You are on page 1of 13

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

TEORI GELAGAT PENGGUNA / KELAKUAN PENGGUNA


 
Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan
pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan
pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau
perkhidmatan jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau
mencari penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang.
 
Menurut pandangan / pendekatan konvensional, fenomena ini adalah disebabkan oleh
pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan material mereka dengan menggunakan
pendapatan mereka yang terhad. Tetapi ini bukan begitu di dalam ekonomi Islam. Menurut
ekonomi Islam, pengguna akan memaksimumkan kedua-dua kepuasan sama ada kepuasan
material mahupun kepuasan rohani. Dengan lain perkataan, pengguna Muslim akan cuba
memaksimumkan bukan sahaja kepuasan di dunia ini bahkan juga kepuasan dirinya di
akhirat.
 
Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif
konvensional dan juga dari perspektif Islam.
 
Konsep Rasionaliti dan Utiliti
 
Perspektif Konvensional
 
Teori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara normal
kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah
rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan.
 
Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu
cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan
yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil keputusan berdasarkan pemikiran
sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk
memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh
citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain. Selalunya nilai-nilai agama
kurang diambilkira di dalam membuat keputusan tersebut.
 
Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan
kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh
juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap
penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah
dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi
konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatannya
dengan cara mereka memaksimumkan utility material atau kepuasan material.
 
Perspektif Islam
 
Pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatan mereka untuk
memaksimumkan kepuasan material sejajar dengan kepuasan kerohanian. Utiliti material
akan menjadikan mereka sangat puas di dunia ini, manakala utility kerohanian
membuatkan mereka puas di kemudian hari, akhirat. Maka dengan itu, pendapatan
digunakan bukan sahaja untuk memenuhi utility material bahkan juga utility kerohanian.

Semester Ogos 2006/2007 1


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Contohnya, disamping membelanjakan pendapatan untuk makanan, pakaian, dan lain-lain


keperluan, mereka mungkin juga mahu membelanjakan sebahagian pendapatan mereka
sebagai derma kepada yang memerlukan. Mereka membuat keputusan perbelanjaan bukan
sahaja berdasarkan kepada pemikiran sendiri tetapi juga yang lebih penting berasaskan
nilai-nilai agama iaitu agama Islam. Walaupun, barangan bukan-halal lebih murah
daripada barangan halal, mereka akan tetap membeli barangan tersebut walaupun mahal.
 
Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan utility material dan juga
utility kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah
ayat 201, maksudnya:
 
“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka”.
 
Memaksimumkan Utiliti dari Perspektif Konvensional
 
Ada 2 pendekatan:
1. Pendekatan Kardinal
2. Pendekatan Ordinal
 
Pendekatan Kardinal
 
Dalam topic ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan:
1. Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan
2. Syarat memaksimumkan utility dalam kes satu barang dan dalam kes lebih daripada
satu barang
3. Kesan ke atas kuantiti barang yang diminta apabila harga berubah
 
Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan
 
Pendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utility,
utility sut dan hukum utility sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna
memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan.
 
Jumlah Hasil (Total Utiliti) – tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan
sesuatu barangan atau perkhidmatan.
 
Marginal Utiliti – utility tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan
daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama
 
Secara normalnya, semakin banyak kita menggunakan sesuatu barangan atau
perkhidmatan, semakin berkurangan kepuasan yang kita perolehi dari setiap tambahan
penggunaan barangan tersebut.
 
Hukum Utiliti Sut Berkurangan – semakin pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu
barangan atau perkhidmatan secara berterusan, utility tambahan atau kepuasan tambahan
yang diperolehi bagi setiap tambahan seunit penggunaan barangan tersebut adalah
semakin berkurangan.
 
Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Ayam Goreng

Semester Ogos 2006/2007 2


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
Unit digunakan Jumlah Utiliti Marginal Utiliti /
Kepuasan Tambahan
1 8 8
2 15 15 – 8 = 7
3 21 21 – 15 = 6
4 24 24 – 21 = 3
5 25 25 – 24 = 1
6 25 25 – 25 = 0
7 19 19 – 25 = -6
 
Dari jadual di atas, kita mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25
apabila pengguna meningkatkan penggunaan ayam goreng daripada 1 hingga 6. Marginal
Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan ayam goreng. Secara graf
kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut:
  R
     
       
       
     
       
       
     
JH
       
       
       

MU

 
Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti
(MU) sama dengan kosong.

Semester Ogos 2006/2007 3


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Syarat untuk memaksimumkan utility / Keseimbangan Pengguna


 
Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan
kepada kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu barangan
bukanlah percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan pendapatan
yang kita ada. Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian, pengguna
selalunya membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan nilai
pembelian barangan itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan benar-
benar berpatutan (berbaloi) dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan yang
diperolehi. Jika berpatutan, maka pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini
memastikan pengguna merasa puas dengan pembelian sesuatu barangan.
 
Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan
utility / kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu
barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada
tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam
keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan
apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga
ayam goreng RM3.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang
diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan
penggunaan / pembelian unit terakhir ayam goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal
utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa:
 
Harga ayam goreng = Marginal Utiliti ayam goreng
Pc = MUc
 
Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila,
 
  MUA MUB  
=
  PA PB  
 
Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan
jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi
barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan
kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.
 
Unit yang Ayam Goreng Burger
digunakan / Marginal Marginal
Jumlah Hasil Jumlah Hasil
dibeli Utiliti Utiliti
1 24 24 10 10
2 44 20 18 8
3 62 18 25 7
4 78 16 31 6
5 90 12 36 5
6 96 6 40 4
7 100 4 43 3
Harga ayam goreng adalah RM2.00 dan harga burger RM1.00. Peruntukan pendapatan
yang diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi ayam goreng dan burger yang
dapat memaksimumkan kepuasan / utility pengguna ini.
 

Semester Ogos 2006/2007 4


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Syarat pertama,
MUA MUB
=
PA PB
 
Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama.
 
MUA MUB
Unit yang digunakan
PA PB
1 24/2 = 12 10/1 = 10
2 20/2 = 10 8/1 = 8
3 18/2 = 9 7/1 = 7
4 16/2 = 8 6/1 = 6
5 12/2 = 6 5/1 = 5
6 6/2 = 3 4/1 = 4
7 4/2 = 2 3/1 = 3
 
Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MUA/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu
pada kombinasi 2 unit ayam goreng(AG) dan 1 unit burger(B), 4 AG dan 2 B, 5 AG dan 4
B, dan 6 AG dan 7 B.
 
Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan
pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka,
dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan
seperti berikut:
 
Kombinasi Unit X Harga Jumlah = RM10
1 (2 AG X RM2) + (1 B X RM1) RM5
2 (4 AG X RM2) + (2 B X RM1) RM10
3 (5 AG X RM2) + (4 B X RM1) RM14
4 (6 AG X RM2) + (7 B X RM1) RM19
 
Kesimpulannya, kombinasi 2 adalah kombinasi yang memaksimumkan utility pengguna.

Semester Ogos 2006/2007 5


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Teori Gelagat Pengguna Menurut Pendekatan Ordinal


 
Beberapa andaian perlu diketahui berhubung keutamaan pengguna secara lazimnya
apabila membuat keputusan pembelian.
1. Pengguna tahu keutamaan mereka dan keputusan pembelian / penggunaan sesuatu
barangan adalah mengikut keutamaan ini.
2. Keutamaan pengguna adalah konsisten, tidak mudah berubah.
3. Pengguna lazimnya memilih kombinasi yang memberikan kuantiti yang banyak
berbanding sedikit. Contohnya, ada 2 kombinasi, A- 5 unit ayam goring dan 2 unit
burger, kombinasi B- 5 unit ayam goring dan 1 unit burger. Maka, pengguna akan
memilih kombinasi A kerana kuantiti kombinasinya lebih banyak berbanding B.
 
Kepuasan pengguna terhadap kombinasi dua barangan mengikut citarasa dan keutamaan
pengguna boleh digambarkan melalui Keluk Puas Sama (KPS). KPS menunjukkan
beberapa kombinasi 2 barang yang dapat memberikan utility / kepuasan yang sama kepada
pengguna.
 
Sila beri tumpuan pada bentuk keluk puas sama di dalam kuliah.
 
Ciri-ciri keluk puas sama
 
 Tidak boleh bersilang.
Contoh:
A (I) B dan B (I) C maka A (I) C. Sekiranya keluk puas sama bersilang, maka ini akan
melanggar andaian transitiviti dan monotonisiti.
 
 Berkecerunan negatif.
Keluk puassama tidak boleh berkecerunan positif kerana andaian monotonisiti.
 
 Semakin jauh keluk puas sama dari titik origin semakin tinggi tingkat utiliti.
 
 Convex atau cembung ke titik origin. Ini disebabkan kadar penggantian sut
berkurangan. Kadar penggantian sut (Marginal rate of substitution = MRS) mengukur
bagaimana seorang pengguna sanggup menggantikan suatu barang dengan barang lain
tanpa mengurangkan kepuasannya. MRSxy adalah kadar penggantian sut X untuk Y
bermakna berapa banyak Y yang sanggup dilepaskan untuk mendapat tambahan satu
unit X. Contoh MRSxy = 3 iaitu 3 unit Y yang sanggup dilepaskan untuk mendapat
tambahan satu unit X. MRS diukur sebagai kecerunan keluk puas sama. Di sepanjang
keluk puas sama MRS semakin berkurangan.
 
 
Garis Belanjawan
 
Garis belanjawan menunjukkan beberapa kombinasi 2 barang yang boleh dibeli oleh
pengguna dengan menggunakan peruntukan / belanjawan yang diberikan pada tingkat
harga tertentu kedua-dua barangan tersebut. Contohnya, pengguna ingin membeli 2 barang
iaitu ayam goring(AG) dan burger(B) yang masing-masing berharga RM1.50 dan RM1.00.
Peruntukan belanjawan untuk membeli kedua-dua barangan ini ialah RM12.00. Berapa
banyak AG yang pengguna dapat jika kesemua RM12.00 digunakan untuk membeli AG?
 

Semester Ogos 2006/2007 6


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Peruntukan Belanjawan RM 12.00


= = 8 unit AG
Harga AG RM 1.50
 
Dan berapa banyak B yang pengguna dapat jika kesemua RM12.00 digunakan untuk
membeli B?
 
Peruntukan Belanjawan RM 12.00
= = 12 unit B
Harga B RM 1.00
 
Lain-lain kombinasi ditunjukkan di dalam Jadual Puas Sama dibawah.
Kombinasi AG B
A 8 0
B 6 3
C 4 6
D 2 9
E 0 12
 
Keluk Puas Sama kombinasi barangan di atas adalah seperti ditunjukkan pada rajah
dibawah.
 
 
AG                            
12                            
11                            
10                            
9                          
A
8                            
7                          
B
6                            
5                          
C
4                            
3                          
D
2                            
1                          
E
  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12   Burger
Garis Belanjawan

Semester Ogos 2006/2007 7


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Garis Belanjawan boleh berubah jika:


1. berlaku perubahan di dalam pendapatan pengguna – apabila ini berlaku,
kemungkinan pengguna menambah peruntukan perbelanjaan untuk menggunakan
kombinasi 2 barang. Jika pendapatan pengguna meningkat, peruntukan
perbelanjaan untuk 2 barang dalam contoh di atas akan meningkat mungkin dari
RM 12.00 kepada RM 15.00, dan kombinasi AG dan B akan berubah serta Garis
Belanjawan baru dapat diterbitkan yang mana Garis Belanjawan asal bergerak ke
kanan. Dan jika peruntukan dikurangkan daripada RM 12.00 kepada RM 9.00
akibat penurunan pendapatan, maka Garis Belanjawan asal akan bergerak ke kiri.
 
AG                            
12                            
11                            
10                            
9                          
A
8                            
7                        
B
6                          
5                      
C
4                            
3                          
D
2                          
1                          
E
  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12   Burger
Garis Belanjawan

 
 

Semester Ogos 2006/2007 8


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
2. berlaku perubahan di dalam harga salah satu barangan – contohnya harga AG naik
kepada RM 2.00, maka kuantiti yang dapat dibeli oleh pengguna dengan
peruntukan RM 12.00 telah berkurangan daripada 8 ke 6 (jika kesemua digunakan
untuk membeli AG) – Garis Belanjawan bergerak ke bawah untuk AG. Jika harga
AG turun kepada RM 1.00, maka kuantiti baru jika kesemua peruntukan RM 12.00
diguna untuk membeli AG adalah 12 unit. Garis Belanjawan bergerak ke atas
untuk barang AG.
 
AG                          
12                            
11                          
10                            
9                          
A
8                            
7                        
B
6                          
5                          
C
4                            
3                          
D
2                            
1                          
E
  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12   Burger
Garis Belanjawan

 
 

Semester Ogos 2006/2007 9


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Bagaimana pengguna membuat pilihan kombinasi yang dapat memberikan utility /


kepuasan yang maksimum? Dengan menggabungkan KPS dan Garis Belanjawan seperti di
bawah.
 
AG                            
12                          
11                            
10                            
9                          
A
8                            
7                          
B
6                            
5                        
C
4                            
3                          
D
2                            
1                          
E
  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12   Burger
Garis Belanjawan

 
Pengesahan dapat dibuktikan melalui pengiraan kombinasi KPS yang tangent dengan
Garis Belanjawan. Kombinasi C di dapati tangent kepada Garis Belanjawan. Bukti kiraan,
kombinasi C ialah 4 unit AG dan 6 unit B, harga AG dan B masing-masing RM 1.50 dan
RM 1.00 dan belanjawan adalah sebanyak RM 12.00. Oleh yang demikian, (4 unit AG X
RM 1.50) + (6 unit B X RM 1.00) mestilah sama dengan RM 12.00. Maka, pada
kombinasi C, pengguna memaksimumkan utilitinya.

Semester Ogos 2006/2007 10


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Teori Gelagat Pengguna dari Perspektif Islam


 
Klasifikasi Barangan di dalam Ekonomi Islam
 
Di dalam Islam, barangan adalah kurniaan Allah s.w.t. yang melimpah ruah kepada
manusia. Ada dua istilah penting di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang barangan
ini iaitu al-Rizq dan al-Taiyyibat.
a) a)      Al-Rizq (Rezeki)
Al-Rizq dan penjelasannya diulang sebanyak 120 kali di dalam Al-Quran. Di dalam
terjemahan Al-Quran oleh Yusuf Ali, ekonomis Islam, al-rizq digunakan untuk
melambangkan makna-makna berikut: santapan pemberian Tuhan, kurniaan Tuhan,
pemberian Tuhan, dan hadiah dari syurga
 
b) b)      Al-Taiyyibat (Kebaikan)
Al-Taiyyibat diulang 18 kali di dalam Al-Quran menurut terjemahan oleh Yusuf Ali.
Beliau menggunakan lima kata-kata yang berbeza bagi menunjukkan nilai etika dan
kerohanian barang-barang al-taiyyibat. Menurutnya, al-taiyyibat bermakna barang
baik, barang yang baik dan tulen, barang yang tulen dan bersih, barang yang baik
dan berkhasiat, dan santapan yang terbaik.
 
Dua kategori barangan di atas boleh diperluaskan maknanya berdasarkan hieraki
keperluan. Hieraki keperluan bermaksud yang mana satu yang lebih penting, kurang
penting, dan sangat kurang penting di dalam kehidupan seharian. Terdapat 4 jenis
barangan pengguna mengikut hieraki keperluan iaitu:
i) i)                    Dharuriyah
Ini adalah barangan yang memenuhi keperluan asas manusia. Kadangkala dirujuk
sebagai barangan pembangunan dan ianya termasuklah keperluan asas kepada
makanan, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan, barangan atau
perkhidmatan yang memberi perlindungan kepada harta dan agama.
 
ii) ii)                   Hajiyah
Ini adalah barangan yang menambahbaik kualiti kehidupan manusia,
menjadikannya lebih selesa dan mudah/senang. Walau bagaimanapun, tanpa
barangan ini kehidupan masih boleh diteruskan tetapi menghadapi sedikit
kesusahan dan ketidakselesaan.
 
iii) iii)                 Kamaliah
Ini adalah barangan mewah yang menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan
lebih bermakna, lebih sempurna. Contohnya memiliki rumah banglo besar dengan
kereta mewah yang mahal dan kolam renang dsb., di dalam Islam boleh digunakan
selagi ia tidak melibatkan sesuatu yang boleh merosakkan manusia. Firman Allah
s.w.t di dalam surah Al-A’raf ayat 32:
Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan
demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang
dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk
orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan
dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang
beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Semester Ogos 2006/2007 11


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
iv) iv)                 Tarafiah
Ini adalah barangan atau perkhidmatan yang dilarang di dalam Islam kerana
barangan dan perkhidmatan ini merosakkan manusia. Firman Allah di dalam surah
Al-Maida ayat 90: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak
dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
 
Objektif Akhir Ekonomi seorang Muslim
 
Kepuasan kerohanian adalah lebih penting daripada kepuasan material. Manusia akan
benar-benar bahagia dan gembira secara material dan rohani jika mereka menuruti
peraturan dan undang-undang penggunaan Islam. Sebaliknya mereka akan dihukum jika
menggunakan barangan atau perkhidmatan yang salah.
 
Anas Zarqa’s Model
 
Model ini mencari penjelasan bagaimana seorang pengguna Muslim menggambarkan
tingkat kepuasannya, utility atau ganjaran yang berbeza-beza di akhirat daripada satu
kombinasi barangan atau perkhidmatan yang dia menggunakan di dunia ini. Anas Zarqa
menggunakan analisi Keluk Puas Sama bagi menerangkan situasi ini.
 
Sila salin graf di dalam kuliah.
 
Model ini bermula dengan mengklasifikasikan barangan dan perkhidmatan kepada 4 jenis
barangan yang disebutkan tadi.
 
LC1 – titik permulaan penggunaan seorang Muslim. Ini adalah penggunaan minimum yang
mesti ada bagi meneruskan kehidupan. Sesiapapun tidak boleh hidup jika dia
menggunakan kurang daripada C1 barangan ini.
 
Barangan Tarafiyat adalah dilarang. Dengan sebab itu ianya tidak boleh digunakan atau
dibeli. Disini, titik penggunaan maksimum barangan dan perkhidmatan oleh pengguna
Muslim adalah C7.
 
Paksi-Y menunjukkan beberapa tingkat utility dalam bentuk ganjaran dan hukuman yang
akan diterima kemudian hari sebagai keputusan penggunaan manusia di dunia ini.
Manusia mungkin memperolehi kosong ganjaran, ganjaran yang besar dan ganjaran yang
sangat besar atau hukuman seperti ditunjukkan titik-titik R0, R1, R2, R3.
 
Tingkat penggunaan yang manakah yang akan dipilih dan apakah ganjaran daripada
penggunaan tersebut?
Pemilihan tingkat penggunaan bergantung kepada pendapatan, takdir dan kepercayaan di
dalam Islam. Apakah ganjaran atau hukuman yang diterima bergantung kepada
penggunaan yang mana menjadi perhatiannya dan sumber pendapatannya sama ada halal
atau haram.
 
Jika pendapatannya rendah, dia akan membelanjakan pendapatannya hanya kepada
barangan dharuriyah dan hajiyah seperti yang ditunjukkan oleh titik C1, C2 dan C3.

Semester Ogos 2006/2007 12


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
Jika kaya, dia boleh membeli barangan kamaliyah. Sebagai seorang Muslim yang
patuh/taat, dia akan cuba meminimumkan penggunaan barangan ini ke titik C5 walaupun
dia mampu memaksimumkan hingga ke titik C7.
 
Besederhana di dalam penggunaan sangat digalakkan di dalam Al-Quran, antara firman
Allah:
 
Surah Al-Furqan ayat 67
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
 
Kenyataan bahawa seorang Muslim perlu membelanjakan sebahagian hartanya untuk
orang lain, surah Al-Baqarah ayat 215:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu
belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak
yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan
(ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
 
Kutukan Allah terhadap orang-orang kaya yang tidak memberi kepada orang miskin,
susah dalam surah Yasin ayat 47:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang
dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-
orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada
orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini
hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.

Semester Ogos 2006/2007 13

You might also like