You are on page 1of 4

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGELAKKAN KES PEMBUANGAN BAYI

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah
tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam
keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan
masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat
awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayibayi malang ini ditemui.
Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses
sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarahmenziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden.
Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar
sebaliknya

digantikan

dengan

perkhidmatan

berbayar.

Peredaran

masa

menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan


nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan
adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang
dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada
kemajuan.
Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil
pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara
negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Dengan adanya
pendidikan seks di sekolah, pelajar akan mengetahui baik buruk tentang seks.
Mereka akan mendapat pendedahan seterusnya mengetahui bagaimana mengatasi
masalah yang berkaitan dengan seks. Tambahan pula, semua ini dapat mengelakkan

berlakunya pergaulan bebas serta seks bebas seterusnya mengelakkan berlakunya


kes pembuangan bayi.
Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir
yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana
dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita
mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di
hadapan rumah kita?
Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini.
Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu
didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya
masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran
kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun
menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini?
Selain itu, semua pihak di negara ini perlulah sama-sama memainkan peranan
dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu
institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku
syurgaku. Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan
secara bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama
golongan remaja.
Sesetengah pihak mengesyorkan agar diadakan rumah perlindungan dan
rumah kebajikan supaya pasangan kekasih (bukan pasangan suami-isteri) yang
terlanjur melahirkan anak luar nikah boleh menyerahkan bayi itu kepada pusat
perlindungan ini agar bayi tersebut boleh hidup dan mendapat perlindungan. Ada

juga sesetengah pihak yang menyeru supaya diadakan program meningkatkan


kesedaran masyarakat tentang penggunaan kondom untuk pasangan kekasih yang
terlibat supaya kehamilan luar nikah dapat dielakkan.
Memang ada pihak yang sedar bahawa kebebasan pergaulan antara lelaki
dan perempuan di luar ikatan pernikahan menyumbang kepada berlakunya gejalan
pembuangan bayi ini. Namun, apabila para pegawai penguatkuasa menjalankan
operasi untuk membendung aktiviti khalwat lelaki dan wanita bukan mahram di
pusat-pusat maksiat, di tempat-tempat awam dan persendirian yang boleh
menyumbang kepada seks bebas dan kehamilan luar nikah, usaha-usaha tersebut
selalunya dipandang secara sinis dan mendapat kritikan daripada golongan liberal
seperti SIS, seolah-olah para pegawai penguatkuasa tersebut bertindak seperti polis
Gestapo, Taliban atau Komunis yang bencikan kebebasan.
Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak
perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak
daripada terlibat dengan pergaulan bebas. Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak
bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi
mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala
perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka
peluang untuk hidup. Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar
mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan
untuk dijadikan sebagai perisai diri.
Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika
mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta

rohaniah Semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap
kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil
kesempatan terhadap wanita.
Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah
bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit
sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan
kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah
atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng
gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan
usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit
sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit
berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang
lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat

You might also like