You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM ANJAKAN LINUS


2015
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TIBU
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
LUBOK ANTU
95900 LUBOK ANTU
SARAWAK
Disediakan Oleh:
KEMERI BIN MORNI
Setiausaha LINUS Sekolah

PENGENALAN LINUS
National Key Result Areas (NKRA) KPM telah menyasarkan bahawa
semua

murid

yang

tiada

masalah

pembelajaran

berkeupayaan

menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun mengikuti


pendidikan

rendah

pada

akhir

tahun

2015.

Program

ini

mula

dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di


Sekolah Rendah. BPK telah dipertanggunjawabkan untuk menerajui

usaha mengatasi masalah Literasi dan Numerasi dalam kalangan


murid di Sekolah Rendah. Program ini di rencanakan setelah masalah
murid

(yang

tiada

masalah

pembelajaran)

yang

masih

belum

menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi


sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program
pemulihan.
Namun begitu program-program yang dilaksanakan ini tidak gagal
tetapi

tidak

dapat

memenuhi

kehendak

NKRA

Negara.

KPM

berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan


supaya masalah Literasi dan Numerasi dapat dikesan dan dipulihkan
seawal Tahap 1 yang tiada masalah pembelajaran tetapi tidak
menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi (LINUS). Literasi
Celik Huruf dan Numerasi Celik Nombor. Maka dengan itu jawatan
kuasa program LINUS telah ditubuhkan.
Jadi LINUS kini telah menjadi tunjang dan kayu pengukur untuk
menilai kecemerlangan sesebuah sekolah selain dari keputusan Ujian
Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Ini bermaksud LINUS adalah satu
program kerajaan yang perlu dititik beratkan oleh pihak sekolah.
Dengan ini, saya telah menyediakan beberapa rancangan atau
program

yang

diharapkan

boleh

membantu

meningkatkan

kecemerlangan pencapaian LINUS di sekolah dan seterusnya mencapai


objektif NKRA Negara.

PENGENALAN PROGRAM
Seperti yang kita sedia maklum saringan LINUS akan dilaksanakan
2 kali setahun dan setiap saringan tersebut merangkumi 12 konstruk
yang akan diuji kepada setiap murid-murid dari tahun 1 hingga tahun
3, walaupun murid tersebut telah menguasai setiap konstruk. Pihak
Pejabat Pendidikan Daerah telah meletakkan sasaran KPI untuk setiap
saringan yang akan dijalankan. Untuk mencapai KPI tersebut setiap
sekolah di dalam daerah Lubok Antu diminta untuk untuk merangka
program-program yang boleh meningkatkan tahap penguasaan murid
selaras dengan sasaran KPI dari Pejabat Pendidikan Daerah.
Jadi untuk mencapai sasaran KPI daerah secara khusus dan
Matlamat program LINUS secara amnya, pihak sekolah telah merangka
satu program yang diharapkan boleh meningkatkan pencapaian murid
dalam saringan LINUS. Program yang dinamakan Program Anjakan
LINUS

2015

telah

dirangka

berdasarkan

hasil

kajian

yang

menggunakan program intervensi LINUS 2015 dan 3Feet Plan yang


telah diberi oleh Pihak Pejabat Pendidikan daerah Lubok Antu.
Setelah menlaksanakan program intervensi LINUS 2015, didapati
masalah yang paling besar di hadapi dalam program LINUS di sekolah
ialah murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran asas walaupun

rekod kehadiran mereka ke sekolah adalah cemerlang. Setelah kajian


dan soal selidik dilakukan terhadap punca pemasalahan ini, didapati
puncanya ialah guru-guru kurang arif dengan kemahiran-kemahiaran
yang dapat membantu murid menguasai kemahiran asas tersebut.
Pendek kata pengajaran yang dijalankan di dalam kelas tidak berkesan.
Dengan program ini diharap guru-guru dapat mencapai sasaran
pembelajaran

dan

berkerjasama

untuk

pengajaran

yang

menghasilkan

satu

telah
sesi

dirangka

dengan

pengajaran

yang

berkesan. Dan guru-guru juga dapat meneliti dengan lebih terperinci


lagi maslalah pembelajaran murid-murid dan kelemahan-kelemahan
yang berlaku dalam pembelajaran yang dirangka tadi.

PROGRAM ANJAKAN LINUS 2015


Kumpulan Sasaran:
Semua murid-murid yang masih belum menguasai konstruk Saringan

LINUS
Sasaran Konstruk:
Konstruk 1 hingga konstruk 12
Penglibatan:
Guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan
Matematik untuk Tahun 1 hingga Tahun 3
Guru pemulihan
Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3
Tempat Program Dijalankan:
Dewan Sekolah
Objektif Program: Di akhir sesi, program ini akan dapat;
Meningkatkan pencapaian mereka dalam saringan yang akan
diadakan
Menghasilkan sesi pembelajaran yang berkesan kepada murid yang
masih belum menguasai konstruk Saringan LINUS

Perlaksanaan:
1. Guru-guru LINUS dan guru pemulihan akan duduk semeja untuk
membincangkan dan membentuk satu Rancangan Pengajaran
Harian yang berkesan lengkap dengan Bahan Bantu Mengajar
untuk murid-murid yang masih belum meguasai
2. Seorang guru akan dipilih dari kalangan guru-guru LINUS yang
mengajar dari Tahun 1 hingga Tahun 3.
3. Pada suatu masa yang akan ditetapkan, guru yang dipilih tadi akan
mengadakan sesi PdP bagi murid-murid yang belum menguasai

tadi dengan menggunakan Rancanagan Pengajaran Harian yang


telah disediakan.
4. Guru-guru lain akan menjadi pemerhati dan penilai kepada guru
dan murid
5. Murid-murid yang telah menguasai akan menjadi penonton sesi
pembelajaran dan pengajaran tersebut
6. Hasil penilaian akan dibincangkan semula untuk membentuk
Rancangan Pengajaran Harian yang lain.
7. Program ini akan dijalankan 3 kali dalam sebulan dan setiap bulan
akan diajar ketiga-tiga subjek LINUS iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan juga Matematik
Masa Pelaksanaan:
Dari

jam

1500-1600

pada

hari

Isnin

dan

Rabu.

Isnin

untuk

perbincangan dan Rabu untuk sesi pengajaran.


Pentaksiran dan pengukuran aras:
1. Keputusan Saringan LINUS (Pos dan Pra Saringan LINUS)
2. Keputusan Ujian Bulanan dan Penggal
3. Lampiran latihan yang diberikan
(setiap hasil murid semasa sesi tersebut akan disimpan ke
dalam rekod yang akan disediakan)

Disemak Oleh;

................................
(Jackson Seloi ak Achai)

Disahkan Oleh;

..............................................
(Abdul

Razak

Ahmad)
PENOLONG KANAN AKADEMIK
SK. NANGA TIBU,

GURU BESAR
SK. NANGA TIBU

Toddy

bin

LUBOK ANTU.
SARAWAK.

LUBOK ANTU
SARAWAK.

You might also like