You are on page 1of 3

Prolog

Aku mematian enjin kereta sebak sahaja sampai dipekarangan rumah.


Kepenatan bekerja terasa menjalar di urat-urat tubuhku. Aku melangkah keluar dari
kereta menuju ke bilik tidur. Aku melihat puteri dan putera aku sedang sibuk
bermain di ruang tamu. Melihat mereka berdua, sudah cukup bagiku untuk terus
tersenyum.
Ayah, ayah. Jom main, Qalisha memanggil aku. Aku sekadar tersenyum.
Azhari pula mula merangkak mendapatkan aku. Aku lantas mendapatkan Azhari dan
mencium pipi mongelnya. Azhari ketawa manja lalu melentokkan kepalanya dibahu
aku. Aku berjalan ke arah Qalisha dan memberikan ciuman di pipinya.
Aku duduk sambil memangku Azhari. Qalisha pula sibuk bermain dengan
permainannya.

Melihat

mereka

berdua

membesar

sudah

cukup

buat

aku

tersenyum. Merekalah sumber kekuatan aku dikala aku kepenatan melongkah arus
dunia.
Ayah tadikan, cikgu ajar solat. Cikgu cakap solat tu wajib. Hari-hari kena
buat. Tak boleh tinggal satu pun. , Qalisha diam sejenak.
Tapi kenapa Qalisha tak pernah Nampak ayah dengan mama solat? soal
Qalisha ingin tahu.
Aku terpaku. Aku tidak menyangka Qalisha akan bertanya akan soal itu.
Ayah? Qalisha tanya ni. Jawablah. , Qalisha sedikit mendesak.
Aku diam seribu bahasa.
Azan maghrib berkumandang. Qalisha berlari-lari anak menuju ke tandas.
Qalisha nak ke mana tu? soal aku.
Ambil wudhu, nak solat. , balas Qalisha. Kelu. Tidak ada sepatah ayat pun
terlintas di benak fikiranku. Aku bangkit dan meletakkan Azhari dikatilnya. Lantas
menuju ke kamar tidur. Aku memejam mata untuk seketika.

Bab 1
Syarikat XXX
Aku menerima sepucuk surat dari CEO. Kandungannya sendiri aku tak pasti.
Tanpa membuang masa, aku membuka sampul surat itu. Aku buka dan baca isi
kandungannya.
Berulang-ulang kali aku baca surat itu. Mimpikah aku?
Aku dipecat..
Kerana rasa kecewa lebih menguasai diri, aku terus mengemas barangbarang aku. Rakan sekerja aku yang lain agak terkejut dengan perlakuan aku.
Ke..kenapa kau kemas-kemas ni, Lan? Mamat bertanya.
Aku dipecat. Aku membalas acu tak acu.
Eh, kau biar betul. Kau jangan main-main perkara serius ni. Iskandar
bersuara.
Aku menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh CEO kepada Iskandar dan
Mamat. Mereka terdiam.
Aku.. aku minta maaf. Aku tak sengaja.
Aku pun.
Tak pe. Aku yang sepatutnya minta maaf dekat kamu berdua. Halalkan
makan minum aku ye. Terima kasih semua. Aku tesenyum. Seikhlas mungkin. Aku
menutup kotak terakhir yang dipenuhi dengan barang-barang aku.
Assalamualaikum. Semoga kita berjumpa lagi. Itulah ucapanku buat yang
terakhir kali. Aku melangkah keluar dengan hati yang berat. Kepalaku mulai berat.
Aku gagahi jua langkahku yang semakin longlai. Aku terdengar sayup-sayup suara
rakan sekerjaku memanggilku. Pandanganku kabur. Dan akhirnya, gelap. Terlalu
gelap.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Persekitaran yang terasa asing


buatku. Aku tidak berada di rumah. Tapi, aku berada di hospital. Di suatu sudut aku
terlihat ibuku yang sudah uzur tertidur disofa. Ayahku khusyuk menunaikan solat.
Aku lihat air matanya mengalir laju. Ah, apa yang terjadi sebenarnya ni? Aku
berusaha mengingati mengapa aku berada disitu

You might also like