You are on page 1of 7

Peranan guru dalam menangani penyakit di sekolah

November 24, 2012jenrysaiparudinLeave a commentGo to comments

PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM MENANGANI PENYAKIT


BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.
Pengenalan
Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimum dan
berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi,
rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang
memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaran pelbagai
penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan peranan
penting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasi
berkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.
Peranan guru
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu mencegah
penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( Pendidikan
Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS.
PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang
kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka
mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran
membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.
Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa
ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu
mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.
Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi
peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.
Aspek dalam penerapan kesihatan
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang
berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan
penting adalah seprti berikut ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pengurusan Diri
Pengurusan pakaian
Pengurusan tahap kesihatan
Pengurusan pemakanan sihat
Pengurusan berat
Pengurusan tekanan
Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan
setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusan
diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.
Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh,
pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat,
pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.
Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut. Bagi
kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya
dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan
juga dari dijangkiti kudis.

Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanakkanak tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah
dengan membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum
makan juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia
panjang. Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu
yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan
menggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada
dijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik.
Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss
untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan
gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun.
Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai
perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari.
Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.
Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita
mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh
dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan
paras glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan
payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat.
Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis
makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihat
ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit
yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis
makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh
dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia
boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan.
Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan
adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar,
berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan
makan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan
masyarakat di negara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan
utama, tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat,
mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga
tinggi kadar lemak dan minyak serta garam.
Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan mengurangkan
kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit
seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh
meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis, kemandulan dan
lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang rendah dan
selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan
berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh
dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,
ikan, tenusu rendah lemak dan protein.
Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenaga
padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan
keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi.
Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan
yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan
yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia

boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah
dalam memilih kaedah untuk menangani stress.
Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan
jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan,
kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.
Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus
kepada kesedaran mengenai penyakit.
Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1
Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini
memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan
melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada
sukan di sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk
Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh
mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program
pengenalpastian bakat Talent detection dan talent identification and Development (TID). Keduaduanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif
yang menyookong kea rah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat
jangka panjang.
Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukkan satu
masyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat
strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan
bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif.
Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan
Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perlu
dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani
masalah yang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari
pihak NGO amat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan
pihak dalam menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi
kesihatan anak-anak.
Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara berterusan dan
menerapkan program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah
(RKS) iaitu; perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama
antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan.
Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan
sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid.
Selain itu, ia dapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat
rujukan mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat
mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari
segi fizikal dan mental. Program ini dapat mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan
keselamatan masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik,
sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan kesejahteraan dan keselamatan
di kalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain.
Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan
masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf kesihatan murid-murid. Agensi-agensi
sukarela yang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan,
Kelab Rotary, PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.
Penutup

Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaitu Kebersihan,
Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini
mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin
kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememamngnya
kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program ini juga, murid-murid
dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran
sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi.
1.
2.
3.
4.
5.

RUJUKAN
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3
Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)
Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/
To Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM (2012)

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah


Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah
juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya
bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang
berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah
yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan
kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi
berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.
Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar
menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan
sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap
pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin
dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajarpelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran
hari itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa
pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak
langsung,sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.
Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan
nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan
mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat
luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran
sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang memiliki
kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat
dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan.Oleh
yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.
Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika
kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh
bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa
anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk
manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang
berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit
berjangkit tidak mengancam
kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat
dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi
mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.
Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak
sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah
kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan
kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang
gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan
antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek
kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain
kokurikulum.
Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti
mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan
sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan

bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar
daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan
sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

You might also like