You are on page 1of 1

Hutan Bandar meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemua Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya

Awal,
Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya.
Konsep perancangan dan rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang diadun dengan
ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu, mula diilhamkan pembangunannya sejak tahun 1987.
Dengan mendapat bantuan kepakaran daripada Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia,
suatu ciri pembangunan yang unik telah dilahirkan. Istimewanya kawasan rekreasi ini kerana mengekalkan
rupabentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap yang paling minima. Hasilnya adalah sebuah
kawasan persekitaran yang menghijau dengan nilai estetika serta pemandangan yang indah dan nyaman.
Dengan berkonsepkan 'Taman Rekreasi Keluarga' dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan
harmoni, bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk pelbagai lapisan wargakota Johor
Bahru.
Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar Johor Bahru, telah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam program
Bandaraya Sejahtera yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation W.H.O),
selain daripada Dewan Bandaraya Kuchin Utara Sarawak sejak tahun 1994.

You might also like