You are on page 1of 1

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 juga dikenali sebagai Akta 550.

Akta ini merupakan


lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961dan dihasilkan untuk memansuhkan
AktaPelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem
pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan citacita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang
bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Persoalannya, bagaimanakah beberapa perakuan dalam
Akta Pendididkan 1996 berupaya menlonjakkan Malaysia sebagai sebuha negara maju
pada tahun 2020?
Dengan melalui Akta pendidikan 1996, perpaduan antara kaum dapat ditingkatkan. Hal
ini demikian kerana kedudukan bahasa kebangsaan telah diperkukuhkan dalam akta
tersebut. Bahasa Melayu amat penting dalam perpaduan negara kerana setiap negara
mempunyai bahasanya sendiri dan bahasa ini akan menjadi lambang bangsa serta bahasa
komunikasi antara kaum. Oleh itu, bahasa Melayu telah diambil berat dalam akta ini
kerana perpaduan kaum dapat membina sebuah negara yang maju dan makmur.
Contohnya, untuk memperkukuhakn bahasa melayu, bahasa tersebut sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Selain itu, Akta pendidikan 1996 dapat memajukan negara dengan melahirkan guru-guru
yang profesional dan berlatih. Dengan menerima pelatihan, guru-guru akan menjadi lebih
profesional dan menguasai pelbagai kaedah dalam memberi pendidikan kepada kanakkanak. Guru-guru ini akan dapat melahirkan pelajar yang lebih berpengetahuan,
berkemampuan , berketrampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan guru akan dapat
diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan
mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di
peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Tambahan pula, akta ini dapat melahirkan tenaga yang mahir dalam pelbagai bidang.
Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah
teknik. Lantaran itu, politeknik dibenarkan mengadakan program kerjasama dengan
mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan
kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran.
Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan
ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar
negeri. Dengan ini, pelajar yang berpendidikan di politeknik dapat meningkatkan
kemahiran diri melalui program latihan tersebut.
Kesimpulannya, Akta pendidikan 1996 merupakan satu akta yang amat penting untuk
negara Malaysia kerana akta tersebut memberi panduan kepada rakyat dalam memajukan
negara.

You might also like