You are on page 1of 17

Ciri ciri kerajaan maritim dan agraria

Kerajaan Agraria

1. Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan


hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt
kerajaan Dvaravati Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai
Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
2. Selain itu dapat juga di pedalaman kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi
spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
3. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ),
dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
4. Terbentuk secara evolusi jadi petempatan kekal kemudian bandar dan
kerajaan.
5. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan
sayur-sayuran. Rempah ratus spt cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt
gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
6. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya
dan sungai, kulit kura-kura.
7.

Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.

8. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil ia dipengaruhi


pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong
dan Tasik Tonle Sap. raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan
mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) bina sistem pengairan dan
baray tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.
9. Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap
dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air
tawar, punca air minum upaya tampung penduduk yg ramai.

Kerajaan Maritim

1. Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta


pelabuhan.Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya
di Sungai Musi, Kedah Tua Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
2. Kearajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah
Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu ( Sungai Kelantan ), Srivijaya
( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-loan
( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau
Tioman.
3. Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut jadi kampung nelayan ada
juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran
didagang jadi pusat dagang pelabuhan pembekal spt Klang dan Kuala
Selingsing
( Perak ). Disinggahi dapatkan barang spt. Damar, rotan,
emas, timah, dan hasil laut.
4. Maju jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya.
Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.
5. Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan
Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda laluan dagang
antarabangsa. jadi pelabuhan entrepot pembekal emas, timah, hasil hutan,
dan hasil kerajaan persekitarannya.
6. Emas banyak T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera Bumi
Emas. Tarikan org India dan Yunani.
7. Bahasa melayu bahasa lingua franca penduduknya: orang tempatan,
orang laut dan pedagang luar. Org Melayu terkenal pelaut, pedagang, peneroka
punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. Mampu belayar
dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di
langit.

Kerajaan Maritim Srivijaya

1. Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg besar.- Kawal keselamatan dan


perdagangan di Selat Melaka.
2.

Rakyat terdiri orang laut dan pelbagai golongan lain.

3. Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka.


Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. Ia
juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
4.

Anutan agama Hindu.

5.

Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara

i.
Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di
Selat Melaka.
ii.
Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan kapal
yang berdagang antara Cina dan India.
iii.
Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan
oleh wilayah taklukannya.
iv.

Keupayaan membina kala besar.

Kerajaan Maritim Kedah Tua


1. Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot.
Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan
tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak
terpengaruh dengan Srivijaya.
2.

Panduan ke pelabuhan Gunug Jerai.

3. Kedudukan strtegik Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan


Timur dan Barat.
4. Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan
luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria

1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan
manik. Berlaku perdagangan cara tukar barang @ sistem barter.
2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal
guna tukang kayu kerajaan agraria.
3.

Kerajaan maritim juga perlukan gajah diperoleh dari kerajaan agraria.

4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan hubungan


diplomatik.

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim

1.

Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan

2.

Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan

3.

Pelabuhan entrepot

4. Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar,


orang laut.
5.

Wujud bahasa lingua franca

6.

Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat.

7.

Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal

8.

Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim

1. Pelabuhan Pembekal bekalkan barangan tempatan kepada pedagang


kemudian pelabuhan kerajaan apabila menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan
jadi pelabuhan entrepot membekalkan hasil tempatan dan luar kepada
perdagangan antarabangasa.
2.

Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal

Kerajaan Srivijaya
Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Berpusat di Palembang
Raja berkuasa mutlak
Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
o Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja.
o Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat
Catatan pada Batu Bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu,
menunjukkan terdapat 3 bahagian pentadbiran iaitu :
o

Pentadbiran diraja

Pentadbiran ketenteraan

Pentadbiran daerah

Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan
perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
Pelabuhan pentingnya ialah Palembang
Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam

Diasaskan pada abad ke-5 Masihi


Juga dikenali sebagai Kataha
Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha
Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sg. Mas dan kemudiannya berpindah
ke Lembah Bujang
Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu
Pengaruh Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah
Bujang
o Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut agama Hindu-Buddha

kerajaan kedah tua


o Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dibuktikan
melalui seni ukir pada bangunan tersebut
Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sg.
Mas dan Lembah Bujang
Pelabuhan Kedah Tua :
o Merupakan pelabuhan entrepot
o Menjadi pusat pertukaran barang-barang
o Tempat persinggahan pelayar dari luar seperti Arab, Parsi, India dan Sri Lanka
o Pusat perdagangan hasil tempatan
o Barang dagangan terdiri daripada beras, emas, damar, bijih timah, rotan, dan lada
hitam
Kegemilangan :
o Kegemilangan kerajaan dibuktikan melalui penemuan :
wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 874-861 Masihi)
manik dari India

Kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai Negara yang terbaik untuk membuat
pelaburan
MERBOK, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai negara terbaik untuk membuat
pelaburan bertambah kukuh dan mengatasi banyak negara maju di dunia.

Katanya Buku Laporan Daya Saing Dunia 2011 IMD melaporkan Malaysia negara ke-14
paling kompetitif di dunia manakala Laporan Melakukan Perniagaan 2012 Bank Dunia
melaporkan Malaysia meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-23 kepada
kedudukan ke-18 dan mengatasi negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan, Switzerland
dan Peranchis.

Menurutnya, Laporan Daya Saing Global 2011 World Economic Forum (WEF) pula
meletakkan Malaysia pada tangga ke-21, meningkat lima anak tangga daripada

kedudukan ke-26 di kalangan 142 negara di dunia dan pada masa yang sama berada
pada tangga ke-enam di kalangan negara Asia Pasifik dan ke-dua dalam Asean.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berada pada tahap ke-10 negara paling
digemari di dunia oleh pelabur asing.
"Kenyataan laporan berintegriti badan-badan dunia ini bukan suka-suka hendak disebut
tetapi perlu bagi menjelaskan mengenai pimpinan negara sentiasa fokus dan tidak
sembrono untuk mengangkat Malaysia menjadi negara maju.
"Syukurlah kerana dasar dan agenda kerajaan Barisan Nasional (BN) selari dengan
matlamat mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020," katanya semasa
merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana peringkat negeri Kedah di
UiTM Merbok di sini Selasa.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz
Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad
Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME
Corp) Datuk Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid.
Muhyiddin berkata Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai matlamat itu
selain giat menjalankan pelbagai program pembangunan negara serta bagi memastikan
kesejahteraan rakyat terus terbela.
Kesungguhan kerajaan BN itu antaranya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP),
Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP),
kata Timbalan Perdana Menteri.
Mengenai pembangunan usahawan, beliau berkata MITI dan agensi-agensi di bawahnya
melaksanakan pelbagai program antaranya bimbingan dan latihan, bina upaya,
peningkatan daya saing dan inovasi, pemasaran dan penjenamaan, bantuan bersepadu,
kewangan dan kesedaran halal.

Muhyiddin berkata SME Corp telah memberikan pinjaman Skim Pinjaman Mudah kepada
53 syarikat di Kedah berjumlah RM27.5 juta serta meluluskan 1,184 permohonan baharu
dengan nilai geran RM44.53 juta.
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) pula telah meluluskan
pembiayaan bernilai RM381 juta kepada 247 syarikat di Kedah termasuk pembiayaan
program bantuan kewangan kerajaan persekutuan sebanyak RM35.5 juta kepada 42
syarikat untuk membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri, katanya.
Katanya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) turut meluluskan insentif
bagi 49 projek PKS dengan pelaburan bernilai RM93.2 juta yang menawarkan 1,340
pekerjaan terhadap pelbagai sektor di negeri itu.

Daripada 10,140 syarikat pengeksport Malaysia yang berdaftar dengan Perbadanan


Pembangaunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), katanya 250 syarikat atau 2.5
peratus adalah dari Kedah.
Pada majlis itu, Muhyiddin telah menyampaikan cek kepada para penerima bantuan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjumlah RM247.758 juta; Tabung Ekonomi Usahawan
Nasional (Tekun) berjumlah RM1.5 juta; Skim Usahawan Dinamik Mara (RM65,000);
anugerah usahawan mikro SME Corp dan bantuan pelajaran kepada anak-anak penerima
pinjaman TEKUN dan AIM.
Himpunan Usahawan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang memberi
peluang kepada usahawan memperkenalkan produk, mendengar ceramah peluang
perniagaan dan mendapatkan maklumat terkini.
-- BERNAMA barangan kaca dari Timur Tengah

Bagaimanakah cara meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan


Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara.
Kemasukan pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat,
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam
aktiviti ekonomi. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah bagi
menggalakkan pelaburan asing di negara ini.
Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal.
Skim galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan
asing. Dalam usaha ini, kerajaan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal
yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha
membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar peraturan
pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga
100% dalam sesuatu projek atau perniagaan.
Selain itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri menghantar rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara.
Rombongan-rombongan ini bertujuan untuk menyedarkan pelabur asing mengenai
potensi pelaburan di Malaysia sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat atau
laporan media massa. Maklumat-maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga
disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di seberang
laut.
Di samping itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan
kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan
kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing
untuk memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap,

sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka
di sini kerana ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan memajukan bidang teknologi dan kemahiran
tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan
telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan
kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui pelbagai agensi
telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik
untuk pengeluaran moden dan lain-lain.
Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah negara harus memasti
pelaburan mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor utama
untuk menggalakkan lagi sektor ini. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku
krisis perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan
mendorong mereka beralih ke negara lain. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani
Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing yang bermatlamat untuk
memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana syarikat
asing di negara ini. Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur asing dan
menggalakkan kemasukan modal asing ke negara ini.
Kesimpulannya, pelaburan asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia
berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan
asing di negara ini. Walau bagaimanapun, di sebalik keghairahan menarik pelaburan
asing, kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak mendatangkan implikasi negatif yang
boleh membebankan negara.

jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia menjelang tahun 2020 dan langkah
langkah utk mengatasinya
CABARAN

LANGKAH LANGKAH MENGATASI

Membina Bangsa Malaysia yang


bersatupadu

. Dasar Pendidikan Kebangsaan


. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar
Pembangunan Nasional (DPN).

MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA


BEBAS, TENTERAM DAN BERKEYAKINAN

1)Berjiwa bebas
2)Memiliki perasaan dan fikiran yang
tenteram

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT


YANG BERMORAL DAN BERETIKA

Sikap bertolak ansur antara kaum mesti


diteruskan

MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG


MATANG, LIBERAL DAN TOLERANSI

Sikap Bertoleransi amat penting di dalam


masyarakat yang berbilang kaum seperti di
Malaysia.

MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN


SAINTIFIK

Ciri-ciri Kerajaan Awal:

Agraria
a) Lokasi:
terletak di lembah / lembangan sungai
Sungai Irrawady/ Menam/ Mekong/ Sg. Merah
kawasan pedalaman
lereng gunung berapi
kawasan pertanian subur
kawasan berbukit

b) Kegiatan:
penanaman padi huma/ sawah
tanaman sampingan/ sayur/ buah-buahan/jagung/pisang
penternakan
memungut hasil sungai
menghasilkan rempah ratus
mengutip sarang burung
perdagangan
mengutip kulit kura-kura
menangkap ikan
c) Teknologi:
mahir membina sistem pengairan/ baray/ relung/ teres
peranan sebagai pembekal
Faktor perkembangan kerajaan Agraria:
tanah yang subur/ lanar/ mendap/ luas
iklim yang sesuai / panas dan lembab sepanjang tahun
berdekatan sumber air/ tasik/ sungai
peranan pemerintah terlibat mengurus/ membina sistem pengairan
kemajuan sistem pengairan/ baray/ relung
kekayaan sumber alam/ hasil hutan/ sumber protein
kemahiran penduduk/ tukang kayu/ tukang batu
penduduk ramai
hubungan luar dengan kerajaan maritime/ pembekal
kestabilan politik/ keamanan/ pentadbiran
beras sebagai dagangan utama
bekalan makanan yang mencukupi

Maritim:
Lokasi
pesisiran pantai/ kepulauan/ lembah sungai/ strategik
Kegiatan:
berasaskan kelautan/ perdagangan
menangkap ikan/ memungut hasil laut
perlombongan / pengeluar bijih logam
membekal hasil tempatan / logam
Membina:
Membina / membaiki kapal
belayar berpandukan bintang
meneroka laut
berbahasa/ menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca
Penduduk:
orang tempatan/ pedagang luar
Pelabuhan:
Lengkap dengan kemudahan/ strategik
Faktor perkembangan Kerajaan Maritim
kedudukan strategik / laluan perdagangan
terlindung daripada angin monsun / selamat
pelabuhan lengkap/ kemudahan / barang dagangan/ pembekal/ kerajaan/entreport
kemahiran membina kapal/ baiki kapal/ semangat meneroka/ berpandukan bintang di
langit
mempunyai bala tentera, mengawal perairan
bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
mempunyai panduan semula jadi kepada pedagang
mempunyai hubungan luar dengan India/ China/ Agraria

berperanan sebagai pusat penyebaran Hindu-Budhha


pemerintah cekap
keamanan/ sikap terbuka
kekayaan hasil hutan/ sumber ekonomi
Aspek Saling Bergantung:
makanan/ beras
membekalkan barang dagangan utama
tukang kayu/ batu (tenaga kerja)
bahan mentah/ kayu/ buat kapal
binatang kenderaan/ gajah
barangan mewah diraja/ tekstil/ gelas/ manik
hasil hutan/ kayu gaharu/ rotan/ damar/ hasil lain
keamanan
hubungan baik/ diplomatik
kemajuan ekonomi
hubungan perdagangan
pasaran
kemudahan pelabuhan
Bahan galian/timah/ emas

Kedudukan Strategik Dimanfaatkan demi Kemajuan Negara


menyediakan kemudahan pelabuhan
pengurusan pelabuhan yang cekap
menyediakan jalinan pengangkutan/ perhubungan
sistem cukai yang berpatutan
kawalan kawasan perairan
memajukan industria perkapalan
menubuhkan akademi pelaut/ maritim
menyediakan tenaga kerja mahir
menggunakan teknologi moden
memantapkan sistem pentadbiran
menambahkan bilangan pelabuhan bertaraf antarabangsa
pelbagaikan fungsi pelabuhan
penambahbaikan infrastruktur
memajukan kawasan persisir pantai
pemuliharaan khazanak laut/ flora dan fauna
menggalakkan pelaburan asing
menjalin hubungan baik dengan semua negara
menganggotai pertubuhan antarabangsa
menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau
mengekalkan keamanan serantau
mengekalkan perpaduan kaum
kestabilan politik/ zon aman/ bebas/ berkecuali
memajukan ekonomi
memajukan hub halal

Kejayaan Negara Setelah Memanfaatkan kedudukan Strategik


kemajuan ekonomi
kegiatan maritim berkembang
pemodenan pertanian
perindustrian berkembang
perkembangan teknologi
pelaksanaan k-ekonomi
tumpuan pelancong asing
hubungan antarabangsa berkembang
pusat kewangan pesisir pantai
kemajuan sistem pengangkutan
kemajuan sistem komunikasi
(mana-mana jawapan yg munasabah)
Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju:
pencemaran
tekanan daripada negara maju
persaingan ekonomi dunia
kenaikan harga barangan
kekurangan tenaga mahir
masalah perpaduan kaum
teknologi rendah
kadar pengangguran tinggi
masalah kemiskinan
gejala sosial
globalisasi

Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut:


memperkukuh perpaduan rakyat
meneroka teknologi baru
meningkatkan R&D
memastikan Wawasan 2020 tercapai
Konsep 1 Malaysia
meneruskan Dasar Ekonomi Baru
meningkatkan mutu pendidikan
memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
meneroka pasaran baru
membentuk minda rakyat kelas pertama
menjadi pusat kecemerlangan ilmu
(mana-mana jawapan yg munasabah)
Nilai murni / Iktibar/ Unsur Patriotisme
berdikari
memanfaatkan kurnian tuhan
tidak putus asa
rajin berusaha
mengekalkan tradisi
berani menghadapi cabaran
semangat meneroka
bercita-cita tinggi / berwawasan
bersifat inovatif dan reaktif
memiliki sikap bertoleransi
sikap sedia menerima perubahan
kepentingan memelihara perpaduan

kepentingan ilmu pengetahuan


mengekalkan keamanan
bersifat kreatif
(mana-mana jawapan yg munasabah)

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (I)/ Pengetahuan yg diperoleh (P)/ Harapan untuk
masa depan negara (H)

masyarakat tempatan merupakan ahli pelayaran yg hebat(P)


rakyat malaysia harus berani meneroka bidang berkaitan perdagangan dan Kelautan (I)
Malaysia mampu melahirkan ahli-ahli pelayaran yg hebat (H)
Kelahiran kerajaan awal adalah disebabkan oleh faktor perdagangan (P)
Telah wujud persahabatan antara kerajaan awal dengan kuasa luar (P)
Kepelbagaian budaya telah terbentuk di negara kita dari dahulu hingga sekarang (P)

You might also like