You are on page 1of 19

ISU 3

TENAGA
DALAM
BIOSFERA

BIOSFERA
Lapisan bumi yang dibina oleh segala benda hidup yang juga
disebut sebagai BIOTIK
Adalah permukaan bumi dan bahagian paling atmosfera
paling bawah di mana organisma hidup
Persekitaran organisma hidup, dibina oleh interaksi
atmosfera lautan , bumi dan persekitaran permukaan bumi

KOMPONEN BIOSFERA
1. Bahagian kerak bumi dan atmosfera yang dihuni oleh
manusia , binatang , tumbuhan-tumbuhan dan
mikroorganisma , bakteria , protozoa dan lain-lain
2. Terdiri daripada beberapa ekosistem seperti hutan, paya
bakau, tasik, muara dan lain-lain
3. Menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala
hidupan, membekalkan makanan dan kaya dengan
sumber biologi/biodiversiti , flora dan fauna serta kayu
balak
4. Kepentingan kepada manusia : makanan, tadahan air,
ekopelancongan , kayu dan lain-lain

KOMPONEN BIOTIK
VS ABIOTIK
BIOTIK

Benda-benda hidup
dalam ekosistem dan
ianya terdiri daripada
tiga komponen yang
utama iaitu
pengeluar, pengguna
dan pengurai

ABIOTIK

Benda-benda dalam
ekosistem terdiri
daripada benda
bukan hidup terdiri
daripada cahaya
matahari, air, tanah

EKOSISTEM DARATAN
1) Haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang terdapat
dalam ekosistem dataran seperti hutan dan kawasan
padang rumput.
2) Kawasan pertanian merupakan komuniti biotik
3) Semua komuniti biotik yang terdapat di dalam sesuatu
kawasan daratan kebanyakkannya ditentukan oleh faktor
abiotik yang terdiri daripada :tenaga matahari, kuantiti
air, suhu, tanah dan bentuk muka bumi kawasan
persekitarannya

Keadaan abiotik ini membolehkan jenis komuniti biotik


tertentu dapat hidup didalam kawasan tertentu
Contoh: jika kawasan kekurangan air , kebanyakkan pokokpokok besar tidak sesuai tumbuh , tetapi dapat menampung
pokok seperti kaktus yang tidak perlukan banyak air.

EKOSISTEM UKUATIK
1) Komponen abiotik ialah tenaga suria , air, tanah, larutan
mineral, suhu air, dan kemasinan atau keasidan air.
2) Komponen biotik pula terdiri daripada tumbuhan hijau,
zooplankton , ikan kecil , ikan besar labi-labi, bakteria,
kulat dan lain-lain.

ALIRAN TENAGA
1) Dalam proses ekosistem terdapat aliran tenaga antara
komponennya
2) Terdapat input dan bahan yang digunakan untuk
tumbuhan dan haiwan untuk hidup
3) Bahan dan tenaga juga dieksport keluar dari
ekosistemnya
4) Contoh : dalam ekosistem hutan, tumbuh-tumbuhan
menerima tenaga dan cahaya matahari dan melalui
proses fotosintesis menggunakan tenaga bersama
dengan karbon dioksida dari udara dan air dan larutan
galian dari tanah untuk membentuk makanan

RANTAI MAKANAN
Hubungan makanan antara organisma dalam satu ekosistem
atau tempat tinggal

SIRATAN MAKANAN
Gabungan beberapa rantai makanan

PENGELUAR
Tumbuhan yang menjadi makanan asas kepada komponen
biotik yang lain
-membekalkan tenaga
-organisma autotrof
-terdiri daripada tumbuhan hijau yang mensintesiskan bahan
makanan organik melalui proses fotosintesis

KOMPONEN PENGGUNA
Organisma hetetrof yang makan organisma lain.
Ia terdiri daripada jenis haiwan yang berlainan sebagai
pengguna primer,
pengguna sekunder
dan pengguna tertier

HERBIVOR: haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan


KARNIVOR: Haiwan yang memakan daging sebagai makanan
utamanya
OMNIVOR: Kumpulan hidupan yang memakan tumbuhan dan
haiwan

KOMPONEN PENGURAI
KOMPONEN PENGURAI :
Organisma yang terdapat dalam tanah yang dapat
menguraikan bahan organik iaitu daripada sisa tumbuhan
dan haiwan yang telah mati serta bahan kumuh daripada
organisma tertentu.

ALIRAN TENAGA MELALUI


RANTAI MAKANAN
1) Rantaian makanan merupakan aliran tenaga ringkas yang
berpindah dari satu individu ke satu individu yang lain
2) Pemindahan ini adalah dari tenaga matahari kepada
pengeluar, seterusnya kepada pengguna-pengguna primer ,
pengguna sekunder dan pengguna tertier.
3) Apabila tumbuhan dimakan oleh pengguna primer, tenaga
dipindahkan ke badan pengguna primer itu.
4) Selepas pengguna primer dimakan oleh pengguna
sekunder, tenaga akan berpindah pula ke badan pengguna
sekunder.

5) Tenaga akan dibebaskan apabila tumbuhan , haiwan mati


dan diuraikan oleh pengurai seperti bakteria.
6) Hasilnya bahan geokimia seperti nitrogen , potassium,
karbon dioksida dan zat besi dapat dipulangkan kembali
kepada alam sekitar seperti tanah dan udara.
7) Oleh itu, tumbuhan dapat menggunakan semula bahan
tersebut.

ALIRAN TENAGA DALAM


SIRATAN MAKANAN
1. Aliran tenaga dalam siratan makanan menjelaskan
bahawa pengguna-pengguna tidak bergantung kepada
satu jenis makanan sahaja.
2. Contohnya harimau menjadikan rusa, kambing dan
lembu sebagai makanannya
3. Manusia juga bukan sahaja memakan tumbuhan tetapi
juga menjadikan haiwan-haiwan tertentu sebagai
makanannya
4. Didapati bahawa dalam kebanyakkan ekosistem, terdapat
beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan antara
satu sama lain dan bertindih lapis untuk menghasilkan
siratan makanan

KEPENTINGAN SIRATAN
MAKANAN
1. Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan
hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya
makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan
mati kebuluran .
2. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai
sumber.
3. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan
makanan terganggu, bilangan kehidupan dalam siratan
makanan akan berubah. Contoh : pengurangan bilangan
tikus akibat racun akan mempengaruhi bilangan ular
4. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan
dalam siratan makanan.

You might also like