You are on page 1of 1

Harimau: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.

Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu berdiri
dengan cepat)
Harimau: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat kaki hadapann
ya dan membuka mulutnya.)
Sang Kancil: Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah diperi
ntahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini. (sambil menunjuk ke arah s
arang tebuan itu)
Harimau: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?
Sang Kancil: Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini a
pabila baginda hendak ke hutan.
Harimau: Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.
Sang Kancil: Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.
Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memal
unya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan y
ang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.
Harimau: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pu
n cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
Sang Kancil: Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tid
ak jujur.
Harimau: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.
Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan
helahnya.
Sang Kancil: Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah ak
u pergi jauh dari sini.
Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu
gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh
dari situ.
Sang Kancil: (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua
tebuan itu keluar dan menyengat harimau.
Harimau: (mengaum dengan kuat)Aummm!
Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. D
ia berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah ha
rimau terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

You might also like