You are on page 1of 11

Kesultanan Terengganu

1708 - 1733: Tun Zainal Abidin


1733 - 1794: Sultan Mansur I
1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
1808 - 1830: Sultan Ahmad
1830: Sultan Abdul Rahman
1830 - 1831: Sultan Daud
1831 - 1837: Sultan Mansur II
1837 - 1839: Sultan Muhammad
1839 - 1876: Baginda Omar
1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942 - 1945: Tengku Ali
1945 - 1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Baginda
ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku
Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai
Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin
ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja
Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah
Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar
tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh
Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit
kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak
lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang
Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga,

Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota


Lama).

Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan
Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah
Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1
berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua.
Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah
menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa
pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu
dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat
pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan),
putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada
tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan
yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu
dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada
naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh
Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (18301831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda
Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan
Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda
diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai
Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan
Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan
Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika
pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh


Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh
putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan
baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu.
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang
DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah
ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh
Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(1920 - 1942).

Menurut Warta Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali,
yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku
Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942.

Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942
oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak
menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu
pada 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949
dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan Ismail Nasiruddin dilantik
sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965
hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku
Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail
Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh
putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Tengku Mahmud.
Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura.
Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang
DiPertuan Muda Tengku Mizan.

Asal Usul Nama Terengganu

Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama


Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan
nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu
penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan
peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil
Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren
sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri
jiran sungguh "terang ganunya".

Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan
oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum
wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di
kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai
Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang
taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang
daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan
nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu
seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah
seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang
berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa
pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu".
Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai
Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka
berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari

Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau
Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka
akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama
kelamaan muncul lah Terengganu.

Kedatangan Islam

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam
ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun
Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu
Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun
1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan
penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh
membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri
terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.

Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi
sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan
dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah,
Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk
Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira
10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik
pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.

Kedudukan Geografi dan Penduduk

Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50
dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula
bersempadan dengan Pahang.Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar /
1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke
Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala

Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut


dan Setiu dan dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun,
Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru
iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.Tiaptiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut
adalah :

Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar;


Kemaman : 253,559.9 hektar;
Dungun : 273,503.1 hektar;
Marang : 66,654.3 hektar;
Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar;
Setiu : 130,436.3 hektar
Besut : 123,367.8 hektar.
Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912
penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat
pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (2009) penduduk Terengganu
telah melebihi 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu
dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.Ibu negeri Terengganu ialah
Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan
dan hasil petroleum pula menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan
mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang
menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan
bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit.
Berdasarkan buktiarkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di
Gunung Bewah, terdapatmanusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu
Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya
dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam
dan juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan
kerajaanJohor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan
Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya,
Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu
ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan,
Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang
( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri
Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda


yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera
Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun
Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau
Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang
lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri
Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.
Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah
Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar
1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja
Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan
duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan
tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama
bersemanyam diTanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang,
ke Langgar dan kePulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala
Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil
Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan
gelaranSultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda
memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur
Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor
Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu,
Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada
masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang
Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda
terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman
Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan
pada tahun 1776.
Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (17941808).
Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang
dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu
dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada
naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh
beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun
1831mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta
kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan
Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839,
Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya
menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda,
Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh
Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh
putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (18811918). Ketika pemerintahan

baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu.
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang
DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah
ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh
Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(19201942).
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942,
Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai
"Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September
1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September
1942 oleh Syuckokanatau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini
dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu
pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949
dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin
dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke6 dari 21
September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat
Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila
Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang
Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan
Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan
Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Terengganu
YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata
KDNK Negeri Terengganu dijangka meningkat tiga peratus akhir tahun ini
berbanding RM20.2 bilion tahun lalu

Pertumbuhan ekonomi negeri dijangka akan terus positif pada tahun ini selepas
berlaku pertumbuhan memberangsangkan sehingga kadar tiga peratus yang
membolehkan KDNK mencapai RM20.2 bilion pada tahun lalu. Perkembangan itu
disokong oleh pengekalan dan daya tahan yuang kukuh melalui asas ekonomi
domestik dan pelaburan swasta serta pasaran buruh yang stabil. Menteri Besar,
Dato Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika persekitaran ekonomi global kian
pulih, KDNK Terengganu dijangka akan mencapai pertumbuhan tiga peratus
hingga empat peratus pada tahun ini. Selain itu, jumlah pelaburan yang
diluluskan di Terengganu daripada Januari 2013 hingga Februari 2014 berjumlah
RM7.1 juta billion dan mewujudkan sebanyak 3,400 peluang pekerjaan. Adalah
dijangka jumlah pelaburan di negeri ini juga akan bertambah. Sementara kadar
penganguran di Terengganu masih di bawah guna tenaga penuh iaitu 3 peratus
pada tahun 2013 dan dijangka stabil pada kadar 2.5 peratus hingga 3.5 peratus
pada tahun 2014, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena
Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan
Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Ahmad Razif

berkata, perancangan holistik sektor kerajaan dan didokong sektor swasta


melalui berbagai projek pelaburan tempatan dan asing akan berupaya
mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. Kadar inflasi yang sederhana
dan terkawal iaitu 3.2% pada Disember 2013 membolehkan pertumbuhan
ekonomi Negeri Terengganu berada dalam keadaan stabil dan mampan
sepanjang tahun 2014, ujarnya. Katanya, bagi memastikan kesejahteraan
rakyat terus terpelihara, pelbagai program pembasmian kemiskinan akan
dirangka dan diperhebat. Negeri Terengganu kini berada di tempat ke sebelas di
antara negeri-negeri di Malaysia bagi miskin tegar. Adalah diyakini bahawa
sasaran sifar kemiskinan tegar di negeri ini akan dapat dicapai tidak lama lagi,
ujarnya.
Hit : 184

Kembali

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap teratur dan cepat dalam menjalankan


urusan tugas dan kewajipan YAB Menteri Besar Terengganu.

Misi

Untuk memastikan persekitaran yang efisien dan tadbir urus yang cekap bagi
Menteri Besar menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.

SUK TERENGGANU NEKAD GALAS HARAPAN `STAKEHOLDER


Ditulis pada 14 Januari 2015.

Dato Osman menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Perhimpunan


Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto
Oleh Harish Fadzilah

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berjanji untuk menggalas tugasan yang


baharu bermula sejak 1 Januari lalu dengan penuh amanah dan komited
bersandarkan harapan tinggi daripada `stakeholder (pihak berkepentingan),
iaitu penjawat awam dan rakyat Terengganu serta cabaran bagi memastikan
penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

Dato Osman Muda berkata, segala cabaran dan permasalahan yang timbul akan
diselesaikan dengan kerjasama semua pegawai tadbir serta kakitangan kerajaan
agar komposisi pentadbiran kerajaan negeri sentiasa dipandang tinggi oleh
masyarakat.

Saya percaya, tugas baharu saya ini tidak semudah yang disangka kerana pasti
ada cabaran yang bakal ditempuhi kelak untuk menyediakan perkhidmatan
terbaik.

Bagaimanapun, dengan sokongan dan kerjasama semua pegawai dan tuanpuan sekalian, insha-Allah ianya dapat dihadapi dengan lancar,katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma


Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato Ahmad Razif Abd Rahman; Pegawai Kewangan
Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Mohd
Nor Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih terhadap
mantan SUK terdahulu, DatoMazlan Ngah berikutan banyak jasa dan khidmat
bakti yang pernah disumbangkan sepanjang menerajui pentadbiran negeri
sebelum ini.

1
Barisan kepimpinan pentadbiran negeri di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma
Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini.

Tambah beliau, perjumpaan pertama dengan penjawat awam di WDI selaku


pusat pentadbiran negeri dengan menekankan konsep Transformasi
Perkhidmatan Awam Negeri : Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat, amat penting
bagi menentukan arah serta hala tuju penjawat awam negeri.

Katanya, sebagai pusat pentadbiran yang menjadi nadi utama pembangunan


sesebuah negeri, baik dari segi perancangan, pelaksanaan, kewangan dan
pencetus dasar-dasar Kerajaan, WDI sudah melalui pelbagai pembaharuan sama
ada dari segi kepimpinan dan juga perubahan dasar.

Di sini telah berlaku berbagai-bagai perubahan samada perubahan kepimpinan


atau perubahan dasar, malah pahit maung penjawat awam dan kerajaan negeri
sendiri.

Oleh itu untuk melihat perubahan berlaku samada berjaya atau tidak, kita
warga kerja Wisma Darul Iman perlu memainkan peranan yang penting. Tindak
tanduk kita di sini menjadi satu tanda aras kejayaan kakitangan kerajaan
negeri,katanya.

Dalam tempoh itu juga, menurut beliau pelbagai kejayaan yang diraih Pejabat
SUK dan kerajaan negeri sendiri yang membuka mata ramai pihak untuk
mengiktiraf dan mencontohi kecemerlangan berkenaan.

Antara kejayaan terbaharu adalah pembentangan Belanjawan 2015 yang


membentangkan bajet inklusif dan menyeluruh, selain negeri terbaik dalam
pengurusan bencana banjir dan menerima `The Gold Standard serta mendapat
pujian daripada Perdana Menteri.

Dasar utama suk :


DASAR UTAMA
Ditulis pada 28 Ogos 2013.

"Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan"

Merealisasikan Dasar-dasar Awam Untuk Meningkatkan Kesejahteraan Hidup


Rakyat Melalui Kemudahan Sosial Dan Prasarana Fizikal Serta Peningkatan
Ekonomi Rakyat

Memperkasakan Penyampaian Melalui Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Memperkasa Keupayaan Modal Insan Sektor Awam Melalui Peningkatan Jati Diri
Dan Nilai-Nilai Murn

UPEN berperanan sebagai:-

1. Pusat rujukan dan sumber maklumat rasmi ekonomi negeri.

2. Perancang dan penyelaras agenda ekonomi pembangunan negeri.

3. Perancangan dasar-dasar ekonomi pembangunan negeri.

4. Penyelaras halacara pembangunan antara jabatan/agensi kerajaan.

5. Urus setia perancangan dan pemantauan kepada Kerajaan Negeri.

6. Penghubung antara jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Unit Perancang Negeri telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah pentadbiran
Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu. Pada 1 Julai 1975, unit ini telah
dipindahkan ke bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu. Pemakaian nama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mula
diperkenalkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM)
pada 1 April 1977. Nama UPEN digunakan secara rasminya di Negeri Terengganu
pada 19 Januari 1978.

You might also like