You are on page 1of 3

REFLEKSI KESELURUHAN KEJOHANAN

NAMA

: AIZZATFITRI BIN OMAR

NO. IC

: 910415-07-5649

NO. MATRIX

: 124196

Alhamdulillah segala penat lelah yang telah saya lalui telah terbalas. Melalui
Subjek PJM 3111 Permainan Bola Tampar dan Bola Baling, saya telah mempelajari
pelbagai perkara baru. Sepanjang menyiapkan tugasan saya telah memperoleh
pelbagai perkara baru seperti asas pengetahuan tentang cara-cara menguruskan
dan mengelolakan acara sukan. Oleh itu,sebagai seorang bakal guru saya akan
dapat memainkan peranan dalam usaha membina sifat-sifat jasmani dan sosial yang
sihat sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tugasan yang ditugaskan kepada kami ialah diminta untuk merancang dan
mengelolakan kejohanan Bola Tampar. Program yang dianjurkan ini adalah untuk
memenuhi syarat kursus PJM 3111 yang telah ditetapkan di dalam pra forma. Melalui
program ini saya dapat menimba pengalaman bagaimana untuk menganjurkan
sesuatu pertandingan. Di samping itu, penganjuran ini dapat membina perwatakan
guru yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan
berketerampilan.
Kami telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk menganjurkan
Kejohanan Bola Tampar antara Jabatan yang melibatkan pensyarah. Mesyuarat telah
diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa kejohanan seterusnya membahagikan
tugas masing-masing untuk melancarkan perjalanan sepanjang kejohanan. Saya dan
rakan-rakan telah bekerjasama, dan melakukan tugas masing-masing dengan
jayanya.Kami melakukan perbincangan dan tugas bersama-sama bagi melicinkan
persiapan dihari pertandingan. Dengan mengagihkan tugasan kepada tugas-tugas
tertentu kami dapat melaksanakannya dengan lebih mudah dan cepat. Pelbagai
perkara baru yang saya dapat sepanjang menjalankan tugasan ini.

Antara perkara baru yang telah saya perolehi ialah pengetahuan bagaimana
untuk mengelola kejohanan serta mengetahui dengan lebih mendalam cara-cara
pengelolaan sesebuah kejohanan. Selain itu saya juga memperoleh satu
pengalaman yang sangat berharga sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya
berpeluang menjadi pengerusi program dimana saya telah belajar berurusan dengan
pensyarah penasihat berbincang dan juga berurusan dengan pejabat untuk
mendapat kelulusan program oleh pengarah. Selain itu, kami berpeluang berjumpa
dan berurusan dengan pensyarah dari pelbagai jabatan untuk menjemput mereka
menyertai kejohanan ini. Melalui pengalaman ini saya dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan tataterbit berurusan dengan pelbagai pihak. Selain itu.
saya juga dapat meningkatkan keyakinan di dalam diri saya. Jika sebelum ini saya
hanya menyertai kejohanan dan hanya melihat bagaimana penganjuran sesebuah
kejohanan sahaja, kini saya lebih mengetahui dengan lebih mendalam tentang caracara mengelola dan menguruskan kejohanan bola tampar .Selain itu juga,saya dapat
mempelajari peraturan-peraturan dalam permainan bola tampar dan memahami
sukan ini dengan lebih mendalam. Saya juga berpeluang menjadi pengadil bola
tampar ketika kejohanan dan saya berasa sangat bertuah sekali kerana memperoleh
pengalaman seperti ini.
Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas dengan baik sekali. Masingmasing memainkan peranan yanag hebat sepanjang merancang dan mengelola
kejohanan ini. Kesungguhan rakan-rakan saya serta pensyarah penasihat iaitu Tuan
Haji Abu Zarin Bin Abu Bakar amat saya kagumi. Semasa membuat persiapan
tempat sebelum kejohanan ialah pengalaman yang sangat bermakna dimana saya
berpeluang mengetahui bagaimana menyusun atur sekitar kawasan kejohanan.
Selain itu, cara bagaimana memasang net bola tampar dan mengetahui ketinggian
net untuk permainan bola tampar. Apa yang penting, semua perkara yang dilakukan
sepanjang menyiapkan projek ini memuaskan dan memberikan keseronokan yang
baik kepada semua orang.
Di sebalik segala perkara baru yang saya temui, terdapat juga perkaran yang
menjadi masalah atau kelemahan sepanjang melakukan kerja kursus ini. Antaranya
ialah kekurangan pengutip bola ketika perlawanan berlangsung. Pemain terpaksa
menunggu lama untuk memulakan permainan, kekurangan ini telah berjaya diatasi
dengan kerjasama daripada ahli jawatankuasa lain membantu mengutip bola, bagi

melancarkan perjalanan perlawanan. Oleh itu,diharapkan pada masa hadapan


ditetapkan petugas bagi mengutip bola. Sebagai pengajaran kita hendaklah
memastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Ambil sesuatu yang baik dan buang yang tidak elok seperti memerah nyior santan
diambil hampas dibuang.
Akhir sekali, setiap perkara baru yang telah saya perolehi, akan saya jadikan
ia sebagai penanda aras agar dapat membaiki diri saya supaya lebih maju dan
berjaya di masa hadapan, manakala segala kelemahan yang ada akan dijadikan
sebagai pedoman di masa hadapan. Segala yang telah saya perolehi akan saya
aplikasikannya sebagai seorang guru kelak di masa hadapan. InsyaAllah, sekian
terima kasih.

You might also like