You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU PANITIA


KEMAHIRAN HIDUP/REKA BENTUK TEKNOLGI
TAHUN 2015

TEMA:
Idea Kreatif Menjana Kecemerlangan
1.0 PENDAHULUAN
Program Minggu Panitia adalah salah satu daripada pelan operasi yang dirancang sebagai mana untuk
meningkatkan lagi tahap kecemerlangan mata pelajaran elektif ini di sekolah. Tujuannya adalah untuk
menarik minat murid mempelajari ilmu Kemahiran Hidup / Reka Bentuk ini dengan lebih mantap lagi.
Mata pelajaran elektif ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita, diharapkan maklumat yang
diterima di sekolah akan diaplikasi oleh murid di dalam kehidupan harian mereka.
Justeru itu, kami berhasrat mengadakan PROGRAM MINGGU PANITIA KEMAHIRAN HIDUP/
REKA BENTUK TEKNOLOGI
2.0 RASIONAL
Dalam menghadapi dunia yang kian mencabar ini, murid-murid seharusnya dilengkapkan dengan pelbagai
kemahiran bagi bersaing dengan masyarakat yang lebih bersifat global. Perkongsian ilmu dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup / Reka Bentuk Teknologi dapat diterjemahkan dalam keadaan yang lebih santai
tetapi bersifat ilmiah dan cerdik IT oleh murid Generasi Y ini melalui penghasilan slaid power point. Ilmu
yang diperoleh dalam Kemahiran Hidup diguna pakai menerusi penggunaan ICT dapat membentuk murid
yang lebih kreatif dan inovatif. Diharapkan dengan Program Panitia Kemahiran Hidup/ Reka Bentuk
Teknologi dapat memberi pengalaman baru dan menarik untuk dikongsi bersama murid Tahap 1 dan Tahap 2
sekolah ini.
3.0 OBJEKTIF
1

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid melalui aplikasi ICT.

Memberi peluang kepada murid dalam menjana idea kreatif mereka dengan penggunaan ICT bagi
mengintegrasikan

PPPM dalam anjakan 7 iaitu Memanfaatkan Ict Bagi Meningkatkan Kualiti

Pembelajaran Di Malaysia.
3

Memupuk murid agar berdaya saing untuk mencapai pembelajaran ke peringkat yang lebih maju.

Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari
segi fizikal, emosi , mental dan rohani.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid Tahun 4-6 (Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1)
5.0 TARIKH
30 MAC 2015 (ISNIN )
6.0 TEMPAT
Dataran Harmoni, Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1), Jalan Rusa, 55100 Kuala Lumpur.
7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
7.1 Pengerusi
: Pn. Tay Mee Yong
7.2 Naib Pengerusi 1

: En Yahya bin Naaman

7.3 Naib Pengerusi 2

: Pn. Walliah bt. Bahari

7.4 Ketua Panitia

: Pn. Ani bt Miswadi

7.4 Setiausaha

: En. Muhammad Faruqhi bin Azmi

7.5 AJK

: En. Muhamad Aiman bin Zulkifli

8.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA


Sila rujuk lampiran B
9.0 PERBELANJAAN PROGRAM
9.1 Sumber Perolehan

: PCG Mata Pelajaran Kemahiran Hidup / Reka Bentuk Teknologi

9.2 Anggaran Perbelanjaan

: RM 100 untuk hadiah pertandingan

10.0 ATURCARA PROGRAM


Sila rujuk lampiran A
11.0 PENUTUP
Kami berdoa semoga PROGRAM MINGGU PANITIA KEMAHIRAN HIDUP/ REKA BENTUK
TEKNOLOGI dapat memberi impak yang berkesan kepada murid bahawa mata pelajaran Kemahiran
Hidup/ REKA BENTUK TEKNOLOGI bukanlah satu mata pelajaran elektif semata-mata bahkan boleh
dijadikan pemangkin untuk berdaya saing dengan masyarakat luar yang kompetetif dan inovatif.
Adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak demi mencapai
objektif yang telah digariskan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi
sebarang sumbangan ke arah menjayakan PROGRAM MINGGU PANITIA KEMAHIRAN HIDUP/
REKA BENTUK TEKNOLOGI 2015 ini.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

............................................................
ANI BT. MISWADI
Ketua Panitia KH/RBT
Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1)
55100 Kuala Lumpur

.............................................

.................................................

LAMPIRAN A

ATURCARA PROGRAM
30 Mac 2015 ( Isnin )
8.15 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis

8.20 pagi

Ucapan Perasmian Minggu PPDa

8.25 pagi

Bersurai

31 Mac 2015 (Selasa)


Tempat

Makmal Komputer, SK Jalan Pasar 1


Semasa PdP Kemahiran Hidup Tahun 6

1 April 2015 (Rabu)


Tempat

Makmal Komputer, SK Jalan Pasar 1


Semasa PdP Reka Bentuk Teknologi Tahun 5

Tempat

Pusat Akses, SK Jalan Pasar 1


Semasa PdP Reka Bentuk Teknologi Tahun 4

LAMPIRAN B

JAWATANKUASA
PROGRAM MINGGU PANITIA KEMAHIRAN HIDUP/ REKA BENTUK TEKNOLOGI
2015

PENGERUSI
Puan Tay Mee Yong
Guru Besar SKJP (1)
NAIB PENGERUSI 1
Encik Yahya bin Naaman
GPK Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI 2
Puan Walliah bt Bahari
GPK Kokurikulum
KETUA PANITIA
Pn. Ani bt. Miswadi
SETIAUSAHA
En. Muhammad Faruqhi bin Azmi
AJK

Muhamad Aiman bin Zulkifli


AHLI JAWATANKUASA KERJA
Muhamad Aiman bin Zulkifli - Juru foto
En. Muhammad Faruqhi bin Azmi - Dokumentasi
Pn. Ani bt. Miswadi - Hadiah
Pn. Ani bt. Miswadi - Pengacara Majlis

You might also like