You are on page 1of 6

1.0 Pengenalan Rekreasi Matematik.

Menurut Mok Soon Sang(1993) Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia


dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk
mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi.

Sejak tamadun

kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti


permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada
bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baru.
Teorem Pythagorus ( ), Hukum Euler (V E + F = 2) dan teori kemungkinan (nCr)
adalah hasil daripada kajian ahli matematik yang berlandaskan kepada aktiviti
permainan.
Rekreasi matematik adalah satu permainan matematik yang direka oleh
guru untuk menimbulkan keseronokan pada murid. Terdapat pelbagai cara untuk
membuatkan

pelajaran

matematik

disukai

dan

diminati

oleh

murid.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan aktiviti permainan matematik memainkan


peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa
disedari aktiviti permainan matematik adalah berkait rapat dengan aktiviti
matematik. Setiap aktiviti permainan mengandungi dua unsur iaitu alatan dan
peraturan permainan.
Manakala aktiviti matematik pula merangkumi dua unsur utama iaitu
simbol matematik dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan
aktiviti seterusnya. Biasanya penglibatan diri secara langsung dalam proses
permainan akan memberi peluang kepada individu tersebut untuk menganalisis
dan menilai situasi permainan supaya dapat diaplikasikan dalam mengatasi
cabaran yang dihadapi.Sebelum melaksanakan permainan ini, guru memainkan
peranan yang penting dimana beliau perlu tahu terlebih dahulu peringkat muridmurid sebelum membuat beberapa aktiviti tersebut iaitu dari segi pengetahuan
sedia ada dan peringkat pembelajaran murid-murid.
Sebenarnya kebanyakan aktiviti permainan adalah saling berkait rapat
dengan aktiviti matematik.

Di dalam aktiviti permainan, terdapat dua unsur

yang utama iaitu sekumplan benda seperti buah catur, daun terup, dadu,
congkak dan sebagainya, serta peraturan-peraturan permainan.

Di dalam

aktiviti matematik, ia pula meliputi dua unsur utama, iaitu sekumpulan simbol
matematik seperti nombor, titik, bentuk geometri dan sebagainya, serta hukum,
teorem dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.

1
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, matematik rekreasi
banyak digunakan dalam aktiviti pengayaan, kerja projek dan permainan serta
aktiviti kumpulan. Matematik rekreasi memainkan peranan yang penting dalam
melatih

murid

berfikir

secara

logik

dan

sistematik,

disamping

dapat

menimbulkan minat murid untuk belajar matematik, dapat memperkukuhkan lagi


konsep dan kemahiran matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran
murid ke tahap yang lebih tinggi.
Kesimpulannya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Terpulanglah

pada

guru

tersebut

bagaimana untuk melaksanakannnya dalam melahirkan insan yang berkreativiti


dan berinovasi

sejajar dengan tranformasi pendidikan yang dilaungkan oleh

Timbalan Menteri Pelajaran kita iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Yasin.
2.0 Misteri Matematik di dalam rekreasi.
Menilai misteri bererti menekankan keajaiban, daya tarikan, dan mistik dari ideaidea sains dan matematik. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan
sifat pengetahuan. Nilai ini ditunjukkan oleh guru mengembangkan imaginasi
pelajar, mengajar tentang sifat pengetahuan objektif,merangsang sikap ingin
tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan,mendorong pelajar untuk
membaca bahan-bahan sains fiksyen, pelajar merasa terkejut terhadap hasil
penemuan tak terduga,meneroka teka-teki matematik

2.1 Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.


Menurut Muhamad bin Doraman(2011)Matematik bukan hanya digunakan oleh
ahli Matematik, tetapi juga oleh semua orang.Kita menggunakan asas matematik
dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti
pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan
sebagainya.

Kita

juga

mengaplikasikan

pengetahuan

matematik

untuk

menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak.


Mengaplikasi nombor dalam urusan perbankan (banking),pengiraan faedah
ringkas (simple interest) bagi simpanan wang dan pinjaman wang,Mengaplikasi

nombor dalam urusan rumahtangga,Mengaplikasi nombor dalam urusan jual beli,


pengiraan, melibatkan wang untung dan wang rugi dari urusan jual beli.
2
2.2 Mengaplikasi nombor dalam urusan perjalanan (travelling)
Iaitu Pengiraan melibatkan masa, jarak dan kelajuan perjalanan.
2.3 Mengaplikasi nombor dalam urusan perbankan (banking)
Menguruskan

kewangan

contohnya

simpanan,

pelaburan,

pinjaman,insuran dll Contoh : pengiraan Faedah ringkas ( Simple interest ),Arina


meminjam wang RM3000 dengan sebuah bank. bank mengenakan kadar faedah
13% setahun. Tempoh masa bayaran balik selama 3 tahun. Berapakah jumlah
nilai faedah yang beliau bayar dalam masa 3 tahun ? Apakah nilai keseluruhan
yang mesti dibayar?
Penyelesaian :
faedah - 13/100 x RM3000 = RM 390
RM 390 x 3 tahun = RM 1170
Nilai keseluruhan faedah + jumlah pinjaman
RM1170 + RM3000
= RM4170

2.4 Mengaplikasi nombor dalam urusan rumahtangga


Menguruskan kewangan keluarga ,contoh mengurus perbelanjaan keluarga dan
menguruskan rumahtangga contohnya menyediakan makanan dan minuman.
2.4 Mengaplikasi nombor dalam urusan jual beli
Pengiraan untung/rugi dalam perniagaan mengira harga sesuatu barangan
2.5 Mengaplikasi nombor dalam urusan perjalanan (travelling)

Contohnya

membuat

perbelanjaan

pengangkutan,mengira

masa,

jarak

perjalanan.mengatur jadual perjalanan.Contohya jadual penerbangan, jadual


perjalanan keretapi, dan jadual perjalanan bas .
3

3.0 Peranan Matematik


Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Segala aktiviti yang kita lakukan
seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerja-kerja seharian dan
sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas.
Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik.
Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat
besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya
menyelaras

perbelanjaan

atau

kewangan

kita

secara

sistematik

tanpa

pengetahuan matematik..
Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita
dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. Seseorang yang
telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerjakerja yang kompleks dengan berkesan.. Sejarah membuktikan bahawa ahli
matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia
semasa Perang Dunia Kedua.
Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh,
penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan
dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang
besar kepada kemajuan dalam sains.
Kemajuan

dalam

bidang

matematik

juga

dilihat

sangat

penting

dalam

mempastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam


Wawasan 2020 iaitu the building of a progressive scientific society with creative
and far-sighted abilities, telah memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada
perkembangan silibus matematik yang baru, tetapi juga terhadap peranan guruguru matematik pada masa hadapan. (Mok, 2005).

4
4.0 Jenis rekreasi Matematik.
Teka - Teki
.4.1 Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kalau adik bijak bistari,
Berapa jumlah ekor kucing yang ada?

4.2 Dalam sebuah bas ada 7 orang wanita. Setiap orang wanita membawa 7
buah beg. Dalam setiap beg ada 7 ekor kucing betina. Setiap ekor kucing betina
ada 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing ada 4 kaki. Jadi ada berapa kaki
dalam bas tersebut?
4.3 Seorang pencinta haiwan memiliki beberapa ekor burung dan beberapa ekor
kucing menjadikan jumlah keseluruhan haiwan belaannya 30 ekor. Jumlah kaki
haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki
oleh orang itu?
Kucing munchkin = RM1000 sekor
Kucing siam = RM50 sekor
Dengan wang RM10000, sila beli 100 ekor kucing. Berapa ekor kucing munchkin,
parsi dan siam yang bole dibeli dengan RM10000 tu?
Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut kepada murid-murid yang
mempunyai pengetahuan kira-kira. Dari teka-teki tersebut, guru akan dapat
mencungkil kreativiti murid-murid dalam kemahiran berfikir. Guru hendaklah

menerima apa saja jawapan, asalkan jawapan tersebut dapat diterima secara
logik. Murid-murid akan dapat membilang jumlah dalam operasi tambah. Teka
teki dapat menarik minat murid-murid untuk ikut serta dalam membina
beberapa rangkap ayat dalam teka-teki.
Penyelesaian masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu
diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan
satu kemahiran berfikir, yang
5

You might also like