You are on page 1of 13

Tajuk 8

PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN


PENDIDIKAN INKLUSIF

Sinopsis
Bab ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan serta Pendidikan Inklusif. Tajuk pendidikan
pemulihan merangkumi tajuk-tajuk berkaitan konsep,rasional dan objektif pemulihan.Juga
dijelaskan jenis-jenis masalah pembelajaran dan faktor-faktor penyebab serta cara-cara
yang sesuai untuk mengesan masalah pembelajaran dalam bilik darjah.Sebagai seorang
guru biasa perlu mengetahui peranannya dalam pelaksanaan pemulihan di kelas biasa.
Dalam bab ini turut membincangkan konsep,rasional dan objektif pengayaan seterusnya
menerangkan apakah

aktiviti-aktiviti pengayaan yang sesuai

dan cara-cara untuk

mengelolakan aktiviti pengayaan di bilik darjah.

Seterusnya, bagi merealisasikan slogan pendidikan untuk semua, kita perlu mengetahu
tentang adanya pendidikan inklusif yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.Dalam
bab ini ada dijelaskan kategori murid-murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah di
Malaysia dan peranan guru biasa serta guru resos semasa mengelolakan sesi pengajaran
inklusif di bilik darjah.
Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari bab ini, adalah diharapkan pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep,rasional dan objektif pemulihan.


2. Menghubungkaitkan jenis-jenis masalah pembelajaran dan faktor-faktor penyebab.
3. Mencadangkan cara-cara yang sesuai untuk mengesan masalah pembelajaran
dalam bilik darjah.
4. Menjelaskan peranan guru biasa dalam pelaksanaan pemulihan di kelas biasa.
5. Menjelaskan konsep,rasional dan objektif pengayaan.
6. Menerangkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sesuai dijalankan berdasarkan subjek
7. Menjelaskan cara-cara untuk mengelolakan aktiviti pengayaan di bilik darjah.
8. Menghuraikan kategori murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah di Malaysia.
9. Menjelaskan konsep,rasional dan keperluan pendidikan inklusif di sekolah.
10. Menerangkan peranan guru biasa dan guru resos semasa mengelolakan sesi
pengajaran di bilik darjah.
170

8.1

Pendidikan Pemulihan
Sebagai seorang guru, kita perlu akui bahawa secara fitrahnya, murid-murid ini
adalah individu yang berbeza-beza. Mereka juga berbeza dari segi kesediaan belajar
dan keupayaan menerima pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Berdasarkan prestasi murid yang dikesan melalui pentaksiran,murid-murid yang
mendapat prestasi yang cemerlang akan diberi pengayaan dan mereka yang
mendapat prestasi yang rendah perlu diberi pemulihan di dalam kelas. Manakala
murid-murid berkeperluas khas yang menunjukan prestasi cemerlang perlu mengikuti
program inklusif. Ini penting bagi memastikan semua murid mendapat peluang
sesuai dengan slogan pendidikan untuk semua.

8.1.1

Konsep Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, perkataan. pulih bermaksud kembali seperti biasa. Dalam
konsep pendidikan ia berkaitan dengan murid-murid yang menghadapi kesulitan
dalam pembelajarannya. Secara keseluruhannya,istilah murid-murid pemulihan
membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian akademik yang
rendah berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Mereka ini perlu diberi
pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan dapat dikecilkan
kalaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.

8.1.2

Rasional
Murid-murid merupakan individu yang berbeza-beza dari segi pengalaman, minat
dan kebolehan. Jika perbezaan ini tidak diberi perhatian boleh menjadi punca utama
kepada keciciran. Pengajaran pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan murid
yang tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah biasa.

8.1.3

Objektif Pemulihan

Objektif-objektif pemulihan :

membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

murid-murid mendapat layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai

guru dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah secara personal

membolehkan murid-murid mengembangkan potensi mereka

171

memberi peluang murid yang lemah mengalami kejayaa dalam pembelajaran


mereka

mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti

membolehkan murid-murid menerima pengajaran individu mengikut kebolehan

dapat meningkatkan motivasi murid

Cuba dapatkan bahan rujukan dari pusat sumber yang berhampiran


dan buat rujukan mengenai jenis-jenis masalah pembelajaran

8.1.4

Masalah Pembelajaran Dan Faktor-Faktor Penyebabnya

Sebagaimana yang diketahui murid-murid di dalam sesebuah kelas, biasanya


mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan,fizikal, minat dan bakat.
Oleh kerana itu, ada murid yang boleh belajar dengan cepat dan ada yang sukar
memahami apa yang diajar oleh guru. Golongan murid yang lemah ini akan terus
ketinggalan jika tidak diberi pemulihan. Dalam konteks sekolah di Malaysia, masalah
pembelajaran boleh dikategori kepada masalah membaca, menulis dan mengira.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid ini mengalami masalah
pembelajaran seperti :

kurang kecerdasan- berkaitan dengan masalah mental yang menyebabkan lambat


berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Ini berkemungkinan
disebabkan keturunan,masalah ketika kelahiran dan kecederaan otak kerana
penyakit atau kemalangan.

masalah kesihatan tubuh badan yang tidak sihat dan sentiasa mendapat sakit
menyebabkan tumpuan pada pelajaran terjejas.Kebanyakan masalah kesihatan
adalah berpunca daripada masalah kekurangan zat makanan.

masalah deria Ini termasuklah masalah penglihatan,masalah pendengaran dan


pertuturan. Masalah penglihatan akan menyebabkan seseorang itu mengalami
kesukaran untuk melihat dengan jelas seperti mengenal huruf untuk membaca.
Masalah pendengaran menyebabkan murid sukar memahami apa yang disebut oleh
guru dan masalah pertuturan akan menghalang mereka berkomunikasi dan
berinteraksi sesama sendiri.

172

emosi yang tidak stabil gangguan emosi boleh menyebabkan murid-murid tidak
memberi

perhatian

kepada

pelajaran.

Banyak

punca

yang

menyebabkan

ketidakstabilan emosi seperti masalah keluarga, kemiskinan dan kesempitan hidup.

konsep kendiri yang rendah perasaan rendah diri menyukarkan murid-murid


untuk memberi fokus kepada pelajaran.Apatah lagi jika mereka selalu dimarahi oleh
guru dan dipandang rendah oleh rakan-rakan kerana prestasi mereka yang rendah.

8.1.5

Cara-Cara Yang Sesuai Untuk Mengesan Masalah Pembelajaran Dalam Bilik


Darjah
Mengesan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran adalah salah satu
tugas guru yang amat penting. Guru perlu mempunyai kemahiran mengesan
masalah ini sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan beberapa cara untuk mengesan masalah pembelajaran di kalangan
murid-murid seperti berikut:

Cara mengesan masalah

Membina inventori

Huraian

Inventori yang digunakan boleh dalam pelbagai bentuk mengikut


keperluan dan tujuan. Guru boleh menggunakan inventori jenis
betul( / ) atau salah (X) ,ya atau tidak, baik atau lemah. Contoh:
Inventori kemahiran bertutur
kemahiran

menyebut vokal

membaca suku kata

Nama murid

Pemerhatian

1.Amin

2.Bedah

Dilakukan sewaktu menjalani aktiviti pembelajaran. Guru boleh


memerhati aspek perlakuan,pertuturan,kebolehan dan sikap.
Melalui

pemerhatian,

guru

boleh

mengesan

masalah

penguasaan pembelajaran. Contohnya, membuat kesilapan


sebutan seperti banyak disebut manyak, khas disebut kas.
Guru juga boleh memerhatikan sifat murid seperti hiperaktif,
gagal, mengikut arahan yang mudah dan gagal melukis bentuk
mudah yang boleh mempengaruhi penguasaan pembelajaran

173

Cara mengesan masalah

Huraian
Ujian kertas dan pensel samada dalam bentuk objektif atau

Membina

ujian

kertas subjektif boleh mengesan pencapaian murid dalam menguasai

dan pensel

kemahiran mengira, membaca dan menulis. Skor yang rendah


menunjukkan

murid

perlu

Pendidikan

Pemulihan

untuk

mengatasi masalah penguasaan pembelajaran.


Latihan harian yang diberikan oleh guru selepas setiap
Latihan harian

pengajaran dan pembelajaran boleh juga digunakan oleh guru


untuk

mengenal

pasti

murid

yang

mengalami

masalah

penguasaan pembelajaran. Sehubungan itu, guru perlu peka


kepada kesilapan sama yang berulang kali dilakukan oleh murid
terutama yang melibatkan kemahiran asas.
Maklumat yang jelas tentang perkembangan dan pencapaian
Rekod prestasi

dalam semua mata peljaran secara keseluruhannya iaitu pada


awal,pertengahan dan akhir semester.

Sesi soal jawab atau kuiz

Guru boleh mengadakan sesi soal jawab selepas setiap


pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklum
balas yang segera tentang penguasaan pembelajaran murid.

Berdasarkan pemerhatian di kelas pemulihan


di sekolah anda, ceritakan cara-cara yang
digunakan oleh guru tersebut mengesan
murid-murid bermasalah pelajaran

174

8.1.6

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pemulihan Di Kelas Biasa


Guru kelas memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang
mengalami masalah penguasaan pembelajaran.
Peranan guru kelas dalam
pelaksanaan pengajaran pemulihan boleh dilakukan secara berperingkat seperti
berikut:

I. Mengenal pasti murid


Guru kelas perlu mengenal pasti murid-murid yang mengalami penguasaan
pembelajaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas.

II. Mengenal pasti masalah pembelajaran


Setelah guru mengenal pasti murid yang bermasalah itu, guru perlu pula
mengenal pasti jenis masalah yang dihadapi oleh murid itu. Guru boleh terus
melakukan pemerhatian terhadap murid itu semasa murid berkenaan menjalankan
aktiviti harian dan membuat kerja latihan harian. Ujian diagnostik juga boleh
digunakan untuk mengesan jenis masalah murid.

III. Merancang
Guru membuat perancangan yang rapi untuk pengajaran pemulihan dengan
memasukkan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Perancangan adalah berdasarkan
kebolehan, keperluan , minat, pengalaman dan kekuatan murid berkenaan. Fokus
perancangan adalah kepada masalah penguasaan pembelajaran yang dihadapi
oleh murid berkenaan.

IV. Mengajar
Guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murd yang bermasalah
dalam pembelajaran semasa murid lain membuat tugasan atau aktiviti pengayaan.
Teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah pengajaran kumpulan kecil,
pengajaran rakan sebaya dan pengajaran individu.

V. Menilai
Guru perlu melakukan penilaian untuk mengesan pencapaian murid hasil daripada
aktiviti pemulihan yang dilakukan.

VI. Membuat tindakan susulan


Selepas membuat penilaian , guru perlu membuat tindakan susulan kepada murid
berkenaan untuk memastikan kesinambungan aktiviti pemulihan. Sekiranya murid
belum menguasai kemahiran yang disasarkan, guru perlu merujuk murid kepada
guru khas untuk pemulihan agar murid dapat dibimbing lebih lanjut untuk
menguasai sepenuhnya pembelajaran.
175

8.2

Pengayaan

8.2.1

Konsep Pengayaan
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), konsep pengayaan bermaksud:
Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelanjaran yang mengandungi
unsur- unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat
peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat,daya kreatif,sifat ingin
tahu,sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka

8.2.2

Rasional
Secara umumnya,prestasi murid-murid boleh dibahagikan kepada 3 aras iaitu murid
yang cemerlang, sedehana dan lemah.Oleh yang demikian,pertimbangan yang wajar
seharusnya diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan.Mereka
yang cemerlang dalam pembelajaran patut diberi pengayaan agar mereka
berpeluang mengikuti pelbagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar.

8.2.3

Objektif Pengayaan
Aktiviti aktiviti pengayaan dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid-murid :

menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka

meningkatkan kemahiran berfikir dalam usaha menyelesaikan masalah

menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah


perkembangan potensi

menggunakan masa lapang dengan berfaedah mengikut keperluan, minat dan


bakat mereka,

mendapat kemahiran untuk belajar sendiri bagi membolehkan mereka sebagai


usaha pembelajaran sepanjang hayat.

melahirkan daya kreativiti dan inovasi

mempunyai asas kepimpinan untuk dikembngkan ke peringkat yang lebih tinggi


sesuai dengan kemampuan mereka.

8.2.4

Aktiviti-Aktiviti Pengayaan yang Sesuai


Guru perlu membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
bersesuaian dengan murid-murid mengikut perkembangan umur dan kebolehan
mereka.Sebagai panduan, aktiviti-aktiviti yang hendak disediakan itu haruslah:
1. Bercorak belajar sendiri yang mengandungi arahan dan penerangan yang jelas
supaya murid dapat menjalankan tugasan tanpa banyak memerlukan banyak
tunjuk ajar daripada guru.

176

2. Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan minat dan bakat yang berbezabeza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek yang mungkin mengambil masa
satu atau dua minggu,
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.
5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau
dibeli di pasaran. Sebaiknya,bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang
berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari.

Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian


yang penting iaitu:
1. Bacaan dan latihan tambahan

kad bacaan yang disediakan oleh guru mengikut tema-tema tertentu

buku-buku pengetahuan dan cerita

majalah

surat khabar

risalah-risalah

laman sesawang

2. Kerja projek

membuat lawatan sambil belajar

memelihara pelbagai jenis ikan

membuat kebun sains

membuat zoo mini di sekolah

menjalankan kegiatan kemasyarakatan

membuat persembahan seperti aktiviti bercerita, lakonan, deklamasi sajak

membuat blog

Catatan: Perhatian perlu diberikan sebelum kerja projek dijalankan


mempunyai tujuan tertentu
alat-alat disediakan dengan baik
memohon kebenaran daripada pihak tertentu seperti guru besar, ibu bapa,JPN
dan lain-lain
faktor keselamatan
pengurusan semasa aktiviti dilaksanakan

177

3. Permainan dan rekreasi

Teka silang kata

Teka-teki

Mencari arah bunyi

Bermain dengan bentuk

Menyusun blok

Sahiba

Bermain catur

Kategori Murid Berkeperluan Khas

Rehat sebentar dan uji diri....


Apakah yang anda ketahui tentang program pendidikan khas?
anda terlibat dengannya?

Pernahkah

Murid-murid berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:

Kategori
Lewat
perkembangan/lembam

Ciri-ciri
kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata
lemah pencapaian dalam bahasa dan Matematik
tumpuan perhatian adalah singkat
kadar belajar,kuasa ingatan dan kemahiran pemprosesan
maklumat adalah rendah
kekurangan motivasi instrinsik menyebabkan tidak ada minat

Disleksia

kekurangan keupayaan pembelajaran yang melibatkan


kesukaran

membaca

dan

menulis

kerana

gangguan

penglihatan
kemajuan pertuturan yang lambat
lemah dalam mengingat
kemahiran kawalan otot lemah
Kecelaruan tingkah laku- aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan akibat rangsangan
hiperaktif

cahaya,bunyi dan warna


tidak takut kepada orang
sukar memberi tumpuan kerja yang dilakukan
mudah mengamuk jika kehendaknya dihalang

178

sukar menyesuaikan diri dan sukar untuk berinteraksi


dengan rakan sebaya yang lain
masalah dalam berkomunikasi

Autistik

menarik diri bermain bersama-sama dengan rakan


masalah mengawal emosi
menunjukan kebimbangan/tidak suka kepada perubahan
rutin
selalu

menumpukan percakapan

diri sendiri

daripada

percakapn orang lain


lambat memproses maklumat dan hanya memberi fokus
kepada sesetengah perkataan tertentu
Cacat penglihatan

Ada beberapa jenis seperti rabun dekat, rabun jauh,rabun


malam,rabun warna,astigimatisme, katarak dan juling.
kesukaran dalam membaca
sering membawa buku dekat matanya untuk membaca

Sindrom down

mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat


lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir
mata sepet sentiasa berair dan merah
bentuk muka yang kecil
tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak
tangan melintang
berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak
bongkok
suka bermanja,bermain dan dapat bergaul dengan baik

Pintar

cerdas

berbakat istimewa

dan maju atau berbakat dalam pelajaran


menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat
mempunyai IQ 120 ke atas yang dikategorikan sebagai
murid cerdas.
daya ingatan yang tinggi
tahap kemahiran berfikir yang tinggi
kreatif dan inovatif
mempunyai masalah pergaulan,kelakuan dan emosi

179

Rujuk kepada guru pakar murid berkeperluan khas di sekolah anda untuk
berbincang secara mendalam tentang strategi bagi membantu kanak-kanak
khas mengikut kategori.

8.3

Pendidikan Inklusif di Sekolah

8.3.1

Konsep Pendidikan Inklusif


Semua kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak dan peluang untuk mendapat
pendidikan, termasuk kanak-kanak

berkeperluan khas.

Di bawah program

pendidikan inklusif kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai potensi belajar


akan ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos yang
akan bekerjasama dengan guru biasa.
8.3.2

Rasional Pendidikan Inklusif


Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang pendidikan untuk mengembangkan
potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia dan berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran
masyarakat dan negara. Program ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni
untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

8.3.4

Keperluan Dan Objektif Pendidikan Inklusif


Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah
dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Maka,
pendidikan inklusif mempunyai keperluan bagi mencapai objektif seperti berikut:

meningkatkan

kesedaran

kanak-kanak

normal

tentang

kanak-kanak

berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli


masyarakat.

memberi peluang kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan


sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka

memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding


dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

180

untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan


kemudahan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

membantu kanak-kanak khas agar dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam
semua aspek kemansyarakatan supaya mereka lebih berupaya dan mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada bangsa
dan negara.

8.3.5

Peranan Guru Biasa Dan Guru Resos


Untuk pendidikan inklusif yang berkesan, guru biasa dan guru resos perlu
bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang boleh membawa kepada
integrasi yang optimum. Peranan penting guru resos ialah membantu guru biasa
mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas supaya intervensi awal boleh dibuat.

Guru resos membantu guru biasa dengan memerhatikan murid yang meempunyai
masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku dan membantu guru kelas dengan
strategi intervensi yang tertentu bagi menggalakkan pembelajaran. Sesuatu strategi
pembelajaran itu boleh melibatkan pengajaran individu, tugasan penyelesaian
masalah, dan kerja dalam kumpulan kecil.

Guru resos boleh juga membantu dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) untuk setiap murid berkeperluan khas. RPI menentukan matlamat individu
untuk setiap murid dan disesuaikan dengan gaya belajar dan kebolehan murid
tersebut. Guru akan membuat ulasan tentang RPI bersama-sama ibu bapa murid
tersebut. Guru juga bekerjasama dengan ibu bapa dan memaklumkan kepada
mereka tentang kemajuan anaknya serta mencadangkan teknik untuk menggalakkan
pembelajaran di rumah.

Peranan lain guru resos ialah:

membantu memperkembangkan emosi murid, rasa selesa dalam situasi sosial


dan prihatin terhadap tingkah laku yang diterima oleh masyarakat

membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik murid

membantu guru mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik mengajar untuk


memenuhi keperluan murid keperluan khas

mengubahsuai tugasan untuk memenuhi keperluan individu

membantu dalam penilaian murid berkeperluan khas

181

Berhenti sebentar dan buat refleksi.


Cadangkan cara bagaimana melaksanakan program pendidikan inklusif
yang berkesan dalam kelas bagi mata pelajaran anda. Bandingkan
jawapan anda dengan jawapan rakan-rakan yang lain.

Rujukan

Ang Huat Bin (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan inklusif. Kuala
Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas dan pemulihan: Bacaan asas .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Lewis,T. & Sugai,G.(1999). Effective behaviour support: A systems approach to proactive
schoolwide management. Focus on Exceptional Children, Vol 31(6).

182

You might also like