You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SAINS (DALAMAN)

SEK. KEB. JALAN PASAR 1


TARIKH
: 25HB FEEBRUARI 2015
TEMPAT
: BILIK MEDIA, SK JALAN PASAR 1
PENCERAMAH : PN. NOORSUSARA BT ABDULLAH PASEK (Guru Sains)
Program Teknik Menjawab Sains telah berjaya dijalankan dengan
melibatkan kehadiran murid tahun 6 seramai 5 orang. 3 orang murid tidak
dapat hadir iaitu adik Arica Jpyce Johny (pualng ke Sabah), Muhammad Akif
Asyraaf

dan

Muhammad

Adif

Haikal

(Pertandingan

Ragbi).

Walaubagaimanapun kelas ini diteruskan untuk menangani murid-murid


yang terlalu lemah dan merupakan murid HALUS (Harapan Lulus) dalam
mata pelajaran ini. Kesempatan ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk
menyampaikan maklumat dalam bentuk yang lebih mudah difahami serta
berfokus. Program ini dijalankan di Bilik Media berbentuk Bengkel Sains
untuk memahami dengan lebih jelas teknik menjawab serta memahami
seksyen B soalan Sains UPSR.
Kelas dimulakan pada pukul 2.00 petang selepas murid berhenti rehat
dan makan tengahari di kantin. Penerangan mula diberikan pada pukul 2.00
petang. Guru mata pelajanran Sains, Pn. Noorsusara telah memberikan
penerangan yang lebih terperinci mengenai teknik dan kaedah memahami
konsep-konsep
mengenai

soalan

cara

Sains

mencari

Seksyen

tujuan

B.

Penerangan

penyiasatan,

utama

pemerhatian,

adalah
inferens,

pemalar, hipotesis, hubungan dan kesimpulan serta membuat ramalan


berdasarkan soalan yang diberi.
Tempoh masa selama 2 jam dirasakan amat singkat memandangkan
banyak perkara yang perlu difahami. Walaupun begitu, murid dan guru
berpuashati dengan bengkel ini dan dapat menjadi panduan kepada murid
terutamanya untuk tahun 6 Bestari yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR pada bulan September nanti. Semoga murid mendapat manfaat dan
menggunakan maklumat yang telah difahami dari Bengkel ini untuk
menguasai mata pelajaran Sains dengan lebih baik lagi.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh,
__________________

Noorsusara bt Abdullah Pasek

You might also like