You are on page 1of 33

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA

MALAYSIA

PEKELILING
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BILANGAN 4 TAHUN 2013
TATACARA
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
DAN
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
TUJUAN
1.

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pengesahan

dalam perkhidmatan (PDP) dan pemberian taraf berpencen (PTB)


Anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).

LATAR BELAKANG
2.

Peraturan-Peraturan

Pegawai

Awam

(Pelantikan,

Kenaikan

Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] telah


dikuat

kuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2012. Peraturan ini

menggantikan
Kenaikan

Peraturan-Peraturan

Pangkat

dan

Pegawai

Penamatan

[P.U.(A)176/2005].
1

Awam

(Pelantikan,

Perkhidmatan)

2005

3.

Peraturan 29, P.U.(A)1/2012 memperuntukkan seseorang pegawai

yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat


yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain
yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh
Suruhanjaya yang berkenaan. Peraturan 38, peraturan-peraturan yang
sama memperuntukkan seseorang pegawai yang tidak memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak diberi taraf
berpencen mengikut Undang-Undang Pencen.

4.

Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012

telah memperuntukkan tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah


1 hingga 3 tahun.

TAKRIFAN KETUA JABATAN


5.

Bagi

maksud

pemakaian

Pekeliling

ini,

Ketua

Jabatan

bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang
diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak
bagi

pihaknya

dan

bertanggungjawab

mengawal

Buku

Rekod

Perkhidmatan seperti yang berikut:


i.

Anggota yang berkhidmat di Bahagian-Bahagian, Kementerian


Pendidikan Malaysia, Ketua Jabatan ialah Pengarah atau
Setiausaha Bahagian yang berkenaan;

ii.

Anggota berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


dan Kampus-Kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau
Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan;

iii.

Anggota berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi,


Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan;

iv.

Anggota berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan


ialah Pengarah Pendidikan Negeri atau Pegawai yang diwakilkan
kuasa oleh Pengarah Pendidikan Negeri;

v.

Anggota yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua


Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD);

vi.

Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah menengah dan


Pengarah Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah pengetua sekolah
menengah dan Kolej Vokasional yang berkenaan; dan

vii.

Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan


sekolah menengah bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua
Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD).

6.

Bagi maksud pekeliling ini, walaupun Guru Besar sekolah rendah/

pengetua sekolah menengah bukan PTJ tidak ditakrifkan sebagai Ketua


Jabatan, namun begitu Guru Besar/Pengetua adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan perakuan urusan perkhidmatan bagi anggotaanggota yang berada di bawah seliaannya.
SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
7.

Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh

percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi


syarat-syarat seperti yang berikut:
Bil
i.

Skim Perkhidmatan
Pegawai Perkhidmatan

Syarat PDP
a.

Pendidikan (PPP) dan


Pegawai Pendidikan

Menjalani percubaan bagi


tempoh 1 hingga 3 tahun;

b.

Pengajian Tinggi (PPPT)

Hadir dengan jayanya Kursus


Induksi /Program Transformasi
Minda (PTM); dan

c.

Diperaku oleh Ketua Jabatan.

ii.

Anggota Kumpulan

a.

Menjalani percubaan bagi

Pelaksana (AKP)

tempoh 1 hingga 3 tahun;


b.

Hadir dengan jayanya Kursus


Induksi / PTM;

c.

Lulus Peperiksaan
Perkhidmatan seperti yang
disyaratkan mengikut Skim
Perkhidmatan; dan

d.

Jawatan-jawatan

dalam

kategori

Diperaku oleh Ketua Jabatan.

AKP

di

bawah

Perkhidmatan

Pendidikan ialah seperti di LAMPIRAN A.


PENGECUALIAN MENGHADIRI PTM / KURSUS INDUKSI
8.

Anggota tetap yang sedang berkhidmat dan masih dalam tempoh

percubaan tetapi telah lulus PTM, Kursus Induksi atau lulus Peperiksaan
Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu adalah dikecualikan dari
menghadiri PTM. Pengecualian daripada menghadiri PTM boleh
diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/Agensi
dan hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP)
anggota.
PEMILIHAN
PEKERJA
9.

OPSYEN

SKIM

KUMPULAN

WANG

SIMPANAN

Seksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 (Akta 227) memberi peluang

kepada anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih
Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen
sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

10.

Ketua Jabatan seperti mana yang ditakrifkan mengikut perenggan

5(i) hingga (vii) hendaklah memberi penjelasan kepada anggota


mengenai faedah yang boleh diperolehi apabila memilih Skim KWSP
atau pencen. Walau bagaimanapun, Guru Besar/Pengetua sekolah
menengah bukan PTJ boleh memberi penjelasan sekiranya diwakilkan
oleh PPD. Perkara-perkara yang perlu ditegaskan oleh Ketua Jabatan
adalah seperti yang berikut:
i.

implikasi pilihan dengan membuat perbandingan faedah di antara


Skim KWSP dan Pencen;

ii.

menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh anggota


dan mengemukakan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012
yang telah dilengkapkan oleh anggota

ke SPP bersama-sama

dengan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan


iii.

memberi peringatan kepada anggota bahawa :


a.

Anggota

yang

gagal

mengembalikan

Jadual

Kelima

Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 atau mengembalikan Jadual


Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 tanpa menyatakan
sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat
akan dianggap telah menolak opsyen Skim KWSP; dan
b.

Opsyen yang telah ditandatangani oleh anggota dan telah


diterima oleh SPP adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH
DIPINDA.

TATACARA PERAKUAN PDP OLEH KETUA JABATAN DAN


PENETAPAN TARIKH PDP
11.

Bagi anggota dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi

semua syarat PDP dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh
percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil
salah satu tindakan seperti yang berikut:
5

Tindakan

Senarai Borang Yang Perlu Tempoh


Dikemukakan

i.

Memperakukan

a.

PDP

Borang

perakuan
SPP/K/002 1 bulan dari

seperti di Lampiran I;
b.

tarikh layak

Borang Jadual Ketiga :


i.

Pengesahan

Dalam

Perkhidmatan
seperti di Lampiran
II bagi anggota yang
sedang berkhidmat di
semua jenis Sekolah
Rendah dan Sekolah
Menengah

bukan

PTJ; dan
ii.

Pengesahan

Dalam

Perkhidmatan
seperti di Lampiran
III bagi anggota yang
sedang berkhidmat di
agensi-agensi
kecuali

yang

berkhidmat

di

Sekolah Rendah dan


Sekolah

Menengah

bukan PTJ.
c.

Borang Jadual Kelima:


i.

Borang
Kumpulan
6

Opsyen
Wang

Simpanan

Pekerja

Mengikut
Subseksyen 6A(1),
Akta Pencen 1980
bagi anggota yang
sedang berkhidmat
di

agensi-agensi

kecuali

yang

berkhidmat
Sekolah

di
Rendah/

Sekolah Menengah
bukan PTJ seperti
di

Lampiran

IV;

atau
ii.

Borang

Opsyen

Kumpulan

Wang

Simpanan

Pekerja

Mengikut
Subseksyen 6A(1),
Akta Pencen 1980
bagi anggota yang
sedang berkhidmat
di

semua

jenis

Sekolah

Rendah

dan

Sekolah

Menengah
PTJ

seperti

Lampiran V.

bukan
di

d.

Kenyataan Perkhidmatan
anggota

yang

telah

dikemaskinikan
ii.

Borang Jadual Ketiga

1 bulan dari

memperakukan

Pengesahan

tarikh layak

PDP

Perkhidmatan seperti di

Tidak

a.

Dalam

Lampiran

II

dengan

menyatakan

dengan
sebab

dan

jelas
anggota

III

sebabtidak

diperakukan.

12.

Perakuan PDP bagi anggota seperti di perenggan 11(i) hendaklah

dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota layak


diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu hendaklah
dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum iaitu satu
tahun.
13.

Perakuan Ketua Jabatan hendaklah menepati prestasi dan

kebolehan sebenar anggota merangkumi sahsiah, tingkah laku dan


disiplin kehadiran sepanjang anggota berkhidmat dalam tempoh
percubaan. Sekiranya perakuan Ketua Jabatan didapati bercanggah
dengan

kelakuan

sebenar

anggota,

mengesahkan perkhidmatan anggota

SPP

tidak

terikat

untuk

iaitu seperti yang dinyatakan

dalam Peraturan 29(7), P.U.(A)1/2012.


14.

Penetapan tarikh PDP yang diluluskan oleh SPP adalah seperti

yang berikut:

Butiran

Tarikh penetapan

i. Hari
pertama selepas tarikh
anggota memenuhi semua syarat
yang ditetapkan seperti berikut :
a. Penetapan tarikh PDP bagi Sehari selepas anggota
tempoh
anggota yang memenuhi syarat memenuhi
minimum percubaan.
dalam tempoh 1 tahun;
b. Penetapan tarikh PDP bagi
anggota yang memenuhi syarat
PDP selepas tempoh 1 hingga 3
tahun; atau

Sehari selepas anggota


memenuhi syarat terakhir
yang disyaratkan dalam
skim perkhidmatan .

c. Penetapan
tarikh
PDP Ketua Jabatan dikehendaki
berdasarkan
tarikh
yang memberi sebab mengapa
perakuan
PDP
diperakukan oleh Ketua Jabatan tarikh
bukan pada tarikh anggota anggota bukan pada tarikh
anggota layak sama ada
layak.
disebabkan oleh tingkah
laku dan prestasi.
ii. Penetapan Tarikh Lain Oleh SPP
Kaedah ini terpakai bagi
anggota yang sama ada
dikenakan
tindakan
tatatertib
ataupun
mengambil cuti tanpa gaji
atau tidak hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa
kebenaran atau sebabsebab yang munasabah
(yang
tidak
dikenakan
tindakan
tatatertib)
semasa dalam tempoh
percubaan
Contoh-contoh penetapan tarikh PDP adalah seperti di LAMPIRAN B.
9

PENETAPAN TARIKH PDP BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN


TINDAKAN TATATERTIB DALAM TEMPOH PERCUBAAN
15.

SPP telah menetapkan

bahawa bagi anggota yang dikenakan

hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan, tarikh PDP akan


ditetapkan selepas tempoh antara 12 hingga 36 bulan dari tarikh
dijatuhkan hukuman tertakluk kepada jenis hukuman yang dikenakan
seperti yang berikut:
Jenis hukuman

Penetapan
berdasarkan
Keputusan

Tarikh

PDP

Tempoh

Selepas

Hukuman

Tatatertib

Oleh Lembaga Tatatertib


Amaran
12 bulan

Denda
Lucut Hak Emolumen
Tangguh Pergerakan Gaji

24 bulan

Turun Gaji

36 bulan

Contoh penetapan tarikh PDP bagi anggita yang dikenakan hukuman


tatatertib dalam tempoh percubaan asal adalah seperti di LAMPIRAN C.

16.

Penetapan tarikh PDP ini adalah juga terpakai bagi anggota yang

dilantik oleh pegawai-pegawai tertentu di Kementerian Pendidikan


Malaysia/Jabatan Pelajaran Wilayah yang diwakilkan kuasa di bawah
Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2009 mengenai Perwakilan Kuasa
Urusan Pengambilan Ke Jawatan Yang Mensyaratkan Kelayakan Masuk
Lebih Rendah Daripada Penilaian Menengah Rendah Atau Yang Setaraf
Dengannya

Dan

Urusan

Perkhidmatan

Yang

Berkaitan.

Walaubagaimanapun perakuan bagi anggota yang mempunyai kes


10

tatatertib semasa dalam tempoh percubaan hendaklah dikemukakan ke


SPP. Perakuan hendaklah dihantar beserta dokumen seperti berikut:
i.

Salinan Surat Pertuduhan Tatatertib;

ii.

Salinan Surat Representasi Anggota;

iii.

Salinan Keputusan Lembaga Tatatertib;

iv.

Salinan Surat Rayuan Anggota (jika ada);

v.

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib (jika ada);

vi.

Surat Perakuan Khas Ketua Jabatan; dan

vii.

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini.

TANGGUNGJAWAB ANGGOTA
17.

Bagi anggota lantikan tetap yang telah berkhidmat melebihi

tempoh setahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat


yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk PDP tetapi Ketua
Jabatan

gagal

mengemukakan

perakuan

mengikut

tatacara

di

perenggan 11(ii), maka anggota boleh memohon kepada SPP untuk


disahkan. Satu salinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada
Ketua Jabatan.
18.

Berdasarkan

kepada

permohonan

anggota,

SPP

boleh

memulakan siasatan. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota


masih kekal dalam tempoh percubaan berpunca daripada kegagalan
Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Peraturan 29(3), P.U.(A)1/2012, maka Ketua Jabatan
boleh disifatkan melakukan suatu pelanggaran tatatertib di bawah
Peraturan 4(2)(g), (i) dan (j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U(A) 395/1993] seperti berikut :
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-

11

(g) tidak bertanggungjawab;


(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN


19.

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk:


i.

memperakukan PDP anggota

dengan mengisi Borang

Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga P.U.(A)1/2012


iaitu :
a. Ketua Jabatan perlu memastikan anggota yang
diperakukan untuk PDP telah menjalankan tugasnya
dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan berpuas hati
dengan sifat peribadi dan kelakuannya; dan
b. Borang Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga
P.U.(A)1/2012

dan Borang SPP/K/002 yang telah

ditandatangani

oleh

Ketua

Jabatan

hendaklah

dikemukakan ke SPP dalam tempoh satu bulan dari


tarikh

anggota

itu

didapati

layak

untuk

diberi

pengesahan mengikut peruntukan di Peraturan 29(2)


P.U.(A)1/2012.
c. Bagi anggota yang dikenakan tindakan tatatertib
kecuali hukuman buang kerja atau turun pangkat,
perakuan PDP hendaklah dibuat setelah selesai
proses tindakan tatatertib tersebut. Sekiranya proses
ini melebihi tempoh percubaan asal iaitu 3 tahun,
12

perakuan

pelanjutan

tempoh

percubaan

anggota

hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada SPP.


d. Bagi anggota yang diluluskan cuti tanpa gaji, perakuan
PDP hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu
tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira (dengan
menolak bilangan hari cuti tanpa gaji yang telah
diluluskan).
20.

Ketua Jabatan bertanggungjawab mengemukakan perakuan bagi

tujuan pemberian taraf berpencen bagi anggota yang telah memenuhi


syarat-syarat berikut :
i.

telah disahkan dalam perkhidmatan;

ii.

genap tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira untuk


selama 3 tahun; dan

iii.

tidak memilih skim KWSP.

dengan mengemukakan borang seperti berikut:


Tindakan

Senarai

Borang

Yang

Perlu

Dikemukakan
i.

Perakuan PTB

a.

Borang SPP/K/003 seperi di


Lampiran VI;

b.

Borang

Jadual

Keenam

Peraturan 38, P.U.(A)1/2012:


i.

Perakauan

PTB

bagi

anggota yang sedang


berkhidmat di agensiagensi

kecuali

yang

berkhidmat di Sekolah
Rendah
13

dan

Sekolah

Menengah bukan PTJ


seperti di Lampiran VII;
atau
ii.

Perakuan

PTB

bagi

anggota yang sedang


berkhidmat

di

semua

jenis Sekolah Rendah


dan Sekolah Menengah
bukan PTJ seperi di
Lampiran VIII.

21.

Bagi anggota yang telah diberi taraf berpencen dalam pelantikan

yang terdahulu dalam skim perkhidmatan yang lain dan dengan syarat
pelantikan tersebut adalah mengikut Peraturan 10, P.U.(A)1/2012,
pelantikan tersebut tidak menjejaskan taraf berpencen mengikut
undang-undang pencen yang berkuat kuasa melainkan anggota tersebut
memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa pelantikan
yang terkini.
PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
22.

Perakuan bagi PTB hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu

bulan dari tarikh anggota layak diperakukan untuk pemberian taraf


berpencen. Perakuan hendaklah lengkap dengan disertakan borangborang berikut :
i.

Perakuan Pemberian Taraf Berpencen Jadual


Keenam Peraturan 38, P.U.(A) 1/2012 seperti di
Lampiran V;

ii.

Borang SPP/K/003 seperti di Lampiran VI;

14

iii.

Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemas Kini


dengan catatan berikut :
(a) Tarikh Pengesahan Pelantikan ;
(b) Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan ;dan
(c) Catatan Opsyen Pencen

iv.

Pengesahan ADA atau TIADA mengambil cuti tanpa


gaji dengan menyatakan tempoh cuti dan bilangan hari
yang diambil.

PENETAPAN TARIKH PEMBERIAN TARAF BERPENCEN


23.

Tarikh PTB yang ditetapkan oleh SPP adalah seperti yang berikut:
i.

tarikh semasa iaitu satu hari bulan pada bulan berikutan


selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua
Jabatan; atau

ii.

sehari sebelum tarikh bersara bagi anggota-angota

yang

bersara dalam keadaan biasa yang belum diberi taraf


berpencen; atau
iii.

sehari sebelum tarikh kematian bagi anggota-anggota telah


genap berkhidmat 3 tahun dan meninggal dunia sebelum
diberi taraf berpencen.

PERINGATAN KEPADA KETUA JABATAN


24.

Ketua Jabatan juga adalah diingatkan untuk memastikan borang

yang digunakan bagi tujuan PDP dan PTB adalah seperti yang terdapat
di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat

dan

Penamatan

Perkhidmatan)

2012

[P.U.(A)1/2012].

Sebarang pindaan atau ubah suai ke atas borang yang digunakan bagi
tujuan PDP dan PTP adalah TIDAK DIBENARKAN.
15

25.

Bagi kemudahan Anggota Perkhidmatan Pendidikan, semua

borang-borang urusan perkhidmatan boleh didapati dan di muat turun


dari Laman Web SPP di alamat: www.spp.gov.my.

PELAKSANAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI


PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH PERWAKILAN KUASA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
26.

Bagi tujuan mewujudkan keseragaman urusan Pengesahan Dalam

Perkhidmatan di peringkat SPP dengan urusan Pengesahan Dalam


Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa di bawah Perkara
Perlembagaan Persekutuan, maka anggota-anggota

144(6),

yang diwakilkan

kuasa seperti dalam Perwakilan Kuasa hendaklah mematuhi prosedur


dan

kaedah

dalam

pekeliling

ini

dalam

melaksanakan

urusan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.

PEMAKAIAN
27.

Pekeliling ini terpakai untuk semua anggota

yang dilantik di

bawah bidang kuasa SPP termasuk pelantikan yang diwakilkan kuasa


oleh SPP di bawah Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan.

TARIKH KUAT KUASA


28.

Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan.

PEMBATALAN
29.

Dengan

berkuat

kuasanya

Pekeliling

ini,

Surat

Pekeliling

Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006, Pekeliling SPP

16

Bilangan 4 Tahun 2008 dan Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2010


adalah dibatalkan.

PERTANYAAN
30.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berhubung dengan

pekeliling ini hendaklah dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan, SPP.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(SULAIMAN BIN WAK)


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia
Jun 2013

17

Edaran Kepada:
Ketua Setiausaha
Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salinan Kepada :
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

You might also like