Professional Documents
Culture Documents
Metakognisi
Input
Operasi
Data diterima
melalui deria
Ingat Kembali
Ingatan Jangka Pendek
Ingatan Jangka Panjang
Tindak Balas
Metakognisi
Output/Hasil
Aplikasi:
Penggunaan data
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran
mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud,
seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau, dan menilai apa
yang dipelajari.
di
Malaysia
adalah
suatu
usaha
berterusan
kearah
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
kandungan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
ini,
terbukti
dapat memimpin Negara Malaysia dengan cemerlang pada masa hadapan. Maka,
kepentingan menguasai kemahiran berfikir adalah dihuraikan berikut:
2.0 Pendahuluan
Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke
satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik
kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini
Dasawarsa ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam jiwa manusia
sememangnya tidak lagi dapat dinafikan.
Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai laporan di dada akhbar dan di kaca
televisyen mengenai penemuan bayi di dalam tandas, di tepi longkang, di dalam masjid,
mahupun di dalam tong sampah. Jenayah pembuangan bayi ini sangat berkait rapat
dengan gejala kelahiran anak luar nikah, atau dikenali sebagai anak tidak sah taraf. Hal
ini bermakna, tindakan membuang bayi ini merupakan susulan daripada lahirnya anak
tidak sah taraf.
Saya memilih isu ini kerana hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen,
akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui
mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam
keadaan masih hidup.Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada
satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya
melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek
.Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih
mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi
pembuangan bayi ini.Jadi apakah faktor-faktor dan kesannya berlaku masalah
pembuangan bayi dalam masyarakat ini?Bagaimanakah kita boleh mengatasi isu ini
dengan kaedah yang sesuai?
Huraian
2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam
7
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman
agama. . Biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes
pembuangan bayi.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman
hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan
seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan
sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk
membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.
Faktor pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila
mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan
yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara
di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan,
menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
dan sebagainya.
Faktor ketiga adalah sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat
menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja
perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
Faktor keempat adalah sikap keluarga.Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya
menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Walaupun
tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu
mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi
8
penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya
hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia
dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang
mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah
menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli
keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak
dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang
terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang sosial yang pelbagai kini.
Faktor kelima adalah pengaruh Media massa yang menjadi penyumbang kepada
berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa
yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada
segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas
dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan
yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang
tidak baik.
Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru
atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri
remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka
menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain,
lebih-lebih lagi seks rambang. . Ramai orang dewasa yang bersikap mementingkan diri
sendiri demi melepaskan tekanan dan berseronok menjalankan hubungan seks tanpa
menimbangkan implikasi tindakan mereka itu.
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi
kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama
dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan
kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga
remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat
dan juga kesan kepada negara itu sendiri.
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat
lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada
dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi,
pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa
melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka
melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada
pihak hospital dan pihak lain.
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan
dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa
malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak
seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka..
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu
dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam
kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam
kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan
sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil
daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan
persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung keskes seperti daripada berlaku.
10
Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar
kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung
sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan
yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara
sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.
sebab
itu
seseorang
cuba
menyelesaikan
maslah
dengan
pelbagai
Membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor
dan kesan akibatnya
Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara
tersusun/sistematis ialah:
1. Peta Minda
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan
Memahami masalah
Meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian
Peta minda
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan
12
tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Pelbagai langkah boleh diambil untuk
menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak
mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.
Langkah kedua adalah,didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada
anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan
iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang
tidak baik.
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi
remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi
tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program
dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah.
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan
pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program
motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat
berguna dan bermakna.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program
motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara
kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang
pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja.
Alat-alat berfikir menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu
mampu untuk berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan
pelbagai masalah .Dalam kemahiran berfikir terdapat, alat-alat yang boleh digunakan
untuk berfikir.Penggunaan alat-alat berfikir ini dapat membantu dalam perkembangan
dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini. Edward De Bono telah memperkenalkan
Program CoRT(Cognitive Research Trust) yang dibahagikan kepada 6 bahagian utama
iaitu:
6
5
4
A
3l
a
t
c
o
r
t
14
CoRT I merupakan asas kepada Program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan
pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.Dalam CoRT I terdapat
tujuh alat berfikir yang dapat membantu seseorang memperluaskan daya persepsi. Alatalat tersebut adalah:
C&S
FIP
APC
AGO
PMI
CAF
OPV
Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi
perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk
berfikir secara meluas.
15
Fungsi
Subjek Mata
Kegunaan
Pelajaran
i) PMI
Meluaskan fikiran
Untuk menangani
(Plus,minus,interesting)
tentang situasi.
Geografi
baik,buruk,menarik
Elakkan reaksi
kelebihan
Kajian Tempatan
ii) CAF
beremosi.
Meninjau semua
Mengambil kira
Bahasa Melayu
lengkap dan
terlibat
Bahasa English
menyeluruh .Elakkan
Sains
iii)C&S(consequence
&sequel)
Bahasa Melayu
Sesuatu
Bahasa English
cadangan berturutan
dijalankan.Meramal
kesan dan akibat bagi
iv) AGO
keputusan tersebut.
Sentiasa menupukan Tujuan , matlamat
(Aims,Goals,Objectives
perhatian
tujuan
asal
supaya
matlamat
Kemahiran Hidup
tercapai.Elakkan
perkara
yang
tidak
dibenarkan.
vi)FIP (First Important Mengambil kira
Memberi
Prioriti)
perkara-perkara yang
keutamaan kepada
Ekonomi
penting .Menentukkan
yang terpenting
Tangga
prioriti .Elakkan
Bahasa Melayu
Rumah
patut diutamakan.
Memikiran beberapa Pilihan-pilihan
16
dan
Possibiltes Choise
perkara
dengan kemungkinan
srentak .Menentukan
viii) OPV (Other
Peoples Views)
Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan
Mendapatkan
pilihan orang lain
Bahasa Melayu
Bahasa English
diguna untuk
RUMUSAN
18
Sebagai rumusan, Kemahiran Berfikir harus dikuasai oleh setiap individu kerana
kemahiran ini amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana kemahiran ini
sentiasa
diperlukan
dan
diaplikasikan
dalam
kehidupan
seharian
manusia.
REFLEKSI
19
Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Kemahiran
20
Berfikir saya, En.Fauzi bin Hasan, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas dalam
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa
baik kalian.
Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna
kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari
masa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya mampu
melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja. Maka amat rugilah saya
sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman mahupun motivasi
dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari masa ke semasa.
Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan
akan dijadikan sebagai rujukan. Sekian.
Refleksi tugasan
21
22
Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu
saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah
pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam
menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat
membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu,
masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental
dan sabar dalam mengahdapi masalah
.Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan
akan dijadikan sebagai rujukan.Sekian, terima kasih.
23
Bibliografi
Buku
1. Mohd. Nashuha Jamidin et al. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Ainon Mohd &Abdullah Hassan (1999).Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif.Kuala
Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn.bhd
Internet
3. Mengakses pada 02 September 2012,daripada laman web
http://mahirkbkk.tripod.com/index.htm#Definisi
4. Mengakses pada 04 September 2012,daripada laman web
http://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/
5. Mengakses pada 08 September 2012,daripada laman web
http://nordin171.blogspot.com/2008/10/definisi-metakognitif.html
6. Mengakses pada 11 September 2012,daripada laman web
24
T
A
M
A
T
25