You are on page 1of 2

KELEBIHAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan


komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran.

Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang


dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh
manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar,
6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria
bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986).

Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang


dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar
berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera
pandang dan dengar.

Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan


murid terhadap pelajaran.

Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana


pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar.

Hal ini selaras dengan teknologi yang pendidikan bertujuan untuk


mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan
pembelajaran.

Wayne F. Virag (1976) berpendapat seseorang individu dalam suasana


pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknikteknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaransuasana
pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah
penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana
fizikal yang direka untuk pembelajaran.

Penggunaan teknologi juga boleh memberi pengalaman sebenar yang


dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina
pemikiran yang berterusan.

Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam


pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran


yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi
pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat
pengajaran.

Seterusnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat


meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran.

Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para
pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai
motivasi yang tinggi untuk belajar.

Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan


pendidikan.

Hal ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan, murid


akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti sesebuah
pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk


memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat
pelajaran.

Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan


menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah
seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan
masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan
berlakunya salah tafsir atau tidak faham.

Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah


mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat
(penggunaan perisian pembelajaran), membolehkan pelajar mengulangi
pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat
kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum.

Tuntasnya, pengajaran berasaskan komputer mempunyai kekuatan dalam


aspek-aspek yang tertentu. Tambahan lagi, adalah sangat wajar guru
mengintegrasikan pelajaran menerusi teknologi maklumat.

Posted by Cik Syue at 9:05 PM


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/kelebihan-pengajaran-berasaskankomputer.html

You might also like