You are on page 1of 25

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 13/4 - 1236/2013

ANTARA
AHMAD KHALIL HUSAIRI BIN ABD RAHMAN DAN
2 ORANG PERAYU LAIN

DAN
HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURERS (MALAYSIA) SDN. BHD.
AWARD NO. 496 TAHUN 2015
DI HADAPAN

: Y.A. TUAN EDDIE YEO SOON CHYE - PENGERUSI

TEMPAT

: Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN

: 28.08.2013

TARIKH SEBUTAN

: 29.10.2013; 08.01.2014; 24.02.2014; 10.04.2014;


09.05.2014; 02.06.2014; 01.12.2014; 19.01.2015;
04.03.2015; 09.03.2015; 07.04.2015.

TARIKH BICARA

: 05.08.2014; 21.10.2014.

HUJAHAN SYARIKAT
DIFAILKAN

: 04.12.2014; 09.03.2015 (Hujahan Balas).

HUJAHAN YANG
MENUNTUT DIFAILKAN : 06.01.2015, 27.03.2015 (Hujahan Balas).
PERWAKILAN

: Encik Mohd Yusri Athanasius Abdullah,


Pegawai Perhubungan Perusahaan dari
Kesatuan
Kebangsaan
Pekerja-Pekerja
Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan Dan
Sekutu (NUTEAIW),
mewakili Yang Menuntut 1 dan 2.
Cik Nur Ezzah Mohamed
Persekutuan
Majikan-Majikan
(MEF),
mewakili Responden.

Nor dari
Malaysia

RUJUKAN: Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di


bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta) pada
28 Ogos 2013 mengenai pembuangan kerja Ahmad Khalil Husairi Bin
Abd Rahman (Yang Menuntut 1), Azhar Bin Idris (Yang
Menuntut 2) dan Romaino Bin Taib (Yang Menuntut 3) oleh
Hicom
Automotive
Manufacturers
(Malaysia)
Sdn.
Bhd.
(Responden) pada 26 Februari 2013.
1

AWARD

1.

Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di bawah

seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta) pada 28 Ogos


2013 mengenai pembuangan kerja Ahmad Khalil Husairi Bin Abd
Rahman (Yang Menuntut 1), Azhar Bin Idris (Yang Menuntut 2) dan
Romaino Bin Taib (Yang Menuntut 3) oleh Hicom Automotive
Manufacturers (M) Sdn. Bhd. (Responden) pada 26 Februari 2013.

2.

Melalui Award No. 503 Tahun 2014 bertarikh 10 April 2014, satu

Award Persetujuan telah diturunkan bagi merekodkan penyelesaian untuk


Yang Menuntut 3, Romaino Bin Taib. Perbicaraan kes ini yang melibatkan
Yang Menuntut 1 dan 2 dijalankan pada 5 Ogos 2014 dan 21 Oktober 2014.
Wakil

Responden, Persekutan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah

memfailkan Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti pada 4 Disember 2014 dan
Hujahan Balas pada 9 March 2015 manakala Wakil Yang Menuntut 1 dan 2,
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan
Dan Sekutu (NUTEAIW) telah memfailkan Hujahan Bertulis pada 6 Januari
2015 dan Hujahan Balasan pada 27 Mac 2015. Apabila kes ini disebut pada
7 April 2015, kedua-dua pihak memohon kes ini ditutup untuk penurunan
Award.

FAKTA RINGKAS
3.

Pihak Yang Menuntut 1 telah memulakan pekerjaan dengan Syarikat

sebagai Operator 1 (Gred 274) di Jabatan Body Shop Mercedes-Benz


mulai 14 Mei 2012 (COB-1, muka surat 1). Pihak Yang Menuntut 2 telah
memulakan pekerjaan dengan Syarikat Sri Saujana Services (Automotive
Manufacturers (M) Sdn. Bhd.) sebagai Assembler mulai 5 Jun 1996 (COB-2,
muka surat 1).

4.

Melalui

Surat

Tunjuk

Sebab

Dan

Penggantungan

Kerja

bertarikh 12 Februari 2013 (COB-1 dan COB-2, muka surat 6) yang


ditandatangani oleh Ahmad Zafir Bin Abd. Samad, Ketua Jabatan,
Pembangunan Modal Insan, pihak Syarikat telah menerima laporan bahawa
kedua-dua Yang Menuntut 1 dan 2 telah melakukan kesalahan serius iaitu
ditangkap merokok di kawasan Dilarang Merokok dan merokok bukan
dalam waktu rehat yang dibenarkan.

5.

Syarikat telah memutuskan supaya kedua-dua Yang Menuntut 1 dan 2

digantung kerja selama 14 hari dan dibayar separuh gaji berkuatkuasa dari
12 Februari 2013 hingga 25 Februari 2013 untuk tujuan siasatan dan bekerja
semula pada 26 Februari 2013. Yang Menuntut 1 telah memberi jawapan
bertulis kepada Syarikat yang diterima pada 15 Februari 2013 (COB-1, muka
surat 8) seperti berikut:

Pada 8 Februari 2013, jam 9.30 pagi saya membuang air ditandas.
Selepas itu saya berdiri di tepi tandas sambil berbual dengan seorang
pekerja dan pada masa itu saya tidak langsung menghisap rokok.

6.

Yang Menuntut 2 telah memberi jawapan bertulis kepada Syarikat

yang diterima pada 15 Februari 2013 (COB-2, muka surat 8) seperti berikut:
Pada 8 Februari 2013 (Jumaat), jam 9.30 pagi, saya membuang air
di tandas. Selepas itu saya berdiri di tepi tandas sambil berbual
dengan seorang pekerja dan pada masa tersebut saya tidak langsung
menghisap rokok.

7.

Syarikat telah meneliti jawapan surat tunjuk sebab Yang Menuntut 1

dan 2 dan pihak Syarikat tidak menerima jawapan yang diberikan dan
memutuskan untuk mengadakan Siasatan Dalaman pada 20 Februari
2013 melalui Notis Siasatan Dalaman bertarikh 15 Februari 2013 (COB-1
dan COB-2, muka surat 9) yang ditandatangani oleh Rodzal Bin Had, Ketua
Jabatan Pembangunan Modal Insan.

Tuduhan terhadap kedua-dua Yang

Menuntut adalah seperti berikut:


Pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, anda telah ditangkap
merokok di kawasan Dilarang Merokok iaitu di dalam Tandas B17
dan merokok bukan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
Dengan ini anda didapati telah melanggar Dasar dan Tatacara
Tatatertib dibawah Kesalahan Berat Lampiran DTT2 (37).
8.

Mengikut Laporan Panel Sesi Siasatan Dalaman oleh Sharifunizam Bin

Johari (PP1), Abd. Aziz Bin Katif (PP2) dan Norita Binti Ibrahim (PP3)
keputusan Panel adalah Bersalah bagi Yang Menuntut 1 seperti dalam
4

COB-3, muka surat 3 dan Bersalah bagi Yang Menuntut 2 seperti dalam
COB-4, muka surat 5.

9.

Melalui surat Keputusan Siasatan Dalaman bertarikh 22 Februari

2013 (COB-1 dan COB-2, muka surat 11) yang ditandatangani oleh Rodzal
Bin Had, pihak Syarikat telah memutuskan bahawa kedua-dua Yang
Menuntut didapati bersalah seperti berikut:
Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan, Panel Siasatan
Dalaman telah memutuskan bahawa anda didapati BERSALAH
seperti yang disebut di dalam pertuduhan yang dikemukakan
kepada anda bertarikh 15 Februari 2013.
Memandangkan salah laku anda adalah serius, dengn ini pihak
Syarikat tiada pilihan kecuali mengenakan
Penamatan
Perkhidmatan terhadap anda berkuatkuasa pada 26 Februari
2013. Walau bagaimanapun anda diberi peluang untk membuat
rayuan bertulis kepada Ketua Pegawai Operasi dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh surat ini dikeluarkan.
10.

Yang Menuntut 1 melalui surat rayuan bertarikh 3 Mac 2013 (COB-3,

muka surat 2) telah membuat rayuan agar pihak Syarikat dapat


meringankan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Yang Menuntut 2

melalui surat rayuan yang diterima oleh Syarikat pada 4 Mac 2013 (COB-4,
muka surat 2) telah memohon Syarikat agar dapat menukar hukuman
penamatan perkhidmatan terhadapnya kepada hukuman yang lebih ringan.

KES RESPONDEN DAN HUJAHAN


11.

Syarikat memanggil Rodzal Bin Had (COW1) Ketua Divisyen

Bahagian Modal Insan sebagai saksi pertama.

COW1 mengetuai jabatan

modal insan yang merangkumi segala bidang berkaitan human capital,


disiplin, latihan dan pengalaman pekerja.

COW1 menandatangani memo

larangan merokok dan Notis Siasatan Domestik dan keputusan Siasatan


Domestik.

Sebab kedua-dua memorandum dikeluarkan adalah kerana

kesalahan merokok dipandang serius oleh Syarikat dan untuk mencegah


kebakaran dalam kawasan kilang sebab kawasan ini mudah terbakar.
Merokok menyebabkan kekotoran dan kerosakan dalam tandas. Masa yang
dibenarkan untuk merokok adalah sebelum waktu kerja, 10.00 10.20 pagi
(waktu rehat), 1.00 2.00 petang (waktu rehat tengahari) dan selepas
waktu kerja.

12.

COW1 menjelaskan Yang Menuntut 1 dan 2 diberi akses kepada

memorandum yang ditampal di papan kenyataan, emel kepada ketua


jabatan dan salinan kepada pihak Kesatuan. Syarikat mengambil keputusan
bahawa Yang Menuntut 1 dan 2 bersalah serta menamatkan perkhidmatan
mereka kerana Syarikat menganggap ini merupakan kesalahan serius dan
adalah satu pengajaran dan teladan kepada pekerjaan lain. Setiap pekerja
baru diberi taklimat mengenai Buku Dasar dan Tatacara Tatatertib (COB-1,
muka surat 31) dan merujuk kepada Lampiran DTT-2 Kesalahan Berat

Perkara 37 (COB-1, muka surat 79) yang menyatakan bahawa Merokok di


kawasan Dilarang Merokok atau Mudah Terbakar atau merokok bukan dalam
waktu rehat dibenarkan.

13.

Saksi Responden yang kedua ialah Ahmad Zafir Bin Abd. Samad

(COW2) Pengurus Modal Insan dan merupakan Pegawai Pendakwa dalam


Siasatan Dalaman.

Sebagai Pegawai Pendakwa COW2 memberi ulasan

ringkas fakta kes dan membawa saksi majikan untuk memberi keterangan.
Memandangkan kes merokok memang kes serius, tindakan segera diambil
untuk keluarkan surat tunjuk sebab (COB-1, muka surat 6). Nota Prosiding
Siasatan Dalaman dikemukakan dalam COB-1, muka surat 13 30.

14.

COW3 Sharifunizam Bin Johari, Manager Plant Support adalah

Ketua Panel Sesi Siasatan Dalaman. Beliau menyatakan bahawa siasatan


dalaman perlu dipastikan berjalan lancar.

Yang Menuntut 1 dan 2 diberi

peluang membentangkan kes dan mereka diwakili oleh pihak Kesatuan.


Mengikut COW3, prinsip keadilan asasi dipatuhi semasa siasatan dalaman.

15.

COW4 Rusli Bin Ladin, Head of Division VW Operation berjumpa

Yang Menuntut 1 dan 2 di dalam tandas merokok. Pada pagi 8 Februari


2013 masuk ke tandas dan terbau asap rokok yang kuat dan nampak salah
seorang Yang Menuntut tengah mencangkung sambil hisap rokok dekat luar
pintu.

Seorang lagi Yang Menuntut lari masuk tandas dan buang rokok

tersebut.

COW4 panggil kedua-dua Yang Menuntut dan tanya mereka

kenapa hisap rokok. Bila ditanya Yang Menuntut 1 dan 2, mereka nafikan
merokok dan merayu tidak diambil tindakan.

Kedua-dua Yang Menuntut

mengenali COW4 dan meminta maaf dari COW4.

COW4 memberitahu

pegawai atasan mereka, Encik Bakri dan Encik Sharbani tentang kejadian ini
dan laporan dibuat terhadap Yang Menuntut 1 dan 2. Jarak stesen kerja
dengan tandas B17 adalah lebih kurang 200m. Waktu Yang Menuntut 1 dan
2 didapati merokok bukan dalam waktu merokok yang ditetapkan dan bukan
tempat yang dibenarkan.

16.

Wakil Responden telah berhujah bahawa keterangan kedua-dua Yang

Menuntut adalah satu penafian semata-mata. Syarikat bergantung kepada


keterangan terus oleh COW4 untuk menjadi asas dan bukti.

Adalah

munasabah bagi Syarikat setelah siasatan dalaman dan kedua-dua Yang


Menuntut didapati bersalah memutuskan bahawa pemecatan kerja keduadua Yang Menuntut merupakan satu hukuman yang setimpal dengan salah
laku.

Pemecatan kedua-dua Yang Menuntut adalah dengan sebab yang

patut dan munasabah mengikut peraturan yang dibenarkan Syarikat.

KES YANG MENUNTUT 1 DAN 2 DAN HUJAHAN


17.

Yang Menuntut 1, Ahmad Khalil Husairi Bin Abd. Rahman

(CLW1) telah memberi keterangan utama dalam kes ini seperti dalam

Pernyataan Saksi CLWS-1. CLW1 merujuk kepada surat tunjuk sebab yang
menyatakan saya mengharapkan pihak tuan dapat menilai semula serta
mengkaji tuduhan terhadap saya kerana CLW1 tidak hisap rokok
sepertimana dituduh oleh saksi majikan, Rosli Bin Ladin. CLW1 seperti biasa
pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan selepas itu berbual dengan
rakan sekerja tentang isu di tempat kerja.

CLW1 dalam keterangan

menyatakan bahawa pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, telah
pergi ke tandas B17 untuk buang air dan selepas itu CLW1 mencuci tangan
dan CLW2 (Azhar Bin Idris) berdiri sebelahnya dan beliau bertanya tentang
hal elaun test drive kereta keluar. CLW1 tidak pasti tentang kehadiran Rosli
Bin Ladin dan beliau tanya nama CLW1 dan kemudian menuduh CLW1
menghisap rokok dalam tandas dan marah CLW1 dengan nada yang tinggi.
CLW1 merujuk kepada surat Keputusan Siasatan Dalaman bertarikh
22 Februari 2013 (COB-1, muka surat 11) dan menyatakan bahawa syarikat
tanpa bukti yang kukuh telah menamatkan perkhidmatan CLW1.

18.

Yang Menuntut 2, Azhar Bin Idris (CLW2) telah memberi

keterangan utama dalam kes ini seperti dalam Pernyataan Saksi CLWS-2.
CLW2 merujuk kepada surat tunjuk sebab yang menyatakan saya
mengharapkan pihak tuan dapat menilai semula serta mengkaji tuduhan
terhadap saya kerana CLW2 tidak hisap rokok sepertimana dituduh oleh
saksi majikan, Rosli Bin Ladin. CLW2 seperti biasa pergi ke tandas untuk
membuang air kecil dan selepas itu berbual dengan rakan sekerja tentang

isu di tempat kerja. CLW2 dalam keterangan menyatakan bahawa


pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, telah pergi ke tandas B17
untuk buang air dan selepas itu CLW2 mencuci tangan dan CLW1 (Ahmad
Khalil Husairi) berdiri sebelahnya dan beliau bertanya tentang hal elaun test

drive kereta keluar. CLW2 tidak pasti tentang kemunculan Rosli Bin Ladin
dan beliau bertanya CLW2 sama ada menghisap rokok atau tidak. CLW2
merujuk kepada surat Keputusan Siasatan Dalaman bertarikh 22 Februari
2013 (COB-2, muka surat 11) dan menyatakan bahawa syarikat tanpa bukti
yang kukuh telah menamatkan perkhidmatan CLW2.

19.

Wakil Yang Menuntut 1 dan 2 telah mengemukakan hujahan bertulis

bahawa Syarikat telah gagal untuk secara adil mengemukakan bukti yang
kukuh melalui COW4 dan imbangan kebarangkalian dalam kes ini hendaklah
memihak kepada kedua-dua Yang Menuntut. Kedua-dua Yang Menuntut 1
dan 2 mendakwa bahawa pemecatan kerja oleh Syarikat adalah tidak adil
dan sah.

ISU DALAM KES INI


20.

Isu yang wujud di Mahkamah dalam kes ini adalah sama ada

pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden itu adalah


bersebab atau beralasan adil.

10

BEBAN PEMBUKTIAN
21.

Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara

v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 memutuskan
seperti berikut:
Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala
perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau
rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam
mahkamah undang-undang. Mahkamah Perusahaan mesti
dibenarkan untuk menjalankan prosidingnya sebagai satu
mahkamah timbangtara dengan membenarkan beberapa
kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia
mengambil kira keteguhan merit dalam kes dalam kes dan
membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian.
Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak
boleh diklasifikasikan sebagai sivil atau jenayah dengan beban
kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi.
Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan
pemecatan di mana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan
kesalahan jenayah seperti kes curi harta syarikat, Mahkamah
Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan
keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban kebuktian
yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu imbangan
kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kabarangkalian yang
diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.

SIASATAN DALAMAN
22.

Bidang kuasa Mahkamah Perusahaan terhad kepada menimbangkan

sama ada terdapat suatu kes prima facie terhadap Yang Menuntut 1 dan 2
apabila siasatan dalaman dijalankan. Pendekatan ini dapat dilihat dalam kes
11

Bumiputra Commerce Bank Bhd v. Mahkamah Perusahaan Malaysia


& Anor [2004] 7 CLJ 77.

23.

Mahkamah Rayuan dalam kes Jye Tai Precision Industrial (M)

Sdn Bhd v. Victoria Arulsamy [2008] 1 CLJ 760 di muka surat 771
memutuskan seperti berikut:

But let us be reminded that under s. 30 (5) of the Act, The court
shall act in according to equity, good conscience and the substantial
merits of the case without regard to technicalities and legal form
when making an award. When this applies to Industrial Court's
proceedings then more so it should be to domestic inquiry which, as
all parties were given an opportunity to present their case and their
versions duly considered by the panel then its finding cannot be said
to be inequitable.

24.

Tugas Mahkamah adalah untuk memberi pertimbangan sama ada

siasatan dalaman ini adalah sah dan sama ada siasatan dalaman dijalankan
secara adil dan saksama. Mahkamah perlu melihat sama ada pemecatan
Yang Menuntut adalah beralasan adil atau bersebab dan dapatan siasatan
adalah

berdasarkan

keterangan

yang

dikemukakan.

(Metroplex

Administration Sdn Bhd v. Mohamed Elias [1998] 5 CLJ 467)

25.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat

Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344
di muka surat 345 memutuskan seperti berikut:

12

[4] The defect is natural justice by the respondent could and


ought to be cured by the inquiry in the Industrial Court. The
Industrial Court is an independent quasi-judicial statutory body
capable of reaching fair result by fair method. Despite the initial
defect by the respondent in dismissing the appellant, the hearing
before the Industrial Court should be taken as sufficient opportunity
for the appellant to being heard to satisfy natural justice and
thereby rectify the omission to hold domestic inquiry. There is no
ground for the Industrial Court to complain that for it to inquire into
the merits of the question of just cause and excuse would be
grossly unfair.

PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN


26.

Mahkamah Rayuan dalam kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd.

v. Liew Fook Chuan & Other Appeals [1997] 1 CLJ 665 di muka surat
716 memutuskan seperti berikut:

The fact that an employer has conducted a domestic inquiry against


his workman is, in my judgment, an entirely irrelevant consideration
to the issue whether the latter had been dismissed without just cause
or excuse. The findings of a domestic inquiry are not binding
upon the Industrial Court which rehears the matter afresh.
However, it may take into account the fact that a domestic inquiry
had been held when determining whether the particular workman
was justly dismissed.

27.

C.P. Mills dalam buku Industrial Disputes Law in Malaysia, Edisi

Kedua 1984 menyatakan seperti berikut di muka surat 78:

Unless there is clear evidence to support the charge of misconduct,


the employer's decision against the workman will not be upheld by
the Court.
13

Even where there were reasonable grounds before the employer for
concluding that the workman was guilty of the misconduct alleged
against him, but in the proceedings before the Court the evidence
does not permit any firm conclusion that the workman did commit
the acts in question, the dismissal will not be sustained.

28.

Mahkamah perlu menganalisa keterangan yang dikemukakan semasa

perbicaraan dan memutuskan sama ada salah laku disebabkan oleh keduadua Yang Menuntut.
salah laku

yang

Mahkamah akan meneliti keterangan berdasarkan

dinyatakan

bertarikh 22 Februari 2013.

dalam

surat

pemecatan

kerja

yang

Adalah menjadi satu fakta yang tidak

dipertikaikan bahawa pekerjaan Yang Menuntut 1 dan 2 dengan Syarikat


Responden telah ditamatkan pada 26 Februari 2013.

Persoalan yang

wujud kini untuk penentuan dan keputusan Mahkamah adalah sama ada
pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden adalah dengan
sebab atau alasan yang adil.

29.

Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dihuraikan dengan jelas dalam

kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Bhd [1981] 2 MLJ 129 di muka
surat 136 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:

Where representations are made and are referred to the Industrial


Court for enquiry, it is the duty of that court to determine
whether the termination or dismissal is with or without just
cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the
action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to
enquire whether that excuse or reason has or has not been made
out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the
14

inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was


without just cause or excuse. The proper inquiry of the court is the
reason advanced by it and that court or the High Court cannot go
into another reason not relied on by the employer or find one for it.

30.

Adalah

menjadi

prinsip

undang-undang

yang

mantap

apabila

Mahkamah Perusahaan dirujuk mengenai kes pemecatan kerja yang


melibatkan salah laku, dua perkara yang perlu diputuskan iaitu pertama
sama ada salah laku yang dilaporkan oleh majikan telah dapat dibuktikan
dan kedua sama ada salah laku yang terbukti mengasaskan sebab atau
alasan yang adil untuk pemecatan kerja Yang Menuntut.

Mahkamah

Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4
CLJ 449 di muka surat 455, telah memutuskan seperti berikut:

As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance


Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 2 MLJ 753, the function of
the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is
two-fold firstly, to determine whether the misconduct complained of
by the employer has been established, and secondly whether the
proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal.

31.

Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance

Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 di muka surat 352,
Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:

On the authorities, we were of the view that the main and only
function of the Industrial Court in dealing with a reference under
s. 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of
the reference) is to determine whether the misconduct or

15

irregularities complained of by the management as the grounds of


dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether
such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal.

32.

Mahkamah Perusahaan dalam kes Mohd Rashid Sulong v. Tenaga

Nasional Berhad [2011] 2 LNS 0059 memutuskan seperti berikut:

Where, as in this case, a domestic inquiry has been held, this court's
jurisdiction is limited to considering whether there is a prima facie
case against the claimant. See the High Court case of Bumiputra
Commerce Bank Bhd. v. Mahkamah Perusahaan Malaysia &
Anor [2004] 7 CLJ 77 which was endorsed by the Court of Appeal in
Jye Tai Precision Industrial (M) Sdn Bhd v. Victoria Arulsamy
[2008] 1 CLJ 760. The court should first consider whether or not the
domestic inquiry held against the claimant was valid and the inquiry
notes accurate.
As far as the court can discern from the inquiry notes the inquiry
was valid, the rules of natural justice had been adhered to and the
panel's findings were correct based on the evidence before it. The
respondent therefore comes to this court with an already established
prima facie case.

33.

Minit Siasatan Dalaman Jabatan Divisyen Modal Insan dikemukakan

dalam COB-1 dan COB-2, muka surat 13 30 di mana siasatan dalaman


yang dijalankan pada 20 Februari 2013. Mahkamah merujuk kepada Laporan
Panel Sesi Siasatan Dalaman bagi Yang Menuntut 1 (COB-3, muka surat 3)
dan Yang Menuntut 2 (COB-4, muka surat 5) yang menyatakan keputusan
Panel Bersalah dan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh tidak boleh
dipertikaikan.

16

34.

Mahkamah perlu menganalisa keterangan yang dikemukakan dan

memutuskan sama ada salah laku disebabkan oleh Yang Menuntut 1 dan 2.
Adalah menjadi satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa perkhidmatan
Yang Menuntut 1 dan 2 dengan Responden telah ditamatkan.

Persoalan

yang wujud kini untuk penentuan dan keputusan Mahkamah adalah sama
ada pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden adalah
dengan sebab atau alasan yang adil.

Sama ada Yang Menuntut melakukan salah laku?


35.

Mahkamah membuat dapatan fakta dalam keadaan kes ini bahawa

Responden gagal membuktikan salah laku merokok di kawasan Dilarang


Merokok di dalam tandas dan merokok bukan dalam waktu rehat yang
dibenarkan ke atas Yang Menuntut 1 dan 2 yang menjadi sebab tunggal
penamatan perkhidmatan.

Yang Menuntut 1 telah membuat penjelasan

dalam pemeriksaan balas apabila disoal oleh wakil Responden tentang


reaksinya apabila COW4 masuk ke dalam tandas.

Yang Menuntut 1

menjelaskan pada masa itu beliau langsung tidak menghisap rokok. Yang
Menuntut 1 tahu di mana tempat yang dibenarkan merokok iaitu di kawasan
yang disediakan pada waktu rehat sahaja (10.00 pagi dan 1.00 tengahari)
dan pada jam 9.30 pagi, Yang Menuntut sedang mencuci tangan. Mengikut
keterangan dalam pemeriksaan balas Yang Menuntut 2 berkata beliau tidak
hisap rokok dan pergi dalam tandas B17 untuk buang air dan cuci tangan.

17

36.

Responden dalam keadaan kes ini tidak mengemukakan keterangan

yang menyakinkan berkaitan salah laku bahawa kedua-dua Yang Menuntut


ditangkap merokok di kawasan Dilarang Merokok iaitu di dalam tandas B17
dan merokok bukan dalam waktu rehat yang dibenarkan. Pihak Syarikat
hanya bergantung kepada keterangan COW4 bahawa pada pagi 8 Februari
2013, telah masuk ke tandas dan terbau asap rokok yang kuat dan nampak
salah seorang Yang Menuntut tengah mencangkung sambil hisap rokok
dekat luar pintu. Seorang lagi Yang Menuntut lari masuk tandas dan buang
rokok tersebut.

COW4 tidak dapat mengecam Yang Menuntut 1 atau 2

berkaitan dengan salah laku dalam Notis Siasatan Dalaman. Persoalannya


Yang Menuntut yang mana yang tengah mencangkung sambil hisap rokok
dekat luar pintu dan Yang Menuntut yang mana yang lari masuk ke tandas
dan buang rokok tersebut? Pertuduhan ke atas kedua-dua Yang Menuntut
adalah berkaitan dengan merokok di dalam tandas B17 dan bukan
menghisap rokok di luar dekat luar pintu. Butiran berkenaan tempat dan
COW4 tidak mengecam Yang Menuntut dengan positif menggagalkan
pembuktian pertuduhan dan manfaat keraguan hendaklah diberikan kepada
kedua-dua Yang Menuntut.

Siapa dia orang ketiga dalam kejadian ini?


37.

Mahkamah mendapati wujud orang ketiga dalam kejadian ini dan

identitinya tidak dinyatakan.

Percanggahan keterangan COW4 berkenaan

18

kewujudan orang ketiga dalam tandas selain daripada Yang Menuntut 1 dan
2 membawa lebih banyak kemusykilan daripada kebenaran berkaitan dengan
kejadian seperti dalam pertuduhan. COW4 dalam pemeriksaan balas telah
dengan jelas menunjukkan percanggahan dalam keterangannya:
S9:

Selain daripada kedua-dua Yang Menuntut, ada orang lain


dalam tandas?

J:

Tidak ada.

S13: Sebenarnya ada 3 orang dalam tandas termasuk seorang


kontraktor dan orang ketiga ini yang hisap rokok?
J:

38.

Setuju.

Mahkamah Perusahaan dalam kes Ireka Construction Berhad v.

Chantiravanathan a/l Subramaniam James [1995] 2 ILR 11 di muka


surat 15 telah memutuskan seperti berikut:

It is a basic principle of industrial jurisprudence that in a dismissal


case the employer must produce convincing evidence that the
workman committed the offence or the offences the workman is
alleged to have committed for which he has been dismissed. The
burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause
and excuse for taking decision to impose the disciplinary measure of
dismissal upon the employee. The just cause must be, either a
misconduct, negligence or poor performance based on the facts of
the case.

19

Penguatkuasaan Peraturan Larangan Merokok


39.

Pihak Syarikat melalui Memo Penguatkuasaan Peraturan Larangan

Merokok bertarikh 3 Disember 2012 (COB-1, muka surat 4) yang


ditandatangani oleh COW1 dan Adnan Bin Zainun, Pengerusi Kesatuan
Sekerja menyatakan seperti berikut:
Berkuatkuasa serta merta rondaan dari masa ke semasa akan
dilakukan dan tumpuan adalah di dalam tandas-tandas.
Perlu
diingatkan kepada semua jika mana-mana kakitangan yang ditangkap
kerana melanggar peraturan ini, maka pihak Pengurusan tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan Penamatan Perkhidmatan
serta merta setelah peringatan berulangkali dibuat. Merokok di
dalam tandas telah menyebabkan kekotoran dan kerosakan di dalam
tandas dan pihak Syarikat terpaksa menanggung kos yang tinggi
untuk membaikinya.

40.

Melalui

Memo

Penguatkuasaan

Peraturan

Larangan

Merokok

bertarikh 7 Februari 2013 (COB-1, muka surat 5) makluman disampaikan


kepada semua kakitangan seperti berikut:
Perlu diingatkan kepada semua jika mana-mana kakitangan yang
ditangkap kerana melanggar peraturan ini, maka pihak Pengurusan
tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti berikut:
1.

Tangkapan yang dilakukan di dalam, di luar atau


berhampiran kawasan Paint Shop atau kawasan yang
mudah terbakar dan di dalam tandas akan dikenakan
tindakan Penamatan Perkhidmatan jika disabitkan
kesalahan.

20

2.

41.

Tangkapan selain kawasan di atas, di tempat merokok atau


bukan di tempat yang dibenarkan serta di luar waktu yang
dibenarkan merokok, kakitangan yang ditangkap akan
didenda sebanyak RM100.00. Bagi kesalahan kali kedua,
tindakan Penamatan Perkhidmatan akan dikenakan jika
disabitkan kesalahan.

Mengikut COW1, setiap pekerja baru diberi taklimat mengenai Buku

Dasar dan Tatacara Tatatertjb (COB-1, muka surat 31) dan

Kesalahan

Berat merujuk kepada Merokok di kawasan Dilarang Merokok atau Mudah


Terbakar atau merokok bukan dalam waktu rehat dibenarkan.

Memo

Penguatkuasaan Peraturan Larangan Merokok bertarikh 3 Disember 2012


menunjukkan tindakan penamatan perkhidmatan hanya diambil setelah
peringatan berulang kali diberikan.

Memo Penguatkuasaan Peraturan

Larangan Merokok bertarikh 7 Februari 2013, tangkapan selain kawasan di


atas, di tempat merokok atau bukan di tempat yang dibenarkan serta di luar
waktu yang dibenarkan, kakitangan yang ditangkap hanya didenda. Terdapat
percanggahan ketara antara Dasar dan Tatacara Tatatertib dengan Peraturan
Larangan Merokok di mana kakitangan yang ditangkap merokok di dalam
tandas tidak akan ditamatkan perkhidmatan serta merta.

42.

Berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan setelah

memberi pertimbangan kepada Hujahan Bertulis kedua-dua Wakil Yang


Menuntut dan Responden, Mahkamah ini membuat dapatan dalam keadaan
dan fakta kes ini bahawa sebab penamatan perkhidmatan Yang Menuntut 1
dan 2 pada 26 Februari 2013 bagi salah laku yang dikemukakan oleh

21

Responden dalam Notis Siasatan Dalaman telah gagal dibuktikan oleh


Responden di atas imbangan kebarangkalian.

RUMUSAN
43.

Sebagai rumusan, setelah mengambil kira keseluruhan keterangan

yang dikemukakan oleh Pihak Yang Menuntut dan Syarikat Responden


dengan mengambil kira seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967
untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan hati nurani dan merit kes yang

substantial

tanpa

memikirkan

kepada

perkara-perkara

teknikal

dan

berbentuk undang-undang, Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa


penamatan perkhidmatan Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden
pada 26 Februari 2013 adalah tanpa sebab atau alasan yang adil.

REMEDI
44.

Yang Menuntut 1 dan 2 memplidkan pengembalian kedudukan

jawatan di Pernyataan Kes, perenggan 14 dan Mahkamah ini berpendapat


bahawa remedi ini adalah tidak wajar dalam keadaan dan fakta kes ini.
Mahkamah ini memutuskan bahawa pengembalian kedudukan jawatan Yang
Menuntut 1 dan 2 dalam kes ini adalah tidak selaras dengan keharmonian
perusahaan. Adalah penting untuk industri memperlihatkan elemen saling
percaya-mempercayai di antara majikan dengan pekerja demi menjamin
suasana keharmonian pekerjaan. Dengan itu, adalah wajar dan adil untuk

22

Mahkamah ini mengawardkan gantirugi kewangan kepada Yang Menuntut 1


dan 2.

UPAH KEBELAKANGAN (BACK WAGES)


45.

Dalam mengawardkan upah kebelakangan, upah kebelakangan tidak

boleh melebihi 24 bulan gaji kebelakang berdasarkan gaji terakhir Yang


Menuntut 1 dan 2 bagi pemecatan kerja tanpa sebab atau alasan yang adil.
Gaji pokok Yang Menuntut 1 pada masa diberhentikan perkhidmatan sebagai
Operator adalah RM 900.00 sebulan dan gaji pokok Yang Menuntut 2
pada masa diberhentikan perkhidmatan sebagai Operator 3 adalah
RM 1,223.00 sebulan.

Jika kedua-dua Yang Menuntut memperolehi

pendapatan selepas pemecatan kerja, satu peratusan yang munasabah


daripada pendapatan berkenaan yang akan diputuskan oleh Mahkamah
hendaklah ditolak daripada gaji kebelakang.

Memandangkan kedua-dua

Yang Menuntut kini memperolehi pendapatan selepas pemecatan kerja,


Mahkamah membuat potongan peratusan pendapatan berkenaan sebanyak
20% daripada gaji kebelakang.

PAMPASAN GANTIAN PENGEMBALIAN KEDUDUKAN JAWATAN


(COMPENSATION IN LIEU OF REINSTATEMENT)
46.

Adalah menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan

gantian pengembalian kedudukan jawatan berlandaskan perkiraan sebulan

23

gaji untuk setiap tahun genap perkhidmatan pekerja dengan Syarikat.


Dalam kes ini, Yang Menuntut 1 telah berkhidmat dengan Responden untuk
tempoh masa kurang dari setahun (14 Mei 2012 hingga 26 Februari 2013).
Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mengawardkan pampasan gantian
pengembalian kedudukan jawatan kepada Yang Menuntut 1. Yang Menuntut
2 telah berkhidmat dengan Responden untuk tempoh masa 16 tahun (5 Jun
1996 hingga 26 Februari 2013).

47.

Memandangkan Yang Menuntut 1 hanya bekerja selama 10 bulan

dengan Responden, Mahkamah dengan ini memerintahkan Responden


membayar Yang Menuntut 1 upah kebelakangan sebanyak lima (5) bulan
berdasarkan gaji bulanan terakhir Yang Menuntut 1 sebanyak RM 900.00
dan ditolak 20% bagi pendapatan selepas pemecatan kerja. Pengawardan
upah kebelakang berdasarkan perkiraan ini adalah adil dan wajar dalam
keadaan kes ini.

Perkiraan upah kebelakang kepada Yang Menuntut 1

adalah seperti berikut:


10 bulan x RM 900.00 - 20% = RM 7,200.00

48.

Bagi Yang Menuntut 2, Mahkamah memerintahkan

membayar

Yang

Menuntut

upah

kebelakangan

sebanyak

Responden
12

bulan

berdasarkan gaji bulanan terakhir Yang Menuntut 2 sebanyak RM 1,223.00.


Pengawardan upah kebelakang berdasarkan perkiraan ini adalah adil dan

24

wajar dalam keadaan kes ini.

Perkiraan upah kebelakang kepada Yang

Menuntut 2 adalah seperti berikut:


12 bulan x RM 1,223.00 - 20% = RM 11,740.80

Mahkamah memerintahkan Responden membayar Yang Menuntut 2


pampasan gantian pengembalian kedudukan jawatan sebanyak:
16 bulan x RM 1,223.00 = RM 19,568.00

PERINTAH MUKTAMAD
49.

Sebagai

perintah

muktamad,

Mahkamah

ini

memerintahkan

Responden untuk membayar Yang Menuntut 1 melalui jumlah sebanyak


RM 7,200.00 dan Yang Menuntut 2 jumlah sebanyak RM 31,308.80
(RM 19,568,00 + RM 11,740.80) dengan tolakan statutori jika ada melalui
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan
Dan Sekutu (NUTEAIW) dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh Award ini.

DITURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 27 APRIL 2015


t.t.
( EDDIE YEO SOON CHYE )
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

25

You might also like