You are on page 1of 27

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Oleh
Nazri Bin Abu Bakar
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses
pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah
yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang
pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara
langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke
arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia
yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan
tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersamasama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta
kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang
lebih menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang
lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan
teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses
pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak
bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai
faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek
pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah
melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan
kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan
teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa menunjukkan
majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi
komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak
mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan
perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak
perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah,
pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran
bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar
melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang
menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke
peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan
waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan
lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di
seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan
perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan
di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan
komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan
berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber
dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu
komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai
komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut
membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang
komunikatif dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh
para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi
pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan
pendidik dalam pengajaran bahasa.
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi
komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui
talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi

kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan
jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan
kegiatan, sepertiperniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang
ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang
membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer.
Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar sewaktu
syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu diwujudkan untuk
membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar dan guru
berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin, dan
laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa
hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang
komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.
1.2 Apakah itu Komputer?
1.2.1 Konsep Asas dan Istilah
Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang
boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya dan mengemukakan
hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik
moden, terutama sekali komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer
digital. Apa yang dimaksudkan komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital (
iaitu kepada satu kod yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua
simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang
tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak digunakan untuk
tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.
1.3 Sejarah dan Perkembangan Komputer.
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah
sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan
membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai
strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.
Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan
bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat
mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas
batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi
fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan
sebagai rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD
dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet
dan e-pembelajaran (e-learning).
Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan
tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif
dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus
dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.
Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu senario dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa
kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabung serta
memberi penekanan sebijak mungkin terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran.
Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih
bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi
sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses
pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru yang
bersifat gpembimbingan di sisih harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana pemikiran pelajar ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam hal ini guru
haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar
dalam proses mencari ilmu. Ia perlu menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala
tindakan.
Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi
tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan berdasarkan soalan serta
menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih
mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan
analisis dan penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.
Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak berfikir dan menjana
minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber yang mudah didapati hasil daripada
perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.
2.0 KOMPUTER DAN PENDIDIKAN
2.1 Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan
elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai
merangkumi g... a wide set of applications and processes such as Web-based learning, computer-based

learning, virtual classrooms, and digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet,
intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM... h
(http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).
Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan
teknologi mutakhir.
2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing permasalahan ini
dapat dilihat daripada dua aspek.
i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan peluang
pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, ependidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di
negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing tetapi
dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di negara berbahasa Melayu.
ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana
beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat
terhad dan kos latihan dan penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal
yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke
negara berbahasa Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:
(a) Kebebasan belajar
Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini.
Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan pengeditan
kandungan/maklumat kursus).
Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh dalam
bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun esecara langsungf.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.
Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.
Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.
(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk.
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/ makan tengah hari
ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa
perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) . proses
pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula
pada kesempatan yang lain.
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.
Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini
menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa
dan budaya yang dipelajari.
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap
pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat
melalui teknologi internet.
2.2 Kekangannya?
Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada beberapa
perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya. Antaranya termasuklah:
(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi.
Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian dan capaian kepada Internet.
Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi
negara-negara maju tetapi menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga.(Walau
bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika dilihat dalam jangka masa yang
panjang).
(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.
Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang berdisiplin, dan mereka
senang-senang sahaja menghabiskan waktu melayari laman Web ini.
Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran itu, hanya pelajar yang
benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui e-pendidikan.
(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.
Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaran-pembelajaran bahasa. berbanding
dengan bidang-bidang lain, perisian untuk pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987).
(d) Kursus yang ditawarkan terhad.

Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam, kerana kebolehan lisan
pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya kemudahan tele-persidangan atau videopersidangan dan ini akan meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran.
(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.
Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu, teknologi yang mesra pengguna
amat penting dalam konteks e-pendidikan. Akan tetapi, tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas
daripada masalah teknikal.
(f) Kemahiran komputeran.
Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan perisian komputer sebagai
prasyarat kejayaan program e-pendidikan.
(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah
Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pengetahuan bahasa yang luas
khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang fasilitator e-pendidikan bahasa Melayu. Guru yang
mahir berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya membantu, menilai dan
meningkatkan kemampuan dan prestasi pelajar.
2.3 Produk yang Diperlukan
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini, beberapa produk
asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus yang dapat menemukan pelajar
dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses pengajaran-pembelajaran berlangsung
dengan jayanya.Selain itu, laman Web tersebut perlulah menarik, canggih dan interaktif supaya dapat
menawan perhatian pelajar untuk suatu jangka waktu tertentu.
Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan dengan
mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan sebagainya. Produk
utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan sebagainya) dan e-Rujukan
seperti kamus, tesaursus, dan istilah.
Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam situasi
sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati suasana dan situasi
berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti contoh laman e-pendidikan berbahasa Melayu yang sedia ada
pada Web kini, memang ketara kuantiti dan kualitinya masih jauh terkebelakang berbanding dengan
laman Web untuk bahasa-bahasa utama dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).
Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih lagi pada
fasal awal. Walau bagaimanapun, adanya (biarpun jumlahnya kecil) laman-laman Web yang direka
bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi semangat dan harapan untuk kita
menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan
dan penyebaran bahasa Melayu kepada masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan
ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus
dikembangkan menerusi wadah dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.
3.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
3.1 Teori Asas Pembelajaran Bahasa
Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian elektronik telah
mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Faktor-faktor masa kini dan parameter muncul
tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua
aspek reka bentuk pengajaran, dan juga menjadi komponen penting dalam latihan industri. Pendidikan
dan industri latihan tidak boleh abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi
pengedaran lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran
terhadap maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas pandangan peningkatan
prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka adalah aset terbesar, dan harus
mengurus dan menjadikan modal aset itu melalui pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada
pengalaman pelajar. Komputer,telekomunikasi, dan maklumat adalah sangga tuas dalam
mempercepatkan sistem penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar.
Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian, strategi pembelajaran dan
pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih kompleks dan membingungkan. Proses
komunikasi boleh berbentuk satu per satu, bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses
komunikasi makluman atau perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti telesidang,
dan telekuliah. Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang
diuruskan komputer. Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan pelbagai
kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan. Ketidakpuasan dengan
hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai persepektif. Ada
kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang
pembelajaran, lebih mungkin kita akan menyingkirkan instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.
3.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
(PBBK)
Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori
pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh
Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua (B2), beliau menyatakan bahawa
terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah
proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala
pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau
tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau suasana
bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-

dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut
realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang
sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau
memperoleh beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.
Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam
pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu persekitaran itu,
sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut
pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan penulisan, maka pembelajaran bahasa akan
menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa
berbantukan komputer yang menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian
kerana kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah ini
dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan pemerolehan ini
ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis atau penyunting dalam
percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2. Konsep "affective filter" yang
diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan
bahawa faktor afektif seperti sikap, motivasi, dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input
bahasa dalam diri. Dengan kata lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme
monitor yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Pelajar yang runsing tidak
mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah
difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau penulisan yang baik sekiranya ia
mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah, menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain,
dan apa-apa jua perasaan negatif yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang menentukan kemampuan
seseorang itu untuk memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis
dalam bahasa kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan supaya guru
bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu kondusif, memberangsangkan,
dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.
Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input bahasa serta
suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses pembelajaran dan pemerolehan
bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Komputer
ialah suatu alat yang tidak mempunyai perasaan dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau
takut sekiranya membuat kesilapan dalam proses interaksi pemelajaran bahasa. Komputer memberikan
ruang secukupnya kepada pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman
dan kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Hal ini mendorong pelajar
untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini.
Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar yang
mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak sepertimana alat bantu
mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat diprogramkan mengikut tahap tertentu. Pelajar
dapat memilih tahap ini untuk berinteraksi dengan komputer. Dalam proses interaksi ini, pelajar akan
dapat menilai kelemahan dan kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat
memberikan maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Manakala buku latihan perlu disemak
oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama ada jawapan yang
diberikan tepat atau sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer memberikan peluang kepada pelajar
untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses pembelajaran bahasa.
Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini, iaitu pendekatan kognitif. Proses
interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini menuntut pelajar untuk memproses
arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau
maklumat tadi, dan kemudian menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut
memberikan tindak balas seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai negotiation process (Long
1996) bagi memahami apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau
menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari.
Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan dan yang
sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Penggunaan komputer dalam teknologi
maklumat merujuk kepada pengumpulan dan penyebaran maklumat atau data. Dengan hanya menekan
kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum, pengguna akan dapat mengumpulkan atau
menyebarkan maklumat dengan cara yang meluas. Dari sudut teori psikologi pendidikan, pendekatan ini
dapat dikategorikan sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang
diberikan. Interaksinya agak minimum. Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak dapat
memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan baik dan berkesan atau
tidak.
3.3 Penjelasan tentang Maklumat, Pengetahuan dan Pembelajaran
Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama ratakan
kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal daripada kajian intensif terhadap
pengaruh media pada masyarakat khasnya berhubungan dengan komunikasi massa. Pembelajaran
berfokus kepada perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat sesuatu (iaitu prestasi) hasil
rangsangan persekitaran (media). Berbanding dengan fahaman behavioris, konsepsi kognitivis terhadap
pembelajaran menegaskan pembelajaran adalah aktif, konstruktif, dan berhaluan gol. Media adalah
unsur penting persekitaran untuk membekal maklumat yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada
pelajar melalui penambah, talaan, dan penstrukturan semual atau ciptaan schemata
(Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai pelajar pasif atau penerima maklumat kurang

diterima sejak 1970-an. Yang penting bagi pendekatan kognitif ialah pelajar aktif secara mental
mengurus dan memproses maklumat.
Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada struktur skematik
yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan yang diantarakan [mediated] manusia dan
bukan manusia, keperluan pelajar untuk peroleh maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental
bagaimana tanggap dan mengambil bahagian persembahan skema-relevan untuk dipautkan dengan
dasar pengetahuan sedia ada (ingatan jangka masa panjang). Inilah titik permulaan kognisi tertabur.
Media dan sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk
capaian, tawanan, terbaru sebagai sumber maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan adalah hasil
penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah pengalaman atau maklumat
yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee, 1997).
Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan pelajar, dan jika
direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi melalui interaksi dengan objek
sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan
kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan
kemudiannya prestasi. Pengajaran berasaskan web, yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi
yang direalisasikan menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan
dicapai dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita mereka
bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua strategi yang selaras
dengan pandangan behavioris, kognitivis dan konstruktivis.
3.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris, Kongitivis dan Konstruktivis
dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Daripada perspektif Behavioris, model reka bentuk pengajaran Skinner (1953, 1954, & 1958)
adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah kecil yang menambah, (b)
penglibatan aktif pelajar, dan (c) pengukuhan respons yang tepat. Ini telah membawa ke pengajaran
berasaskan komputer lelurus atau bercabang (Crowder, 1960). Teori-teori kognitif tentang pembelajaran
menjadikan pengaruh kuat terhadap reka bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar
sebagai asas reka bentuk dan perkembangan, serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan
penilaian formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan pandangan kognitif
daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan aktif apa yang diterima dan
memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan individu.
Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon, Perkins, &
Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi metakognitif untuk menyelesai
masalah, dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip
konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai mencipta maksud daripada pengalaman. Pelajar
membina takwilan peribadi dunia berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang berbeza
pendapat dalam mazhab konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada
individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada individu ke
individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi, perbincangan tentang pengalaman, dan apa
yang digelar kecerdasan tertabur merupakan manifestasi kegiatan mental yang menghubungkan cara
dan maksud melalui pencapaian (Pea, 1993).
Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya pelajar
mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan pendekatan behavioris
dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan perbezaannya dibincang dengan teliti
oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda (1997). Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud
kita harus sedar pembelajaran yang terlibat. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi.
Contohnya, pendekatan behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am ( gmengetahui apa?).
Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di mana satu atau lebih
konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh digunakan untuk penjanaan penyelesaian yang
kreatif. Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang berjaya mempunyai ciri yang disokong
ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada konteks.
Aplikasi multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik
membekalkan adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan
menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson dan Breuer (1997)
mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu atau kombinasi perspektif teoriteori pembelajaran.
4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language Learning
(CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK berkembang daripada Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun
1960-an. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic
Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja
menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan
pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberikan
peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO
yang menggunakan kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan
komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini
dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun

1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBBK untuk digunakan di bilik
darjah tanpa sempadan.
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya popular pada
tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati, perisian PBBK turut
bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBBK masih baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di
pasaran dan dalam internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem
pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu
pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di
sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PBBK di sekolah atau di
institusi pendidikan.
Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK di sekolah
melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta, kerajaan berharap
agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat disepadukan dalam kurikulum
sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru
terhad dan terlalu minimum. Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian
PBBK merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan
Hussin 1996).
4.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan kira-kira
125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal
ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan
lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif.
Tajul Ariffin Noordin (1995: 360) menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar
dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan
yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."
Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain
kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan (contohnya, Word),
pangkalan data (contohnya, Dbase, Access), paparan elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan
grafik (contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user atau consumer)
semata-mata, tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)
perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pembangunan dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih diserahkan
sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran.
Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta atau membangunkan perisian.
Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum
kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu
disiplin, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada
perisian pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian Pendidikan
menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi memperbaik
kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian sentiasa berubah dengan
cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini
menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan. Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah
lebih menjimatkan dan berkesan sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut
disiplin masing-masing dan memperbaik serta memantapkan perisian tersebut dari masa ke masa. Sekali
gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan budaya dan
pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan), kesesuaian dengan pedagogi
suatu disiplin, dan kesesuaian dengan cita rasa pendidik yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di
sekolah akan dapat diatasi.
Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia kepada
sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar dilatih menggunakan
bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware) bagi membangunkan perisian kerana
bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses
pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek
teknikal yang perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang
(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan kemahiran
pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke University, North Carolina, USA),
LIBRA (San Diego University, California, USA), Real English (Monash University, Australia), Teleste Partner
Tools (Teleste Open, Norway), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia
dengan lebih mudah dan cepat.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi penting, iaitu
perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di universiti. Jika sebelum ini
pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil masa lima jam seminggu, maka dengan
perubahan peranan pendidik daripada pemberi ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama
dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah
dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara pemelajaran berbantukan komputer bersama
pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah
(pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika

yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian
komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah
atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
4.3 Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih terlalu awal
untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa pemelajaran bahasa berbantukan
komputer:
meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980, Kulik dan Cohen 1980,
Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat 1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood
1998, Zuwati Hasim 1998),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson
1978, Supyan Hussin 1994),
meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers 1980, Kulik, Kulik, dan
Cohen 1980, McDougall 1975),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson
1978, Supyan Hussin 1994),
berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam mata pelajaran
bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974, Fisher 1983, Supyan Hussin 1994, Ng dan
Oliver 1987),
berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985, Supyan Hussin
1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline Mahmood 1998).
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran bahasa
berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran
bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini.
Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks
untuk mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan pelajar
berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu
mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang lebih bersifat satu hala atau
unidirectional.
Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu memberikan
maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Hal ini
menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong
penggunaan gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apaapa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa
pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa
yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh sebab perisian PBBK multimedia
mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat
berguna dalam pemelajaran bahasa. Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan
bahan PBBK multimedia, seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang
diberikan, mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara, dan melihat
gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap melalui klip video. Ringkasnya, dengan adanya
perisian PBBK multimedia, pelajar dapat mempelajari suatu bahasa dengan lebih berkesan dan
bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa yang kaya, tetapi juga dapat
menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata, deria telinga, dan deria sentuhan) secara aktif.
Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula pada tahun 1991 apabila diperkenalkan
buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan TESL (Teaching of English as a Second
Language) melalui kursus Educational Technology in TESL. Matlamat utama kursus ini adalah untuk
membekalkan pengetahuan ("know-what" and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam
menggunakan alat bantu mengajar audio-visual termasuklah penggunaan komputer multimedia dalam
pengajaran dan pemelajaran bahasa. Bakal guru ini kelak diharapkan mampu mengekploitasi
penggunaan komputer dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka.
Format kursus Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua bahagian: teori dan reka
bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti teori pembelajaran, teori pemerolehan bahasa
kedua atau SLA (second language acquisition), rasional penggunaan media tertentu dalam pengajaran,
dan pelbagai pendekatan pengajaran bahasa dibincangkan pada peringkat pertama permulaan kursus.
Kemudian pelajar akan didedahkan kepada peringkat reka bentuk, pada peringkat ini mereka
mempelajari prinsip reka bentuk arahan (instructional design) sebelum memulakan projek perisian
komputer. Pelajar diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan mereka mengenai teori
pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang dihasilkan haruslah mencerminkan
trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pelajar digalakkan
menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai budaya, cara pemikiran, serta latar belakang tempatan agar
perisian tersebut dapat memenuhi keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan produk
multimedia PBBK, pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan bahan PBBK multimedia yang
digunakan untuk tujuan pembelajaran. Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada inovasi
teknologi terkini, termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia super-corridor), internet, emel, sidang audio, sidang video, dan komunikasi satelit dalam pendidikan.
Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang kemahiran
pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk mendedahkan kemahiran menggunakan
sistem pengarangan (authoring systems) dan bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages)

kepada mereka. Sistem pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet pelajaran yang
telah disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan, sistem
pengarangan tidak memerlukan guru itu mengingati sintak arahan atau mahir dalam logik algoritma bagi
mengaturalir program. Sebaliknya, guru dapat memilih bentuk pelajaran sama ada penerokaan
pemelajaran (exploratory), penilaian kendiri (self-assessment), atau sekadar peninjauan (browsing). Guru
dapat memilih sama ada untuk menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan
pendek, isi-tempat-kosong, atau dikotomous. Selain itu, guru dapat juga menentukan bentuk maklum
balas yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Kebanyakan sistem pengarangan yang
terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik, gambar, animasi, video, dan bunyi ke dalam
teks yang akan menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih menarik dan bermakna kepada
pelajar.
Pada awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem pengarangan berasaskan
DOS, seperti Pinpoint, Vocab, Wordstore, Storyboard, Gapmaster, Choicemaster, dan Testmaster yang
dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Britain, walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti CoMIL,
Dasher, and Gapkit. Lebih daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara tahun
1991-1993 yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan
Norizan Razak 1998). Kandungan perisian yang dibangunkan merangkum sukatan pelajaran bahasa
Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), dan kursus kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan di UKM. Sebahagian daripada program
tersebut telah diperbaik dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya
dalam kursus, seperti Curriculum Design and Material Development dan Testing. Ada pelajar TESL yang
menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir di UKM. Sebahagian pelajar yang
lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di sekolah tempat mereka menjalankan latihan
mengajar.
Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi mulltimedia menjadi makin popular dalam
pendidikan, sistem pengarangan multimedia semakin bertambah di pasaran. LIBRA, WinCALIS, CoMIL,
RealEnglish, Course Builder, dan Teleste Partner Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia.
Setelah meneliti program pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus Educational
Technology in TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan bersepadu, di samping
pelbagai kemudahan pengarangan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan sistem
pengarangan yang lain. Dari segi pedagogi, WinCALIS lebih sesuai untuk pembangunan perisian bahasa
kerana menawarkan pelbagai templat yang memudahkan proses pengarangan. Dalam pada itu, terdapat
ciri pengajaran yang sedia terbina dalam sistem pengarangan tersebut, seperti bentuk soalan, sistem
maklum balas, rekod kemajuan pelajar, dan kemudahan merawak tugasan atau soalan. Sejak tahun
1994, pelajar TESL di UKM telah membangunkan lebih daripada 50 perisian multimedia PBBK
menggunakan sistem pengarangan WinCALIS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan Norizan Abdul Razak
1998). Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru pelatih di sekolah semasa latihan mengajar.
Apabila mereka kembali ke kampus semula pada semester berikutnya, mereka terus memperbaik
kelemahan yang ada pada perisian tersebut sebelum dipindahkan ke dalam CD-ROM.
5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI
5.1 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang
pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat
seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet
telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini
secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau
Nusantara ini.
Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa
Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah
menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan
seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan
Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan
persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era
ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah
pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan
aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap
terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan
pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih
lagiemudaf dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha
supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya
mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.
5.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT
Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu dan
cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya.
Umumnya, antara isu dan cabaran adalah seperti berikut :
Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi

Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa inovasi-inovasi yang pantas dalam
mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit dalam pasaran
antarabangsa. Inovasi-inovasi yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali
sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan. Di dalam konteks ini, pengetahuan
merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran manusia dalam bidang ekonomi.
Kewujudan bahasa merupakan kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam
berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu
untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT. Bahasa
Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya memperkatakan apa sahaja
bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa
Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun.
Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya
Perkembangan ICT merupakan saluran kepada epenjajahanf bahasa di peringkat maya oleh
bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Sejarah
telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar
kewibawaannya dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain.
Umpamanya, kesan dari penjajahan negara-negara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh Portugis,
British, Belanda dan Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan
bahasa Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam
kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran
kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa Melayu terus dipertahankan
dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai
bahasa kebangsaan seperti di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah di beberapa
daerah di Thailand Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa
Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan ungkapan yang
berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan masih dikatakan bahasa Melayu
kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang serumpun.
Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti dan Inovasi dalam Memantapkan Penggunaan Bahasa
Melayu
Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah berhubung kait
secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan
penggunaan bahasa Melayu. Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada
sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan
persekitarannya. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu
yang didorongi oleh pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran
daripada hasil perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur untuk
memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama. Pengalaman lalu
membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat
mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa
terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa
depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan
perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di
dalam masyarakat dunia.
Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris
Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT telah
menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia
selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa.
Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpinpemimpin, cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh
dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti
sesuatu kaum atau bangsa.
Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan.
Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan
untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi
maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud
untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat
berkomunikasi dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. Namun tidak
mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa
Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT. Sehubungan dengan itu,
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang
berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan
penguasaan dan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut.
Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak dalam
penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah
asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku,
bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum

penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah
sastera, bulan, akhirat dan zahir.
Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di
era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk
bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilahistilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian,
perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai.
Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya
dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.
Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber
Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia Tenggara.
Bangsa Melayu di Singapura mempunyai eBahasa Melayu Singapuraf dan bangsa Melayu di Indonesia
mempunyai eBahasa Indonesiaf, dan Malaysia berbangga dengan eBahasa Malaysia f. Keberke sanan
untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat
bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa
dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.
Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah satu perkara yang
boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan ilmiah dan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa Melayu dianggap ehidupf dan etidak matif
oleh masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT
seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat
dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar
menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikatsyarikat masyarakat Melayu dalam menfdotcomfkan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu
diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa bahasa
Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan
dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan menfdotcomfkan bahasa Melayu di dalam gerbang
internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan
seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris,
Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa
bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.
Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya
Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu sekarang ini sedang
mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana keperluan ICT dagangan. Namun
penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri.
Masyarakat bahasa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di peringkat
maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan
masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya
apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.
Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang
masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan sastera,
budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam
perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk
dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam memperkembang
bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat
dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada
zamannya. Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan
dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.
Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan
Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan bahasa
Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang
mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda
akan mempunyai peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan
aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan
internet. Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan
pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia.
Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan kedudukan bahasa Melayu dan
peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari
memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga
kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan.
Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang. Ini meletakkan
kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin,
Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan
dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan
dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.
Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICT

Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT. Penggunaan bahasa
Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai pengguna-pengguna bahasa Melayu
mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak
laman-laman dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti
Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan email dan chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai
internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.
Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba luas telah
menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ebahasa Melayu Internetf. Misalnya,
perkataan-perkataan seperti kang (nanti), afkum (assalamualaikum), w flam (wa falaikumsalam),
dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata
gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah
suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).
Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa
Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan
pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak
gramatik kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga perkembangan
pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan
tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di
peringkat maya.
Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang
menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku penyelewengan bahasa dari alam maya ke
alam realiti. Pengguna-pengguna internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan
bahasa Melayu tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan
sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal
relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya.
Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya dengan menguasai
bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasabahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha
dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN
adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja
persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.
Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat
berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta
masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan
ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput
dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah
nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat
Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai
bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam
pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat
Melayu di Nusantara membuat epelaburanf sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang
mengagungkan bahasa Inggeris sebagai epelaburf utama.
Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting
dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa
yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam
arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di ruang siber
tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.
6.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
6.1 Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer, modem, dan
talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan adanya komputer yang dihubungkan dengan
talian telefon ini, kita dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh raya maklumat, mencapai maklumat,
dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet. Komunikasi berperantaraan komputer
merangkum perkhidmatan mel elektronik, papan buletin, persidangan komputer, sembang siber, dan
laman web.
6.1.1 Mel Elektronik
Melalui mel elektronik, pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Walaupun
teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara, komunikasi secara teks didapati digunakan
dengan lebih meluas. Guru dan pelajar dapat berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing
dengan menggunakan perisian tertentu, seperti Eudora, Nescape Communicator, dan Microsoft Explorer.
Perisian komunikasi ini dapat menyimpan, menghantar, dan mencetak mel elektronik. Penerima mel pula
dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi melalui mel elektronik dapat berlangsung
dalam bentuk formal atau tidak formal.
Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah. Guru dapat
menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di tempat yang jauh. Walau
bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap tidak sempurna kerana tiada intonasi,
ekspresi wajah, dan gerak laku yang turut merupakan unsur penting dalam komunikasi.
6.1.2 Papan Buletin

Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan pemelajaran.
Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan maklumat kursus, seperti latihan,
tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan kepada pelajar.
6.1.3 Persidangan Komputer
Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih banyak
pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan menulis mesej, serta
berbincang secara spontan tentang suatu isu. Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan sidang ini
untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa.
6.1.4 Sembang siber
Perkhidmatan ini membolehkan para pelajar berbual-bual dalam bentuk bertulis, iaitu dengan
menggunakan teks. Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak formal dan tidak terancang. Perbualan
dapat dilakukan bersama-sama dengan pengguna lain yang mengunjungi laman sembang siber ini. Guru
bahasa Melayu dapat mengatur pertemuan dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk perbualan
yang mencapai keperluan kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan.
6.1.5 Laman Web
Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan, latihan, atau maklumat kursus
dalam talian. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya pelajar dapat menyusur
maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang dipelajari. Laman ini dapat dibangunkan dengan
lebih lengkap untuk tujuan pengajaran. Jika komputer mempunyai kemudahan multimedia, pelajar juga
dapat mendengar dan melihat imej yang diprogramkan. Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan
memberikan motivasi kepada pelajar. Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam
pengajaran bahasa Melayu.
6.2 Masalah dan Cabaran
Persoalan untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman teknologi
maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu ditangani secara bijaksana oleh pengkaji dan
pencinta BM. Persoalan ini perlu diambil berat agar kedudukan dan kedaulatan BM sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan sentiasa terpelihara. Amanat yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan
(Datof Seri Najib Tun Abdul Razak) ialah sebahagian daripada persoalan yang perlu dikupas dan
dibicarakan oleh semua pihak. Dalam amanat itu, Menteri Pendidikan menyeru supaya BM dimajukan
seiring dengan kemajuan teknologi maklumat agar BM tidak mudah diketepikan dengan alasan bahawa
pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa Inggeris adalah lebih mudah. Hal ini sedemikian
kerana jika BM terus disisih dan terpinggir, keperibadian bangsa Malaysia akan turut terjejas.
Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi maklumat sedang dan terus dilakukan
oleh pihak yang terlibat, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Multimedia Super Coridor
(MSC), Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS), ahli akademik, pencinta bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa mengambil berat
akan masa depan dan kedudukan BM. Namun demikian, dalam melaksanakan usaha murni itu, terdapat
masalah dan kekangan yang menjadi eduri dalam dagingf kepada BM untuk terus dinobatkan sebagai
bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Masalah dan cabaran ini perlu diatasi bagi merealisasikan
hasrat tersebut.
Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam Perlembangan Malaysia
jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 yang berbunyi:
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana
yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen dengan syarat bahawa:
a. tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain
daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain;(Perlembagaan
Persekutuan 1993)
Kedudukan dan keutuhan BM dalam Perkara 152 di atas membuktikan bahawa kedudukan BM
hendaklah dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Hal ini tidak ketinggalan
dalam teknologi maklumat. BM hendaklah diguna pakai dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa
sebarang prejudis terhadap kebolehan dan keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas segala
maksud seperti halnya bahasa Inggeris.
Dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai bahasa siber, sudah tentu BM mengalami cabaran
getir dalam menyaingi kemantapan bahasa Inggeris yang telah dijulang sebagai bahasa dunia. Namun,
permasalahan ini bukanlah titik terakhir untuk kita mengalah dan memberikan laluan kepada bahasa
Inggeris untuk dijadikan bahasa siber di negara kita. Kita seharusnya berganding bahu dalam
menghadapi segala masalah dan cabaran yang mendatang, sekiranya semua pihak ingin mengecapi
kejayaan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato f Dr.
Abdul Shukor Abdullah (1999) yang ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber dalam era
mutimedia. Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan dalam penyediaan perisian
maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pendidikan.
Pemertaban bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu, dan sebagainya sering menghadapai saingan dan cabaran. Masalah dan cabaran ini perlu
dihadapi dengan secepat mungkin dan bijaksana agar kemelutan ini dapat diatasi dengan segera.
Terdapat banyak masalah dan cabaran yang dihadapi oleh BM dalam usaha untuk dimahkotakan sebagai
bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini.
6.2.1 Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Universal
Pemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan. BI
diagung-agungkan melalui pelbagai nama. Phillipson memberikan dua gelaran kepada BI iaitu yang

pertama sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa dan kedua sebagai bahasa perhubungan luas
dan jendela dunia. Memang sewajarnyalah BI dinobatkan sebagai bahasa utama dunia kerana
perkembangannya, pemakaiannya, dan penerimaannya dalam semua aspek kehidupan di dunia seperti
politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lebih awal daripada BM. Peranan BM dalam
kesemuaaspek ini hanya mula berkembang selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Namun demikian, pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM untuk sama-sama
mendapat pengiktirafan pengguna BI. Dalam konteks ini, pengguna dan penerima BM hendaklah
memainkan peranan penting. Seharusnya persaingan dengan BI menjadi asas yang kukuh untuk
meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan BM dalam teknologi maklumat. Tidak mustahil BM diterima
dengan mudah sebagai bahasa siber, kerana secara semula jadi, BM memiliki ciri-ciri yang hampir sama
dengan BI baik dari segi ejaan, sebutan, makna dan sebagainya. Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI .BM
ini perlu diambil kira dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM dalam teknologi
maklumat. Dengan cara ini, kita berharap BM akan menjadi bahasa siber lebih cepat daripada yang
dijangkakan.
6.2.2 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi Maklumat
Penggunaan BI sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah lama berlaku.
Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika merupakan faktor dominan BI terus diangkat
menjadi bahasa teknologi maklumat. Penciptaan pelbagai perisisan komputer seperti perisian Microsoft,
Lotus, IBM, Apple dan sebagainya jelas menunjukkan pemonopolian BI sebagai bahasa siber yang utama.
Kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa BI
terus mendominasi semua program dan perisian dalam teknologi maklumat. Pengenalan Internet
misalnya, jelas memperlihatkan pengaruh kuat BI terhadap pengguna Internet di seluruh dunia. Bagi
mereka yang ingin menerokai alam Internet, mereka terpaksa menggunakan dan memahami BI. Segala
arahan yang terpapar pada skrin menu semuanya dalam BI.
6.2.3 Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM
Sanjungan terhadap BI amat berkaitan rapat dengan sikap yang terlalu mengagung-agungkan
statusnya. Tidak dapat dinafikan bahawaVI terlau hebat disaingi oleh mana-mana bahasa, terutamanya
bahsa dunia dan bahasa antarabangsa yang lain pada ketika ini. Tidak dapat dinafikan juga peranan BI
sebagai bahasa penyalur kebanyakan ilmu. Kehebatan BI memang tidak dapat kita nafikan, tetapi pada
masa yang sama kita harus berbangga dengan kemampuan dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang
lampau, kini dan akan datang.
Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi
maklumat dalam kalangan rakyat perlu dikikis dan dibuang. Perasaan buruk sangka ini sedikit sebanyak
akan menjejaskan kebolehan BM untuk dijadikan bahasa siber. Kini, diketahui bahawa ramai yang
memandang rendah akan kemampuan dan kebolehan BM sebagai bahasa siber. Mereka sebolehbolehnya cuba menafikan kemampuan dan kebolehan BM dan dalam masa yang sama terus merajakan
BI sebagai bahasa siber di negara kita.
Dalam konteks negara Malaysia, kita seharusnya menyanjung usaha kerajaan untuk melihat BM
dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam dunia teknologi maklumat. Kita seharusnya samasama menyumbang ke arah mensiberkan BM sebagai bahasa siber dalam teknologi maklumat.
6.2.4 Kekurangan Perisian Bahasa Melayu
Biarpun BM sudah mantap kedudukannya, hasrat kita untuk mensiberkan BM akan terjejas
sekiranya perisian dalam BM masih kurang dihasilkan. Perisian yang terdapat dalam pasaran semuanya
dicipta oleh pengeluar perisian ternama duniaseperti Microsoft, IBM, Apple dan lain-lain. Ketiadaan
perisian dalam BM merupakan salah satu faktor yang menghalang usaha menjadikan BM sebagai bahasa
dalam bidang teknologi maklumat.
6.2.5 Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa Melayu
Secara dasarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam pembentukan
atau penggubalan istilah baru dalam BM. Pelbagai usaha dibuat oleh DBP bagi memperbanyak istilah
baru khususnya peminjaman istilah daripada bahasa asing khususnya BI. Tetapi, masalah penciptaan
istilah yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang seratus peratus menggunakan BI sedikit
sebanyak menjejaskan peluang BM untuk sama-sama bertapak sebagai bahasa siber. Bahasa istilah
daripada BI tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM sebaliknya dikekalkan dalam BI. Kekangan
peristilahan daripada BI ke BM menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat menjadi bahasa
siber utama bersama-sama dengan BI.
Di samping kekurangan istilah BM dalam komputer dan Internet, terdapat juga istilah BI yang
telah diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat. Ketidaktepatan men terjemah istilah bahasa siber ini
ke dalam BM akan menjejaskan peluang BM untuk dijadikan bahasa siber. Secara tidak langsung akan
terus memahkotakan BI sebagai bahasa siber tanpa digugat oleh BM.
6.3 Penyelesaian Masalah
Permasalah dan cabaran yang dikemukakan ini ialah sebahagian daripada banyak masalah dan cabaran
yang sedang dan bakal dihadapi oleh B.M sebelum dapat dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat ini. Oleh itu, bagi mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber, langkah
untuk mengatasi permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari. Hal ini bertepatan dengan hasrat
Menteri Pendidikan yang menyeru agar perancangan bahasa, pejuang bahasa, sarjana bahasa dan
sastera, kerajaan, IPT awam dan swasta, syarikat-syarikat bertaraf MSC, orang perseorangan dan lainlain agar dapat bersepadu memikirkan cara untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber dalam era
teknologi maklumat kini. Antara jalan penyelesaiannya ialah:
6.3.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

DBP memainkan peranan penting ke arah memantapkan penggunaan istilah teknologi maklumat terkini.
Perterjemahan istilah daripada BI dan BM yang terdapat dalam teknologi maklumat dapat membantu BM
menjadi bahasa siber secepat mungkin. Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari internet
dilakukan dengan segera, nescaya BM mampu digunakan sebagai istilah siber setanding dengan BI
dalam internet. Hal ini secara tidak langsung akan membantu penggunaan internet dalam dan luar
negara mempelajari BM sebagai bahasa siber.
DBP telah menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan kepada penggunaan
komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi maklumat daripada BI ke dalam BM. Usaha
mentejemahkan dan mengamuskan istilah bahasa siber berterusan agar hasrat untuk menjadikan BM
sebagai bahasa siber akan menjadi kenyataan.
6.3.2 Kementerian Pendidikan
Kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tidak ketinggalan berusaha menjadikan BM
sebagai bahasa siber. Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah awal ke arah menjadi BM sebagai
bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Misalnya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
kandungan kurikulum BM sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM yang dipelajari di sekolah
pada masa kini. Menurut Khododi Haji Ahmad dalam nota ringkas tentang pentafsiran sekolah bestari,
kurikulum BM sekolah bestari lebih memberikan tumpuan kepada:
. Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar sebagai alat pengayaan ilmu dan
alat untuk berkomunikasi.
. Usaha menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang kognitif, fizikal, efektif dan
emosi secara bersepadu.
. Kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu
dan hasil kesusateraan.
. Rasa bangga dan cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan.
Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian daripada manifestasi tersurat dan tersirat untuk
melihat BM dijadikan bahasa siber. Komitmen KPM untuk memberi keutamaan di dalam penyelesaian
perisian bagi semua mata pelajaran sekolah bestari dalam BM jelas. Kini terbukti banyak perisian bagi
mata pelalaran BM, Sains dan Matematik telah dalam BM.
Di samping itu, pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah bestari yang dirancang
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1999. Misalnya, KPM telah mengikat perjanjian dengan syarikat
MSC untuk membina perisian pendidikan dari Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan menggunakan BM.
Setiap perisian yang dibuat berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Edisi
Sekolah Bestari. Semua perisian dalam BM ini diharapkan akan dapat membantuk memantapkan
kedudukan BM sebagai bahasa siber dalam dunia teknologi maklumat dan pendidikan di negara kita.
6.3.3 Perbadanan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Perbadanan MSC ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan sebuah
negara yang terulung di rantau sebelah sini dalam dunia teknologi maklumat. Pembinaan kompleks MSC
di Sepang merupakan rentetan daripada impian negara untuk merealisasikan teknologi maklumat sebagi
medium dalam setiap urusan kehidupan di negara kita, temasuk dalam dunia pendidikan.
Dari aspek pendidikan, Perbadanan MSC tidak ketinggalan dalam usaha membantu KPM dan
kerajaan untuk sama-sama menadikan BM sebagai bahasa siber di MSC. Misalnya, Perbadanan MSC
dengan bantuan DBP telah sama-sama menterjemah istilah dalam bahasa teknologi maklumat daripada
bahasa Inggeris ke BM sehingga terhasilnya Kamus Komputer. Malah, Perbadanan MSC juga berusaha
memperbanyak halaman web danghome pageh yang menggunaka BM sebagai pengantarnya dalam
internet.
6.3.4 Memperbanyak Halaman Web
Langkah kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan berjaya sekiranya
rakyat tidak sama-sama menjayakannya. Antara sumbangan rakyat dalam mensiberkan BM dalam dunia
teknologi maklumat adalah dengan mewujudkan halaman web dan ghome Pageh sama ada secara
individu, berkumpulan, organisasi dan sebagainya telah menampakkan kejayaan. Jika kita tinjau dalam
internet misalnya, terdapat beribu-ribu halaman web dan ghome pageh yang ditulis dalam BM.
Dengan wujudnya halaman wab ghome pageh dalam BM dan beridentitikan negara Malaysia,
kita mengharapkan masyarakat untuk mempelajari BM. Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai. Apabila
BM tersebar luas dalam dunia siber terutamamya dalam internet, sudah pasti kita akan menjangkakan
penggunaan untuk mengetahui maklumat yang ditulis dalam BM.
Usaha untuk menobatkan BM sebagai bahasa siber perlu mendapat sokongan daripada semua
pihak, terutamanya daripada mereka yang cintakan BM, baik kerajaan, agensi kerajaan, agensi swasta,
orang perseorangan mahupun sesiapa sahaja untuk sama-sama memahkotakan BM sebagai bahasa
siber seperti yang dikehendaki oleh KPM.
6.3.5 Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan Guru
Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam
pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan
teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat
digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah langkah menerapkan dan mengintegrasikan
komponen penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer.
Supaya para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan
komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program perguruan itu
sendiri. Di samping itu, tahap literasi teknologi maklumat perlu ditingkatkan. Kursus yang berkaitan
dengan teknologi maklumat yang merangkum pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran

menggunakannya secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran menggunakan
teknologi maklumat perlu mengambil tiga komponen. Komponen itu ialah:
1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan perisian asas dan
aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi dalam pengajaran, seperti komputer,
paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan multimedia dalam pengajaran.
2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari bahan dan menilai
keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai perisian, menganalisis kesesuaian maklumat dan hasil
kerja pelajar, dan mengetahui aspek pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi
maklumat.
3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan
pengajaran, membangunkan laman web, dan mengisinya dengan maklumat pengajaran.
Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu mempunyai
pengetahuan minimum berikut:
1. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat seperti Nescape Navigator,
Microsoft Explorer, dan sebagainya.
2. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik.
3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti.
4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.
5. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam persidangan komputer dan
sembang siber.
Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren semata-mata, tetapi
untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, literasi komputer merupakan
keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar. Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka
dengan segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya
digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu
mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan berkomunikasi
dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar yang memiliki komputer
peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar tersebut kerana daripada banyak kajian
yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992 dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar
yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik
apabila mereka mempunyai kemudahan komputer di rumah.
6.4 Kelebihan Menggunakan Komunikasi Pengantaraan Komputer
Beberapa kajian tentang komunikasi berperantaraan komputer dan keberkesanannya telah
dijalankan dalam usaha membantu pelajar menguasai suatu bahasa. Kebanyakan kajian ini berkaitan
dengan pengajaran bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat dijadikan asas untuk
mencuba menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa
Melayu. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991) menggunakan mel elektronik dalam pengajaran bahasa
Inggeris dan mendapati bahawa para pelajar dalam kajian ini dapat menulis dengan berkesan. Mel
elektronik ini turut membantu pelajar berkomunikasi dengan guru secara lebih teratur.
Mowrer (1996) mengatakan bahawa komunikasi pengantaraan komputer merupakan bentuk
komunikasi yang unik dan dapat membantu pembelajaran di dalam kelas. Melalui mel elektronik, pelajar
dapat berhubung dengan guru tentang pelbagai masalah bahasa. Pelajar yang malu atau jarang-jarang
bersuara dan mengeluarkan pendapat di dalam kelas akan berasa lebih selesa apabila berkomunikasi
dengan guru melalui mel elektronik. Komunikasi pengantaraan komputer dapat membantu perhubungan
pelajar-guru dan pelajar-pelajar, di samping dapat merapatkan jurang berbezaan antara seorang pelajar
dengan seorang pelajar lain dalam kursus yang sama.
Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel elektronik dapat membantu pemelajaran
bahasa. Mel elektronik mengaplikasikan strategi pemelajaran berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Para
pelajar dapat berkomunikasi secara spontan. Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara institusi yang
berlainan dapat dijalankan secara kolaboratif. Penggunaan perkhidmatan komunikasi ini membolehkan
lebih banyak projek bahasa dijalankan dalam talian sahaja. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan
mengurangkan tempoh pelaksanaan suatu projek.
6.5 Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer
Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau sembang siber dapat
membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar. Perkhidmatan komunikasi ini
dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang berkesan kerana komunikasi pengantaraan
komputer ini merentas sempadan dan budaya. Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah memenuhi
objektif pengajaran bahasa dan mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber.
Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningkat autonomi pelajar dan
mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. Pelajar dapat mengambil bahagian secara aktif dan
diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan berkaitan dengan pemelajaran. Walau
bagaimanapun, pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula
dapat mengajar dan menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada
pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan lebihan waktu di
dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih dan bantuan kepada pelajar yang
lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi asas pengajaran jarak jauh.
Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi antara dua buah
institusi pengajian atau lebih. Di samping itu, guru dan pelajar dapat berinteraksi pada peringkat
antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti
elektronik.

Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik, dapat
membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap, menjimatkan kos dan masa, dan
memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar. Pengajaran dan pemelajaran dapat
dijalankan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan
bilik seminar, kos pengangkutan, dan penginapan para pengajar.
Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi pengantaraan
komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang betul dan memenuhi strategi
pemelajaran bahasa dan prinsip pengajaran bahasa. Dengan menggunakan komunikasi pengantaraan
komputer ini, para penggunanya tidak perlu bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan
komputer ini mempunyai prospek yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas
perundingan yang merangkum tugas membaiki penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para
pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak banyak kajian
yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian ini. Penulis berpendapat
bahawa komunikasi pengantaraan komputer ini lebih praktikal dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu,
kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu dilakukan.
Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal, komunikasi
pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi dan menjimatkan. Oleh
sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan baik, komunikasi pengantaraan komputer dapat
menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, guru harus peka terhadap komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi
berperantaraan komputer ini kadang-kadang dieksploitasi untuk tujuan yang tidak baik, tidak beretika,
dan tidak bermoral. Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran
untuk membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan betul.
7.0 HALA TUJU PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
7.1 Harapan dan Masa Depan
Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka pengajaran
multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul sedia kala; kita boleh gantikan
menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod gsiasat dan putush. Dan untuk sub-topik kita boleh
rujuk pelajar ke fail-fail video oleh pakar dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai pelayan
institusi melalui web dan dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian
terhadap masalah yang dipaparkan. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam dalam
pemilihan jawapan, dan juga masukkan respons berbentuk esei.
Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum balas sertamerta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan dikumpul dan diri serah
kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang dipentingkan ialah pelajar kini
bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambat-laun akan mengesan pangkalan pengetahuan
untuk kemajuan diri. Tugas muktamad adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan
pengetahuan baru sebagai aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu
kenyataan. Mod ini akan memenuhi kriteriagbelajar melalui membuath bukan untuk belajar. Lamakelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.
Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar bersifat ingin tahu
dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario dalam kaedah yang menarik serta
organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990), universiti dijadikan tumpuan perkembangan
individu dijadikan penggerak pertukaran maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru
kemudian akan diperoleh melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown, 1986). Persekitaran
yang menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari muka
(Schrage, 1990). Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang maklumat.
Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini harus dibicara
sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini bahawa sekolah atau universiti sudah
mempunyai prasarana yang cukup, dan kleinnya juga kenal dan faham komputer. Pengajaran akan
memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik dengan penggunaan pangkalan-pangkalan pengetahuan
sepenuhnya. Modus operandi adalah seperti berikut:
Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.
Menggalakkan pelajar gingin tahuh dan jelajah pelbagai sumber maklumat.
Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.
Bekalkan maklum balas pakar.
Pengajar meletakkan asas, dan pelajar mencari penyelesaian secara individu atau kolaboratif.
Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk pelayan untuk diuji alatan pangkalan data
pelayan. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas, kemajuan dan skor timbun tambah dirakam untuk
tindakan pengajar. Dengan tersebarnya banyak perisian dan begitu banyak maklumat dalam internet,
perlombongan pengetahuan boleh dilakukan untuk mengesan dan memuat simpan maklumat relevan
pada pelayan pengajar, dan tidak menghadkan pelajar ke isi tempatan. Kepakaran dalam perisian dan
konfigurasi perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian.
Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara talian tetapi ia
masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai pendekatan modul interaktif bercetak
sedia ada! Di samping itu kita perlu memahami sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem
Rangkaian Hibrid yang dikatakan sistem yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan
pangkalan-pangkalan pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset atau pangkalan

pengetahuan. Kita boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1) sebagai sesuatu yang disokong dengan
talian komunikasi dalam dan luar tapak.
Di samping itu terdapat interaksi aktif pelajar dengan alat pangkalan data untuk capai keapada
pelayan atau pangkalan data. Sistem hibrid membenarkan pelajar bertindak balas bukan sahaja dengan
isi CD-ROM semasa belajar, tetapi juga menjelajah dan mengembang dari pangkalan data tetap melalui
pangkalan data tertabur. Di samping interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan, pelajar
boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui alatan perbincangan seperti ruang sembang, e-mel dan
listserv. Pangajar, sebagai gedung pengetahuan, boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni
atau asinkroni, dan boleh mengubahsuai, pinda, atau mengehadkan capaian kepada pangkalan
pengetahuan jika perlu. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan satu mekanisme memuat simpan
pengetahuan dan tersedia untuk orang lain.
Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk menyampai maklumat
terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat mengakibatkan pelajar belajar, dan hasil akhir
biasanya merupakan (tetapi tidak terhad kepada) kemahiran dan pengetahuan, dan pengajaran dan
latihan. Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam prestasi yang bertambah baik dalam situasi sebenar
(dan tidak sahaja pada situasi rekaan). Apa yang diandaikan ialah pindahan pembelajaran dari yang
disimulasi ke yang praktikal. Bagi mereka yang menyayangi paradigma konsstruktivis, gpenggunaan
pengetahuan dalam situasi sebenar h tidak dipanggil pindahan pembelajaran, tetapi konstruksyen
semula untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru!
Teknologi menambah nilai kepada kurikulum, tidak mempengaruh perubahan kualitatif
(mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer, 1999). Pemilihan keputusan pengajaran yang
tepat untuk memilih reka bentuk yang sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk
Web dan Lebuh Raya Multimedia. Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja; sistem
sokongan pembelajaran harus ada, dan bekerjasama dengan persekitaran pembelajaran dalam
organisasi. Melalui komunikasi elektronik, mengimbas persekitaran luar dan menawan pengetahuan
yang wujud dalam organisasi. CD-ROM Hibrid dengan struktur web atau lebuh raya merupakan mod
berkesan untuk memperoleh pangkalan-pangkalan data sedia ada untuk muat simpan serta pembinaan
pengetahuan. Kini Sekolah Bestari dibekal dengan CD-ROM, dan kemungkinan besar pengajaran tidak
terhad kepada isi yang termuat pada CD-ROM. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga
menambah baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web supaya apabila
pengguna (guru dan pelajar) klik padanya, mereka dapat akses kepada laman web yang sesuai untuk
tujuan pengayaan dalam bidang yang dibicarakan. Ini akan membantu dalam arah pembinaan
persekitaran web hibrid untuk sekolah.
Oleh sebab rangkaian WWW sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan penggunaannya
pula agak meluas, langkah yang dapat diambil oleh institusi pendidikan seterusnya ialah memilih
perisian PBBK multimedia yang terbaik yang dihasilkan oleh pelajar, dan menempatkan perisian itu
dalam laman web. Langkah ini akan memudahkan perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam "bilik
darjah/kuliah yang tiada sempadan." Langkah ini membolehkan lebih banyak bahan PBBK multimedia
tempatan digunakan di dalam negara dan di dunia luar.
Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur budaya tempatan
yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita percaya bahawa perisian PBBK tersebut
akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia.
Hal ini akan memupuk semangat toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia.
Kandungan perisian PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih
banyak pengunjung dan pengguna. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar akan lebih
banyak terlibat dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk pembelajaran bahasa tanpa sempadan,
penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan perisian untuk laman web dari masa ke semasa,
pemantauan kemajuan pelajar, penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar, dan pengurusan
pembelajaran bahasa yang lebih dinamis.
Dalam tahun-tahun yang mendatang, lebih banyak institusi pengajian tinggi akan menyediakan
peruntukan kewangan yang lebih besar untuk pengembangan teknologi maklumat dan aktiviti berkaitan
dengan teknologi maklumat dalam pendidikan. Aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia haruslah
diperluas bukan sahaja bagi menampung kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan,
malahan aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan
untuk jangka panjang. Sekali gus, sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan menggunakan
internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan datang akan menjadi lebih mantap.
Perisian PBBK multimedia akan terus mendapat tempat di dalam dunia tanpa sempadan pada alaf baru
ini.
Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang meluas di
negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan dalam negara bertolak
daripada inisiatif pendidik secara individu dan tidak digerakkan oleh institusi pendidikan atau
kementerian. Walaupun pada umumnya kos pembangunan perisian PBBK multimedia ini menjimatkan
dalam jangka masa pendek, kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan
yang seiras dengan budaya dan pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti
pendidikan yang lebih terserlah. Di samping itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan
memerlukan lebih banyak pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan pemelajaran
yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat dicapai dari jauh melalui
internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan pelajar. Dengan hal yang demikian, para
pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.
7.2 Syor dan Cadangan

Dalam menghadapi globalisasi, rintangan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat amat besar sekali. Penghayatan dan promosi penggunaan bahasa Melayu menjadi semakin
sukar apabila kepentingan ekonomi menjadi cagarannya. Namun, jumlah penutur bahasa Melayu yang
melebihi 200 juta di dunia ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa
teknologi maklumat serantau yang mempunyai nilai ekonomi. Kini yang amat penting ialah kekuatan dan
semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat ini, termasuk kerjasama yang bersepadu antara semua
negara berbahasa Melayu.
Selain itu, pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan penggunaan bahasa
Melayu dalam teknologi maklumat,antaranya termasuklah:
1. Memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang berjuang memartabatkan
bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau
anugerah secara berkala.
2. Menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat sebagai
tanggungjawab sosial kerajaan. Pihak kerajaan, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat menyediakan
perkhidmatan mencari istilah dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan penggunaan
bahasa Melayu di negara ini secara percuma. Perkhidmatan ini dapat dipopularkan melalui gerbang web
bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedia ada.
3. Menyediakan prasarana yang lebih dinamik untuk pengembangan istilah dan bahasa dalam gerbang
web DBP yang sedia ada. Sesiapa sahaja boleh memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang
perkara baru yang timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi maklumat.Pengesahan
terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya dapat dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa
yang dilantik. Dengan cara ini sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan
perkembangan teknologi maklumat itu sendiri.
4. Meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat berbahasa Melayu pada
peringkat negara serantau yang mampu memberikan pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya.
5. Melonggokkan perisian aplikasi generik berbahasa Melayu yang murah dan mudah diperoleh di
pasaran negara. Usaha ini dapat dilakukan dengan bantuan pihak seperti NITC (National IT Council),
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), dan IPTA. Dalam era teknologi maklumat ini, tampaknya
hanya bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa global. Walau bagaimanapun, John Naisbitt dalam
buku The Global Paradox, mengatakan bahawa semakin "global" dunia ini semakin kuat pula timbulnya
kesedaran nasionalistik penduduk setempat seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara
Eropah. Oleh sebab itu, kita amat berharap agar usaha teknologi maklumat dapat diseiringkan dengan
keperluan terhadap globalisasi.
Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula ialah :
1. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan yang mengcukupi bagi
menyediakan prasarana dan peralatan untuk membangunkan dan menggunakan ICT dalam pangajaran
dan pembelajaran di sekolah.
2. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan di PSPN, PKG dan PSS sebagai tempat untuk guruguru mendapat nasihat dan latihan.
3. Sediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang ICT bagi semua guru-guru untuk menghadapi
perkembangan ICT bagi masa hadapan.
4. Makmal-makmal komputer perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah untuk memberi peluang kepada
setiap pelajar menggunakan komputer dan memahirkannya.
5. Perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih profesional.
Berdasarkan kepada syor dan cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi dapat dilaksanakan demi
mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini
merupakan satu cabaran yang perlu diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu celik komputer
dalam menghadapi alaf baru.

8.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER DI


SEKOLAH
8.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan diperolehi.
Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk meningkatkan pendidikan. Contoh demi contoh
merujuk kepada teknologi perkaskasan seakan-akan teknologi-teknologi itulah yang membawa kepada
hasil yang diharapkan. Pada sebahagiannya ini mungkin benar, tetapi yang merumitkan ialah
memastikan proses yang selari dengan teknologi itu berfungsi. Kerap kali kelemahan teknologi
disembunyikan dan tidak diberi perhatian langsung. Pengajaran boleh dilatih, pelajar didorong menyertai
dalam percubaan Pembelajaran Bestari, perkakasan mungkin berada, tetapi adakah pendekatan kepada
pengajaran novel atau inovatif?
Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa sebenar dan
yang mungkin memerlukan penyesuaian. Beberapa pengajar mungkin tertarik dengan idea
konstruktivisme, tetapi akan menghadapi masalah melaksanakannya dalam bilik darjah. ICT boleh
menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan
kebijaksanaan untuk berjaya. Jika pengukuran pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. Kita boleh
menyepadukan ICT dengan lebih berakal kalau kita memahami teknologi-teknologi lembut.
8.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario
pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di
dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara. Untuk memastikan sistem
pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang
bersifat global harus diteroka.
Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan
dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan agar pengarjaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu
pesat membangun. Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat lari dari
menggunakan komputer. Hal ini kerana, komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya
mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa. Atas kesedaran bahawa
bahasa Melayu itu harus bergerak maju ke depan, maka satu laman
web.www.khazanahmelayu.mmu.edu.my dibina. Diikuti oleh perisian kursusBahasa Melayu untuk
Penutur Asingf melalui intranet Universiti Multimedia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dihasilkan.
Melalui pengalaman-pengalaman inilah dapat menyingkap sejauh mana komputer membantu
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di samping kemahiran tatabahasa yang sering
dititikberatkan dalam sesuatu pengajaran bahasa.Dalam pengajaran bahasa terdapat tiga kemahiran
penting yang sering dititikberatkan iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh
itu kita lihat sejauh mana komputer dapat memainkan peranannya dalam kemahiran-kemahiran ini.
8.2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan, syarahan, pidato,
perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa dan ahli keluarga, mendengar nyanyian,
puisi, seloka, pantun, gurindam, berita, menonton drama, filem dan sebagainya. Keperluan untuk
mendengar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial,
mendapatkan hiburan atau maklumat dan pengetahuan.
Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan dalam satu
perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana mereka dapat mendengar
model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk
atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul.
selain daripada itu adat resam, disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan.
Misalnya bagaimana hendak memulakan percakapan, bagaimana hendak mencelah dan menyampuk
apabila orang lain sedang bercakap.
Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas dimulakan.
Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan memahami topik pelajaran yang bakal diajar
sebelum masuk ke kelas. Oleh itu, semasa di dalam kelas, pelajar dapat menambahkan pemahaman
ketika guru menerangkannya.
Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga sebagai alat yang
menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami apa yang didengar ini penting.
Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan diperlukan. Untuk setiap topik di dalam perisian
kursus disediakan latihan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan
mendengar petikan, perbualan atau sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti
mana yang telah disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah,
siapakah, bilakah atau di manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah, bagaimanakah,
jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat dikendalikan di dalam ruang forum atau
sembang, atau melalui e-mail.
Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula memainkan peranan
penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai panduan atau model bagaimana
perbahasan atau perdebatan berlangsung, maka di dalam kelas guru boleh memberikan topik-topik
tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu menarik minat pelajar untuk dibahaskan.
Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun dan
sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu, irama dan intonasinya? Melalui
teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisi-puisi Melayu ini dan
mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model bacaan puisi ini dijadikan contoh
kepada para pelajar. Bacaan pantun boleh kita dengar dalam cakera padat gTatabahasa Bahasa
Melayuh di permulaan dan penutup setiap modul.
Untuk kemahiran bertutur, ucapan atau petikan boleh dipertonton kepada para pelajar, misalnya
ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC oleh Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamed. Selain daripada itu, video tentang perisitiwa 11 September 2001. Bahan ajar seperti ini boleh
dijadikan topik perbincangan yang hangat di dalam kelas.
Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar mendengar ia akan
meniru model tersebut apabila bercakap nanti. Oleh itu, pemilihan model adalah penting dalam
pengajaran bahasa. Di Malaysia sendiri mungkin kita tertanya-tanya intonasi, gaya dan sebutan yang
bagaimanakah yang betul dalam bacaan berita, di RTM, TV3 atau NTV7?
Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan pelajar bertutur menurut sistem
bunyi bahasa Melayu baku, maka model bahasa Melayu amat diperlukan. Di Malaysia sendiri kita
terkeliru apatah lagi pelajar-pelajar bahasa Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah
kita dapat menyebarkan bahasa Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat
menyebarluaskan contoh dan model ini yang disahkan oleh pakar bahasa seperti yang akan temui dalam
cakera padatTatabahasa Bahasa Melayu.

8.2.2 Kemahiran Menulis


Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU termasuklah
melalui e-mail, ruangan sembang dan laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my.
Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi, terlebih dahulu saya menjelaskan format surat
kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota yang telah sedia ada di dalam enota
talian MMUf. Kemudian diberikan iklan jawatan kosong yang disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia
berserta soalan supaya mereka menulis surat kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang diiklankan
kepada saya melalui e-mail. Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari segi isi, format,
pemilihan kata dan tatabahasa, akan dihantar semula kepada pelajar jawapan permohon berserta
pembetulan jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa.
Selain daripada itu, melalui ruangan sembang dan e-mail juga, dikemukakan topik atau isu-isu
semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan
sesuatu topik. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak
langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran
menulis. Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut.
Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan laman-laman
untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan peribahasa. Dalam laman
berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh bertanya khabar, menyatakan perasaan dan
sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau
cerita kanak-kanak mereka boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Keistimewaan ruangan cerita
pendek ini ialah pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri.
Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau maksudnya
di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk menulis atau untuk perbualan
sehari-hari.
8.2.3 Kemahiran Membaca
Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar, misalnya membaca berita,
laporan, pengumuman, taklimat dan sebagainya, contoh atau model diberikan dalam perisian kursus
supaya pelajar dapat meniru model bahasa lisan yang baik.
Dalam cakera padat gTatabahasa Bahasa Melayuh misalnya, disediakan audio dan teks yang
dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu pelajar menyebut dengan cara
yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan masing-masing.
Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya selain teks dan
audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan animasi untuk memudahkan
pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari. Misalnya dalam satu skrin terdapat
teks Anggota bomba menaikkan tangga. Ada animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan
tangga dan voice over yang menyebut ayat tersebut. Begitu juga dengan teks, animasi, imej dan
voice over Anggota bomba menaiki tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran itu. Kedua-dua
ayat ini mempunyai perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para pensyarah
menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya, gabungan elemen-elemen multimedia dapat
membantu dan memudahkan pemahaman pelajar.
8.2.4 Kemahiran Tatabahasa
Selain daripada kemahiran berbahasa, kemahiran tatabahasa juga merupakan salah satu
daripada elemen penting yang perlu dikuasai. Mungkin bagi sesetengah orang, tatabahasa merupakan
sesuatu yang membosankan. Namun begitu, melalui teknologi komputer ini mampu untuk kita
menangani masalah ini. Misalnya di dalam cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu, penerangan
tentang konsep disampaikan dengan memberikan definisi, huraian, contoh dan latihan.
Sesuatu topik tatabahasa dimulakan dengan bahan rangsangan yang memperkatakan tentang
tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut memperkenalkan adat, budaya dan topik tatabahasa
tersebut. Setelah pelbagai corak, gaya dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen
multimedia seperti audio, video, animasi, teks dan grafik, diikuti pula oleh latihan.
Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada pelbagai jenis,
misalnya soalan aneka pilihan, betul dan salah, padanan, seret dan letak, mengisi tempat kosong dan
sebagainya. Apa yang menariknya, setiap pilihan jawapan itu disediakan dengan respons yang
menyatakan sebab-sebab jawapan itu salah atau betul. dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu
walaupun jawapan pilihannya salah.
Satu lagi keistimewaan cakera padat Tatabahasa Bahasa Melayu ialah terdapatnya Petua
Munsyi iaitu petua, nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna kepada para pengguna untuk
memahami tatabahasa bahasa Melayu.
Begitu juga dengan prototaip yang dibina untuk gWarna-warna Malaysiah iaitu gabungan
laman web (yang mencerminkan tentang geografi, tempat-tempat menarik, budaya dan ekonomi di
Malaysia) dengan cakera padat, eBelajar Bahasa Melayuf. Dalam topik kata tanya misalnya, sediakan
bahan rangsangan iaitu perbualan di kaunter pertanyaan di sebuah hotel. Setelah memperkenalkan kata
tanya dan ayat tanya tersebut, diikuti pula dengan definisi dan huraian serta penerangan tentang kata
tanya dan ayat tanya serta contoh-contohnya. Untuk memantapkan lagi kefahaman pengguna, sediakan
soalan-soalan yang berkaitan dan jawapan atau respons bagi setiap pilihan jawapan.
Berdasarkan perbincangan ini, jelas teknologi komputer mampu dan berupaya untuk membantu
dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Dengan teknologi yang ada kita dapat berkongsi
maklumat dan idea dari seluruh pelosok dunia tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya
teknologi ini pelajar dapat belajar bahasa mengikut kesesuaian masa mereka sendiri. Kita amat jelas,

mengajar bahasa memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu, selebihnya pelajar sendiri perlu berusaha
memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, dengan adanya teknologi komputer ini, dengan
cakera padat, laman web dan sebagainya membantu mereka belajar sendiri dan peranan utama
pengajar, menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri.
Namun tidak dinafikan, dengan teknologi komputer ini menuntut kita meluangkan lebih banyak
masa dan tenaga untuk berfikir, mencari idea-idea yang kreatif dan kritis dalam pengajaran berbantukan
komputer. Pastinya guru tersebut perlu pakar dalam bahasa dan juga tahu menggunakan teknologi
komputer walaupun tidak sebijak pakar TM (teknologi maklumat) atau pakar komputer yang menjadi
bidang utama mereka.
Bukanlah suatu perkara yang mudah juga untuk kita menghasilkan laman web atau perisian
kursus, namun jika kita menggabungkan pakar-pakar dalam bidang multimedia, teknologi maklumat,
reka bentuk bahan pengajaran dan pakar kandungan atau subjek, hal ini tidak menjadi masalah dan
objektif kita untuk memperluas sempadan geografi penggunaan bahasa Melayu, di samping
memperkenalkan bahasa, sastera dan budaya Melayu kepada masyarakat antarabangsa bukan satu
omong-omong kosong lagi.
8.3 Inovasi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Di negara kita, inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dibahagikan kepada dua frasa utama. Frasa pertama bermula pada tahun 1981 hingga tahun 1989. Frasa
ini lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di bawah aktiviti kelab komputer
sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup. Frasa kedua pula bermula pada tahun 1990
dengan pendekatan yang lebih condong kepada pengajaran berintegrasikan komputer.
Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran, maka pada bulan Jun
1992, Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar yang terkenal sebagai gProjek
Komputer dalam Pendidikanh di 60 buah sekolah menengah. Bagi memperluas penggunaan komputer
di kalangan pelajar, maka program ini diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah.
Pada tahun 2001, pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah sekolah bestari di
bawah projek Rintis Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan. Dalam projek rintis ini, sebanyak empat
mata pelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah telah menggunakan perisian kursus yang
disediakan secara berperingkat-peringkat. Mata pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah Bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik. Perisian kursus berkenaan disediakan oleh empat buah
syarikat swasta dengan usaha sama Kementerian Pendidikan.
Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan
perisian kursus yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk, atau pelajaran. Melalui perisian inilah,
pelajar atau pengguna akan mempelajari sesuatu, sama ada secara bersendirian ataupun dengan
bimbingan guru.
Melalui pengajaran berbantukan komputer, pelajar dapat terangsang untuk belajar iaitu belajar
sendiri tanpa guru, memilih kemahiran atau tajuk mengikut urutan tertentu, mengulang pelajaran
beberapa kali mengikut keperluan, belajar mengikut keupayaan dan kelajuan masing-masing, berlatih
menyebut, membaca dan menghafazkan sesuatu mengikut model yang diperdengarkan, memperoleh
maklum balas segera dalam bentuk teks, suara atau grafik, maklumat tambahan dan sebagainya.
Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi pelajar-pelajar tingkatan
tiga. Bagi pelajar tingkatan satu, dua, empat dan lima, tiga kemahiran tersebut ialah bidang
interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Di samping kemahiran tatabahasa merupakan aspek
penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, kita akan dapat melihat bagaimana
pentingnya komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan melalui
kemahiran tersebut.
Dengan menggunakan perisian kursus, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran berpidato,
berdebat, berpuisi, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pelajar dapat mendengar model tentang
kemahiran tersebut dengan betul. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan
yang diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, kita dapati bahawa pelajar dan pengguna bahasa Melayu
masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu seperti bestari, debat, panel, peka dan
sebagainya. Dapatkah perkataan tersebut disebut dengan betul? Lazimnya, dalam bahagian lisan,
perkataan tersebut akan dipaparkan pada skrin yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang
menyebut perkataan tersebut mengikut sebutan baku. Pengguna kemudiannya dikehendaki mengajuk
menyebut perkataan itu dengan betul.
Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan yang
diperdengarkan. Contohnya, bagaimana pelajar hendak membaca berita, membaca laporan, membaca
pengumuman, membaca pantas, menyatakan makna berdasarkan konteks menganalisis maklumat
membuat taakulan dan membuat rumusan?
Lazimnya, perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu akan
menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam kemahiran
berkenaan. Contohnya, dalam hal membaca berrita, bentuk sebutan, intonasi, dan gaya yang
bagaimanakah yang seharusnya diikuti, jika model bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai
panduan pelajar?
Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masing-masing, dalam
perkembangan bahasa Melayu, harus ada yang baku atau standard sekurang-kurangnya dari segi
intonasinya atau sebutannya. Oleh itu untuk panduan sekolah, perisian kursus yang disediakan juga
mengambil pertimbangan tentang cara bacaan berita yang betul dan baku.

Di samping itu pemaparan bahan juga disediakan dengan menarik. Contohnya, selain teks,
disediakan juga gambar, grafik, animasi dan sebagainya bagi memudahkan pemahaman pelajar dalam
sesuatu tajuk yang sedang dipelajari. Bagi teks tertentu,terdapat juga pop-up, sama ada dalam bentuk
penerangan ataupun gambar yang bertujuan untuk memberikan kemudahan membuat rujukan secara
serta merta. Pop-up ini digunakan hanya apabila diperlukan oleh pelajar, iaitu dengan mengklik
perkataan berkenaan. Sebaik sahaja perkataan diklik, maka terpaparlah penerangan ringkas tentang
perkataan tersebut yang kadang-kadang disertai gambar atau animasi yang sesuai.
Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu
termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat. Contoh karangan berformat ialah surat
kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Dengan menggunakan perisian kursus, maka pelajar akan
diberikan tutorial tentang cara menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi. Penerangan yang terdapat
dalam tutorial ini bersifat ansur maju, iaitu latihan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga pelajar
mahir menulis surat mengikut format yang betul. Di samping itu, bagi memudahkan pelajar, templat
tertentu disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai ditempat kosong
yang terdapat dalam templat berkenaan.
Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari. Aspek tatabahasa
ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial. Tutorial ialah penerangan tentang sesuatu konsep yang
disampaikan dengan memberikan definisi, huraian, dan contoh yang berkaitan. Tutorial disampaikan
dengan berperingkat-peringkat, iaitu bermula daripada konsep yang paling mudah sehinggalah peringkat
yang lebih kompleks. Setiap peringkat itu disediakan dengan latihan yang sesuai dengan konsep yang
diterangkan.
Lazimnya, perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk subjektif. Namun
demikian, jika talian berbentuk subjektif diperlukan, contoh atau cadangan jawapan untuk semakan
pelajar atau penggunakan disediakan.
Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer. Guru-guru perlu menyedari bahawa
betapa pentingnya penggunaan komputer di era globalisasi ini. Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang
ini perlulah lebih meluas dengan mengikuti kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan.
Seterusnya, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran berbantukan komputer di
sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus literasi teknologi maklumat dari semasa ke
semasa. Hal ini amat penting bagi menyediakan guru-guru bahasa yang mampu menangani cabarancabaran di dalam pengajaran berbentuk maya ini. Selain itu, modul pembanguNan perisian juga wajar
ditawarkan kepada mereka bagi melahirkan guru-guru bahasa yang berkebolehan dan berliterasi untuk
memproses perisian bahasa melayu dengan menggunakan sistem pengaturcaraan. Modul pembangunan
perisian ini juga perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian bahasa Melayu yang
dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya Melayu. Sehubungan itu pakar bahasa
Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan
pembangunan perisian kursus yang terdiri dari pakar bahasa, pengatur program komputer dan pereka
grafik.
Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan pertandingan
mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan perisian yang sedia ada dan
menggalakkan pembangunan perisian bahasa itu. Dengan pertambahan ini, pengajaran bahasa
berbantukan komputer dapat berkembang kerana komputer dan perisiannya dapat membantu
meningkatkan pangajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dengan ini, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan di luar kelas
formal dan ini satu strategi untuk mengembangkan bahasa Melayu di dalam dan di luar negeri.
Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh dijalankan melalui rangkaian internet untuk
mencakupi pelajar bahasa yang lebih ramai. Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya
merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan dapat memantau usaha memperbanyak lagi bahan
pengajaran bahasa Melayu di dalam internet.
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku dengan menggunakan
komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi
tanpa halangan peribadi. Hal ini di sokong oleh kajian Harasim (1989 dan 1990), dan Walther (1996).
Sebagai guru bahasa di alaf baru, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu perlu diperluas dan dipertingkat lagi demi mengembangkan bahasa Melayu di alam siber.
Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru perlu mengambil
kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat
membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998)
menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya:
Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur internet dan menggunakan alat
teknologi maklumat.
Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan
pengajaran.
Berdasarkan fakta tersebut inovasi yang begitu ketara dalam pengajaran menggunakan teknologi
maklumat khususnya komputer ialah:
a) Pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer dapat membantu interaksi pelajar agar lebih
interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang diajukan di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian
internet mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang
mereka berikan itu betul atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan dan pertolongan dalam

talian juga ada disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk memberi motivasi kepada
pelajar akan dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala antara pelajar dengan komputer.
b) Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh diprogramkan di dalam bentuk
multimedia. Bahan maklumat dapat disampaikan dengan data, teks, imej, video, animasi, bunyi dan
suara.Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok hanya kerana ia
disampaikan dengan animasi dan bunyi. Ini membantu suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah.
Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan
menjadikan proses pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu
timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.
c) Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (student centered). Pengajaran komputer
membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar dengan tiada halangan dan bias. Ini sejajar
dengan kaedah pendidikan masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar. Setiap pelajar juga
dapat mengawal pembelajaran bahasa Melayu masing-masing dari segi kelajuan, kemahiran, dan tahap
latihan. Dari segi kelajuan, pelajar boleh melambatkan atau mempercepat pelajaran bahasa mengikut
kesesuaian tahap kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing. Jika dilihat dari segi kemahiran
pula, pelajar boleh memilih pelajaran bahasa sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu peringkat
permulaan, pertengahan atau mahir. Pelajar yang mahir mungkin tidak perlu melakukan latihan
permulaan. Dari segi latihan pula, pelajar boleh membuat latihan dengan berulang kali atau membuat
cubaan menjawab secara berulang-ulang tanpa merasa malu jika membuat kesilapan. Pelajaran yang
diulang-ulang ini juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.
i. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri. Dengan kaedah pembelajaran bahasa
menggunakan komputer, pembelajaran bahasa boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak
tertakluk di dalam kelas bahasa yang formal atau di dalam makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti
pelajaran bahasa di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan
yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajaran mereka. Waktu
pembelajaran juga terhad. Dominasi guru juga dapat dikurangkan dan ini dapat membantu pelajarpelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat
demikian dengan komputer.
ii. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas. Penggunaan komputer membolehkan interaksi pelajar
dan guru dijalankan walaupun di luar bilik darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru dan
pentadbiran sekolah boleh berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di dalam dan juga di
luar sekolah.
iii. Penilaian boleh dijalankan secara komprehensif. Penggunaan komputer membolehkan penilaian
dijalankan di dalam talian di mana ia lebih komprehensif. Komputer berupaya untuk mambantu para guru
membuat set penilaian, menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian mereka dan kebolehan
pelajar menjawab soalan-soalan tersebut. Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis
dan satu kumpulan soalan-soalan berkenaan dipanggil penilaian berkomputer. Penilaian di dalam talian
ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat
tertentu. Kerja ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Pelajar akan dinilai dari segi
kebolehan mereka menilai maklumat, menggunakan maklumat dan mempersembah maklumat mereka
dalam bentuk laporan atau persembahan.
iv. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu. Peranan guru bahasa adalah lebih sebagai fasilitator dan juga
pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas yang menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk
mencari maklumat, menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan maklumat yang tersedia
untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru juga berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat
membantu pelajar dari segi teknikal.
9.0 KESIMPULAN
Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu agenda dalam
Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek
yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti kerajaan elektronik dan sekolah bestari ini telah
menjadi pemangkin kepada pembudayaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik
komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu
bidang industri yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini,
usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.
Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang
berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa,
persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat. Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi
maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat.
Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna
bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara
pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan
komunikasi secara bersemuka. Hal ini telah disokong oleh kajian Harasim (1989), Harasim (1990), dan
Walther (1996). Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan
menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan
dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam
internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan
bahasa Melayu di paras antarabangsa.

Selain itu, berdasarkan teaching, learning and computing: a national survey of school and
teachers, center for research on information technology and organizations indicator ICT terhadap
penggunaan internet oleh guru-guru ialah:
i. Sekolah awam boleh mengases internet.
ii. Internet disambungkan dalam bilik darjah.
iii. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.
iv. Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.
v. Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
vi. Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
vii. Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
viii. Internet digunakan dalam subjek pengajran.
ix. Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)
Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran. Melalui ICT
dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu menyediakan bahan-bahan
latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat menganalisis maklumat yang sedia ada yang
membolehkan guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat
membantu guru meningkatkan perkembangan profesional mereka melalui latihan, pembelajaran dan
kursus-kursus yang diadakan.
Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan
menjadikan:
i. Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar
ii. Meningkatkan emphasis ke atas individu
ii. Lebih masa untuk guru menasihati pelajar
iii. Meningkatkan minat dalam pengajaran
iv. Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi
v. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi
vi. Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru
vii. Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi pengajaran
viii. Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat.
iv. Tingkatan pentadbiran guru dan komunikasi dengan ibu bapa.
(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

BIBLIOGRAFI
Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.
Boston: Butterworth-Heinemann.
Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:
Routledge.
Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive
domain. London: Longmans.
Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:
Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.
Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of
Educational Research, 53, 445-459.
Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology
Research and Development, 42, 21-29.
Crowder, N.A. (1960). gAutomatic tutoring by instrinsic programming h. Dalam A.A.
Lumsdaime & R. Glaser (Eds.) Teaching machines and programmed learning: A
source book (pp. 286-298). Washington, DC: Development of Audiovisual
Instruction, National Educational Association.

Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Ertmer, P.A. (1999). gAddressing first-and second-order barriers to change:
Strategies for technology integrationh. Educational Technology Research and
Development, 47(4), 47-61.
Fongs S.F. & Ng. W.K. (1996). gInstructional Design Considerations for prototyping
multimedia computer-based learning coursewareh. Kertas kerja dibentangkan
dalam MCCE EDUCOMPf96 Symposium, suatu Persidangan antarabangsa yang
dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan
Computertimes dan IBM, di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 28-29 Mei
1996.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1998). gAuthoring Considerations for Effective Multimedia
Softwaresh. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference
sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational
Research Association] di Ferringhi Beach Hotel, Pulau Pinang, 28-30, Disember,
1998.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1999). gEffects of Animation on Learning of Mitosis on a
Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological
Profilesh. Kertas kerja dibentangkan dalam Malaysian Educational Research
Association-Educational Research Association of Singapore MERA-ERA
(Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of
Singapore) Joint Conference 1999 yang bertema gEducational Challenges in the
New Milleniumh dan dikendalikan di Melaka, 1-3 Disember, 1999.
Harasim, L. (1989). gOnline Education: A New Domainh dlm. Mason, R. Dan Kaye,
A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education.
Oxford: Pergamon Press.
Harasim, L. (1990). Online Education: Perspective on a New Environment.
New York: Praeger.
Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New
Jersey: Prentice Hall International.
Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. 1996. Information Technology and
Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.
Lorentsen, A. (1989). Presentation and Analysis of Project Computer Aided Distance
Teaching: A Project at Jutland Open University, Aalborg: Aalborg University,
Department of language and International Studies.
Mason (1989). gAn Evaluation of Cosy an Open University Courseh dlm. Mason, R.
Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance
Education. Oxford: Pergamon Press.
Mowrer, D.E. (1996). g A Content Analysis of Student/Instructor Communication via
Computer Conferencingh dlm. Higher Education 32: 2, hlm. 217-241.
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri
Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991). gEnglish by E-mail Creating a Global
Classroom via The Medium of Communication Technologyh dlm. ELT Journal
45: 5, hlm. 287. Oxford University Press.
Walther, J.B. (1996). gComputer Mediated Communication: Impersonal Interpersonal
and Hypersonal Interactionh dlm. Communication Research 23: 1. Sage
Periodicals Press.
Wells, R. (1992). Computer Mediated Communication for Distance Education:
An International Review of Design, Teaching and Institutional Issues,
Pennsylvania: American Centre for The Study of Distance Education,
Pennsylvania State University Press.
Wild. R. H. Dan Winniford, M. (1993). gRemote Collaboration among Students
Using E-mailh dlm. Computer Education 21: 3, hlm. 193-203. Pergamon Press.
Wong, P. (1999). gPreparing Student Teachers for IT Integration into Instruction h.
Prosiding Persidangan Tahunan ke-12, The Education Research Association, hlm.
83-90. Singapura: Educational Research Association.

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK )

EMK

yang sedia ada dalam kurikulum lama adalah seperti berikut :-

*Bahasa
*Kemahiran Berfikir
*Pendidikan Alam Sekitar
*Kepimpinan
*Nilai murni
*Belajar Cara Belajar
*Sains dan Teknologi
*Patritisme
*Pencegahan Rasuah
*Kajian Masa Depan
*Pendidikan Kepenggunaan
*Keselamatan Jalan Raya
*Pendidikan Reproduktif,Kesihatan dan Sosial
Bertambahan EMK dalam dokumen Standard Kurikulum iaitu :
Kreativiti dan Inovasi
Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ketiga tiga EMK ini sangat penting kerana Pembangunan Negara bergantung kepada
Perspektif Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian. Tun Mahathir juga benar
berkata : Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi ...mestilah boleh mencipta , menambah dan
memperbaharui ...Selain itu, Model Baru Ekonomi ( MBE ) ialah ciri ciri keusahawanan
dan inovatif pada tahun 2020. MBE mewujudkan mekanisme untuk membantu kumpulan
40% terendah menggunakan naluri keusahawanan bagi memula dan mengembangkan
perniagaan.Dasar Utama TMK ,KPM menyatakan bahawa TMK untuk semua dan sebagai
mata pelajaran serta penguapaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembanngunan modal insan yang
berfikiran kreatif , kritis dan inovatif , mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat
menguasai kemahiran TMK.Penerapan EMK kerana kemahiran abad ke -21 , lima bentuk
pemikiran seperti ( Disiplined mind / Synthesizing mind / Creating mind / Respectful mind /
Ethical mind )amat perlu pada modal insan kita. Matlamat ketiga tiga EMK ini adalah
mengahsil modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang
berkualiti menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah
pembangunan masyarakat , bangsa , negara dan agama. Selain itu, membentuk ciri ciri dan
amalan keusahawanan sehingga menjadi , budaya dalam kalangan murid. Melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat menerapkan budaya keusahawanan. Matlamat TMK bagi
memastikan murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
dipelajari.

You might also like