You are on page 1of 4

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER

MELALUI KAEDAH RUMAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2B3 SMK BANDAR


SERI ALAM
ABSTRAK
Matematik merupakan matapelajaran yang sangat penting kerana digunakan dalam pelbagai
bidang, termasuklah sains, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Namun demikian
penguasaan murid terhadap matapelajaran ini adalah ditahap yang sangat minimum. Hal ini
adalah disebabkan oleh tanggapan negatif murid terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang
demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak mengambil inisiatif yang positif untuk
menentukan kemajuan dan peningkatan murid dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah
memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih mudah dalam menyelesaikan operasi Integer.
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada sejauhmana seseorang murid dapat menguasai
konsep asas ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah penguasaan
kefahaman murid dalam konsep penambahan dan penolakan integer memandangkan tajuk
integer ini merupakan satu kemahiran dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini
merentasi banyak tajuk dalam sukatan pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan
menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai,
ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf
fungsi dan sebagainya. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan spontan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, semakan hasil kerja rumah dan Ujian Pentaksiran
Sekolah(UPK1). Soal selidik murid juga turut dijalankan bagi meninjau pandangan murid-murid
dan tingkah laku murid ketika pembelajaran berlangsung. Melalui kaedah rumah ini dapat
membantu murid bagi menguasai
penambahan dan penolakkan integer.

dan mengubah persepsi murid terhadap konsep

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Berdasarkan pengalaman saya mengajar tajuk yang berhubung kait dengan
konsep integer, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.
Sewaktu penyemakan buku latihan murid dilaksanakan, saya dapati terdapat murid yang
tidak dapat menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan dan penolakan
integer. Ini adalah kerana murid lemah dalam memahami konsep tersebut. Murid juga
tidak peka terhadap simbol positif dan negatif sesuatu nombor. Ada diantara mereka
yang mempunyai sikap malas untuk mengira. Hal ini menyebabkan kebanyakan
daripada mereka kehilangan banyak markah. Ini dapat saya perhatikan daripada Ujian
Pentaksiran Sekolah (UPK1) yang lalu.
Namun begitu kesilapan yang dilakukan mereka tidak keseluruhannya hanya
berpihak kepada mereka sahaja pihak guru juga mungkin ada silapnya. Ini kerana pada
peringkat rendah lagi murid tidak didedahkan dengan nombor positif. Sebagai contoh,
kita hanya menyebut 2 sebagai dua sahaja dan bukannya positif dua. Inilah kesannya
yang saya perolehi di peringkat menengah. Kesan secara langsung dapat dilihat melalui
latihan di dalam kelas dan semakan buku latihan pelajar. Contoh kesalahan adalah
seperti berikut:
- 7 + 2 = 5 (sepatutnya -5)
- 7 + 2 = 9 (sepatutnya -5)
Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka gagal
mengenal tanda bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami maksud Integer lebihlebih lagi Integer negatif. Mereka mengabaikan tanda negatif tersebut. Mereka hanya
melakukan prosess penambahan dan penolakkan semata-mata.Masalah ini juga berkait
dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan seharian, kita tidak
pernah menggunakan istilah Integer negatif atau positif semasa berurusan. Keadaan ini
jika kita perhalusi memang berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk
diadaptasi di dalam bilik darjah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini berfokuskan kepada untuk menyelesaikan


permasalahan murid bagi menyelesaikan soalan berkaitan penambahan dan penolakan
integer. Justeru, kajian ini meninjau permasalahan pelajar dalam menjawab soalan yang
melibatkan tambah dan tolak iaitu simbol positif dan negatif pada sesuatu nombor.
Fokus kajian saya ialah:
I.
Murid menguasai kemahiran penambahan dan penolakan integer menggunakan
II.

kaedah rumah dengan cepat dan betul.


Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah melibatkan

III.

penambahan dan penolakan integer


pertamanya adalah untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam
menyelesaikan soalan melibatkan penambahan dan penolakkan integer.
Keduanya,

mengenalpasti

bentuk

kesilapan

murid

dan

akhir

sekali

mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan


jawapan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am:
Secara amnya,objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan
menolak Integer dengan menggunakan Kaedah Rumah.
3.2 Objektif Khusus:
Secara khususnya kajian ini adalah untuk:
I.
Meningkatkan bilangan murid yang dapat menjawab soalan berkaitan konsep
II.

integer dengan tepat.


Meningkatkan keupayaan

III.

menyelesaikan soalan berkaitan integer.


Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan

murid

mengaplikasikan

kaedah

rumah

dalam

kemahiran operasi tambah dan tolak terhadap Integer.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid Tingkatan 2B3 di SMK
Bandar Seri Alam. Murid-murid ini terdiri dikalangan murid yang sederhana dan

lemah.Tinjauan awal telah dilaksanakan ketika waktu pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas, semakan kerja rumah dan ujian pentaksiaran 1 (UPK1).
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat. Dalam
pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
penilaian dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Separuh daripada kelas mempunyai sikap
suka berbual dan kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar. Sebelum kajian
dijalankan murid-murid kurang memberi respon kepada soalan-soalan yang diajukan
dan ada yang memberi jawapan sambil lewa dan rasa takut untuk mencuba. Murid juga
memerlukan pendekatan yang lebih konkrit dan nyata bagi melihat atau mengaitkan
kegunaan ilmu tersebut dalam situasi sebenar.
5.1.2 Ujian Penilaian
Ujian penilaian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai penambahan dan penolakan
integer. Ujian penilaian ini mengandungi 10 soalan perlu dijawab dalam 30 minit.
5.1.3 Soal Selidik
Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca
kelemahaman murid-murid ini tidak menguasai konsep penambahan dan penolakan
integer. Borang soal selidik diberikan kepada kumpulan sasaran dengan membuat
pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan Ujian Penilaian dengan betul.

You might also like