You are on page 1of 13

1

LIKU-LIKU GERAKAN ISLAM


DI MALAYSIA
SATU CATATAN AWAL

PENDAHULUAN
1.

Perjuangan menentang pencerobohan atau

kezaliman telah berlangsung sejak begitu lama di


muka bumi ini. Tidak ada bangsa yang akan berdiam
diri jika bumi mereka dijajah atau kaum mereka
dizalimi. Banyak pihak akan berusaha mengumpul
kekuatan untuka menentang pencerobohan atau
kezaliman. Ini di fahami dan dimaklumi. Di Tanah
Melayu, perjuangan menentang pencerobohan atau
kezaliman berlangsung begitu lama. Setakat yang
ditemui,

penulisan

sejarah

awal

penentangan

kezaliman muncul apabila Portugis cuba menawan


Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada
tahun

1511

merupakan

saat

bermulanya
2

penentangan orang Melayu terhadap penjajahan


kuasa luar.1
2.

Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan

menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan


menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat
tempatan

berterusan

seperti

yang

berlaku

di

Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada


ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang
bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang
Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok
Ketapang, Melaka pada 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784
M dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera
Sakti, Kepulauan Riau, Indonesia.2
3.

Namun penulis-penulis sejarah yang dikesan

mula membukukan penulisan melalui episod Melayu


menentang penjahjahan Barat dan sedikit mengenai
penentangan orang Melayu terhadap kerajaan Siam.
1 Arkib Negara Malaysia 2015). Getir Perjuangan Kemerdekaan.
http://www.arkib.gov.my/web/guest/getir-perjuangankemerdekaan
2 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2006). Raja Haji
Pahlawan Teragung Nusantara. Utusan Online: Arkib
12/6/2006.
3

Perjuangan

pemimpin-pemimpin

tempatan

menentang penjajahan terutamanya penjajah British


adalah antara episod termasyhur dalam sejarah.
Antaranya

ialah

perjuangan

mengembalikan

kedaulatan Kedah, Sultan Mahmud Shah menentang


Portugis, Tun Perak, Imam Rasu atau Tok Gajah,
Datuk Dol Said Pahlawan Naning, Rentap dan Sharif
Masahor Wira Sarawak, Dato Maharaja Lela Pejuang
Perak, Abdul Rahman Bin Tuanku Nuh atau lebih
dikenali dengan nama Dato Bahaman Orang Kaya
Semantan, Pahlawan Pahang, Mat Salleh dan Rosli
Dobi

menentang

Syarikat

Borneo

Utara

British

(SBUB), Antanom Pahlawan Murut, Tok Janggut 3, Hj.


Abdul Rahman Limbong pejuang tani, Yamtuan
Antah, Mat Kilau, Dato Muhammad Salleh Bin
Perang atau lebih dikenali dengan panggilan Dato
Bentara Luar, Yusuf Bin Adil atau Buyung Adil di
Perak. Banyak lagi nama-nama pejuang yang tidak
dapat

disebutkan

menukilkan
menggali

dalam

beberapa
sejarah

nukilan

nama

perjuangan

ini.

untuk

Sekadar
pembaca

mereka

yang

3 Nik Anuar (2008). Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?


Kajang: Hazco Print.
4

sebahagian besarnya digelar pemberontak oleh


British atau pemerintah waktu itu.
Al-fatihah buat semua mujahid Islam.
4.

Buku

ringkas

ini

tidak

bermaksud

untuk

memperincikan kisah pejuang-pejuang yang disebut di


atas. Buku ini hanya akan membincangkan secara khusus
dan cuba menukilkan secara terperinci liku-liku perjuangan
gerakan Islam di Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Ia
disediakan dalam usaha untuk meneliti sejarah
gerakan

Islam

perspektif

di

Malaysia

sejarah

dan

yang

akademik

ditinjau

dari

berasaskan

dokumen sedia ada. Ini dilakukan secara terbuka


kepada mana-mana kumpulan Islam yang wujud,
sama ada yang menjadi pencetus kepada gerakan
itu,

mahupun

yang

meneruskan

usaha-usaha

gerakan Islam tersebut di negara kita sehingga ke


hari ini.
5.

Buku

sebahagian

kecil

ini

daripada

diharap
himpunan

bakal

menjadi

catatan-catatan
5

sejarah yang boleh menjadi rujukan generasi hari ini


dan akan datang. Ini kerana terlalu banyak sejarah
gerakan Islam di Malaysia yang tidak dibukukan
dengan

sempurna

masyarakat
penting

dan

ahli

untuk

menjadi

akademik.

masyarakat

Adalah

mengetahui

rujukan
terlalu
sejarah

perkembangan gerakan Islam di Malaysia agar


mereka tidak keliru atau dikelirukan oleh tulisantulisan yang tidak bertanggungjawab dan tidak
disokong dengan fakta. Perlu diketahui bahawa
sejarah membentuk peradaban, sejarah membentuk
pemikiran dan sejarah juga membentuk loronglorong untuk menghasilkan tamadun hari ini. Oleh
kerana itulah kita temui beberapa peradaban yang
berbeza meskipun datang dari sumber yang sama,
hanya kerana ia terbentuk melalui lorong yang
berbeza.
6.

Perjuangan menegakkan Islam dimulakan oleh

para Rasul terawal sehingga ke zaman Rasulullah


SAW. Perjuangan yang telah berlangsung selama
ribuan

tahun

yang

jika

dibaca

dan

dibuat
6

perbandingan, kita akan dapati corak perjalanan


yang hampir sama. Kemunculan Madinah sebagai
Negara Islam pertama adalah kemuncak perjuangan
13 tahun Nabi SAW di Makkah menentang puak
musyrikin4. Sirah dan Sunnah

Rasulullah SAW

menjadi ikutan para sahabat dan para ulamak


salihin

yang

meneruskan

perjuangan

Baginda

mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Dari


Makkah, Islam tersebar luas ke seluruh pelosok
dunia, ke barat hingga Eropah dan ke Timur hingga
ke Tanah Melayu sebelum terbentuknya negara kita,
Malaysia.
7.

Kedatangan

Islam

ke

Tanah

Melayu

mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Berbagai


teori dikemukakan oleh para sarjana dan sejarawan
berdasarkan maklumat dan bukti yang mereka
temui dan miliki. Ada sarjana yang mengemukakan
teori Islam sampai di Kepulauan Melayu atau lebih
dikenali

dengan

panggilan

Nusantara

yang

4 Lihat ulasan menarik oleh Profesor Dr. Zakaria


Bashier (The Meccan Crucible, Leicester: The Islamic
Foundation, United Kingdom, 1991).
7

merangkumi

Tanah

Melayu

(Malaya)

menerusi

pedagang-pedagang dari China,5 India, Hadramawt


(Yaman) dan sebagainya seawal tahun 927M. Tidak
kurang juga yang mengemukakan teori bahawa
Islam tiba ke Kepulauan Melayu disebabkan oleh
perkembangan
bermula

pesat

dengan

Dawah

pembentukan

Islamiyyah
Negara

yang
Islam

5 Lihat karangan ilmiah lagi mendalam oleh Profesor


Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas dalam
Preliminary Statement on a General Theory of the
Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969)
dan juga The Correct Date of the Terengganu
Inscription (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1970). Profesor Naguib alAttas menekan bahawa Islam tersebar luas di
Nusantara disebabkan misi dakwah yang dibawa
oleh para duat (pendakwah) dan ahli-ahli sufi Tanah
Arab meskipun terdapat bukti pedagang IndiaMuslim tiba di Alam Nusantara untuk berdagang.
Teori-teori awal bahawa Islam mula-mula tersebar di
Nusantara dibawa oleh kaum pedagang sematamata oleh para Orientalis seperti Snouck Hurgronje
(1924), Vlekke (1965), J.B.O Shrieke (1955) dan
G.W.J Drewes (1968) telah dipatahkan dengan teliti
oleh Profesor al-Attas berdasarkan bukti-bukti
persuratan sebagaimana terpahat di atas Batu
Bersurat Terengganu.
8

Madinah, kemudian tersebar ke seluruh pelosok


dunia.
8.

Namun penemuan dinar emas di Kelantan

pada tahun 1914 telah sedikit sebanyak mengubah


pendapat-pendapat ini. Bahagian pertama dinar
emas tersebut bertulis al-julus Kelatan dan angka
arab 577H yang bersamaan dengan tahun 11616
atau 1181M7. Bahagian kedua dinar itu pula bertulis
l-Mutawakkil, iaitu gelaran pemerintahan Kelantan.
Ini bermakna Batu Bersurat Terengganu bukan lagi
menjadi bukti terawal kedatangan Islam ke Tanah
Melayu

kerana

telah

ada

bukti

lain

yang

menunjukkan penggunaan istilah Islam di Tanah


Melayu lebih awal daripda Batu Bersurat. Walau
apapun teorinya, jika benar Islam disebarkan kerana
perdagangan, maka aspek dakwah yang dibawa
oleh para duat (pendakwah) terawal tidak dapat
diketepikan begitu sahaja kerana sememangnya
6

Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam, Ensiklopedia Islam Jilid


III, (Cet. II; Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, 1994), h. 137. 7
Sa`ad Shukri Haji Muda (1971), Detik-Detik Sejarah
Kelantan. Pustaka Aman Press. Kota Bharu. hlm 7.

7
9

golongan

pendakwah

awal

adalah

juga

para

pedagang yang termasyhur. Berdasarkan kepada


beberapa banyak Hadith mengenai kepentingan
perniagaan dalam Islam8, ia menyebabkan para
sahabat berlumba-lumba berniaga dan bermusafir
untuk belajar dengan tujuan memenuhi tuntutan
sunnah dan pada masa yang sama juga membawa
risalah untuk menyebarkan Islam (berdakwah).
9.

Selain dari itu,

memang terdapat tulisan

sarjana Arab dan Sejarawan terkenal seperti atTabari

yang

menyebut

bahawa

selepas

zaman

Khulafa al-Rasyidun, ramai pendakwah bergerak ke


Asia Timur mengembangkan Islam.9 Catatan-catatan
Sejarawan ini dengan jelas menukilkan perkara ini
dalam nukilannya. Hubungan Nusantara dengan
Timur Tengah pada awal abad ke-9 amat rapat dan
ini dapat dilihat menerusi prasasti10 dan karya sufi
yang amat terkenal di Dunia Melayu pada abad ke8 Rujuk Hadith Riwayat Imam Bukhari di dalam Kitab al-Buyu, Bab
Kasbir Rojuli wa Amalihi Biyadihi II/730 no. 2072.
9 Franz Rosenthal, trans., The History of al-abar (State University of
New York Press, 1989), Vol. 1.
10 Prasasti adalah piagam atau dokumen yang ditulis di atas bahan
yang keras dan tahan lama.

10

15

hingga

18

menerusi

karya-karya

agama

khususnya disiplin tasawwuf dalam kalangan ulamak


Melayu ternama seperti Syaikh Hamzah al-Fansuri,
Nuruddin

al-Raniri,

Abdul

Rauf

al-Singkel

dan

Shamsuddin al-Sumatrani menyinari, menyuluh


dan membajai ruh Islami di seluruh Nusantara
dengan ilmu-ilmu tasawwuf dan metafizika Islam,
fiqh, akhlak, adab dan sebagainya.
10.

Mengungkap

kembali

kata-kata

Profesor

Naguib al-Attas, kedatangan Islam ke alam Melayu


memberikan bukan sahaja nafas tetapi juga jiwa
baru kepada umat Melayu Nusantara yang sudah
lama diselaputi faham animisme, Hindu dan Buddha
sejak zaman-berzaman lagi. Umat Islam-Melayu
menapis nilai-nilai hidup Melayu yang tidak cocok
dan dibawa dari saki-baki fahaman Hindu dan
Buddha. Faham-faham baru yang dibawa Islam
mengenai kebenaran, ketuhanan, diri, akal, ilmu,
akhlak, keadilan, hukum dan undang-undang yang
serba

lengkap

telah

menggantikan

pengaruh

sebelumnya. Kedatangan Islam telah benar-benar


11

sebati dengan jiwa Melayu sehinggakan pengaruh


falsafah

Islam

benar-benar

menunjangi

alam

pemikiran umat Melayu yang dapat kita saksikan


sendiri dalam istilah-istilah Melayu seperti akal,
ilmu,

kalam,

sebagainya.

kitab,
Malah

surat,
tulisan

fikir,
Jawi

alam

dan

Melayu

yang

berasaskan huruf-huruf Arab-Islam telah ditambah


beberapa huruf yang bersesuaian dengan bunyi
lafaz Bahasa Melayu seperti huruf cha (
nya ( ), pa (
11.

) dan ga (

),

).11

Secara ringkas kedatangan Islam di Alam

Melayu dapat dilihat seperti berikut:900M 1500M -

Zaman kemasukan

Islam
- Islam mula diamalkan
1500M 1940an

- Zaman

penjajahan
11 Huraian dan pemikiran yang amat saintifik serta mendalam ini

telah dikemukakan oleh sarjana tempatan kelahiran Malaysia sendiri,


iaitu Profesor Dr. Syed Muhammad Naghuib al-Attas dalam Syarahan
Pidato penerimaan Gelar Profesor Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun
1972 yang telah dibukukan berjudul, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Institut Bahasa, Kesusateraan dan
Kebudayaan Melayu [IBKKM], Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972).

12

- Islam dijajah & ditindas


1940-an 2000 -

Zaman

selepas

merdeka
- Kebangkitan Islam
2000 kini

- New Millenium
- Cabaran baru Islam

13

You might also like