You are on page 1of 2

Lampiran 4

Design dan metodologi kajian yang akan digunakan


Reka Bentuk
Kajian ini berbentuk diskriptif yang akan dilakukan di Hospital Kapit bagi
melancarkan dan menjayakan penyelidikan ini di mana cara ini sangat sesuai
dan mudah bagi menyediakan kajian dan penyelidikan ini.
Kajian berbentuk diskriptif sangat mudah dijalankan di mana ia sangat
ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa pun. Selain itu, cara ini juga sangat
menjimatkan masa, tenaga kerja dan mengurangkan pengeluaran kos.
Kesimpulannya kajian yang berbentuk diskriptif ini dapat dijalankan dengan
lancar serta mudah dan tidak menyulitkan penyelidikan peringkat ini.

Metodologi
Persampelan
Sampel yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah tertumpu kepada
penduduk yang berumur dari 18 tahun hingga 50 tahun serta penduduk yang
menunjukkan tanda dan simtom demam denggi yang melawat ke Jabatan
Pesakit Luar Hospital Kapit. Respondan sebanyak 30 orang akan dipilih secara
rawak tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Instrumen
Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk borang soal selidik di
mana ia mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian bagi
mengumpul maklumat untuk dianalisis. Selain itu, segala maklumat juga
diperolehi daripada sumber-sumber seperti buku rujukan, jurnal, surat khabar
serta daripada internet yang merupakan maklumat-maklumat penting bagi
menyiapkan kajian ini. Segala bahasa yang digunakan daripada sumber-sumber
rujukan akan diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia supaya kajian ini dapat
diselaraskan dalam satu bahasa dalam kajian ini.
Kaedah Pengumpulan Data
Bagi pengumpulan data yang dilakukan dalam penyelidikan ini adalah
dalam bentuk borang selidik yang diedarkan supaya mudah mendapat
maklumat-maklumat yang tersusun dan dikehendaki dalam kajian ini. Ini juga
boleh menjimatkan masa untuk maklumat yang dikehendaki. Borang selidik ini
mengandungi soalan-soalan tertutup dan terbuka.

Kajian semula dijalankan dengan mengumpul semua maklumat yang


berkaitan tentang demam denggi dari buku rujukan teks perubatan, journal
perubatan, risalah kesihatan dan juga bahan-bahan dari laman web di internet.
Tujuan kajian semula dijalankan ialah untuk mendefinisikan masalah
penyelidikan, menjelaskan idea-idea pada amnya, menentukan dan memilih
kaedah penyelidikan yang sesuai serta perancangan yang terperinci dan
sistematik.
PILOT STUDY
Pilot study ialah percubaan bagi menguji borang soal selidik yang akan
digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada penduduk serta pesakit yang
disyaki menghidapi demam denggi bagi menilai tahap pengetahuan mereka.
Bagi tujuan pilot study ini tiga(3) orang penduduk di Kapit akan dipilih untuk
menjawab borang soal selidik tersebut sebagai percubaan. Mereka yang dipilih
ini, tidak akan terlibat dalam menjawab borang soal selidik yang sebenar nanti.
Kaedah Penganalisan Data
Segala analisis data dan maklumat yang diperolehi akan dibentangkan
dalam cara bentuk peratusan, carta pai, bar serta graf melalui komputer
mengikut maklumat-maklumat yang dikehendaki dan disusun melalui borangborang soal selidik. Analisis data dan maklumat akan dibuat dengan bantuan
perisian SPSS(Statistical Package For The Social Sciences) bagi memudahkan
penganalisan data.

You might also like