan tidak lebih daripada enam tahun, sebatan rotan dan denda

Pecah Amanah
Pecah amanah merujuk pada tanggungjawab yang diberi kepada
seseorang yang mempunyai kuasa dan hak untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perbuatan curang.

Contoh jenayah pecah amanah :


Menyalahgunakan harta yang telah diamanahkan hak
penjagaannya kepada individu terbabit untuk kegunaan
sendiri, misalnya menggunakan harta pejabat.

Mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, seseorang yang didapati


bersalah melakukan pecah amanah boleh dijatuhkan hukuman penjara

tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun
serta sebatan rotan. Untuk kesalahan pecah amanah yang dilakukan
saudagar, penjawat awam, jurubank dan ejen, hukuman penjara yang
dijatuhkan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20
tahun, sebatan rotan, dan denda.
iv)

Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan merupakan bentuk jenayah kolar putih yang
dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu
dalam organisasi dan tindakannya menunjukkan tanda-tanda
pencanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya
terhadap organisasi perniagaan tersebut.

v)

Hukuman yang lazimnya dikenakan terhadap seseorang individu yang


didapati bersalah melakukan konflik kepentingan ialah pembatalan
kontrak sekiranya wujud sesuatu kontrak yang mengikat kedua-dua belah
pihak berkenaan

Penyalahgunaan Kuasa
Penyalahgunaan kuasa berlaku apabila seseorang yang diberi kuasa untuk
menjalankan tanggungjawab tertentu berdasarkan bidang tugas yang
diamanahkan kepadanya, mengambil tindakan atau membuat keputusan
yang melanggar peraturan, prosedur, dan undang-undang yang ditetapkan.

Contoh penyalahgunaan kuasa :


Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri
Kelulusan kemasukan barngan luar Negara untuk
perniagaan diusahakan sendiri dalam Negara.

Individu yang didapati bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa boleh


dihukum di bawah Akta Syarikat 1965. Sebagai contoh, seorang pengarah
syarikat yang gagal mendedahkan segala kepentingannya kepada pihak
pengurusan syarikat boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan didenda
tidak lebih daripada RM 15 000.

You might also like