You are on page 1of 22

Topik

Tanggungjawab
Sosial dan
Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan
tiga
era
tanggungjawab sosial;

dalam

perkembangan

pemikiran

2.

Menerangkan tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi;

3.

Membincangkan hujah-hujah yang menyokong serta membantah


tanggungjawab sosial; dan

4.

Menerangkan bagaimana kerajaan dan organisasi mempengaruhi


antara satu sama lain.

X PENGENALAN
Setelah memahami prinsip-prinsip etika pada peringkat individu, mari kita
alihkan fokus kita terhadap amalan-amalan terbaik organisasi, mengikut
perspektif pemegang kepentingan. Tahukah anda bahawa salah satu amalan
terbaik korporat adalah tanggungjawab sosial korporat? Apakah maksudnya?
Mari kita lihat Rajah 6.1 berikut untuk memahami maksud istilah
tanggungjawab sosial korporat dengan lebih jelas.

98

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Rajah 6.1: Piramid tanggungjawab sosial


Sumber: http://bclc.chamberpost.com

Seperti mana yang kita dapat lihat dalam Rajah 6.1, tanggungjawab sosial
korporat berkisar kepada empat tanggungjawab utama iaitu ekonomi, undangundang, etika dan kedermawanan.
Apakah maksud tanggungjawab sosial korporat? Berikut adalah definisi
tanggungjawab sosial korporat secara lebih terperinci.
Tanggungjawab sosial korporat ialah suatu aktiviti organisasi untuk
menepati jangkaan pihak berkepentingan, sama ada mereka berada dalam
sektor swasta atau awam, bersaiz besar atau kecil, pada sesuatu peringkat
strategik ekonomi, undang-undang, etika atau tanggungjawab terhadap
masyarakat. Ia adalah suatu set kewajipan organisasi untuk melindungi dan
memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi.
(Ferrell, Thorne & Ferrell, 2011)
Seperti yang diterangkan tadi, tanggungjawab sosial korporat adalah satu set
kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di
mana ia berfungsi. Dalam topik keenam ini, kita akan melihat aspek-aspek yang
berkaitan tanggungjawab sosial seperti pandangan sejarah, pendekatanpendekatan organisasi, pengaruh kerajaan dan organisasi ke atas satu sama lain,
pengurusan dan audit sosial.

TOPIK 6

6.1

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W

99

PANDANGAN SEJARAH TERHADAP


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sedarkah anda bahawa pandangan terhadap tanggungjawab sosial yang


dipegang oleh organisasi, kerajaan dan orang awam secara umumnya telah
banyak sekali berubah sejak 100 tahun yang lepas? Walau bagaimanapun,
terdapat tiga titik perubahan kritikal yang dapat dikenal pasti dalam sejarah
perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial. Tiga titik perubahan ini
dinyatakan dalam Rajah 6.2 berikut:

Rajah 6.2: Perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial

Mari kita lihat setiap era tanggungjawab sosial ini dengan lebih terperinci dalam
subtopik-subtopik seterusnya.

6.1.1

Era Keusahawanan

Tahukah anda bahawa era keusahawanan bermula di Amerika pada akhir abad
ke-19? Pada masa itu, pemimpin ternama industri seperti John D. Rockefeller,
Cornelius Vanderbilt, J. P. Morgan dan Andrew Carnegie telah mengumpul
kekayaan dan membina empayar dalam industri minyak, kereta api, perbankan
dan keluli. Sebelum era ini, perniagaan adalah secara kecil-kecilan. Tokoh-tokoh
inilah merupakan eksekutif-eksekutif pertama yang memiliki kuasa dan
pengaruh sehingga ke seluruh negara.
Malangnya, usahawan-usahawan awal ini banyak menyalahgunakan kuasa yang
mereka miliki melalui amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab. Amalanamalan ini diterangkan dalam Jadual 6.1 berikut.

100 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Jadual 6.1: Amalan Tidak Bertanggungjawab Usahawan-usahawan Awal


Amalan
Usahawan Awal
Sekat Masuk
Kerja

Penerangan
Merupakan
satu
taktik
menyekat
pekerjaan.
Majikan
menggunakannya untuk menghalang kesatuan sekerja atau
mendapatkan kelebihan pengaruh dalam sesuatu pertikaian
dengan pekerja. Ia sering dilakukan dengan menyekat kakitangan
daripada memasuki tempat kerja. Ia boleh juga dilaksanakan
dengan menghalang pelaksanaan tugas, memberhentikan pekerja
atau mengambil pekerja-pekerja pengganti yang bukan ahli
kesatuan.
Sumber: http://www.britannica.com)
(S

Polisi
Mendiskriminasi
Harga

Merupakan tindakan mengenakan harga yang tidak berpatutan


bagi produk atau perkhidmatan. Sesetengah kumpulan pengguna,
misalnya, mungkin dikenakan harga yang berlainan untuk
produk atau perkhidmatan yang sama. Penyedia perkhidmatan
menggunakan diskriminasi harga untuk mengambil kesempatan ke
atas status ekonomi individu iaitu keupayaan dan kesanggupan
mereka membayar.
(S
Sumber: http://www.globecon.org)

Sogokan

Merupakan bayaran atau tawaran perkhidmatan yang bertujuan


untuk mempengaruhi atau mendapatkan sesuatu daripada
organisasi atau seseorang. Sogokan berkait rapat dengan rasuah.
Sumber: http://www.wisegeek.com)
(S

Peras Ugut

Merupakan tindakan memeras wang atau sesuatu barangan yang


berharga daripada seseorang dengan mengancam untuk
mendedahkan sesuatu perlakuan atau maklumat yang mengaibkan.
Sumber: http://www.answers.com)
(S

Mengelak Cukai

Amalan yang menyalahi undang-undang di mana seseorang,


organisasi atau syarikat yang sengaja mengelak daripada
membayar sejumlah cukai sebenar yang perlu ditanggung.
Tuduhan jenayah dan hukuman yang berat akan dikenakan ke atas
mereka yang didapati mengelak cukai.
Sumber: http://www.investopedia.com)
(S

Akhirnya, bantahan daripada pegawai-pegawai awam dan para pemimpin lain


telah memaksa kerajaan persekutuan meluluskan undang-undang untuk
mengharamkan sesetengah amalan perniagaan dan mengenakan sekatan ke atas
yang lain. Undang-undang ini adalah penting kerana ia mengiktiraf wujudnya
perhubungan antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat. Ia juga menunjukkan
bahawa perniagaan mempunyai peranan dalam masyarakat, selain
memaksimumkan keuntungan sahaja.

TOPIK 6

6.1.2

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 101

Era Kemelesetan

Perubahan pandangan terhadap tanggungjawab sosial terus berkembang


sepanjang awal abad ke-20 walaupun tidak ketara. Walau bagaimanapun,
pandangan ini telah berubah secara mendadak semasa Era Kemelesetan pada
tahun 1930an. Ketika itu, organisasi-organisasi besar telah mendominasi
ekonomi Amerika dan ramai orang mengkritik amalan kewangan mereka yang
tidak bertanggungjawab dan telah mengakibatkan kejatuhan pasaran saham
pada tahun 1929. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang
untuk melindungi para pelabur dan perniagaan kecil dengan mengikuti
sebahagian daripada Program Penyelesaian Baru (New Deal Programme) yang
dibangunkan oleh Franklin D. Roosevelt.
Apakah itu Program Penyelesaian Baru? Program Urusan Baru adalah satu
program yang diketengahkan oleh Presiden Amerika yang ke-32, Franklin D.
Roosevelt untuk menangani masalah ekonomi di Amerika.
Pada tahun 1929, pasaran saham Amerika telah jatuh teruk, menyebabkan
kesan domino pada seluruh ekonomi Amerika. Sebagai tambahan kepada
pergelutan ekonomi, negaranya juga menghadapi beberapa isu besar dalam
sektor perladangan. Ramai rakyat Amerika mendapati diri mereka telah jatuh
miskin dalam waktu yang singkat. Ini telah mencetuskan pergolakan sosial
dan menambah kerumitan dalam negara yang sedang mengalami masalah.
Roosevelt merasakan bahawa negaranya memerlukan tiga perkara penting
untuk menangani masalah ini iaitu pertolongan, pemulihan dan pembaharuan.
Program Penyelesaian Baru diperkenalkan pada 1930s adalah satu siri
pembaharuan sosial, ekonomi dan kerajaan yang dimulakan oleh Roosevelt.
Ia memfokus ke arah memberi bantuan kepada rakyat Amerika yang
menganggur dan sektor pembuatan yang menghadapi masalah. Ia juga
bertujuan untuk memulihkan ekonomi serta memperbaharui sistem kewangan
negara bagi mencegah berulangnya Era Kemelesetan. Pada masa itu, Program
Penyelesaian Baru menghadapi kritikan daripada sesetengah pihak di samping
pujian daripada pihak lain. Apabila ditinjau kembali, Program Penyelesaian
Baru merupakan satu peristiwa utama dalam sejarah Amerika kerana ia
berupaya membentuk landskap dan sikap rakyat Amerika.
(S
Sumber: http://www.wisegeek.com)

102 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Kemudian, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange


Commission) telah ditubuhkan pada tahun 1934 untuk mengawal penjualan
sekuriti dan membendung amalan pasaran saham yang tidak adil. Melalui
langkah-langkah ini, tanggungjawab sosial organisasi telah menjadi semakin
jelas dan nyata. Paling penting, tindakan baru kerajaan yang mendesak
organisasi memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan kebajikan umum
rakyat Amerika telah berupaya mengubah keadaan ini.

6.1.3

Era Sosial

Tahukah anda bahawa era dalam sejarah Amerika yang disifatkan sebagai
perkembangan besar dalam tanggungjawab sosial dikenali sebagai Era Sosial?
Era ini berlaku pada tahun 1960an.
Gerakan menuntut hak awam dan bantahan meluas terhadap Perang Vietnam
telah meningkatkan kesedaran orang ramai untuk meneliti nilai, keutamaan dan
matlamat negara mereka. Para pelajar serta aktivis telah menuduh perniagaanperniagaan besar seperti McDonnell-Douglas dan DuPont cuba mempromosi
dan memanjangkan lagi Perang Vietnam untuk meningkatkan keuntungan
syarikat.
Perkembangan ini telah menimbulkan dua persoalan penting dalam arah aliran
perkembangan tanggungjawab sosial iaitu:
(a)

Kepada siapa harus organisasi perniagaan bertanggungjawab?

(b)

Siapa yang akhirnya harus dipertanggungjawabkan mengenai amalanamalan organisasi?

Kedua-dua soalan penting ini akan dijawab dalam subtopik seterusnya.

AKTIVITI 6.1
Lakarkan satu peta minda yang menunjukkan perkembangan
pemikiran tanggungjawab sosial. Huraikan butir-butir peta minda
tersebut secara terperinci.

TOPIK 6

6.2

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 103

LINGKUNGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Tahukah anda bahawa ada beberapa lingkungan utama dalam tanggungjawab


sosial? Umumnya, organisasi boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka
dalam tiga lingkungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3 berikut.

Rajah 6.3: Tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi

Ketiga-tiga lingkungan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti berikut.


(a)

Konstituen
Siapakah ahli konstituen organisasi? Ahli konstituen organisasi terdiri
daripada seseorang dan organisasi lain yang terjejas secara langsung akibat
daripada amalan sesebuah organisasi. Mereka juga mempunyai kepentingan
dalam prestasinya. Konstituen utama adalah kerajaan negeri dan pusat,
pemiutang, pelanggan, pembekal, pekerja, kumpulan berkepentingan,
mahkamah dan pelabur.
Setiap perkara yang dilakukan organisasi akan memberi kesan kepada
kepentingan pemilik dan pelabur organisasi. Apabila pengurus firma
didapati melakukan jenayah atau mencabul piawaian etika, laporan buruk
media dan bantahan orang ramai akan menjejaskan keuntungan firma,
harga saham dan seterusnya. Organisasi yang bertanggungjawab secara
sosial dalam urusan mereka akan mengambil berat ke atas kakitangan
mereka secara adil, menjadikan mereka ahli sepasukan dan menghormati
maruah serta keperluan asas mereka.
Oleh itu, untuk mengekalkan tanggungjawab sosial terhadap pelabur, para
pengurus harus:
(i)

Mengekalkan prosedur perakaunan yang sesuai;

(ii)

Menyediakan maklumat semasa serta jangkaan mengenai prestasi


kewangan firma yang sesuai untuk pemegang-pemegang saham; dan

(iii) Menguruskan organisasi dengan cara yang dapat melindungi hak


dan pelaburan pemegang saham.

104 X

(b)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Persekitaran Semula Jadi Organisasi


Lingkungan kritikal kedua organisasi adalah persekitaran semula jadi.
Tidak lama dahulu, banyak organisasi kerap membuang kumbahan, bahan
sisa pembuatan dan sampah ke dalam sungai, udara dan juga kawasan
kosong.
Pada masa ini, banyak undang-undang telah diluluskan untuk mengawal
pembuangan bahan sisa. Terdapat banyak kejadian, di mana organisasi
dapat melihat sendiri akibat buruk tindakan mereka dan ini telah
menjadikan mereka lebih bertanggungjawab sosial dalam mengendalikan
bahan cemar industri mereka.
Rajah 6.4 berikut menunjukkan limpahan sisa mentah yang dibuang
ke dalam medium air. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini
mencemarkan sungai dan membahayakan kehidupan organisma di
dalamnya walaupun hakikatnya tindakan begini dilarang ketat oleh
undang-undang di seluruh dunia.

Rajah 6.4: Limpahan sisa mentah


Sumber: http://www.i8not.net

Syarikat-syarikat perlu membangunkan kaedah ekonomi yang mampu


mengelak terjadinya hujan asid, pengurangan lapisan ozon dan pemanasan
global. Mereka perlu mencari kaedah alternatif untuk mengendalikan
bahan kumbahan, sisa berbahaya dan sampah sarap biasa. Syarikat juga
perlu membentuk polisi-polisi keselamatan yang dapat mengurangkan
kemalangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan persekitaran.

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 105

Rajah 6.5 berikut menunjukkan sebab dan akibat pemanasan global yang
mengancam kehidupan organisma bumi ini. Pemanasan global selalunya
disebabkan oleh pengeluaran asap kilang yang mengandungi peratusan
karbon dioksida yang tinggi. Selain itu, haba yang dilepaskan ke dalam
atmosfera mengakibatkan litupan air batu menjadi nipis dan mudah cair;
ini membuatkan bumi mudah diancam bahaya jika dibiarkan berterusan.

Rajah 6.5: Sebab dan akibat pemanasan global

Syarikat juga boleh mengamalkan kegiatan lain untuk menjalankan


tanggungjawab mereka terhadap persekitaran semula jadi. Antaranya
adalah dengan:
(i)

Menyumbang kepada badan amal, organisasi yang bersifat


dermawan, yayasan dan persatuan bukan berasaskan keuntungan;

(ii)

Menyokong muzium, simfoni, radio dan televisyen awam; dan

(iii) Memainkan peranan


pendidikan awam.
(c)

untuk

menambah

baik

kesihatan

dan

Kebajikan Umum Masyarakat


Akhir sekali, sesetengah masyarakat merasakan bahawa organisasi harus
juga mempromosikan kebajikan umum masyarakat sebagai tambahan
kepada tanggungjawab mereka terhadap konstituen dan persekitaran
semula jadi. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa organisasi harus
bertindak dengan betul atau pun sekurang-kurangnya tidak menyumbang
kepada ketidaksaksamaan dalam politik.

106 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

SEMAK KENDIRI 6.1


1.

Jelaskan secara ringkas tiga era tanggungjawab sosial.

2.

Terangkan secara terperinci tiga lingkungan tanggungjawab sosial


tersebut.

6.3

HUJAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Secara realitinya, hanya terdapat sedikit bantahan terhadap keperluan organisasi


untuk bertindak secara bertanggungjawab. Mereka bukan hanya perlu
bertanggungjawab kepada konstituen mereka sahaja tetapi juga kepada
persekitaran semula jadi dan masyarakat umum di mana mereka beroperasi.
Namun begitu, beberapa hujah yang meyakinkan telah diutarakan oleh pihak
tertentu yang membantah tafsiran tanggungjawab sosial yang dianggap terlalu
luas. Sebahagian daripada hujah utama oleh kedua-dua belah pihak dalam
perbahasan ini telah diringkaskan dalam Jadual 6.2 berikut:
Jadual 6.2: Hujah-hujah yang Menyokong dan Membantah Tanggungjawab Sosial
Menyokong

Membantah

Perniagaan menimbulkan masalah dan


harus membantu mengatasinya.

Tujuan
perniagaan
adalah
menjana
keuntungan
bagi
pemiliknya.

untuk
para

Syarikat juga adalah warganegara dalam


masyarakat.

Penglibatan dalam program sosial akan


memberi pengaruh yang terlalu besar
terhadap perniagaan.

Perniagaan selalunya memiliki sumber


yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah.

Terdapat potensi konflik kepentingan.

Tanggungjawab sosial boleh meningkatkan


keuntungan.

Perniagaan kurang memiliki kepakaran


dalam menguruskan program-program
sosial.

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 107

Walaupun setiap hujah yang diringkaskan dalam Jadual 6.2 tadi telah
menerangkan dengan jelas kelakuan bertanggungjawab sosial organisasi,
terdapat satu lagi sebab asas yang menyokongnya iaitu keuntungan itu sendiri.
Organisasi yang menyumbang kepada masyarakat, di mana tindakan mereka
boleh dilihat dengan jelas, dapat memperkukuhkan reputasi dan menguasai
bahagian pasaran yang lebih besar bagi produk mereka.

AKTIVITI 6.2
Senaraikan hujah-hujah yang menyokong dan membantah
tanggungjawab sosial. Sertakan juga satu contoh bagi setiap hujah
tersebut.

6.4

PENDEKATAN ORGANISASI KE ARAH


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sesetengah orang menyokong peranan sosial yang lebih besar bagi organisasi,
manakala yang lain berhujah bahawa peranan sosial mereka sudah terlalu besar.
Pada masa yang sama, organisasi juga mempunyai pendekatan tanggungjawab
sosial sendiri yang luas seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.6 berikut:

Rajah 6.6: Pendekatan tanggungjawab sosial organisasi

108 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6, terdapat empat pendekatan
yang boleh digunakan oleh organisasi berkaitan dengan tanggungjawab sosial.
Pendekatan-pendekatan ini terletak secara sehala antara tahap amalan
tanggungjawab sosial yang terendah dengan tertinggi.
Huraian lanjut bagi setiap pendekatan tanggungjawab sosial ini dihuraikan
dalam Jadual 6.3 berikut:
Jadual 6.3: Empat Pendekatan Tanggungjawab Sosial
Pendekatan
Organisasi

Penerangan

Halangan Sosial

Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling


rendah. Sejumlah kecil organisasi yang menggunakan pendekatan
ini biasanya menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran dengan
cara yang paling minimum. Apabila melintasi garis etika atau
undang-undang yang memisahkan antara amalan yang diterima
dengan yang tidak diterima, mereka biasanya akan bertindak balas
dengan menafikan atau menutup tindakan buruk mereka.

Kewajipan
Sosial

Pendekatan ini melibatkan organisasi mematuhi segala kehendak


undang-undang dalam menyelesaikan masalah sosial atau
persekitaran tetapi tidak lebih daripada itu. Pendekatan ini paling
konsisten dengan hujah yang membantah tanggungjawab sosial
seperti diterangkan dahulu. Pengurus organisasi sebegini biasanya
menegaskan bahawa tugas mereka adalah menjana keuntungan.

Tindak Balas
Sosial

Pendekatan ini melibatkan pematuhan kepada keperluan undangundang dan etika serta melebihi keperluan dalam kes-kes tertentu.
Firma sebegini bersetuju menyertai program-program sosial yang
terhad secara sukarela. Walau bagaimanapun, mereka perlu
diyakinkan bahawa program berkenaan wajar menerima bantuan.

Sumbangan
Sosial

Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling


tinggi. Ia jauh melebihi keperluan minimum dan melibatkan carian
peluang-peluang untuk menyumbang kepada masyarakat secara
proaktif. Firma yang menggunakan pendekatan ini berpegang
kepada hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial. Mereka
melihat diri mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.

TOPIK 6

6.5

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 109

KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB


SOSIAL

Anda tentu sedar bahawa terdapat perhubungan dua hala antara organisasi
dengan kerajaan. Dalam hubungan dua hala ini, organisasi dan kerajaan
menggunakan beberapa kaedah dalam usaha mereka untuk mempengaruhi satu
sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.7 berikut:

Rajah 6.7: Bagaimana organisasi dan kerajaan mempengaruhi antara satu sama lain

110 X

6.6

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

BAGAIMANA KERAJAAN
MEMPENGARUHI ORGANISASI?

Secara umumnya, kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturanperaturan langsung dan tidak langsung. Sebelum kita menghuraikan lebih lanjut
bagaimana kerajaan mempengaruhi organisasi, mari kita pelajari dahulu definisi
peraturan.
Peraturan adalah penubuhan undang-undang serta peraturan yang
menetapkan apa yang organisasi boleh atau tidak boleh lakukan dalam
keadaan tertentu.
Seterusnya, pengaruh kerajaan terhadap organisasi boleh digambarkan seperti
Rajah 6.8 berikut:

Rajah 6.8: Dua peraturan kerajaan yang mempengaruhi organisasi

TOPIK 6

6.7

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 111

BAGAIMANA ORGANISASI
MEMPENGARUHI KERAJAAN?

Bagaimana pula organisasi mempengaruhi kerajaan? Terdapat empat kaedah


utama yang digunakan oleh organisasi untuk menangani desakan kerajaan ke
arah tanggungjawab sosial yang lebih tinggi. Empat kaedah ini diterangkan
dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.4 berikut:
Jadual 6.4: Empat Kaedah Organisasi dalam Mempengaruhi Kerajaan
Kaedah
Organisasi

Penerangan

Kenalan
Peribadi

Ramai eksekutif korporat dan pemimpin politik berada dalam


kumpulan sosial yang sama. Oleh itu, kenalan dan rangkaian peribadi
menyediakan satu kaedah untuk mempengaruhi. Seorang eksekutif
perniagaan mungkin boleh menghubungi seorang ahli politik
kenalannya secara terus dan menyampaikan keadaannya berkaitan
sesuatu undang-undang yang sedang dalam pertimbangan.

Melobi

Merupakan satu cubaan oleh individu atau kumpulan untuk


mempengaruhi undang-undang. Seorang pelobi boleh mewakili
sebuah organisasi dalam badan perundangan untuk mempengaruhi
keputusannya.

Jawatankuasa
Bertindak
Politik

Jawatankuasa ini merupakan organisasi khas yang ditubuhkan untuk


mendapat dan membahagikan wang kepada calon politik. Ini adalah
kerana syarikat-syarikat dilarang oleh undang-undang daripada
membuat sumbangan terus kepada kempen politik. Oleh itu,
kakitangan syarikat digalakkan memberi sumbangan kepada
Jawatankuasa Bertindak Politik tertentu yang menyokong calon yang
berpendirian politik serupa dengan mereka. Seterusnya, Jawatankuasa
Bertindak Politik sendiri akan menyalurkan sumbangan kepada caloncalon negeri dan pusat secara keseluruhan.

Pertolongan

Organisasi kadangkala bergantung kepada pertolongan dan lain-lain


taktik berpengaruh untuk mendapatkan sokongan.

112 X

6.8

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

MENGURUS TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Secara umumnya, terdapat beberapa kesulitan yang boleh timbul apabila


pengurus gagal mengikuti piawaian etika yang tinggi atau apabila syarikat cuba
mengelak kewajipan mereka di sisi undang-undang.
Oleh itu, organisasi perlu menggunakan suatu pendekatan tanggungjawab sosial
yang selaras dengan kaedah yang digunakan untuk membangunkan strategistrategi perniagaan mereka yang lain. Mereka harus melihat tanggungjawab
sosial sebagai satu cabaran utama yang memerlukan perancangan, keputusan,
pertimbangan dan penilaian yang teliti. Mereka boleh mencapainya melalui dua
pendekatan iaitu pendekatan formal dan tidak formal, seperti mana yang
digambarkan dalam Rajah 6.9 berikut:

Rajah 6.9: Pendekatan formal dan tidak formal bagi organisasi

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 113

Jadual 6.5 menghuraikan dengan lebih lanjut pendekatan formal yang boleh
digunakan oleh organisasi untuk menguruskan tanggungjawab sosial mereka.
Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi
Pendekatan Formal

Penerangan

Pematuhan Undangundang

Ia merujuk kepada sejauh mana organisasi mematuhi undangundang pada peringkat majlis tempatan, negeri, negara dan
antarabangsa. Tugas mengurus pematuhan undang-undang
biasanya diserahkan kepada pengurus-pengurus fungsian yang
sesuai.

Pematuhan Etika

Ia merujuk kepada sejauh mana warga organisasi berkelakuan


mengikuti piawaian asas etika (dan undang-undang). Banyak
organisasi turut menubuhkan jawatankuasa etika masingmasing. Ia mungkin ditugaskan untuk mengkaji semula
cadangan-cadangan projek baru, membantu menilai strategi
baru pengambilan pekerja atau menilai rancangan baru
terhadap persekitaran.

Pemberian Derma

Merupakan pemberian dana atau lain-lain hadiah kepada


program-program amal dan lain-lain. Malangnya, dalam zaman
pengurangan kos sekarang ini, banyak syarikat telah
mengehadkan pemberian hadiah amal sejak beberapa tahun
yang lepas sebagai langkah mengurangkan bajet.

Bagi pendekatan tidak formal pula, penerangan lanjut dinyatakan dalam


Jadual 6.6 berikut:
Jadual 6.6: Pendekatan Tidak Formal Organisasi
Pendekatan Tidak
Formal

Penerangan

Kepimpinan dan
Budaya Organisasi

Amalan kepimpinan dan budaya organisasi banyak


membantu ke arah mendefinisikan pendirian tanggungjawab
sosial yang digunakan oleh organisasi serta warganya. Oleh
yang demikian, kepimpinan dan budaya yang sesuai adalah
penting dalam mengurus sesebuah organisasi secara tidak
formal.

Peniupan Wisel

Peniupan wisel ialah pendedahan oleh seorang kakitangan


mengenai kelakuan tidak beretika atau menyalahi undangundang dalam sesebuah organisasi. Peniup wisel boleh
melakukannya melalui beberapa saluran. Mereka juga boleh
dipecat atas usaha mereka untuk mendedahkan salah laku
tersebut. Walau bagaimanapun, banyak organisasi mengalualukan sumbangan mereka.

114 X

6.9

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

MENILAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana tanggungjawab sosial organisasi


dinilai. Sesebuah organisasi yang bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab
sosial, perlu memastikan bahawa usahanya boleh menghasilkan faedah yang
diingini.
Pada dasarnya, ia perlu mengaplikasikan konsep kawalan terhadap
tanggungjawab sosial mereka. Banyak organisasi menghendaki kakitangan
mereka membaca garis panduan atau kod etika dan menandatangani
persetujuan mereka untuk mematuhinya. Organisasi juga harus menilai
bagaimana ia bertindak balas terhadap kelakuan-kelakuan yang boleh
dipersoalkan di sisi undang-undang atau etika.

6.9.1

Audit Sosial

Sedarkah anda bahawa terdapat sesetengah organisasi yang melaksanakan audit


sosial? Apakah maksud audit sosial? Mari kita teliti penerangan seterusnya
untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai istilah ini.
Audit sosial korporat ialah suatu analisis formal dan lengkap ke atas
keberkesanan prestasi sosial firma.
Ia merupakan satu alat untuk menilai tanggungjawab sosial, di mana ia
menghendaki organisasi mendefinisikan kesemua matlamat sosialnya dengan
jelas. Ia juga menganalisis sumber-sumber yang ditumpukan kepada setiap
matlamat, menentukan sebaik mana matlamat dicapai dan mencadangkan
perkara mana yang perlu diberi perhatian tambahan.
Dalam erti kata lain, audit sosial merupakan satu proses menilai dan melaporkan
prestasi perniagaan daripada segi ekonomi, undang-undang, etika dan
dermawan yang merupakan tanggungjawab sosial mengikut jangkaan pihak
berkepentingan. Audit sosial menyediakan alat untuk digunakan oleh syarikat
dalam mengenal pasti dan mengukur impaknya ke atas pemegang saham,
menyampaikan maklumat secara dalaman dan luaran, dan mengaplikasikan
maklumat ini untuk menambah baik perkara-perkara yang diutamakan oleh
pihak berkepentingan.

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 115

Terdapat pelbagai garis panduan tanggungjawab sosial yang boleh digunakan.


Salah satu garis panduan tanggungjawab sosial yang terkini ialah ISO 26000
Panduan Tanggungjawab Sosial (ISO 26000 Guidance for Social Responsibility).
Walau bagaimanapun, ISO 26000 hanya bersifat sebagai panduan dan bukannya
untuk tujuan pengiktirafan. Berikut adalah kandungan ISO 26000.
ISO 26000: 2010 menyediakan panduan untuk semua jenis perniagaan tanpa
mengira saiz atau lokasi, berkenaan dengan perkara berikut:
(a)

Konsep, istilah dan definisi berhubung tanggungjawab sosial;

(b)

Latar belakang, arah aliran dan ciri-ciri tanggungjawab sosial;

(c)

Prinsip dan amalan berkaitan tanggungjawab sosial;

(d)

Perkara-perkara asas dan isu-isu dalam tanggungjawab sosial;

(e)

Mengintegrasi,
melaksana
dan
mempromosikan
kelakuan
bertanggungjawab sosial dalam seluruh organisasi serta lingkungan
pengaruhnya melalui polisi dan amalannya;

(f)

Mengenal pasti dan mengurus pihak berkepentingan; dan

(g)

Menyampaikan komitmen, prestasi dan lain-lain maklumat berkaitan


tanggungjawab sosial.

ISO 26000: 2010 bertujuan untuk membantu organisasi dalam menyumbang


kepada pembangunan berkekalan. Panduan ini bertujuan untuk
menggalakkan mereka melebihi pematuhan undang-undang, mengetahui
bahawa pematuhan undang-undang adalah kewajipan asas mana-mana
organisasi dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial
mereka. Ia bertujuan untuk mempromosi kefahaman umum dalam bidang
tanggungjawab sosial dan sebagai pelengkap kepada alat-alat dan inisiatif
tanggungjawab sosial lain; bukan untuk menggantikannya. Organisasi
dinasihatkan mempertimbangkan kepelbagaian masyarakat, persekitaran,
undang-undang, budaya, politik dan organisasi serta perbezaan dalam
keadaan ekonomi, di samping menyelaraskannya dengan norma kelakuan
antarabangsa dalam mengaplikasikan ISO 26000: 2010.
Untuk maklumat lanjut mengenai ISO 26000, anda boleh lawati laman web
http://www.iso.org/iso/catalogue_detail

116 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Tahukah anda bahawa audit sosial berada hanya selangkah di belakang


penilaian tunggal prestasi syarikat yang berdasarkan pencapaian kewangan?
Selain itu, audit sosial juga menggalakkan syarikat melihat pencapaianpencapaian sosial, persekitaran dan ekonomi melalui pelbagai kaedah,
contohnya seperti Triple Bottom Line (Elkington, 1997, 1999). Contoh-contoh
ukuran bukan kewangan lain adalah Six Sigma dan Balanced Scorecard.
Bagaimana dengan faedah audit sosial kepada syarikat? Terdapat beberapa
faedah audit sosial kepada syarikat seperti:
(a)

Mencapai prestasi sosial yang sebaik mungkin;

(b)

Memudahkan penambahbaikan dan pembelajaran organisasi;

(c)

Menambah baik perhubungan dengan pihak berkepentingan melalui


dialog;

(d)

Membantu organisasi mengenal pasti risiko dan liabiliti yang berpotensi;

(e)

Membantu menyelaraskan program-program dalam seluruh firma; dan

(f)

Membenarkan syarikat menilai impak ke atas persekitaran, komuniti dan


masyarakat.

Secara ideal, keputusan audit sosial adalah suatu laporan sosial. Laporan sosial
korporat ialah laporan prestasi sosial korporat. Ia melaporkan apa yang telah
atau pun tidak dicapai pada akhir setiap tahun kewangan. Setakat ini, tiada
sesuatu piawaian formal bagi menyediakan laporan. Walau bagaimanapun,
Inisiatif Laporan Global (Global Reporting Initiatives) telah memperkenalkan
salah satu panduan laporan sosial yang paling menyeluruh. Anda boleh merujuk
kepada laman web www.globalreporting.org untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenainya.
Tahukah anda bahawa laporan sosial boleh menjadi sebahagian daripada
laporan tahunan ataupun sebagai satu laporan tersendiri? Pada tahun 2007,
Bursa Malaysia telah mewajibkan laporan sosial korporat ke atas semua syarikat
awam tersenarai di Malaysia. Ini adalah kerana laporan sosial memberi faedah
kepada syarikat seperti:
(a)

Memudahkan pengurusan reputasi;

(b)

Menggalakkan sikap bertanggungjawab; dan

(c)

Meningkatkan ketelusan.

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI W 117

Dengan itu, pemegang saham dan para pelabur akan berupaya membuat
keputusan berpengetahuan dalam mempertimbangkan sama ada syarikat telah
mencapai matlamat serta nilai-nilai penting yang telah ditetapkan atau
sebaliknya.
Sebagai penutup, cuba selesaikan latihan berikut untuk menyemak kefahaman
anda mengenai kandungan Topik 6.

SEMAK KENDIRI 6.2


1.

Bagaimanakah kerajaan dan organisasi mempengaruhi antara


satu sama lain dalam hal berkaitan tanggungjawab sosial?

2.

Terangkan secara ringkas tentang peraturan-peraturan langsung


dan tidak langsung kerajaan.

3.

Terangkan secara ringkas tentang pendekatan formal dan tidak


formal organisasi dalam mengurus tanggungjawab sosial.

4.

Apakah maksud audit sosial?

LATIHAN 6.1
1.

Ringkaskan pandangan asas tentang sejarah tanggungjawab


sosial.

2.

Apakah hujah-hujah yang menyokong


tanggungjawab sosial korporat?

3.

Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh kerajaan untuk


mempengaruhi organisasi? Sebaliknya, bagaimana pula
organisasi mempengaruhi kerajaan?

4.

Apakah pendekatan-pendekatan formal yang boleh digunakan


oleh organisasi untuk mengurus tanggungjawab sosial mereka?

serta

membantah

118 X

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Terdapat tiga era tanggungjawab sosial yang


keusahawanan, era kemelesetan dan era sosial.

berlainan

iaitu

Organisasi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga


lingkungan  konstituen, persekitaran semula jadi dan kebajikan umum
masyarakat.

Hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial mengatakan bahawa


tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan, syarikat adalah
warganegara dalam sesebuah masyarakat dan perniagaan selalunya memiliki
sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Manakala hujah-hujah yang membantah tanggungjawab sosial mengatakan


bahawa perniagaan kurang kepakaran untuk mengurus program-program
sosial, wujud potensi konflik kepentingan dan tujuan perniagaan adalah
untuk menjana keuntungan bagi para pemilik.

Terdapat empat pendekatan organisasi iaitu sumbangan sosial, tindak balas


sosial, kewajipan sosial dan halangan sosial.

Kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-peraturan langsung


dan tidak langsung.

Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi dalam


menangani tekanan kerajaan supaya lebih bertanggungjawab sosial iaitu
kenalan peribadi, melobi, jawatankuasa bertindak politik dan pertolongan.

Audit sosial

Peraturan

Halangan sosial

Sumbangan sosial

Kerajaan

Tanggungjawab sosial korporat

Kewajipan sosial

Tindak balas sosial

Organisasi

era

You might also like