You are on page 1of 10

Matlamat dan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 (PPPM)
TANGGAL 11 September 2012 merupakan hari bersejarah kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia
yang bertungkus lumus bagi
menyediakan Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM) yang merangkumi 11 anjakan utama bagi mengubah
sistem pendidikan negara. Apapun, pelaksanaan PPPM ini akan
dibahagikan kepada tiga gelombang atau peringkat pelaksanaan bermula
2013-2015, 2016-2020 dan 2021-2025.
Hari ini, tema kependidikan merupakan satu agenda dasar yang tidak
boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Buktinya, hasil daripada
agenda PPPM ini adalah bertitik tolak kepada usaha generasi awal melalui
Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960),
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996,
sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (20062010) dengan matlamat untuk menjadikan sistem pendidikan alaf baru
negara yang lebih relevan dan mapan ke arah merealisasikan aspirasi
yang diharapkan dapat melangkaui matlamat Wawasan 2020.
Inisiatif siri jelajah dialog Nasional Pendidikan Negara yang diadakan di
seluruh negara bagi memungut suara dan pendapat rakyat Malaysia
berhubung isu pendidikan dilihat sebagai isyarat positif bahawa pada
tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking,
muhasabah dan memikirkan semula kerelevanan sistem pendidikan yang
dilaksanakan pada masa ini.
Penglibatan kesemua pemegang taruh (stakeholder) di negara ini
menunjukkan referundum rakyat sebanyak 7,039 syor telah diterima
daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menerima 156 memorandum
daripada pelbagai pertubuhan dan individu.
Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya telah banyak memberikan jasa
dan membuahkan pelbagai kejayaan. Namun begitu, kejayaan ini tidak
menghalang kerajaan dari melakukan agenda perubahan (taghyiri) yang
lebih bermakna.
Dalam PPPM juga telah mengambil maklum bahawa isu pendidikan yang
dibicarakan tidak hanya menyangkut soal cabang dan ranting, tetapi ianya
turut menggugat esensi pendidikan sebagai proses memanusiakan
manusia
dan
pengutuhan
sumber
daya
insani.
Kita mengharapkan, melalui PPPM ini perubahan sistem pendidikan yang
mengambil kecenderungan untuk more testing than educating yang
mana prestasi pelajar diukur melalui medan peperiksaan sebagai ukuran
kualiti
dan
penentu
masa
depan
dapat
diubah.
Ini kerana sistem ini hanya mementingkan markah dan gred yang secara

tidak langsung mengabaikan pembentukan diri manusiawi. Orientasi ini


membawa pelbagai implikasi negatif terhadap misi pembinaan insan
secara utuh, bersepadu dan seimbang.
Persoalannya, adakah selepas 2025 Negara mampu melahirkan ilmuan
yang berani bersikap, berakhlak tinggi serta mempunyai kekuatan
intelektual dan keaslian fikiran? Apakah sistem pendidikan kita dapat
melahirkan manusia yang baik (good man) sepertimana yang diungkapkan
oleh
Prof.
Syed
Muhammad
Naquib
Al-Attas?
Justeru, matlamat pendidikan bukan sahaja sekadar untuk melahirkan
warganegara yang baik (good citizen) tetapi lebih kepada persoalan untuk
mengukuhkan kerangka kefahaman individu terhadap agama, tahu akan
peranan makna diri dan mempunyai rasa ketuhanan yang tinggi.
Justeru, langkah kementerian untuk mendidik generasi muda berasaskan
prinsip-prinsip agama dan nilai-nilai murni sewajarnya disuntik dalam
sistem
pendidikan
sedia
ada.
Perkara ini sangat penting kerana manusia yang dididik dengan nilai
pendidikan yang benar adalah mereka yang akan mentadbir negara pada
masa akan datang. Jika acuan yang diberikan salah, maka berlakulah
tragedi kependidikan oleh kerana manusia yang mendiami negara itu
merupakan individu-individu yang kosong jiwanya, masyarakat yang keliru
pemikirannya dan menjadi beban masalah pula kepada negara.
Hasrat besar kerajaan melalui PPPM ini juga tidak akan tercapai sekiranya
kerisauan yang berlegar dalam kalangan massa tidak diambil kira. Isunya
adalah berkaitan kemunculan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
sekolah-sekolah swasta, persendirian mahupun sekolah antarabangsa
yang tidak berada di bawah satu sistem pendidikan nasional dan tertakluk
kepada
Akta
Pendidikan
1996.
Justeru, cadangan untuk meletakkan mereka di bawah satu bumbung yang
sama dilihat wajar sejajar dengan hasrat untuk memastikan pendidikan
tidak kehilangan esensi hakikinya sebagai proses pengutuhan manusia
dan proses sosialisasi. Justeru, nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu
difungsikan sepenuhnya di semua dimensi kegiatan persekolahan ini.
Selain itu, kebimbangan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu yang
dilihat terancang dari segi permintaan dan gesaan kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum laporan akhir pelan ini
dibentangkan kepada Kabinet, Disember depan untuk mempengaruhi dan
mempersoalkan keputusan kerajaan sedia ada dalam isu pendidikan
terutamanya berkaitan soal PPSMI, cadangan mewujudkan semula sekolah
aliran Inggeris, memperkasakan sekolah Antarabangsa dan pengenalan
dasar-dasar lain yang bercanggah dengan semangat, dasar dan falsafah
pendidikan
negara.
Dalam hal ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
beriltizam bahawa agenda pendidikan merupakan fokus utama gerakan

ini.
Lantaran itu, PKPIM akan mengadakan kerjasama bersama Majlis Belia
Malaysia (MBM) dan beberapa persatuan pelajar dan mahasiswa untuk
menganjurkan beberapa perbincangan dan Diskusi Meja Bulat berkenaan
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan, 2013-2025 ini.
Kita merasakan bahawa penglibatan secara langsung oleh generasi muda
amat diperlukan memandangkan generasi ini nanti akan menjadi pemain
utama dalam menggerakan agenda masa depan pendidikan negara.
Akhirnya, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan adalah merupakan proses untuk
menanam sesuatu dalam diri manusia dan pengajaran adab (tadib)
sebagai
sebagai
intipatinya.
Dalam erti kata lain, tidak berlaku proses pendidikan tanpa penerapan
adab. Di dalam peribadi-peribadi yang lahir itu, nilai-nilai moral yang akan
menentukan arah tujuan dan penggunaan semua maklumat yang masuk
ke dalam dirinya melalui berbagai-bagai saluran atau proses
pembelajaran.
Dalam kaitan ini, untuk mencapai hasrat dan cita-cita PPPM ini, peranan
institusi pendidikan sebagai hujung tombak sistem pendidikan negara
dalam erti kata sebagai akar rumput yang sentuhannya sampai dan
langsung kepada sasaran terakhir (anak didik) harus mencapai tahap
kompetensi yang memungkinkannya melaksanakan misi kependidikan
holistik, menyeluruh, seimbang dan sekaligus bersepadu.
*Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog
beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
Tumpuan kepada keberhasilan murid
PPPM 2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid. Pelan ini
direncanakan sebegitu komprehensif yang melibatkan semua laluan
pendidikan merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan
inklusif, pendidikan agama, pendidikan seni dan sukan di sekolah-sekolah
kerajaan. Ia juga merangkumi semua peringkat persekolahan; daripada
peringkat prasekolah hingga kepada peringkat lepasan menengah.
Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar
sekolah rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan

yang signifikan dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara


diperuntukkan

kepada

Kementerian

Pendidikan,

merapatkan

jurang

pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang semakin baik,
hampir 100 peratus sudah pun tercapai.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dialog Nasional
Pendidikan Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin yang
mengambil inisiatif turun ke seluruh negara dan berjumpa dengan
sejumlah 17,000 rakyat yang mengemukakan pandangan yang pelbagai
dan hasil itulah yang kita cerna dan masukkan dalam pelan ini.
Dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita yang tinggi bagi tempoh 13
tahun lagi, PPPM 2013-2025 telah memberi tumpuan utama kepada
pembelajaran dan keberhasilan murid. Sebagai contoh, Kementerian telah
memperkukuhkan dasar bahasa dengan memberi tumpuan kepada dua
bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Malahan dalam
siri dialog yang kita adakan di seluruh negara sebahagian besar
mengutarakan kepentingan tentang bahasa Inggeris diperkukuhkan dan ini
kita ambil kira dalam pelan ini. Kita juga, memantapkan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita bukan
sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang mereka
belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain itu, kita
memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen pembelajaran
kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran semata-mata,
tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan roh pendidikan
itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa setiap anak-anak
Malaysia dalam sistem persekolahan kita.
Dasar bahasa
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa
mengira peringkat dan jenis sekolah, saya berani mengatakan semua
aspek untuk meningkatkan kualiti pendidikan telah dikaji dengan teliti dan
dibincangkan secara mendalam. Dasar pendidikan sedia ada yang
berasaskan kepada Akta Pendidikan masih dipertahankan dalam pelan ini.

Kementerian

tidak

berhasrat

meminggirkan

mana-mana

aliran

persekolahan yang wujud di negara ini, malah akan memastikan setiap


murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan mendapat akses,
ekuiti dan kualiti pendidikan. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan juga
dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ingin saya nyatakan
di

sini

bahawa

kedudukan

bahasa-bahasa

ibunda

sebagai

bahasa

pengantar di sekolah-sekolah ini tidak pernah dinafikan sama sekali.


Kementerian juga akan terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi
menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh
dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama untuk melahirkan generasi
global, mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberikan perhatian utama
dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini akan dijadikan mata
pelajaran SPM wajib lulus menjelang tahun 2016. Dalam memastikan
pelaksanaan hasrat ini, Kementerian sedang dalam usaha menambah
masa ataupun 'contact hours' di dalam kelas agar pendedahan/immersion
murid-murid yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan.
Saya sedang meneliti kerana kita mempunyai sejumlah sekolah satu sesi
dan masih ada 1,600 sekolah dua sesi yang akan dijadikan sekolah satu
sesi,

maka

tempoh

waktu

persekolahan

dilanjutkan

umpamanya

menambah waktu persekolah sejam atau dua jam dan itu boleh kita
gunakan untuk menambah contact hours untuk bahasa Melayu, bahasa
Inggeris atau bahasa lain di seluruh sekolah.
Bagi memperkukuh kedua-dua bahasa ini, PPPM menggariskan beberapa
inisiatif. Antaranya ialah menambah baik Kurikulum Bahasa Malaysia di
Sekolah Jenis Kebangsaan. Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan
diadakan di luar waktu persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.
Dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris
pula, guru-guru Bahasa Inggeris telah diuji kemahiran mereka melalui
Cambridge Placement Test (CPT). Ekoran itu, kohort pertama seramai
5,000 orang telah mengikut latihan lanjutan oleh British Council, manakala

seramai 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober
nanti.
Suka saya nyatakan di sini, walaupun Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris menjadi agenda utama kementerian, murid juga digalakkan untuk
menguasai bahasa tambahan. Kementerian tidak menghalang pengajaran
pembelajaran bahasa ibunda malah membuka ruang dan peluang kepada
murid untuk mendapatkan pendidikan bahasa tambahan seperti bahasa
Arab dan Kadazan Dusun.
Selain berusaha untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa, kemahiran
berfikir aras tinggi, atau Higher Order Thinking Skills, juga menjadi fokus
dalam usaha Kementerian untuk melonjakkan sistem pendidikan negara
dalam kelompok negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan
terbaik di dunia. Oleh itu, dalam pelan ini, dasar 60:40 yang mula
diperkenalkan pada 1967 akan diperkukuhkan dengan meningkatkan
kesedaran

tentang

Matematik

(STEM).

Pendidikan
Kurikulum

Sains,

Teknologi,

bersepadu

Kejuruteraan

berasaskan

dan

standard

antarabangsa akan dihasilkan dan penambahbaikan kerangka pentaksiran


dengan memasukkan elemen kemahiran berfikir akan dilakukan.

Mengupaya pemimpin sekolah dan guru


Pembelajaran murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan
perancangan rapi di peringkat pelaksana. Guru adalah tunggak utama
dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah. Menyedari perkara ini,
PPPM

telah

memperkukuhkan

Pejabat

Pendidikan

Daerah

dengan

menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah


dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+. Mereka
bukan sahaja dapat membimbing dari segi pengajaran dan pembelajaran
tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Harapan saya melalui bimbingan ini, guru-guru dan semua

pengetua/guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab


dengan lebih berkesan.
Kementerian terus berusaha untuk memartabatkan profesionan keguruan
dengan inisiatif meningkatkan syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus
daripada graduan terbaik memasuki profesion perguruan. Mereka ini
digalakkan menjadi guru kerana kita mahu guru bukan sahaja dalam
kalangan terdidik tetapi terpelajar, banyak ilmu dan ada kecemerlangan
dalam pembelajaran mereka.
Selain itu laluan kerjaya guru, cadangan untuk mengurangkan beban
tugas guru, dan pelaksanaan program profesionalisme berterusan turut
dilaksanakan. Bagi pengetua/guru besar, kriteria perlantikan iaitu yang
tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan akan dilaksanakan.
Tidak semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang
jawatan yang lebih penting. Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini
yang kita akan ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa
lima tahun akan datang, 4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan
perkhidmatan

dan

ini

membuka

peluang

kepada

calon-calon

pengetua/guru besar yang berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi


kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang ingin jadi
pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus
dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru
besar di sekolah berkenaan.
Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM
Semua aspek perancangan digalurkan didalam pelan ini. Apa yang harus
kita tumpukan sekarang ini adalah dari segi pelaksanaan. Saya akui PPPM
yang dicadangkan ini luas dan kompleks. Bagi memastikan kejayaan pelan
ini, strategi pelaksanaan secara berhemah mengikut fasa atau disebut
sebagai gelombang, dirangka dengan memberi tumpuan kepada sokongan
terhadap guru dalam gelombang pertama, sebelum memacu peningkatan
sistem dalam gelombang kedua dan beranjak ke arah kecemerlangan

pendidikan dalam gelombang ketiga. Penyusunan sebegini adalah penting


kerana bagi memastikan pelan ini berjaya keutamaan perlu diberikan
terhadap inisiatif yang penting khususnya yang membawa keberhasilan
murid.
Salah satu unsure atau indicator tersebut ialah meningkatkan kemahiran
berfikir. Apa maksudnya?. Sistem pendidikan kembali percaya bahawa
kemahiran berfikir perlu dikuasai dengan betul dan kemprehensif jika kita
ingin muncul menjadi Negara maju yang berkualiti tinggi seperti Finland,
Korea, Jepun dan sebagainya. Satu elemen yang penting dalam
melaksanakan pengajaran yang berkesan untuk tujuan di atas ialah
melalui penggunaan pengurusan grafik sebagai alat berfikir yang telah
terbukti berkesan dilaksanakan kepada sekolah-sekolh yang berprestasi
rendah di Negara-negara maju seperti United Kingdom, Kanada dan
Amerika Syarikat. Didapati bahawa amalan pengajaran guru dalam
penggunaan pengurusan grafik seperti peta minda masih di tahap rendah
di Malaysia dan ini tidak menggalakkan murid untuk lebih kreatif dan kritis
(Ab. Fatah Hasan;1994).
Perubahan mindset pengajar dalam merubah instructional design and
leadership sepatutnya telah berubah tanpa menunggu arahan daripada
sesiapa. Ini kerana cara berfikir pelajar telah berubah dalam tempoh 15-20
tahun lalu. Mereka bukan lagi perlu kepada teknik mengajar ala spoon
feeding malah mereka perlu lebih daripada itu. Apakah teknik dan alat
yang menjentik pemikiran mereka?. Maka kita kena berubah kearah satu
dimensi baru dalam dunia pendidikan kita supaya kita dapat mengekori
walaupun tidak dapat duduk setanding dengan Negara-negara maju.
Pemikiran pelajar kita sama dengan Negara-negara lain; menghadapi
pembangunan teknologi yang pesat, arus globalisasi yang bersaing dan
pertandingan inovasi dan reka cipta yang menjadi-jadi, maka pelajar kita
perlu berada dalam barisan pertama menghadapi perubahan tadi dan kita
perlukan alat berfikir yang praktikal untuk membolehkan mereka mula
bergerak dan bertindak. Tidak ada lagi alat berfikir yang memenuhi
keperluan pelajar-pelajar ini melainkan program i-Think.
satu alat berfikir kearah pemikiran kreatif (91.36%) pada masa depan
yang responsive kepada unsur berfikir, berpasangan dan berkongsi (thinkpair-share) yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan setiap peta
pemikiran program i-Think. Para responden juga sangat yakin jika program
iThink ini dijadikan satu teknik yang wajib-ajar oleh semua guru dan
pensyarah (76.55%), dengan peratusan yang sedikit berbeza dengan itemitem lain ianya masih kuat menyatakan bahawa para pelajar perlukan satu
kaedah pengajaran yang meliputi unsure-unsur alat berfikir, pengisian,
santai, 0 10 20 30 40 50 60 70 Tidak setuju (4.80%) Kurang setuju
(18.52%) Setuju (76.55%)7 mudah difahami, tidak membosankan serta
mempunyai cirri-ciri pelajar abad 21 bila proses memperolehi maklumat
baru diperolehi dengan mudah dan memberi manfaat berpanjangan.

Diam tak diam, kita telah berada dalam Abad Ke-21 selama 13 tahun 101
hari. Namun, sehingga hari ini warga pendidikan tidak lekang-lekang
menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Apakah maksud sebenar
Pendidikan Abad Ke-21 atau adakah ia lebih merupakan anjakan
paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh
guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber
terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik?
Di Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman boleh dilihat sebagai pelopor
kepada corak pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 melalui
pelaksanaan Program e-book oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. eBook ialah sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademik
mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memudahkan
proses pembelajaran di dalam kelas, sekaligus mengurangkan beban
murid untuk membawa buku ke sekolah. Walaupun terdapat beberapa isu
dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini, usaha
sebegini harus dipuji dan disokong supaya Pendidikan Abad Ke-21 benarbenar menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada lanskap
pendidikan negara ini.
Guru dan juga pemimpin sekolah seharusnya menjadi pemangkin kepada
perubahan minda dan pengurusan perubahan supaya dapat menangani
perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan secara berterusan.
Kejutan budaya dan pandangan negatif tidak seharusnya berlaku
sekiranya semua pihak memainkan peranannya masing-masing. Akan
tetapi, bagaimanakah kita melaksanakan perubahan ini? Kita boleh
bermula sedikit demi sedikit dengan mengenal pasti ciri-ciri pendidik Abad
Ke-21 seperti rajah di bawah. Jika kita sentiasa bersikap terbuka, kreatif
dan inovatif dalam menangani perubahan, tanpa kita sedari kita telah
berubah daripada seekor ulat beluncas yang hanya merayap di atas daundaunan kepada rama-rama yang mampu terbang di angkasa.
Diam tak diam, kita telah berada dalam Abad Ke-21 selama 13 tahun 101
hari. Namun, sehingga hari ini warga pendidikan tidak lekang-lekang
menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Apakah maksud sebenar
Pendidikan Abad Ke-21 atau adakah ia lebih merupakan anjakan
paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh
guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber
terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik?
Di Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman boleh dilihat sebagai pelopor
kepada corak pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 melalui
pelaksanaan Program e-book oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. eBook ialah sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademik
mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memudahkan
proses pembelajaran di dalam kelas, sekaligus mengurangkan beban

murid untuk membawa buku ke sekolah. Walaupun terdapat beberapa isu


dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini, usaha
sebegini harus dipuji dan disokong supaya Pendidikan Abad Ke-21 benarbenar menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada lanskap
pendidikan negara ini.
Guru dan juga pemimpin sekolah seharusnya menjadi pemangkin kepada
perubahan minda dan pengurusan perubahan supaya dapat menangani
perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan secara berterusan.
Kejutan budaya dan pandangan negatif tidak seharusnya berlaku
sekiranya semua pihak memainkan peranannya masing-masing. Akan
tetapi, bagaimanakah kita melaksanakan perubahan ini? Kita boleh
bermula sedikit demi sedikit dengan mengenal pasti ciri-ciri pendidik Abad
Ke-21 seperti rajah di bawah. Jika kita sentiasa bersikap terbuka, kreatif
dan inovatif dalam menangani perubahan, tanpa kita sedari kita telah
berubah daripada seekor ulat beluncas yang hanya merayap di atas daundaunan kepada rama-rama yang mampu terbang di angkasa.

You might also like