You are on page 1of 10

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA

DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI,


NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
NO KES: 10-NN0AA-001-10002-162

ANTARA

PENDAKWA SYARIE SELANGOR

PENDAKWA

DENGAN

KHAIRUL BIN HAJI HASSAN


PEMBELAAN
(NO. K/P: 870807-10-8977)
***************************************************************************
PENYATAAN SAKSI KEDUA PENDAKWAAN
***************************************************************************
Nama : Badrul Bin Azman
No KP : 781209-10-3455
Warganegara : Malaysia
Alamat : No 387, Jalan Permata, Taman Indah Jaya, 43650 Bangi, Selangor
Pekerjaan : Pegawai Agama Pejabat Agama Daerah Sepang

1. Sila beritahu kepada mahkamah latar belakang Encik.


Nama saya Badrul bin Azman bernombor kad pengenalan 781209-10-3455 dan berumur
36 tahun. Saya merupakan Penguatkuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

2. Boleh Encik beritahu pada mahkamah apakah tujuan Encik datang ke


Mahkamah pada hari ini?
Saya datang ke Mahkamah untuk memberikan kenyataan kerana saya merupakan
Penguatkuasa Agama di Pejabat Agama Daerah Sepang yang menyiasat kes nikah
sindiket yang dibicarakan pada hari ini.
3. Sudah berapa lama Encik menjadi Penguatkuasa Agama?
Semenjak saya mula bekerja 12 tahun yang lalu pada tahun 2002. Ketika itu saya berusia
24 tahun.
4. Ini bermaksud Encik tahu secara mendalam skop tugasan Encik?
Ya, saya tahu secara mendalam akan skop kerja saya.
5. Boleh ceritakan kepada mahkamah mengenai skop tugasan anda sebagai
seorang Penguatkuasa Agama?
Saya bekerja di bawah Encik Ismail. Selalunya saya akan mengikuti Pegawai Agama
dalam serbuan yang dilakukan. Selain itu, saya juga dipertanggungjawabkan untuk
menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan atau tangkapan yang dilakukan. Setiap
siasatan ini akan saya tulis di dalam Investigation Diary dan disemak serta disahkan oleh
Pegawai Agama yang berkaitan agar semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan.
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-3 kepada
saksi
ID-3 INVESTIGATION DIARY BADRUL
6. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya, saya cam.
7. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut
Dokumen tersebut merupakan ID yang saya tulis sendiri, setelah serbuan dilakukan bagi
tujuan rekod di Pejabat Agama kami.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-3

8. Adakah anda terlibat pada hari serbuan dilakukan di rumah Hussin dan
Jamilah?
Ya. Saya mengikut Pegawai Agama yang terlibat pada ketika itu, Encik Ismail.
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-4 kepada
saksi
ID-4 WARAN GELEDAH RUMAH JAMILAH
9. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
10. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini ialah waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk kami lakukan
serbuan ke rumah Jamilah setelah mendapat aduan.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-4
11. Boleh ceritakan kepada mahkamah kaitan serbuan pada hari itu dengan kes kita
pada hari ini?
Sewaktu serbuan dilakukan, Encik Hussin telah menunjukkan sijil nikah kepada pihak
kami. Daripada situ kami dapati sijil nikah tersebut tidak sah. Kalau Encik Peguam ada
menonton berita, isu hangat sekarang memang mengenai nikah sindiket. Maka, kami soal
siasat Encik Hussin lebih lanjut dan mendapati beliau menggunakan agen iaitu tertuduh
untuk mengadakan pernikahan di Thailand.
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-5 kepada
saksi
ID-5 SENARAI BONGKAR RUMAH JAMILAH
12. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.

13. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen tersebut ialah Senarai Bongkar Rumah Jamilah yang diisi oleh penguatkuasa
agama, mengandungi maklumat dan dokumen yang kami dapati semasa menjalankan
serbuan.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-5
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-6 kepada
saksi
ID-6 SIJIL NIKAH PALSU
14. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
15. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Ini merupakan sijil nikah yang kami peroleh daripada Hussin semasa jalankan siasatan
terhadapnya. Dan siasatan lanjutan telah dilakukan untuk mengesahkan sijil nikah tersebut.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-6
16. Adakah terdapat orang lain yang bersama Encik Hussin dan Puan Jamilah di
dalam rumah tersebut ketika serbuan dibuat?
Ketika serbuan dijalankan, yang berada dirumah ketika itu hanyalah Encik Hussin dan
Puan Jamilah, tiada orang lain yang bersama mereka di dalam rumah ketika itu.
17. Apakah yang diperolehi sepanjang soal siasat bersama Encik Hussin?
Pada peringkat awal kami mendapati sijil nikah yang diberikan oleh Encik Hussin itu
palsu. Maka kami jalankan soal siasat terhadap beliau. Beliau seterusnya mengatakan
bahawa beliau mendapat pertolongan daripada sahabatnya, tertuduh, yang bekerja di
syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pernikahan di Thailand. Tertuduh telah
ditangkap untuk siasatan terperinci dan Encik Ismail kemudiannya mengarahkan saya
untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mencari bukti untuk mensabitkan kesalahan.

Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-7 kepada
saksi
ID-7 WARAN GELEDAH PREMIS SYARIKAT
18. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
19. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut
Dokumen ini merupakan waran geledah untuk kami lakukan serbuan ke premis syarikat yag
dikatakan tempat tertuduh berkhidmat. Kami jalankan penggeledahan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan dengan urusan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah untuk
mengesahkan perkhidmatan tertuduh sebagai ejen di syarikat tersebut.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-7
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-8 kepada
saksi
ID-8 WARAN GELEDAH RUMAH KHAIRUL
20. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
21. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Ini merupakan waran geledah yang dikeluarkan mahkamah untuk kami jalankan serbuan
ke rumah Khairul bagi mengesahkan maklumat yang kami peroleh setelah ke premis
syarikat Cepat Nikah Sdn Bhd. Kami telah jalankan serbuan dengan kehadiran tertuduh di
kediaman beliau dan mendapatkan dokumen dan maklumat yang diperlukan.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-8
22. Bagaimana anda mengenal pasti sijil tersebut adalah palsu?

Sijil nikah yang diberikan kepada kami itu tidak mengikut piawaian sijil nikah yang asli.
Ia disahkan oleh pegawai agama kami iaitu En Ismail bin Yunus yang bertanggungjawab
untuk mengesahkan samada sijil nikah itu dikeluarkan secara sah atau sebaliknya
23. Ada menjumpai apa-apa sewaktu siasatan lanjut dilakukan?
Kami berjaya mendapatkan kontrak perjanjian pihak-pihak yang terlibat dengan urusan
pernikahan ini berserta resit bayaran. Selain itu, serbuan ke rumah tertuduh juga
mendapati bahawa terdapat banyak poster iklan perkhidmatan nikah tersebut berserta
nombor telefon tertuduh. Kami juga menjalankan siasatan terhadap syarikat yang
dikatakan tempat tertuduh berkerja dan mendapati tertuduh sudah lama berhenti kerja.
Selain itu, isteri Encik Hussin juga ada menunjukkan email di antara tertuduh dan
suaminya yang berkaitan dengan kes pada hari ini.
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-9 kepada
saksi
ID9- SENARAI BONGKAR SYARIKAT
24. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
25. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini ialah senarai bongkar setelah kami lakukan serbuan ke premis syarikat dan
mengandungi maklumat yang didapati semasa siasatan dijalankan,
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-9
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-10 kepada
saksi
ID10- SENARAI BONGKAR RUMAH KHAIRUL
26. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.

27. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini ialah senarai bongkar rumah tertuduh yang diisi setelah serbuan dilakukan.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-10
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-11 kepada
saksi
ID-11 KONTRAK PERJANJIAN HUSSIN DAN HAJI ANUAR
28. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
29. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini ialah kontrak perjanjian yang ditandatangani oleh En Hussin dan Hj Anuar dan
menurut kontrak, saksi yang menandatangani ialah Hj Hassan iaitu bapa mertua tertuduh.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-11
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-12 kepada
saksi
ID-12 RESIT BAYARAN RM3000
30. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
31. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini ialah resit pembayaran yang mengandungi tandatangan tertuduh sebagai
penerima bayaran, dan menunjukkan bayaran sejumlah RM3000 oleh Hussin kepada
tertuduh.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-12

Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-13 kepada
saksi
ID-13 POSTER IKLAN
32. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
33. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen ini merupakan poster iklan khidmat nikah di Thailand yang kami peroleh semasa
jalankan serbuan ke rumah Khairul, dan mengandungi nama dan no telefon tertuduh.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-13
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-14 kepada
saksi
ID-14 PENDAFTARAN NO TELEFON
34. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
35. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen tersebut merupakan pendaftaran no telefon di sebuah syarikat telekomunikasi iaitu
kepunyaan tertuduh pada hari ini, dan disahkan oleh Celcom Bhd.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-14
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-15 kepada
saksi
ID-15 COMPANY PROFILE
36. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.

37. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen tersebut merupakan profil Syarikat Cepat Nikah Sdn Bhd. menyatakan secara
terperinci senarai organisasi iaitu staf mengikut jabatan serta menunjukkan tertuduh
bukan lagi pekerja yang berkhidmat.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-15
Mohon kepada mahkamah untuk mengemukakan dokumen yang bertanda ID-16 kepada
saksi
ID-15 BANK STATEMENT COMPANY
38. Adakah anda cam dokumen tersebut?
Ya.
39. Sila terangkan kepada Mahkamah dengan lebih terperinci dengan dokumen
tersebut.
Dokumen tersebut merupakan penyata akaun bank syarikat cepat nikah yang menunjukkan
traksaksi pemindahan wang kedalam akaun. Setelah diselidiki, penyata itu menunjukkan
bahawa tiada transaksi pemindahan wang kepada syarikat.
Mohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen tersebut sebagai Eksibit P-16
40. Apa yang kamu lakukan terhadap bukti-bukti tersebut?
Saya terus melaporkan pada Pegawai Agama yang menguruskan kes ini, Encik Ismail.
Seterusnya Encik Ismail memeriksa kesahihan bukti tersebut sama ada dengan
memanggil pihak-pihak yang berkaitan untuk keterangan mahupun memeriksanya
sendiri.
41. Adakah timbul apa-apa keraguan terhadap bukti-bukti yang diberikan?
Sepanjang siasatan dijalankan, segala bukti-bukti menunjukkan tiada keraguan.
42. Adakah bukti-bukti tersebut diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan?
Ya, bukti-bukti tersebut diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

You might also like