You are on page 1of 21

MAPM 2113

KUMPULAN 5
DECISION MAKING(MEMBUAT
KEPUTUSAN)
Nama

No.matriks

Henry Meyer Anak Denni

BPP2013-7145

Herman Anak Effendy

BPP2013-7146

Jacky Anak Elbert

BPP2013-7147

Jeffry Anak Gani

BPP2013-7148

Jesper Jabing Anak Edwin Jaya

BPP2013-7150

Jostine Layang Anak Martin

BPP2013-7151

Julan Wan

BPP2013-7152

Khairul Anwar B. Jemi

BPP2013-7153

Kizi Reozel Kurus

BPP2013-7154

Lo Wee Wui

BPP2013-7155

DEFINISI MEMBUAT KEPUTUSAN

Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di


antara dua atau lebih alternatif yang ada.
Satu proses mengenalpasti dan memilih
alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

KENAPA MEMBUAT KEPUTUSAN


PENTING DALAM BIDANG PERUBATAN???

Dalam bidang sains kesihatan, membuat


keputusan adalah sangat penting di mana
pakar atau doktor menggunakan
pengetahuan mereka dalam bidang tertentu
untuk membuat keputusan berdasarkan
maklumat.
Sebagai contohnya, pakar atau doktor dapat
membuat keputusan diagnosis dan memilih
cara rawatan yang sesuai bagi pesakit.

KONSEP MEMBUAT KEPUTUSAN

Objektif mesti diwujudkan.

Objektif hendaklah dikelaskan dan diletakkan mengikut


keutamaan.

Tindakan alternatif perlu dicadangkan.

Alternatif perlu dinilai berdasarkan objektif.

Alternatif yang mampu mencapai semua objektif adalah


keputusan tentatif.

Tindakan tegas diambil, dan tindakan tambahan diambil untuk


mengelakkan kesan buruk daripada menjadi masalah dan juga
mengelakkan kedua-dua sistem (analisis masalah dan
membuat keputusan) bermula sekali lagi.

Dalam keadaan yang memaparkan konflik, permainan


berperanan( role playing) boleh membantu untuk meramalkan
keputusan yang akan dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat.

JENIS KEPUTUSAN
a) Keputusan Terprogram
Apabila pengurus membuat keputusan bagi
perkara rutin dan berulangkali. Keputusankeputusan yang dibuat juga adalah bagi
masalah yang mudah untuk diselesaikan.
Pengurus hanya mengikut panduan-panduan
yang disediakan dalam organisasi dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan
ini juga membolehkan pengurus membuat
keputusan yang sama bagi masalah yang
sama

b) Keputusan Tidak Terprogram


Keputusan ini selalunya dibuat bagi
mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.
Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta
yang tidak diketahui dan dibuat bagi masamasa yang tertentu sahaja. Pengurus yang
terpaksa membuat keputusan ini
memerlukan perhatian yang penuh dan serius
dan mengambil kira banyak faktor sebelum
mengambil satu-satu keputusan.

KEADAAN MEMBUAT KEPUTUSAN


a) Kepastian
Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku
di masa hadapan. Pengurus mempunyai
maklumat yang benar, dipercayai dan tepat.
Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang
cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara
dan ini membolehkan mereka menyenaraikan
hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap
alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang
akan diperolehi oleh organisasi jika membuat
pelaburan dalam bidang kewangan.

b) Risiko
Keupayaan pengurus untuk meramal adalah
sukar. Ini adalah kerana pengurus mempunyai
maklumat yang hanya cukup untuk
menganggarkan hasil sesuatu keputusan
tanpa mempunyai maklumat yang lengkap.
Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan
dilakukan samada berjaya atau pun tidak
berjaya. Sebagai contoh, pengambilan
pekerja baru secara besar-besaran untuk
meningkatkan jualan.

c) Ketidakpastian
Dalam keadaan ini pengurus tidak
mempunyai maklumat langsung berkaitan
hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila
pengurus tidak mempunyai data atau
maklumat langsung berkaitan dengan apa
yang akan berlaku pada masa hadapan. Maka
pengurus perlu membuat keputusan yang
amat penting dan berupaya untuk berfikir
secara kritis. Sebagai contoh, keputusan
organisasi untuk memperkenalkan suatu
produk atau perkhidmatan baru.

KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN


BERKUMPULAN
1.Brain storming
Adalah satu proses di mana semua idea
dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang
terbaik dipilih untuk membantu dalam
membuat keputusan. Teknik ini perlu dibentuk
dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli
menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif
dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan
masalah dan mebuat sesuatu keputusan.
Daripada alternatif yang disumbangkan,
alternatif yang terbaik akan dipilih dan
alternatif yang lain akan diabaikan.

2. Nominal
Satu proses membuat keputusan di mana
semua ahli mempunyai penglibatan yang
sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah:
( a) setiap ahli mencatatkan idea tentang satu
masalah yang dibincangkan.
( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea
secara lisan dan direkod oleh ahli-ahli yang
lain.
( c ) setelah semua idea direkod, barulah
perbincangan diadakan.
( d ) selesai perbincangan setiap ahli menilai
idea-idea dan menentukan agregat tertinggi
secara senyap.

3. Delphi
Teknik ini merupakan proses membuat
keputusan yang melibatkan soal selidik
mengenai satu masalah yang khusus di
kalangan ahli-ahli kumpulan, berkongsi
keputusan dan meneruskan lagi soalselidik
tersebut dan memberi maklumbalas sehingga
satu persetujuan bersama dicapai.

PERINGKAT MEMBUAT
KEPUTUSAN BERKUMPULAN

Menurut B. Aubrey Fisher, terdapat empat


peringkat atau fasa yang perlu terlibat dalam
semua peringkat membuat keputusan.

Ahli bertemu buat kali pertama dan mula untuk


Orientasi mengenali satu sama lain.

Konflik

Setelah ahli kumpulan sudah saling mengenali


antara satu sama lain, pertikaian, pergaduhan kecil
dan hujah-hujah akan mula berlaku.
Ahli kumpulan mula memberi dan menjelaskan
pendapat mereka.

Emergence
(Kemunculan)

Reinforcement
(Pengukuhan)

Ahli kumpulan akhirnya membuat keputusan dan


memberi justifikasi untuk keputusan yang dibuat.

KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN


INDIVIDU
1.
2.
3.

Membuat keputusan rasional/logikal


Membuat keputusan intuitif/tidak rasional
Membuat keputusan pra-fikir

1. Membuat keputusan rasional/logikal


Keputusan dibuat mengikut langkah-langkah
yang teratur
Memproses maklumat menggunakan fakta yang
lengkap dan logik
2. Membuat keputusan intuitif/tidak rasional
Keputusan berdasarkan pengalaman,
pemerhatian, kreativiti atau rule of thumb
Keputusan mengikut rasa hati
3. Membuat keputusan pra-fikir
Keputusan dibuat tanpa sebarang maklumat
Maklumat dicari selepas keputusan dibuat
Biasanya akan cuba menidakkan fakta yang
berlawanan selepas maklumat sebenar
diperolehi.

KELEBIHAN MEMBUAT
KEPUTUSAN BERKUMPULAN

Dapat menjana lebih banyak idea berbanding


dengan yang dapat dilakukan secara individu.
Meningkatkan peluang penjanaan keputusan
yang kreatif dari pelbagai sudut yang
berlainan.
Ahli kumpulan lebih komited dan bermotivasi
untuk menjayakan keputusan tersebut.
Meningkatkan kualiti keputusan yang bakal
dibuat kerana segala ketidakpastian telah
dibincangkan dalam sesi perbincangan.

KELEMAHAN MEMBUAT
KEPUTUSAN BERKUMPULAN

Mengambil masa yang lama untuk mencapai


sesuatu keputusan berbanding dengan individu.
Kemungkinan wujud ahli kumpulan yang cuba
menguasai suatu sesi perbincangan yang akan
menjejaskan keputusan yang akan dibuat serta
penglibatan ahli-ahli lain.
Menimbulkan persoalan tanggungjawab terhadap
keputusan yang dibuat walaupun ahli itu tidak
bersetuju dengan keputusan tersebut.
Ahli-ahli terpaksa bertolak ansur untuk
mengelakkan konflik menyebabkan keputusan
tidak mencapai optimum.

RUMUSAN

Kemahiran membuat keputusan merupakan salah satu sumber manusia yang


amat penting.

Sumber ini perlu dipertingkatkan bagi membolehkan individu menjadi


seorang pengurus yang cekap, berkesan dan berjaya dalam segala aspek
kehidupan.

Setiap langkah proses pengurusan memerlukan kita membuat beberapa


keputusan.

Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita tidak boleh lari dari
membuat keputusan.

Proses membuat keputusan berkait rapat dengan proses pengurusan dan


proses penyelesaian masalah.

Individu sentiasa membuat keputusan dalam aktiviti pengurusan bagi


menyelesaikan pelbagai masalah.

RUJUKAN
1.
2.
3.

en.wikipedia.org/wiki/Decision-making
http://www.hbp.usm.my/SpaceTime/Ch1/
Ch1/siewmei.htm
http://pengurusanraiha.blogspot.com/

SEKIAN, TERIMA
KASIH.

You might also like