You are on page 1of 79

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan

binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan
ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun
dalam ayat. Ringkasnya, bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan
ayat. Sebelum itu, perlu kita fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu. Ayat
ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk
ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek
(pelaku) dan predikat (perkara yang dilakukan). Pada umumnya, ayat terdiri
daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok yang tertentu.
Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan
mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

Di sekolah, sintaksis merupakan bidang yang seharusnya mampu dikuasai


oleh murid-murid. Namun menjadi kebimbangan apabila masih terdapat
segelintir murid-murid yang masih tidak dapat menguasai membina ayat dengan
baik dan tersusun. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Aziz Abdul Talib (1993),
di peringkat pengajian tinggi, kemahiran menulis menjadi amat penting kerana
para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis.
Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting di peringkat rendah,
1

menengah dan pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan


yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan
kemahiran penulisan bahasa Melayu. Oleh itu, sudah pastilah bidang sintaksis
perlu dikuasai oleh murid-murid pada peringkat rendah lagi.

Penguasaan terhadap sintaksis ini adalah penting memandangkan ayat


merupakan satu unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa yang mempunyai makna yang lengkap. Tambahan pula, penguasaan
ilmu ini membolehkan individu menguasai bidang sintaksis seterusnya
memajukan diri dalam bidang pekerjaan profesional. Maka dengan ini, semua
murid perlu menguasai kemahiran menulis. Tanpa pengetahuan tentang sintaksis,
sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah
kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat,
terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal morfologi dan
sintaksis.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Saya merupakan guru bahasa Melayu di SK Parit Latiff, Muar, Johor.

Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah


ini terdiri daripada ibu bapa yang bekerja sebagai pekebun di sekitar kawasan
kampung ini. Penggunaan dialek murid-murid di sini kebanyakan menggunakan
bahasa Jawa di rumah. Saya telah mengajar murid-murid Tahun 5A di sekolah ini.

Tahun 5A terdiri daripada 27 orang murid, sudah tentunya murid-murid ini terdiri
daripada pelbagai tahap pencapaian yang boleh saya kategorikan sebagai

cemerlang, sederhana dan lemah. Kelas Tahun 5A merupakan kelas yang baik dan
murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam mata pelajaran bahasa
Melayu.

Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas, saya


dapati terdapat segelintir murid yang sukar untuk membina ayat yang gramatis
berdasarkan gambar dalam penulisan Bahagian A. Sebagai tanggapan awal, saya
beranggapan bahawa murid-murid dalam kumpulan A tidak mempunyai masalah
dalam membina ayat dengan lengkap. Namun demikian, jangkaan saya meleset
apabila terdapat segelintir murid masih tidak dapat membina ayat dengan lengkap
dan gramatis.

Hasil pemerhatian saya, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh


murid apabila menyiapkan latihan membina ayat dan semasa menjawab soalan
ujian bahasa Melayu Bahagian A. Murid tidak dapat mengembangkan idea serta
tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan
bernas dan tepat. Namun, hal yang lebih mengecewakan saya, apabila muridmurid tetap melakukan kesilapan yang sama semasa melakukan pembetulan. Hal
ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar mempunyai masalah dalam
menguasai membina ayat yang gramatis.

Saya juga mendapati murid-murid yang bermasalah dalam membina ayat


yang diajar merupakan murid yang agak pendiam, mudah berkhayal dan tidak
memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Punca kelemahan subjek kajian ini

juga disebabkan kefahaman yang kurang tentang teknik dalam membina ayat
majmuk. Hal ini kerana mungkin cara pemikiran mahupun latar belakang
seseorang murid itu yang menghalangnya daripada kekal fokus sewaktu
menyelesaikan permasalahan di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, kelemahan
subjek kajian ini juga berpunca daripada saya yang kurang peka terhadap
penguasaan membina ayat secara gramatis dalam kalangan murid. Bahkan, subjek
kajian juga didapati tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran ini.
Cabaran kajian ini bukan sahaja tertumpu kepada penyediaan penambahbaikan
kaedah baharu dalam mengajar cara membina ayat secara gramatis bahkan perlu
mengambil kira tahap pemikiran serta penelitian masalah yang dialami subjek
kajian supaya kaedah yang ingin diketengahkan dapat diterima.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menjerumuskan murid yang tidak
mampu membina ayat secara gramatis dan menyebabkan keputusan

mereka

dalam mata pelajaran bahasa Melayu tidak mencapai tahap kecemerlangan. Hal
ini akan menyebabkan markah murid berkurangan sedangkan mereka merupakan
murid-murid yang berpotensi untuk cemerlang dalam mata pelajaran ini.
Walaupun, hanya satu topik kecil, namun kesan tidak menguasai membina ayat
secara gramatis ini sangat besar kerana ia akan diaplikasikan dalam penulisan
karangan Bahagian B yang lain.

Menurut Nik Safiah Karim (1980) yang mengatakan kesalahan


bahasa ditarifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan

bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat. Menurut Corder (1981) pula, kesilapan atau kesalahan
bahasa ialah suatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem
bahasa yang diterima oleh penutur jati dan kesilapan itu meliputi aspek bahasa
seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah dan sebagainya.
Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994), kesilapan
bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada
sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan
kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan,
penggunaan perkataan danistilah.

Melihat kepada keadaan subjek kajian di dalam kelas saya ini, saya harus
melaksanakan penambahbaikan dalam pendekatan pengajaran mahupun kaedah
yang saya gunakan agar masalah dalam membina ayat majmuk ini dapat diatasi.
Setelah menyedari masalah ini, maka tercetuslah kaedah baru bagi membantu
subjek kajian meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berdasarkan gambar
secara gramatis iaitu teknik 3P. Kaedah ini memerlukan kefahaman dan ingatan
yang kuat untuk memudahkan subjek kajian membina ayat dengan mudah.

1.3

Refleksi Sorotan Literatur

Kemahiran menulis adalah satu yang penting yang perlu dikuasai muridmurid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga dalam mata-mata
pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah

fikiran. Menulis dalam apa jua bentuk sekalipun dianggap mustahak. (Kamarudin
Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz, 1997).

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, saya telah merujuk
beberapa kajian yang lepas yang berkaitan dengan kemahiran membina ayat yang
gramatis. Salah satu daripadanya ialah kajian yang telah dijalankan oleh Abd
Rahman Haron (2012). Beliau telah menggunakan rumus SALAK

dalam

meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan bahagian A. Berdasarkan


kajian beliau, murid telah diberi latihan membina ayat secara berulang kali
menggunakan rumus SALAK. Hasil kajian menunjukkan berlaku peningkatan
dan memberi kesan positif dalam pembelajaran murid. Ini telah membuktikan
bahawa kepentingan penggunakan rumus dalam sesuatu pembelajaran bahasa.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Nurulhawani binti Arif dan
Mohd Asri bin Harun (2013) turut menjadi rujukan saya dalam kajian ini. Beliau
telah menggunakan kata kunci SiBuDAM dalam membina ayat yang gramatis
berdasarkan gambar. Beliau telah menggunakan kata kunci ini untuk memastikan
murid dapat membina ayat dengan baik dan tersusun. Hasil kajian ini telah
menunjukkan prestasi murid meningkat setelah teknik SiBuDam diperkenalkan.

Seterusnya, saya juga telah merujuk kajian yang dilakukan oleh Fuziah
binti Ismail (2011) dalam kajian ini. Beliau telah menggunakan kaedah pelan

maklumat dan kata tanya dalam membina ayat yang gramatis. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat yang
gramatis berdasarkan bahan grafik. Kajian ini juga menunjukkan bahawa ada
perubahan yang positif dan peningkatan markah dalam ujian murid-murid.

Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Mohd Safuan bin Abu Bakar
(2012) turut menjadi rujukan saya dalam kajian ini. Beliau mengaplikasikan
kaedah S.K.A.B dalam meningkatkan kemahiran murid membina ayat
berdasarkan gambar. Kaedah ini disarankan untuk diguna pakai kerana ia dapat
melatih murid membina ayat yang gramatis dan menepati maklumat dalam
gambar. Hasil kajian, beliau mendapati murid menunjukkan peningkatan dan
kemahiran dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Akhir sekali, kajian yang dilakukan oleh Zahratulnadirah binti Ibrahim


(2012) juga telah menjadi rujukan saya dalam kajian ini. Beliau telah
menggunakan rumus WAT dalam membantu murid membina ayat tunggal Bahasa
Melayu. Beliau menyarankan agar latihan diberikan berdasarkan kaedah ansur
maju. Kajian beliau menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan
dalam membina ayat tunggal.

Pakar bahasa dan ahli pendidik mengakui bahawa kemahiran menulis


merupakan kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang
murid (Mahzan 2008). Dalam aspek pengajaran, kemahiran menulis perlu diberi

penekanan yang sewajarnya di sekolah untuk melahirkan murid-murid yang


berkemampuan dalam menyampaikan fikiran dan dapat berkomunikasi dengan
berkesan dalam masyarakat.Kelemahan pencapaian murid di sekolah rendah dan
menengah dalam kemahiran penulisan karangan banyak dilaporkan dalam dapatan
para pengkaji bahasa dan keputusan peperiksaan awam di negara ini (Awang
2001).

Menurut Abdul Jalil (2001), kelemahan dalam penulisan murid khususnya


pada peringkat menengah rendah menyebabkan mereka tidak berupaya
menghasilkan

karangan yang berkesan, dan tidak menarik untuk dibaca.

Kelemahan ini termasuklah

penyusunan idea melalui pertautan kata dan

maklumat yang longgar. Ini akan memberi kesan terhadap pencapaian penulisan
karangan mereka semasa menghadapi peperiksaan.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


(KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada
dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Pelbagai usaha
telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan
Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program
kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis
8

(KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan


Membaca dan Menulis (PROTIM). Melalui program-program yang dirancang
diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid dalam
menguasai kemahiran membaca dan menulis.Menulis melibatkan murid-murid

supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan


dalam bentuk wacana yang lengkap.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan dan


pelbagai pandangan dalam pengajaran membina ayat, dapatlah saya rumuskan
bahawa dalam mengajar murid membina ayat yang gramatis pelbagai kaedah dan
teknik boleh dilaksanakan oleh guru bagi meningkatkan kemahiran murid dalam
membina ayat yang gramatis. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah
bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar
yang dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir dan meningkatkan
kefahaman murid.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Tinjauan Masalah
Setelah saya menjalankan pemeriksaan latihan membina ayat berdasarkan

gambar yang

diberikan, saya mendapati bahawa subjek kajian memerlukan

bimbingan dalam kemahiran membina ayat terutama sekali kemahiran untuk


mengembangkan ayat yang dibina supaya dapat menghasilkan ayat majmuk yang
gramatis terdiri daripada subjek dan predikat serta penggunaan kata hubung yang
sesuai. Beberapa orang murid didapati kerap kali membina ayat yang tidak
9

lengkap dan tidak menepati struktur ayat. Aspek kemahiran membina ayat ini
amat penting bagi subjek kajian pada peringkat awal sebelum mereka melangkah
ke sekolah menengah.

Sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah ini, saya telah melakukan
perubahan dari segi kaedah pelaksanaan dan pembelajaran iaitu menggunakan
sumber dan aktiviti yang sesuai mengikut minat dan tahap subjek kajian.
Pernyataan ini disokong oleh, Charles dan Gail dalam buku penulisan mereka
yang bertajuk Elementary Classroom Management. Menurut Charles dan Gail
(2008), pembelajaran yang menarik dan seronok hanya akan berlaku apabila isi
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan minat dan keupayaan murid.

Teachers know that learning is both exiting and fun


when it matches the interest and abilities of their students.

(Charles dan Gail, 2008)

Saya telah melibatkan subjek kajian secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan meminta mereka untuk membina ayat berdasarkan
gambar di papan tulis. Selepas mereka membina ayat tersebut saya akan
membincangkan ayat yang dibina oleh mereka sama ada ayat yang dibina itu
lengkap atau pun tidak. Dalam situasi ini, saya juga melakukan pembetulan ayat
yang dibina sekiranya perlu. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada

10

subjek kajian melihat kesilapan yang mereka lakukan dan pembetulan secara
langsung.

Setelah menggunakan cara ini beberapa kali, subjek kajian masih tidak
boleh menguasai kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar
dengan baik. Subjek kajian masih lagi tidak dapat membina ayat dengan lengkap.
Malahan, ayat yang dibina itu tidak menepati grafik.

Rentetan daripada masalah ini, saya berpendapat bahawa enam orang


subjek kajian perlu dibimbing dalam kemahiran membina ayat dengan
memperluas ayat atau rangkai kata merujuk kepada sesuatu teknik yang sesuai.
Subjek kajian perlu didedahkan menggunakan teknik yang tertentu yang mudah
untuk mereka fahami. Saya berpendapat juga bahawa teknik yang digunakan
perlulah konkrit iaitu subjek kajian boleh membina pengalaman melaluinya dan ia
mudah untuk difahami.

Lanjutan daripada kenyataan di atas, saya mengandaikan bahawa


penerangan yang disertai dengan persembahan visual lebih mudah untuk difahami
berbanding dengan penerangan sahaja ataupun visual sahaja. Kenyataan ini
disokong oeh Glenberg dan Langston (1992), dalam jurnal yang bertajuk Memory
and Language di mana beliau menyatakan bahawa imej boleh membantu individu
untuk memahami dan mengingat teks.
11

Oleh demikian, kenyataan Glenberg Lan Langston (1992) ini memerlukan


saya merancang satu cara yang mudah tetapi berkesan untuk membina kefahaman
subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis.

2.1.1

Kebolehtadbiran
Kebolehtadbiran kajian ini adalah tinggi. Sekolah yang dikaji merupakan

sebuah sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang
baik. Maka saya tidak mempunyai masalah untuk memilih lokasi bagi
menjalankan kajian. Saya akan menggunakan Bilik Kendiri Bahasa Melayu
semasa waktu rehat bagi menjalankan kajian di mana bilik ini kondusif dan jauh
daripada gangguan murid-murid lain.

Pada masa yang sama,

penilaian boleh ditadbir untuk melihat

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah yang digunakan


dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya menjalankan ujian pra dan ujian pasca
dan memberi lembaran kerja untuk mengukuhkan lagi pemahaman subjek kajian.

2.1.2

Kebolehgunaan
Kajian ini melibatkan penggunaan teknik untuk digunakan bagi membina

ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar. Teknik 3P ini

juga boleh

digunakan bagi membina ayat dalam penulisan karangan yang lain supaya ayat
yang dibina itu lengkap dan menggunakan struktur ayat yang betul iaitu
mengandungi subjek dan predikat.
12

2.1.3

Kawalan
Kajian ini telah dijalankan dalam keadaan terkawal. Enam orang subjek

kajian dipilih untuk menjalani kajian ini. Mereka terdiri daripada murid Tahun

5A. Kajian ini hanya berfokus kepada cara membina ayat majmuk yang gramatis
berdasarkan gambar. Kajian ini juga dijalankan tanpa mengganggu guru-guru dan
murid lain.

2.1.4

Kolaborasi
Kajian ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah semasa

pelaksanaan kajian ini. Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah


memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian ini.

Pemilihan tajuk kajian ini, saya telah berkolaborasi bersama pensyarah


penyelia berkaitan meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis
berdasarkan gambar. Hasil perbincangan bersama penyelia, beliau menyatakan
bahawa kajian ini boleh diteruskan. Kolaborasi ini sangat penting bagi
mendapatkan pandangan terutamanya daripada penyelia. Selain itu, saya dapat
menggalakkan kolaborasi yang positif dengan subjek kajian untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang intervensi ini dijalankan.

2.1.5

Kepentingan

13

Kajian ini sangat penting dalam membantu subjek kajian untuk


meningkatkan kefahaman dan mereka dalam membina ayat majmuk. Selain itu,
kajian ini dapat mengukuhkan kemahiran dalam membina ayat yang gramatis dan
baik.

Kemahiran membina ayat merupakan salah satu kemahiran menulis yang


perlu dikuasai dan dilihat sebagai satu masalah apabila kebanyakan murid tidak
dapat membina ayat yang gramatis dan betul. Oleh itu, tidak wajar bagi saya
sebagai guru memandang mudah akan masalah ini.

Selain itu, kajian ini juga mampu meningkatkan minat subjek kajian dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Lantaran itu, menjadikan
mereka lebih bersemangat untuk membina ayat majmuk yang gramatis
berdasarkan gambar.

2.1.6

Kerelevanan kepada sekolah


Kerelevenan sesuatu kajian merupakan salah satu kriteria yang perlu

dititikberatkan.

Kajian ini sangat relevan dijalankan terutamanya kepada

kumpulan sasaran saya iaitu murid Tahun 5.

Hal ini disebabkan kemahiran

membina ayat yang gramatis sememangnya menjadi salah satu isu yang sering
dihadapi oleh kebanyakan murid.

14

Sekiranya, masalah yang sama dihadapi oleh saya dan guru-guru lain pada
masa akan datang, teknik 3P ini boleh terus digunakan. Kejayaan kajian tindakan
ini dapat menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

2.2

Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak kelemahan yang dihadapi oleh subjek

kajian saya dalam kemahiran menulis tetapi kajian ini akan memfokuskan
terhadap masalah penguasaan

dan peningkatan subjek kajian dalam

memperluaskan bahagian predikat ayat yang dibina. Hasil refleksi didapati subjek
kajian gemar membina ayat terlalu mudah dan ringkas tanpa perluasan bahagian
predikat ayat. Keadaan ini amat menyukarkan mereka untuk mendapat markah
yang cemerlang dalam penulisan.

Saya akan cuba membantu subjek kajian memahami dan menguasai


membina ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar. Saya yakin subjek
kajian boleh membina ayat yang gramatis untuk penulisan dan mendapat markah
penuh untuk bahagian penulisan ini. Hal ini seterusnya dapat membantu subjek
kajian lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan
ini juga agar dapat membantu memudahkan mereka menulis karangan yang lain.

15

Ismail Zin (2006) menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang


memberikan penekanan kepada peluasan kosa kata dalam sesuatu teknik telah
menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk belajar. Selain mengukuhkan
kemahiran murid dalam membina ayat, murid juga dalam pada masa yang sama
dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam membina ayat. Kenyataan
ini menjelaskan bahawa sebelum murid dapat membina ayat yang gramatis murid
perlu menguasai kosa kata yang banyak terlebih dahulu. Dalam membina ayat

berdasarkan gambar, murid perlu mengetahui terlebih dahulu menyenaraikan


seberapa banyak perkataan yang terdapat dalam gambar supaya mereka dapat
meluaskan pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran mereka dalam membina
ayat yang gramatis.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009), menyatakan bahawa membina dan


menghasilkan ayat-ayat bagi menulis sesebuah karangan merupakan masalah yang
lazim dihadapi oleh kebanyakan murid. Kesalahan yang biasa dilakukan dalam
aspek ini ialah ayat yang dihasilkan tidak gramatis kerana terdapat kesalahan
struktur dan ayat tergantung atau tidak lengkap

Kesalahan struktur ayat

bermaksud kesilapan yang berkaitan dengan binaan struktur bahasa seperti binaan
frasa, klausa dan sintaksis. Kenyataan ini, menjelaskan betapa pentingnya
memperkenalkan subjek kajian cara yang betul dalam membina ayat mengikut
struktur yang betul.

16

Miller (1951) dalam buku Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


yang ditulis oleh Kamaruddin Hj Husin menyatakan bahawa corak yang terjalin
dalam ayat menentukan fahaman pada ertinya. Jadi nyatalah di sini bahawa
kegiatan menulis memerlukan pemikiran yang tajam, dibantu oleh beberapa teori
dan prinsip untuk menjayakan beberapa jenis aktiviti. Saya berpendapat kenyataan
ini menjelaskan bahawa sebelum subjek kajian dapat membina ayat yang lengkap
dan gramatis, subjek kajian perlu memahami terlebih dahulu undang-undang
tatabahasa supaya mereka dapat membina ayat dengan lebih berkesan.

Justeru, ekoran daripada masalah ini, saya telah mengambil insiatif untuk
menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek kajian
agar masalah ini dapat diatasi dengan segera. Saya telah menjalankan kajian
tindakan dengan memperbaiki amalan pengajaran saya dengan menggunakan
teknik 3P untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran subjek kajian dalam
membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Merujuk kepada kamus Oxford
(1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan
sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik atau kata kunci bermaksud
mengorganisasikan fakta-fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan
proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan
menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

Kenyataan-kenyataan yang dikemukan oleh penulis-penulis di atas telah


memberi saya kepada satu idea iaitu, penggunaan rumus yang terdapat dalam
teknik 3P merupakan teknik yang sesuai digunakan untuk memudahkan
17

kefahaman dalam membina ayat yang gramatis. Maka dengan itu, saya telah
menggunakan teknik ini dalam kajian saya.

2.3

Batasan Kajian
Kajian ini secara khasnya dijalankan ke atas enam orang murid Tahun 5A.

Saya telah menyelidik untuk mengetahui keberkesanan teknik 3P yang digunakan


ini dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan kemahiran subjek
kajian membina ayat yang gramatis. Kajian ini berfokus kepada penggunaan

teknik 3P

yang digunakan dalam kajian di dalam bilik darjah. Aspek yang

difokuskan ialah mengenalpasti sama ada teknik 3P dapat meningkatkan


kemahiran membina ayat yang gramatis atau sebaliknya dan juga melihat bahanbahan bantu belajar yang digunakan dapat merangsang naluri ingin tahu subjek
kajian serta mereka dapat memberikan maklum balas yang positif. Kajian ini juga
memberi penekanan terhadap amalan pengajaran guru dan pembelajaran subjek
kajian terhadap kajian yang dilaksanakan ini.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian
Kajian

ini

dijalankan

bagi

penambahbaikan

amalan

pengajaran

pembelajaran dengan menggunakan teknik 3P bagi meningkatkan kemahiran


subjek kajian membina ayat yang lengkap dan gramatis berdasarkan gambar

3.1.1

Objektif Khusus
18

1) Meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis menggunakan teknik


3P.
2) Meningkatkan minat subjek kajian untuk membina ayat yang gramatis
menggunakan teknik 3P.
3) Meningkatkan kefahaman dalam membina ayat yang gramatis bagi enam orang
subjek kajian tahun 5A selepas menggunakan teknik 3P.

3.2

Soalan Kajian
Terdapat 3 soalan kajian yang dikemukakan berdasarkan kepada 3 objektif

khusus kajian. Berikut merupakan soalan-soalan kajian tersebut.


1) Adakah penggunaan teknik 3P dapat membantu subjek kajian meningkatkan
kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?
2) Adakah penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan minat subjek kajian dalam
membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?
3) Adakah enam orang subjek kajian tahun 5A dapat membina ayat yang gramatis
selepas menggunakan teknik 3P?

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini merupakan usaha dalam meningkatkan kemahiran membina


ayat yang gramatis berdasarkan gambar dengan menggunakan teknik 3P. Kajian
ini dijalankan terhadap subjek kajian Tahun 5A, di salah sebuah sekolah rendah
19

di Muar, Johor di mana saya mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
kelas ini.

Dalam

kajian ini, saya menggunakan

kaedah persampelan bertujuan

(purposive sampling) iaitu merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai


ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden (Chua, 2006). Berdasarkan kaedah
ini, subjek kajian yang dipilih ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang telah
ditetapkan yang memenuhi kehendak dan tujuan kajian saya.

4.1

Bilangan
Subjek kajian dalam kajian ini akan terdiri daripada 6 orang murid Tahun

5 iaitu terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.
Bilangan subjek kajian dalam kajian ini membolehkan saya meneroka perkara
yang diselidiki dengan lebih mendalam. Subjek kajian dipilih berdasarkan skor
terendah dalam

latihan berkaitan membina ayat berdasarkan perkataan dan

gambar.

4.2

Prestasi Akademik
Prestasi akademik perlu diambil kira kerana prestasi akademik ini

mempengaruhi data kajian ini nanti. Prestasi akademik enam orang subjek kajian
yang dipilih ialah pada tahap sederhana dan lemah. Mereka dikenali sebagai S1,
S2, S3, S4, S5

dan

S6. Ini kerana, subjek kajian

yang dipilih ini untuk

meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai membina ayat yang gramatis.


Perbezaan kemampuan subjek kajian ini akan membuktikan bahawa sama ada
20

dengan penggunaan teknik 3P

ini dapat

membantu

meningkatkan

tahap

kefahaman subjek kajian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang


dijalankan.

5.0

TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

5.1

Model kajian tindakan


Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model empat langkah yang

disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Kajian ini dilaksanakan dalam

dua kitaran. Langkah-langkah ini boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan


dalam pada Rajah 1.

Mereflek
rasaskan tindakan yang diaksanakan serta data yang dikumpulkan, refleksi
dibuat
terhadap dapata
Tinjauan
awal

Merancang
Memerhati
Satu teknik 3P telah diperkenalkan untuk digunakan dalam pengajaran membi
n dengan pelbagai cara iaitu pengujian, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual

Bertindak
Menggunakan teknik 3P dalam pengajaran membina ayat yang gramatis

Rajah 1 : Model Kajian oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988)


21

5.2

Prosedur Tindakan
Sebagai langkah awal untuk memulakan kajian tindakan ini, saya

merancang beberapa langkah untuk mengenal pasti kelemahan subjek kajian


dalam

membina ayat yang gramatis. Saya memilih model lingkaran yang

disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Menurut model Penyelidikan


Tindakan ini, Penyelidikan Tindakan mempunyai empat fasa perkembangan utama
seperti berikut:

Fasa 1: Refleksi isu pengajaran dan pembelajaran / tinjauan awal masalah


Proses kajian tindakan bermula dengan menjalankan refleksi ke atas satusatu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Melalui pengalaman
saya, sepanjang pengajaran di dalam kelas, saya menghadapi pelbagai masalah
mengenai pencapaian subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis. Saya
dapati subjek kajian lemah kerana mereka hanya mampu membina ayat secara
ringkas sahaja tanpa mengembangkan idea pada bahagian predikat ayat.

Tinjauan awal telah saya jalankan bagi membolehkan saya mengenalpasti


punca sebenar masalah kelemahan subjek kajian ini. Pada peringkat permulaan,
pengumpulan data dan maklumat secara tepat adalah sangat penting dalam kajian
yang dilakukan ini. Maka, pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan dengan
pelbagai cara iaitu analisis dokumen, pemerhatian, ujian dan temu bual.

Fasa 2: Membuat perancangan tindakan


22

Setelah mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh subjek kajian


dalam tinjauan awal, saya telah merancang tindakan intervensi bagi mengatasi
masalah ini. Perancangan tindakan memerlukan kreativiti dalam pengajaran yang
dilaksanakan. Antara tindakan intervensi yang telah dilakukan ialah mencari
kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik, menggunakan kaedah visual
atau maujud untuk menerangkan sesuatu konsep sebagai menangani masalah yang
difokuskan ini. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih

berpusatkan kepada murid. Penggunaan panduan membina ayat dan latih tubi
latihan membina ayat telah dipilih untuk meningkatkan kemahiran subjek kajian
membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

Oleh itu, dalam kajian ini saya telah menggunakan teknik 3P sebagai
panduan untuk subjek kajian dalam menghasilkan ayat yang gramatis dan
lengkap. Penggunaan pelan maklumat 3P melibatkan panduan 1, panduan 2 dan
panduan 3.

Ketiga-tiga panduan ini perlu perlu diisi dengan lengkap

menggunakan jadual yang disediakan supaya dapat menghasilkan ayat yang


gramatis. Unsur kata tanya juga digunakan dalam teknik 3P yang diperkenalkan
ini. Panduan 1 melibatkan kata tanya siapa, panduan 2 pula melibatkan kata tanya
apa/ bagaimana dan panduan 3 melibatkan kata tanya di mana /bila/mengapa.

Penggunaan bahan rangsangan iaitu gambar digunakan bertujuan untuk


menambah kosa kata subjek kajian. Saya yakin, penggunaan teknik 3P ini sebagai
23

panduan dan rumus binaan ayat dapat membantu subjek kajian saya untuk
menghasilkan ayat yang mantap dan gramatis.

Fasa 3: Tindakan pelaksanaan kajian


Saya menjalankan tindakan melalui perancangan yang telah dibuat. Pada
langkah ini, segala tindakan yang dilakukan berpandukan pelan tindakan yang
telah disusun dan dirancang. Pelaksanaan intervensi kajian adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Pelaksanaan Ujian Pra


Ujian pra ini telah dilakukan ke atas enam orang subjek kajian dalam
kajian yang telah dikenalpasti kelemahan dalam membina ayat berdasarkan
gambar. Berdasarkan ujian pra ini, subjek kajian perlu menjawab soalan yang
melibatkan membina ayat berdasarkan perkataan, menyambung frasa dan
membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Melalui ujian ini, saya dapat melihat
dengan lebih mendalam sejauhmana penguasaan dan kemahiran subjek kajian
dapat membina ayat yang gramatis. Dapatan analisis daripada ujian pra ini
disimpan sebagai data awal kajian ini.

Langkah 2 : Memperkenalkan kata kerja


Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, subjek kajian diajar tentang
kata kerja terlebih dahulu sehingga mereka benar-benar dapat mengenalpasti kata
kerja. Imbuhan meN akan diperkenalkan kepada subjek kajian. Subjek kajian
diberikan gambar tunggal dan menyatakan aktiviti yang dilakukan berdasarkan
24

gambar tersebut. Latihan akan diulang beberapa kali sehingga mereka benar-benar
faham tentang kata kerja.

Langkah 3 : Permainan roda kata kerja


Subjek kajian melaksanakan satu aktiviti permainan yang diberi nama
permainan roda kata kerja. Roda kata kerja ini terdiri daripada gambar tunggal.
Roda kata kerja ini akan dipusingkan oleh subjek kajian secara bergilir-gilir.
Apabila anak panah diarah kepada gambar, subjek kajian diminta menyebut kata

kerja tersebut. Latihan ini akan diulang sebanyak mungkin sehingga subjek kajian
dapat menyatakan secara lisan tentang kata kerja berdasarkan gambar. Aktiviti ini
dapat menambah kosa kata subjek kajian dalam membina ayat. Selain itu, aktiviti
ini dijalankan untuk memberi keyakinan kepada subjek kajian dan menguji
perbendaharaan kata subjek kajian di samping sebagai salah satu aktiviti didik
hibur.

25

Rajah 2 : Permainan Roda Kata Kerja

Langkah 4 : Memperkenalkan teknik 3P


Subjek kajian diperkenalkan dengan carta yang berkaitan dengan teknik
3P iaitu jadual yang terdiri daripada 3 bahagian yang menjadi panduan dalam
membina ayat yang gramatis iaitu;

1) Panduan 1

= siapa

2) Panduan 2

= apa/ bagaimana

3) Panduan 3

= di mana/ bila/mengapa

Subjek kajian diberi gambar dan diajar cara-cara membina ayat yang
gramatis dengan menggunakan teknik 3P. Carta ini perlu ditunjukkan berulang
kali setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga subjek
kajian benar-benar faham, ingat dan dapat menguasainya. Penggunaan carta ini
amat penting agar subjek kajian dapat memahaminya dengan lebih jelas dan tidak
membosankan.

26

Rajah 3 : Membina Ayat yang Lengkap Berdasarkan Gambar

Berikut merupakan pelan maklumat teknik 3P yang digunakan dalam sesi


intervensi yang dijalankan untuk membina ayat yang gramatis.

Jadual 1 : Jadual Pengggunaan Teknik 3P


PANDUAN 1

PANDUAN 2

PANDUAN 3

(SIAPA)

(APA/BAGAIMANA)

Alia

sedang menyampaikan
pidato dengan penuh
bersemangat
sedang mendengar
dengan teliti semasa
peserta menyampaikan
pidato
sedang memberi kotak
minuman kepada para
hakim
memberi tepukan yang
gemuruh kepada peserta
yang menyampaikan
pidato
sedang menyusun

(DI MANA/BILA/
MENGAPA)
di atas pentas semasa
pertandingan pidato
dijalankan
di atas pentas sambil
mencatat markah.

Para hakim

Nabihah

Para penonton

Faiz dan Fahim

27

di dalam dewan semasa


pertandingan pidato
dijalankan.
di atas pentas semasa
pertandingan pidato
dijalankan.
di atas meja semasa

hadiah dengan teratur

pertandingan pidato
dijalankan

Langkah 5 : Analisis Dokumen


Saya telah memeriksa lembaran kerja subjek kajian mengenai latihan
membina ayat menggunakan pelan maklumat teknik 3P dan latihan tanpa
menggunakan teknik 3P. Melalui pemeriksaan lembaran kerja ini, saya dapat
mengenal pasti sejauhmana kefahaman dan keberkesanan subjek kajian
menggunakan teknik 3P ini.

Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui

keberkesanan penggunaan teknik 3P ini dalam meningkatkan kemahiran subjek

kajian untuk membina ayat yang gramatis. Dapatan pemeriksaan lembaran kerja
yang diberikan ini dikumpul dan disimpan untuk dianalisis.

Langkah 6: Pelaksanaan Ujian Pasca


Ujian pasca dilaksanakan ke atas enam orang subjek kajian menggunakan
soalan yang sama dalam ujian pra. Berdasarkan ujian pasca ini, subjek kajian
perlu menjawab soalan yang melibatkan aktiviti membina ayat berdasarkan
perkataan, menyambung frasa dan membina ayat berdasarkan gambar tunggal.
Melalui ujian ini, saya dapat melihat dengan lebih terperinci keberkesanan dan
peningkatan tahap kemahiran subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis
selepas intervensi mengggunakan teknik 3P yang dijalankan. Dapatan analisis
daripada ujian pasca ini disimpan sebagai data kajian untuk membuat rumusan
dan perbandingan dengan ujian pra.
28

Langkah 7 : Pemerhatian
Pemerhatian telah dijalankan ke atas enam orang subjek kajian semasa
mereka menjawab ujian pasca. Pemerhatian ini dijalankan dengan menggunakan
senarai semak. Pemerhatian yang dijalankan ini dibantu oleh beberapa orang guru
bagi mencatat borang senarai semak yang disediakan bagi memastikan tahap
kefahaman subjek kajian menggunakan teknik 3P semasa membina ayat
berdasarkan gambar. Pemerhatian berstruktur ini dianalisis menggunakan peratus
melalui senarai semak yang disediakan. Dapatan pemerhatian melalui borang
senarai semak ini dikumpul dan disimpan untuk dianalisis.

Langkah 8 : Pelaksanaan Temu bual


Saya turut menggunakan kaedah temu bual dan dilakukan secara tidak
formal terhadap enam orang murid selepas mengajar teknik 3P. Temu bual ini
secara tidak langsung telah membantu saya untuk mengetahui maklumat dengan
tepat dan jelas tentang penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan kemahiran
subjek kajian bagi membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Saya juga
dapat mengetahui minat terhadap penggunaan teknik 3P berbantukan carta yang
dipamerkan kepada subjek kajian.

Hasil temu bual bersama subjek kajian

dicatatkan untuk mengetahui keberkesanan teknik 3P dan penggunaan bahan


bantu mengajar yang telah digunakan dalam pengajaran teknik 3P ini.

Fasa 4: Pemerhatian

29

Setelah menjalankan tindakan, saya telah memerhati dan memantau sama


ada tindakan yang diambil ini berkesan atau tidak serta sejauhmana ia dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal demikian, saya telah mengumpul data
melalui ujian pasca atau cara-cara yang telah dinyatakan di atas tadi. Data
diperolehi ini dianalisis bagi membolehkan saya melakukan semula refleksi
berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan yang telah diambil ini, keberkesanan
tindakan tersebut serta tindakan susulan yang perlu dilakukan. Proses ini
dilaksanakan secara berterusan dalam kitaran kajian.

Fasa 5 : Refleksi
Saya juga turut membuat refleksi berkaitan perubahan yang telah berlaku terhadap
subjek kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sama ada
berlaku perubahan dan peningkatan terhadap diri murid. Saya juga menilai
kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru yang diperolehi.
Setelah itu, saya membuat rumusan terhadap tindakan yang boleh dilaksanakan
dan merancang tindakan susulan terhadap masalah yang dihadapi.

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA


Kajian ini mengandungi empat instrumen penting untuk menganalisis data

yang dikumpul. Antara instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan

30

pasca, pemerhatian, analisis dokumen serta temu bual. Berikut adalah instrumen
yang digunakan semasa melaksanakan kajian:

6.1

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Pada peringkat pertama sebelum pengajaran menggunakan teknik 3P, saya

telah mengendalikan ujian pra terhadap enam orang subjek kajian yang dipilih.
Ujian pra bertujuan untuk mengumpul maklumat murid tentang membina ayat
berdasarkan perkataan dan gambar sebelum teknik 3P dijalankan. Menurut Ismail
(1985), ujian adalah cara terbaik untuk menilai prestasi murid. Ujian pra telah
dilakukan pada hari Khamis (10 Julai 2014) dalam tempoh masa 60 minit sebelum
pengajaran menggunakan teknik 3P dilaksanakan. Dapatan dikumpul dan

dianalisis untuk membandingkan dan menentukan keberkesanan kajian tindakan


yang dilaksanakan.

Ujian pasca pula dilaksanakan menggunakan soalan yang sama dengan


ujian pra. Tujuan ujian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan teknik 3P dalam
meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar.
Analisis perbandingan ujian pra dan ujian pos boleh dirujuk pada Jadual 5.

6.2

Senarai Semak Pemerhatian


Senarai semak pemerhatian dijalankan pada hari yang sama sewaktu ujian

pasca dijalankan. Senarai semak pemerhatian terhadap subjek kajian ini bertujuan
31

untuk mengenal pasti sama ada subjek kajian dapat membina ayat yang gramatis
dan lengkap serta menepati grafik selepas teknik 3P digunakan oleh subjek kajian.
Menurut Sidek Mohd Noah (2002), pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Melalui
pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Kebaikan
kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang
dirancang dan ini menjadikan dapatan pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh
dipercayai. Bagi memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak ini
dikendalikan oleh dua orang guru iaitu saya bersama seorang rakan di sekolah
tersebut. Sebanyak 6 item dalam senarai semak dibina untuk menyemak

kefahaman subjek kajian dalam menggunakan teknik 3P dalam membina ayat


yang gramatis.

6.3

Analisis Dokumen
Analisis dokumen dibuat terhadap latihan-latihan respondan sepanjang

intervensi dijalankan. Latihan-latihan ini dibuat secara latih tubi menggunakan


panduan teknik 3P yang telah dipelajari dan dikuasai oleh murid dalam kajian ini.
Latihan ini mengandungi 5 kali latihan membina ayat menggunakan panduan
teknik 3P dan 5 kali tanpa panduan rumus teknik 3P.

32

Menurut Teori Behaviorisme beranggapan bahawa pembelajaran bahasa


merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-ulangkan aktiviti
yang hendak dikuasai itu. Kenyataan ini dapatlah dilihat bahawa latihan-latihan
secara latih tubi amat penting dilakukan terhadap respondan. Proses ini sangat
diperlukan

kerana

membolehkan

perkembangan

dan

pengekalan

dalam

penggunaan teknik 3P. Latih tubi membina ayat menggunakan panduan 3P amat
perlu dijalankan kerana melalui cara ini subjek kajian dapat menguasai rumus
yang dipelajari ini. Hal ini, memudahkan mereka mengingat dan dapat
mengukuhkan kemahiran mereka untuk membina ayat yang gramatis berdasarkan
gambar. Tahap penguasaan subjek kajian direkodkan berdasarkan latihan-latihan
tersebut.

6.4

Temu bual
Selepas selesai mengadakan ujian pasca dan senarai semak, saya

menjalankan sesi temu bual bersama dengan enam orang subjek kajian yang
dipilih sebagai sampel yang terlibat untuk menggunakan teknik 3P dalam
membina ayat yang gramatis. M\enurut Ghaziah (2010), temu bual membolehkan
maklumat tambahan diperoleh serta mengetahui pendapat atau perasaan murid
terhadap kajian atau tindakan yang dijalankan. Temu bual dilakukan secara
individu dalam tempoh masa 10 minit bagi setiap subjek kajian. Sesi temu bual
diadakan di bilik bahasa Melayu dan sebanyak 4 item temu bual disediakan dan
dikemukakan kepada subjek kajian.
33

7.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Data yang dikumpulkan dalam kajian tindakan ini dianalisis dan

penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, saya dapat melaporkan


hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada subjek kajian.

7.1

Analisis Data Ujian Pra Dan Ujian Pasca


Ujian telah dijalankan sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Ujian pra

telah dijalankan sebelum intervensi diperkenalkan manakala ujian pasca ditadbir


selepas intervensi diperkenalkan. Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan untuk
melihat keberkesanaan penggunaan teknik 3P yang diperkenalkan kepada subjek
kajian.

Analisis data dibentuk menggunakan skala pemarkahan berdasarkan


respondan membina ayat yang gramatis berdasarkan perkataan dan gambar yang
diberi. Penggunaan ayat yang lengkap mestilah mengandungi panduan 3P dan
mestilah menjawab kata tanya iaitu panduan 1 (siapa), panduan 2 (apa/bagaimana)
dan panduan 3 (di mana/ bila). Skala pemarkahan telah ditetapkan untuk melihat
hasil pencapaian subjek kajian dalam ujian yang dijalankan ini.

Jadual 2 : Skala Pemarkahan


Skala markah

Pencapaian

80-100

Sangat baik
34

7.1.1

60-79

Baik

40-59

Memuaskan

20-39

Lemah

0-19

Sangat Lemah

Analisis Ujian Pra


Setelah menjalankan ujian, saya telah membuat analisis pemarkahan

berdasarkan pencapaian setiap subjek kajian terhadap item-item yang berkaitan


dengan membina ayat. Pencapaian subjek kajian telah ditetapkan dengan
menggunakan skala pemarkahan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 3 : Analisis Pencapaian Subjek Kajian dalam Ujian Pra

35

ITEM
Subjek

Jumlah

%
Pencapaian

20m

10m

10m

10m

50m

S1

25

50

Memuaskan

S2

27

54

Memuaskan

S3

10

28

56

Memuaskan

S4

25

50

Memuaskan

S5

23

46

Memuaskan

S6

21

42

Memuaskan

Dapatan daripada Jadual 3 menunjukkan 6 orang subjek kajian pada tahap


pencapaian memuaskan dalam membina ayat yang gramatis. Hasil analisis ini
mendapati subjek kajian tidak dapat memperoleh markah penuh bagi 4 item yang
dijalankan. Keenam-enam subjek kajian telah dikenal pasti mereka tidak dapat
membina ayat yang gramatis dan lengkap serta tidak menepati grafik.

7.1.2

Analisis Ujian Pasca


36

Setelah melaksanakan ujian pra, saya telah menjalankan

ujian pasca bagi

memastikan keberkesanan penggunaan teknik 3P yang diperkenalkan kepada


subjek kajian untuk membina ayat yang gramatis. Markah subjek kajian dalam
ujian pasca dianalisis berdasarkan skala pemarkahan dan pencapaian yang telah
ditetapkan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 4 : Analisis Pencapaian Subjek Kajian dalam Ujian Pasca


ITEM
Subjek

Jumlah

%
Pencapaian

20m

10m

10m

10m

50m

S1

15

41

82

Sangat baik

S2

16

42

84

Sangat baik

S3

13

33

66

Baik

S4

15

37

74

Baik

S5

13

35

70

Baik

S6

10

29

58

Memuaskan

37

Dapatan daripada Jadual 4 menunjukkan dua orang subjek kajian pada


pencapaian yang sangat baik iaitu murid S1 (82%) manakala S2 (84%). Terdapat
tiga orang subjek kajian pada pencapaian baik iaitu S3 (66%), S4 (74%) dan S5
(70%). Seorang subjek kajian masih berada pada pencapaian memuaskan iaitu S6
(58%).

7.1.3

Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis perbandingan peratus peningkatan pencapaian ujian pra berbanding


ujian pasca setiap subjek kajian ditunjukkan dalam Rajah 4. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi pencapaian subjek
kajian terhadap teknik 3P yang digunakan dalam pengajaran membina ayat yang
gramatis. Pencapaian tertinggi dicapai oleh S1 iaitu peningkatan markah

sebanyak 32% manakala pencapaian terendah adalah pada S6 iaitu peningkatan


markah sebanyak 16%. Keputusan ini menyokong pandangan Noraini Ahmad
(1995), menjelaskan bahawa Teknik Kata Kunci berupaya membantu murid
mengekalkan ingatan seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi akademik.

Menurut Mok Soon Sang (2006),

kaedah pengajaran merujuk kepada

penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid. Oleh itu, bagi
menyampaikan pengajaran dengan sempurna seseorang guru hendaklah memilih
38

suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan kepada murid yang
diajar.
90
82

84

80

74
70

70

66

60
50

54
50

58

56
50
46

42

Ujian Pra
Ujian Pasca

40
30
20
10
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6

Rajah 4: Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Mengikut Subjek Kajian

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, saya telah


membentuk satu jadual yang memaparkan nilai peratus perbezaan peningkatan
markah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5 di bawah ini.

Jadual 5 : Analisis Peningkatan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


Subjek
S1

Ujian Pra
%
50

Ujian Pasca
%
82
39

Perbezaan Peningkatan %
32

S2
S3
S4
S5
S6

54
56
50
46
42

84
66
74
70
58

30
10
24
36
16

Berdasarkan Jadual 5, terdapat peningkatan peratus pencapaian markah bagi


S1 hingga S6. Peningkatan peratus ini menunjukkan berlakunya peningkatan
prestasi subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis dan menunjukkan
berlakunya proses pembelajaran yang membolehkan subjek kajian menguasai
kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui
peningkatan peratus markah yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca yang
dijalankan. Hal ini merupakan satu peningkatan yang amat baik. Justeru,
menunjukkan teknik 3P dapat membantu subjek kajian meningkatkan kemahiran
membina ayat yang gramatis juga telah tercapai.

7.2

Analisis Data Pemerhatian Menggunakan Senarai Semak


Pemerhatian yang digunakan untuk menganalisa keberkesanan teknik 3P

ialah pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui


pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang

diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam


borang pemerhatian. Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.
Pemerhatian terhadap subjek kajian dilakukan semasa mereka melakukan ujian
pasca.

Jadual 6 : Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap


40

Subjek Kajian Semasa Ujian Pasca


Item Pernyataan
1
2
3
4

5
6

Subjek kajian dapat mengenal pasti kata kerja


menggunakan teknik 3P.
Subjek kajian dapat mengenal pasti kata hubung
menggunakan teknik 3P.
Subjek kajian dapat memahami cara membina ayat
yang gramatis menggunakan teknik 3P.
Subjek kajian dapat mengisi maklumat dengan
betul dan tepat untuk membina ayat yang gramatis
menggunakan teknik 3P.
Subjek kajian menjawab soalan dengan penuh
bersemangat.
Subjek dapat menjawab kesemua soalan yang
diberikan oleh guru.

Bilangan (%)
Ya
Tidak
6
0
(100%)
5 (83%) 1(17%)
5 (83%) 1(17%)
4 (67%)

2
(33%)

5 (83%) 1(17%)
6
(100%)

Senarai semak dijalankan terhadap subjek kajian bertujuan untuk


mendapatkan data tentang persetujuan subjek kajian mengenai teknik 3P sama ada
dapat membantu dalam mengenal pasti dan meningkatkan kemahiran msubjek
kajian dalam membina ayat yang gramatis. Hasil analisis borang senarai semak
ditunjukkan dalam Jadual 6.

Berdasarkan analisis terhadap borang senarai semak pemerhatian subjek kajian,


mendapati 6 orang subjek kajian 100% bersetuju bahawa mereka dapat mengenal
pasti kata kerja menggunakan teknik 3P. 83% (5 orang) subjek kajian juga
bersetuju bahawa mereka dapat mengenal pasti kata hubung menggunakan teknik
3P. Pemerhatian oleh pengkaji juga mendapati bahawa 5 orang subjek kajian
(83%) dapat memahami cara membina ayat yang gramatis menggunakan teknik
41

3P. Dapatan juga mendapati 4 orang subjek kajian (67%) dapat menjawab soalan
berkaitan membina ayat berdasarkan gambar dengan penuh bersemangat. Akhir
sekali, kesemua subjek kajian iaitu 6 orang (100%) dapat menjawab kesemua
soalan yang diberikan oleh pengkaji. Ini menunjukkan bahawa teknik 3P dapat
membantu subjek kajian membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar.
Keputusan ini sejajar dengan pandangan Jefrey & Cynthia (2011) menjelaskan
bahawa mnemonik atau kata kunci adalah suatu cara untuk meningkatkan memori
dan membina maklumat dengan lebih berkesan.

7.3

Analisis dokumen
Analisis dokumen telah dilaksanakan terhadap latihan-latihan membina

ayat yang diberikan kepada subjek kajian

setelah teknik 3P diperkenalkan.

Analisis dokumen terhadap latihan-latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk


mengukur tahap penguasaan subjek kajian dalam kemahiran membina ayat yang
gramatis menggunakan teknik 3P.

Latihan-latihan yang dijalankan ini merujuk kepada latih tubi ayat berpandukan
jadual teknik 3P yang mempunyai lima kali sesi latihan dan lima kali latihan
tanpa menggunakan jadual teknik 3P. Latih tubi ini dianalisis dengan
menggunakan skala pemarkahan yang terdapat dalam Jadual 7.

7.3.1

Analisis pemarkahan latihan membina ayat


42

Analisis dokumen ini melibatkan latihan 1 hingga latihan 5 dengan


berpandukan jadual teknik 3P dan melibatkan latihan tanpa menggunakan jadual
teknik

3P sebanyak lima kali latihan. Skala pemarkahan seperti Jadual 7

digunakan semasa analisis dokumen dijalankan.

Jadual 7 : Skala Pemarkahan Membina Ayat Berdasarkan Gambar


Pencapaian

Markah

Tahap penguasaan

Cemerlang
Baik

9-10
7-8

Menguasai

Memuaskan
Minimum

4-6
0-3

Tidak
menguasai

Berikut adalah hasil dapatan analisis markah latih tubi membina ayat yang
dijalankan.
Jadual 8 : Dapatan Analisis Markah Latihan Membina Ayat Berdasarkan
Gambar
Subje
k
S1

Markah skor
Markah skor
Latihan berpandukan
Latihan tanpa
teknik 3P
berpandukan teknik 3P
L1 L2 L3 L4 L5 L1 L2 L3 L4 L5
8
8
9
9
8
8
9
9
9
8
43

Min
skor

Pencapaia
n

Cemerlang

S2
9
8 10 9 10
S3
8
8
9
9
9
S4
8
8
9
9
9
S5
8
9
9
9
8
S6
7
7
8
8
8
Min skor kesemua latihan =
8.6
Menguasai

9 10 10 9
9
8
8
9
9
9
9
8
8
9
8
10 9
9
8
9
8
9
9
8
8
Min skor kesemua
latihan = 9
Menguasai

9
9
9
9
8

Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Baik

Berdasarkan Jadual 8 menunjukkan min skor S1 hingga S5 pada tahap


pencapaian cemerlang iaitu 9 bagi kesemua latihan yang dijalankan. S6 pula
mendapat min skor iaitu 8 pada tahap pencapaian yang baik bagi kesemua latihan
yang diberikan. Hal demikian, pencapaian ini menunjukkan min skor kesemua
subjek kajian telah menguasai kesemua latihan berpandukan teknik 3P (8.6) dan
latihan tanpa berpandukan teknik 3P (9) yang dijalankan.

7.4

Analisis data temu bual


Saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk menemubual enam

orang subjek kajian tersebut selepas teknik 3P digunakan . Temu bual ini
bertujuan untuk mengenal pasti pandangan subjek kajian terhadap kemahiran
yang telah dicapai oleh mereka untuk membina ayat yang gramatis menggunakan

teknik 3P. Selain itu, minat subjek kajian terhadap membina ayat juga dapat
dikenalpasti melalui temu bual yang dijalankan ini. Temu bual yang dijalankan
adalah berbentuk semi struktur yang mana soalan-soalan temu bual telah
disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan dan melancarkan proses temu bual
yang dijalankan. Sebanyak 4 item telah ditemu bual kepada subjek kajian tersebut.

44

Kod S (subjek) dan Kod P (pengkaji) digunakan dalam menganalisis data temu
bual.

Hasil temu bual mendapati bahawa apabila teknik 3P diaplikasikan dalam


pengajaran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar, subjek kajian
menyatakan penggunaan roda kata kerja dan penggunaan carta teknik 3P sebagai
bahan bantu belajar yang digunakan sangat seronok serta teknik kata kunci dalam
pengajaran banyak membantu subjek kajian dalam

meningkatkan kemahiran

membina ayat yang gramatis.

Adakah teknik 3P yang cikgu ajar dapat memudahkan


kamu membina ayat?

S1

Ya, saya lebih faham menulis ayat menggunakan


teknik 3P yang cikgu ajar.

S2

Saya faham cikgu mengajar sekarang dulu saya tak


faham. Saya cepat ingat nak bina ayat.

S3

Cikgu ajar saya sekarang seronok. Saya cepat faham


nak tulis ayat.

S4

Saya suka cikgu mengajar sekarang sebab saya faham apabila


cikgu menggunakan carta. Dulu cikgu terang sahaja, saya tak
faham.

S5

Senang nak faham guna teknik 3P bila nak bina ayat.

S6

Lebih mudah nak bina ayat.


45

Subjek kajian berpandangan bahawa mereka mudah untuk memahami


apabila penggunaan teknik 3P untuk membina ayat yang gramatis. Penggunaan
alat bantu belajar seperti carta teknik 3P dapat menarik perhatian subjek kajian
dan mudah untuk mengingati kata kunci. Permainan roda kata kerja juga dapat
menarik minat subjek dan mereka tidak berasa bosan. Ini menunjukkan bahawa
subjek kajian bersetuju bahawa teknik 3P yang diguna pakai dalam pengajaran
berjaya membantu subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis.

Adakah kamu faham pengajaran cikgu menggunakan teknik 3P


dalam membina ayat berdasarkan gambar?

S1

Saya sangat faham. Saya boleh membina ayat dengan mudah.

S2

Ya, saya faham. Saya sudah boleh mengisi jadual teknik 3P dengan
lengkap.

S3

Ya. Saya sudah faham cara membina ayat.

S4

Saya faham. Lebih senang nak faham apabila cikgu guna carta
teknik 3P.

S5

Faham, cikgu bila guna teknik 3P.

S6

Faham.

46

Semua subjek kajian bersetuju teknik 3P digunakan dalam membina ayat


yang gramatis kerana dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka
membina ayat.

Adakah menggunakan teknik 3P ini dapat membantu anda dalam


membina ayat yang lengkap?

S1

Ya. Saya sudah boleh menulis ayat dengan betul.

S2

Ya, teknik 3P memudahkan saya hendak membina ayat


berdasarkan gambar.

S3

Ya, sebab lebih senang menulis ayat.

S4

Ya, saya dapat membina ayat berdasarkan gambar dengan betul.

S5

Ya, betul teknik 3P mudah saya nak tulis ayat.

S6

Betul. Saya dapat menulis ayat.

Semua subjek kajian bersetuju teknik 3P berbantukan carta, gambar dan


permainan roda kata kerja digunakan dalam membina ayat yang gramatis kerana
dapat menarik minat dan lebih seronok.

Adakah pengajaran guru dapat menarik minat kamu untuk


membina ayat?

S1

Ya. Saya berasa seronok belajar.

S2

Ya, cikgu mengajar dengan seronok, saya suka ada banyak aktiviti.

S3

Ya, sebab saya tak mengantuk lagi bila cikgu ajar. Saya suka cikgu
47

guna carta besar tenik 3P.


S4

Ya, saya gembira cikgu mengajar, seronok dan saya tak bosan
sebab banyak bahan.

S5

Menarik sebab ada permainan.

S6

Ya. Saya boleh membina ayat.

8.0

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN


Refleksi ini dihasilkan bagi tujuan untuk menjawab persoalan kajian yang

ketiga iaitu apakah refleksi pengkaji terhadap penggunaan teknik 3P kepada enam
orang subjek kajian tahun 5A? Refleksi ini juga ditulis bagi tujuan menilai kesan
tindakan sebelum, semasa dan selepas penggunaan teknik 3P kepada enam orang
subjek kajian.

Sebelum memperkenalkan teknik 3P kepada subjek kajian tahun 5A, saya


hanya memberi penerangan secara lisan semata-mata dan menulis pada papan tulis
bagi mengajar tentang membina ayat berdasarkan gambar kepada mereka.
Walaupun saya telah mengulangi penerangan saya beberapa kali, didapati subjek
kajian masih tidak memahami cara yang saya terangkan. Keadaan ini
menyebabkan saya berasa serba salah dan khuatir kerana enam orang murid ini

mendapat markah yang rendah untuk bahagian membina ayat berdasarkan gambar.
Hal demikian, saya mula membuat refleksi kendiri terhadap amalan pengajaran
dan pembelajaran saya dan tertanya-tanya tentang teknik pengajaran yang
48

diamalkan ini kurang menarik atau pun penerangan saya masih kurang jelas yang
menyebabkan subjek kajian masih tidak dapat membina ayat yang gramatis.
Kaedah penerangan yang saya amalkan selama ini kemungkinan tidak sesuai
untuk subjek kajian yang berprestasi akademik yang sederhana dan lemah.

Semasa saya menggunakan teknik 3P dalam pengajaran dan pembelajaran,


saya mendapati subjek kajian begitu gembira dan lebih aktif dalam melakukan
aktiviti. Malah, berjaya membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Ini
disebabkan saya telah menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya
dengan menyediakan carta yang menarik berkaitan penggunaan teknik 3P serta
memasukkan elemen didik hibur iaitu permainan roda kata kerja. Teknik 3P yang
digunakan ini merupakan gabungan teknik pengajaran yang memberikan pelbagai
variasi iaitu kata kunci dengan bantuan carta dan didik hibur dengan permainan
roda kata kerja. Proses ini melibatkan beberapa deria iaitu mendengar, melihat dan
menyentuh. Subjek kajian diberi peluang untuk mengalami sendiri aktiviti yang
dirancang ini. Oleh sebab itu, subjek kajian berasa gembira dan mula
menunjukkan peningkatan dari segi sikap mereka yang lebih yakin untuk
membina ayat.

Selepas teknik 3P ini dilaksanakan, didapati terdapat peningkatan peratusan


markah ujian pasca untuk subjek kajian yang dijalankan. Keputusan ini
menunjukkan bahawa teknik 3P berjaya membantu meningkatkan kemahiran
49

membina ayat yang gramatis bagi enam orang subjek kajian tahun 5A. Hasil temu
bual juga menunjukkan bahawa penggunaan teknik 3P bukan hanya meningkatkan
kemahiran subjek kajian tetapi juga berjaya menarik minat subjek kajian melalui
penggunaan kata kunci, carta dan permainan. Teknik 3P juga didapati membantu
menambahkan keyakinan subjek kajian untuk membina ayat. Dapatan kajian selari
dengan hasil tinjauan yang saya baca iaitu Teknik Kata Kunci merupakan alat
yang boleh merangsang murid untuk berfikir dan lebih aktif. Teknik ini berupaya
mengekalkan ingatan murid terhadap konsep yang dipelajari.

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Setelah memperoleh hasil dapatan yang memuaskan daripada dapatan-

dapatan yang dibincangkan, saya berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan
untuk kepentingan pendidikan pada masa akan datang. Ini kerana teknik 3P ini
amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran membina ayat yang lengkap iaitu ayat
majmuk. Gabungan penggunaan kata kunci, carta dan permainan roda kata kerja
dapat membantu murid untuk membina ayat yang gramatis.

Selain itu, saya mencadangkan kajian ini diaplikasi secara meluas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid mudah
mengingat apabila teknik kata kunci diberikan. Bukan itu sahaja, murid-murid kini

lebih berminat terhadap unsur-unsur hiburan dalam sesi pengajaran dan


pembelajaran kerana ini dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Saya
juga

mencadangkan

agar

kajian
50

seterusnya

dilaksanakan

dengan

mengkombinasikan kata kunci dengan nyanyian secara bersama agar murid-murid


mudah untuk mengingati rumus untuk membina ayat yang gramatis. Elemen
nyanyian menggunakan kata kunci dapat memberikan keseronokan kepada murid
untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam
kelas.

Menerusi dapatan kajian yang telah dinyatakan, saya dapat membuat


kesimpulan bahawa penggunaan teknik 3P ini dapat membantu murid tahun 5A
dalam meningkatkan kefahaman mereka bagi kemahiran membina ayat yang
gramatis. Penggunaan Teknik 3P haruslah difahami murid kerana kemahiran
membina ayat ini merupakan antara kemahiran yang penting dalam menjawab
soalan penulisan.

Penggunaan teknik kata kunci yang menarik dan mudah untuk diingati
sangat membantu murid dalam mengekalkan ingatan mereka dalam jangka masa
yang lama. Dapatan ini selari dengan Hasan Mohd. Ali (2006), manusia
mempunyai dua daya ingatan iaitu ingatan jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak dapat kekal lama dalam ingatan
berbanding daya ingatan jangka panjang. Kebolehan mengingat bergantung
kepada individu. Teknik 3P merupakan salah satu teknik untuk meningkatkan

daya ingatan. Teknik ini adalah salah satu cara menyusun semula apa yang telah
pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi murid fahami.

51

Kesimpulannya, terdapat perubahan yang positif dari segi amalan


pengajaran guru dan amalan pembelajaran subjek kajian serta peningkatan yang
berjaya dicapai setelah teknik 3P diperkenalkan, maka jelaslah bahawa teknik 3P
sangat membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran subjek kajian membina
ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Semoga hasil kajian saya ini dapat
dimanfaatkan dalam dunia pendidikan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

10.0

PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN


Dapatan kajian yang saya peroleh sepanjang kajian ini telah memberi

jawapan kepada soalan kajian yang berikut:

10.1

Adakah penggunaan teknik 3P dapat membantu subjek kajian

meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan


gambar?
Berdasarkan dapatan yang saya peroleh sepanjang kajian ini dijalankan,
terdapat peningkatan kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan
gambar. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan prestasi subjek kajian dalam
Ujian Pasca yang dijalankan. Saya telah membandingkan kedua-dua ujian dan
hasil dapatan ujian pra dan pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi

pencapaian pelajar yang dijalankan. Peratus peningkatan pencapaian mereka


adalah sebanyak 10% hingga 36% (Rujuk Jadual 5). Walaupun peratus
peningkatan mereka agak sedikit namun saya berasa amat berbangga dan berpuas
52

hati dengan hasil dapatan kajian ini kerana murid sudah mahir dan boleh
membina ayat yang lengkap menggunakan teknik 3P.

Tempoh masa untuk latih tubi menggunakan teknik 3P ini telah dijalankan
selama 4 minggu. Masa yang dijalankan ini sudah mencukupi untuk subjek kajian
dalam membina ayat yang gramatis menggunakan teknik yang diperkenalkan ini.
Ini telah dibuktikan dengan masa yang mencukupi untuk menjalankan latih tubi,
kemahiran subjek kajian membina ayat yang gramatis telah meningkat. Selain itu,
kemahiran membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P berbantukan
bahan bantu belajar iaitu permainan roda kata kerja dan carta teknik 3P telah dapat
meningkatkan kefahaman dan kemahiran subjek dalam membina ayat dengan baik
dan berkesan.

Dapatan kaedah temu bual juga telah dijalankan bagi mendapat kepastian
kesan penggunaan teknik 3P ini dapat membantu subjek dalam meningkatkan
kemahiran mereka dalam membina ayat yang gramatis. Hasil dapatan temu bual
yang dijalankan menunjukkan mereka telah berjaya membina ayat menggunakan
teknik 3P terhadap lembaran kerja yang diberikan.

10.2

Adakah penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan minat subjek

kajian dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?

53

Bagi menjawab persoalan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah temu
bual ke atas enam orang subjek kajian yang terlibat. Penggunaan kaedah temu
bual ini amat penting bagi mendapat kepastian terhadap minat subjek kajian dalam
penggunaan teknik 3P yang diperkenalkan untuk membina ayat yang gramatis
berdasarkan gambar. Bahkan, saya dapat mengesan dengan lebih teliti lagi
terhadap pandangan subjek kajian semasa pengajaran teknik 3P yang digunakan
dalam kajian ini.

Hasil dapatan temu bual yang dijalankan, membuktikan bahawa subjek


kajian menunjukkan minat terhadap teknik 3P yang diperkenalkan ini. Jawapan
mereka terhadap temu bual ini kebanyakkannya menjawab mereka amat seronok
terhadap pengajaran guru menggunakan carta teknik 3P dan permainan roda kata
kerja sebagai salah satu elemen didik hibur dalam membantu minat subjek kajian
terhadap kajian yang dijalankan ini. Bahkan mereka juga melibatkan diri secara
aktif semasa penggunaan carta teknik 3P digunakan di dalam kelas. Ini juga
membuktikan bahawa mereka berasa seronok dan minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang diajar.

Pada pandangan saya, kesemua subjek kajian telah menunjukkan minat


dan potensi diri masing-masing semasa membina ayat menggunakan teknik yang
dipelajari. Penggunaan bahan bantu belajar dalam kajian ini amat penting

digunakan bagi memastikan mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap


kajian yang dijalankan ini. Pelan maklumat teknik 3P yang digunakan ini, saya
54

telah membentuk carta supaya dapat menarik minat subjek kajian terhadap teknik
3P yang diperkenalkan ini. Bagi menarik minat murid lagi, elemen didik hibur
melalui permainan roda kata kerja amat penting supaya mereka dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

10.3

Adakah enam orang subjek kajian tahun 5A dapat membina ayat

yang gramatis selepas menggunakan teknik 3P?


Berdasarkan persoalan ini, saya dapat memberi jawapan bahawa saya telah
analisis dokumen melalui lembaran kerja yang dilaksanakan selepas teknik 3P ini
diperkenalkan. Terdapat dua dokumen yang dianalisis dan dibuat perbandingan
iaitu lembaran kerja membina ayat berdasarkan gambar berpandukan teknik 3P
dan lembaran kerja membina ayat tanpa menggunakan teknik 3P. Latihan
berpandukan teknik 3P murid mendapat antara 7 hingga 10 markah manakala
latihan tanpa menggunakan teknik 3P murid mendapat antara 8 hingga 10 markah.
Analisis perbandingan kedua-dua dokumen ini amat penting bagi memastikan
bahawa murid boleh membina ayat menggunakan pelan maklumat teknik 3P dan
memastikan mereka dapat membina ayat dengan sendiri tanpa menggunakan
pelan maklumat teknik 3P.

Hasil dapatan menunjukkan tahap pencapaian kedua-dua dokumen yang


dianalisis ini telah dapat dikuasai oleh kesemua subjek kajian yang terlibat dalam

kajian ini. Pencapaian enam orang murid ini telah membuktikan bahawa subjek
kajian telah memahami dan sudah boleh membina ayat yang gramatis walaupun
55

tanpa menggunakan pelan maklumat teknik 3P. Pengalaman latih tubi yang
dialami dan dijalani oleh enam orang subjek kajian sememangnya dapat
membantu mereka untuk membina ayat yang gramatis.

Bagi mengukuhkan lagi persoalan ini, saya juga telah menggunakan


senarai semak pemerhatian berstruktur melalui tingkahlaku subjek kajian semasa
melaksanakan ujian pasca yang dijalankan ini. Saya telah meminta bantuan rakan
bagi mengisi borang senarai semak pemerhatian bagi membuktikan hasil dapatan
yang sahih. Hasil analisis telah menunjukkan 83% subjek kajian bersemangat
menjawab soalan yang diberikan dan 100%

subjek kajian dapat menjawab

kesemua soalan dengan penuh keyakinan. Hal ini membuktikan bahawa subjek
telah boleh membina ayat yang gramatis setelah teknik 3P diperkenalkan dan latih
tubi diberikan.

RUJUKAN

56

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik dan
contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdul Abdul Majid Khan. 2008. Guru Sebagai Penyelidik.
Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abdul Rahman Haron. 2012. Kajian Tindakan: Teknik Salak dalam Menjana
Idea Membina Ayat dengan Cepat dan Efektif.
Awang Sariyan. (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan
satu idealism. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Choong,L.K. 2011. Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Corder, S.P, (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford: Oxford University
Press.
Fuziah binti Ismail. 2011. Kajian Tindakan : Meningkatkan Kemahiran Menulis
Ayat Gramatis Murid Tahun 5 dalam Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian
A) Menggunakan Kaedah Pelan Maklumat dan Kata Tanya.
Hasan Alwi. 1993. Pedoman Umum Pembentukan Istilah. Jakarta. PT Gramedia
Widiasarana Indonesia, Jakarta.
Iskandar Muda bin Ishak. (2005). Kajian Tindakan : Penggunaan Latih Tubi
Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan
Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris.
Ismail Zin (2006). Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan . Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, 1994. Perkaedahan
Pengajaran Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur.
Glenberg, A.M, Langston, W.E (1992). Comprehension of Ilustrated Text :
Pictures help to build mental models. Journal of Memory and Language
31, 129-151
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. 2011. Oxford Pelajar Sdn.Bhd.
Kamaruddin Hjh Husin. 1996. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
57

Sarjana 1986 . Universiti California.


Kamarudin Hj Husin. 1997. Penguasaan Kemahiran Menulis. Selangor. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kartini Abdul Mutalib. 2012. Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk PISMP
& DPLI. IPG KPM, Kampus Ipoh.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 3. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidkan Malaysia, 2003.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: strategi
perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Majdan Paharal Radzi. 2013. Kajian Tindakan : Pendekatan Kaedah Mnemonik
dalam Pembelajaran Bahasa Arab (Jqaf)
Mohd Safuan bin Abu Bakar. 2012. Kajian Tindakan: Aplikasi S.K.A.B dalam
Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Berdasarkan Gambar.
Mok Soon Sang .2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar. Selangor. Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim. Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya terhadap
Pengajaran Bahasa Malaysia dlm. Dewan Bahasa, 24, 9-21, 1980.
Nor Haliza binti Md Thalib. 2013. Kajian Tindakan : Menguasai Kemahiran
Membina Ayat Berdasarkan Gambar Murid Tahun Empat Menggunakan
Modul Membina Ayat (MoMaA).
Prof. Abdullah Hassan. 2005. Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof.Madya Dr. Zulkifley Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Robert F. Mager Penterjemah Saat Md Yassin. 2010. Aplikasi Teknik Mendorong


Pelajar Belajar Tanpa Membunuh Semangat Mereka. Kuala Lumpur.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad & Institut Aminuddun Baki.
58

Sulaiman Masri. 2006. Bahasa Melayu Rujukan Menengah.Kuala Lumpur.


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sharifah Nor Syed Abd Rahman. 2007. Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Selangor.
Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Wan Nurulhawani. 2013. Kajian Tindakan : Meningkatkan Kemahiran Membina
Ayat yang Gramatis Murid 5 Bestari Menggunakan Teknik SiBuDAM.
Zahratulnadirah Binti Ibrahim. 2009. Kajian Tindakan : Kesan Rumus WAT
dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal
Bahasa Melayu.

LAMPIRAN A

59

PELAN TINDAKAN KAJIAN


BULAN
Julai

MINGGU
3

TARIKH
19 Julai 31 Julai
2014

Ogos

1 Ogos 31 Ogos
2014

September

1 September 30
September 2014

Oktober

1 Oktober 31
Oktober 2014

Januari

Februari

Mac

1 Januari 30
Januari
2015
1 Februari 28
Februari 2015
1 Mac 21 Mac
2015

PERKARA
Tinjauan Awal:
- Mengenal pasti masalah murid
- Pengumpulan maklumat diri
tentang murid
- Merangka kajian tindakan
Penyediaan kertas cadangan:
- Merangka proposal kajian
tindakan
- Menyediakan proposal kajian
tindakan
Penyediaan instrument kajian:
- Mereka bentuk soalan untuk
ujian pra dan pasca
Analisis dan tinjauan awal:
- Merekod, menganalisis dan
membuat laporan ujian pra.
Pelaksanaan kaedah intervensi:
- Melaksanakan kaedah intervensi
yang telah dikenal pasti.
Pelaporan analisis dan interpretasi
data
Membuat rumusan dapatan kajian
Pelaporan lengkap kajian tindakan

LAMPIRAN B
KOS KAJIAN
60

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Jenis Bahan
Kuantiti x harga seunit
Kertas A4
2 rim X RM 9
Dakwat cetakan komputer
1 X RM 75
Fotostat bahan dan laporan kajian
Kad imbasan kosong
20 set X RM 3
Fail murid
6 X RM 1
Fail guru
1 X RM 3
Marker pen
1set X RM 15
Kertas A4 berwarna
1 rim X RM 9
Kad manila
4 X RM1.00
Kad board
4 X RM 3.00
Plastik liminate
10 X RM 1.00
JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah Kos
RM 18.00
RM 75.00
RM 50.00
RM 60.00
RM 6.00
RM 3.00
RM 15.00
RM 9.00
RM 4.00
RM 12.00
RM 10.00
RM 259.00

LAMPIRAN C
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN BERSTRUKTUR
Nama murid :

..

Tahun

Item

Pernyataan

Jawapan
Ya
61

Tidak

(/)
1

(x)

Murid dapat mengenal pasti kata kerja


menggunakan teknik 3P.

Murid dapat mengenal pasti kata


hubung menggunakan teknik 3P.

Murid dapat memahami cara membina


ayat yang gramatis menggunakan

teknik 3P.
Murid dapat mengisi maklumat dengan
betul dan tepat untuk membina ayat
yang gramatis menggunakan teknik 3P.

Murid menjawab soalan dengan penuh


bersemangat.

Murid dapat menjawab semua soalan


yang diberikan oleh guru.

Peratus (%) :
Ya

Tidak

:...

LAMPIRAN D

UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA


AKTIVITI 1
Arahan

Sambungkan frasa-frasa yang berikut supaya menjadi


ayat yang lengkap.

62

1. Fitri dan kawan-kawannya


_____________________________________________________
_____________________________________________________
2. Seorang budak lelaki
_____________________________________________________
_____________________________________________________
3. Pegawai polis itu
_____________________________________________________
_____________________________________________________
4. Pak Seman dan isterinya
_____________________________________________________
_____________________________________________________
5. Dompet itu diserahkan
_____________________________________________________
_____________________________________________________
6. Ibu sedang ____________________________________________
______________________________________________________

7. Adik Mira sedang menolong


_____________________________________________________
_____________________________________________________
8. Jalur Gemilang
_____________________________________________________
_____________________________________________________

63

9. Encik Ramli berasa bersyukur


_____________________________________________________
_____________________________________________________
10. Kami sekeluarga
_____________________________________________________
_____________________________________________________

20

AKTIVITI 2
Arahan

Bina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan-

perkataan
yang berikut.
1. Meneguk
64

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. Menyandang
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
3. Menghiris
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
4. Mendukung
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
5. Memimpin
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

10

AKTIVITI 3
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kebun sayur-sayuran.
Tulis lima yang lengkap berdasarkan aktiviti yang dipaparkan.

65

1.______________________________________________________
_______________________________________________________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

AKTIVITI 4
Gambar di bawah menunjukkan suasana persiapan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid.
Tulis lima yang lengkap berdasarkan aktiviti yang dipaparkan.

66

1.______________________________________________________
_______________________________________________________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

LAMPIRAN E
LEMBARAN KERJA
1

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana di stesen kereta api berdasarkan gambar
di bawah ini.

67

PANDUAN 1

PANDUAN 2

PANDUAN 3

S
(SIAPA)

AB
(APA/BAGAIMANA)

DBM
(DI MANA / BILA /MENGAPA)

..

..

LEMBARAN KERJA
2

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana pertandingan lukisan di dalam sebuah
dewan berdasarkan gambar di bawah ini.

68

PANDUAN 1

PANDUAN 2

PANDUAN 3

S
(SIAPA)

AB
(APA/BAGAIMANA)

DBM
(DI MANA / BILA
/MENGAPA)

..

..

..

LEMBARAN KERJA
3

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana di sebuah pejabat pos berdasarkan gambar
di bawah ini.

69

PANDUAN 1

PANDUAN 2

PANDUAN 3

S
(SIAPA)

AB
(APA/BAGAIMANA)

DBM
(DI MANA / BILA
/MENGAPA)

..

..

..

LEMBARAN KERJA
4

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana gotong-royong di balai raya berdasarkan
gambar di bawah ini.
70

PANDUAN 1

PANDUAN 2

PANDUAN 3

S
(SIAPA)

AB
(APA/BAGAIMANA)

DBM
(DI MANA / BILA
/MENGAPA)

..

..

..

LEMBARAN KERJA
5

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti di taman permainan berdasarkan


gambar di bawah ini.
71

PANDUAN
1
S
(SIAPA)

PANDUAN 2

PANDUAN 3

AB
(APA/BAGAIMANA)

DBM
(DI MANA / BILA
/MENGAPA)

..

..

..

LAMPIRAN F
LEMBARAN KERJA
1

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA


72

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah ini.

1.______________________________________________________
_______________________________________________________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

LEMBARAN KERJA
2

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

73

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah ini.

1.______________________________________________________
____________________________________________ ___________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

LEMBARAN KERJA
3

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P
74

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah ini.

1.________________________________________________________
_________________________________________________________
2.________________________________________________________
_________________________________________________________
3._______________________________________________________
_________________________________________________________
4._______________________________________________________
_________________________________________________________
5._______________________________________________________
_________________________________________________________

10

LEMBARAN KERJA
4

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P
75

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah ini.

1._______________________________________________________
________________________________________________________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

LEMBARAN KERJA
5

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA


MENGGUNAKAN TEKNIK 3P
76

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah ini.

1.______________________________________________________
_______________________________________________________
2.______________________________________________________
________________________________________________________
3.______________________________________________________
________________________________________________________
4.______________________________________________________
________________________________________________________
5.______________________________________________________
________________________________________________________

10

LAMPIRAN G

SOALAN TEMU BUAL


77

1.

Adakah teknik 3P yang diajar oleh cikgu dapat memudahkan kamu


membina ayat?

2.

Adakah kamu faham pengajaran cikgu menggunakan teknik 3P dalam


membina ayat berdasarkan gambar?

3.

Adakah menggunakan teknik 3P ini dapat membantu kamu meningkatkan


kefahaman dan kemahiran dalam membina ayat yang gramatis?

4.

Adakah pengajaran guru dapat menarik minat kamu untuk membina


ayat?

LAMPIRAN H

78

PENGGUNAAN CARTA TEKNIK 3P DALAM MEMBINA AYAT YANG


GRAMATIS

79

You might also like