You are on page 1of 46

INSURANS: SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN, JAMINAN

DAN INDEMNITI
DEFINISI, SKOP DAN KONSEP AM INSURANS
Ada dinyatakan oleh Robinson, N.M & Lavers A.P.1 insurans bermaksud
suatu pengendalian bagi sesuatu risiko khusus yang dinyatakan dengan
suatu bayaran primium yang dipersetujui. Insurans adalah suatu kontrak bagi
memindahkan suatu risiko kewangan yang tertentu (dinyatakan) dari pihak
yang pada asalnya adalah tertakluk kepadanya, kepada suatu pihak lain (iaitu
biasanya syarikat insurans) yang dikenakan dengan sejumlah fee (yang
biasanya disebut premium)2. Uff, J.3 pula menyatakan bahawa sifat sesuatu
kontrak insurans ialah bahawa apabila satu pihak (penanggung insurans)
mengakujanji atau berwaad untuk membuat pembayaran kepada, atau untuk,
faedah pihak lain (orang yang mengambil insurans) apabila berlaku sesuatu
kejadian. Kontrak itu boleh dalam sebarang bentuk, namun biasanya dalam
bentuk satu dokumen yang digelar polisi. Balasan yang diberikan oleh pihak
yang mengambil insurans dipanggil premium4
Perkataan insurans, dalam undang-undang dan ekonomi, adalah
suatu bentuk pengurusan risiko yang pada asasnya digunakan untuk
melindungi terhadap risiko kerugian luar jangka 5.

Robinson, N.M. & Lavers, A.P. 1988. Construction Law in Singapore and Malaysia. Singapura:
Butterworths & Co.(Asia) Pte. Ltd., m.s. 79
2

Ibid.

Uff, J. 1985. Construction Law. Edisi ke-4. London: Sweet & Maxwell Ltd., m.s. 107.

Ibid. Namun dalam takaful disebut sumbangan. Mengenai keperluan memenuhi prasyarat
pembayaran premium sebelum insurans boleh berkuatkuasa, lihat Madam Loh Sai Nyah lwn. American
International Assurance Co Ltd [1998] 2 M.L.J. 310.
5

Mehr, R.I., E. Cammack. 1976. Principles of Insurance. Edisi ke-6. Homewood (Ill.): Richard D. Irwin,
m.s. 34 37.

Mengikut seksyen 1406 Akta Insurans 1996, pengambilan insurans


hanya melalui syarikat-syarikat insurans yang didaftarkan di bawah Akta
Insurans 19967 dan diwartakan di bawah seksyen 34 Akta tersebut. Menurut
kehendak seksyen 34 Akta,

senarai penanggung insurans berlesen

hendaklah diwartakan. Seterusnya dinyatakan bahawa Bank Negara Malaysia


hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu senarai penanggung insurans
berlesen tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun dan tambahan kepada
atau pemotongan daripada senarai itu hendaklah disiarkan dari semasa ke
semasa apabila ia dibuat. Insurans bagi maksud perbincangan penulis di sini
ialah insurans am seperti yang dinyatakan dibawah seksyen 4 Akta 8. Selain
daripada itu, satu lagi kelompok insurans adalah insurans yang diletakkan di
bawah Akta Takaful 19849, yang dikenali sebagai takaful. Konsep insurans
bagi kedua-dua kelompok pada asasnya adalah sama, iaitu melibatkan
syarikat pengendali dan ahli, namun insurans yang dipanggil takaful 10 tersebut
adalah insurans berlandaskan syariah 11. Dalam industri pembinaan, pihak6

Seksyen 140. Insurans harta dan liabiliti


(1) Kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu, tiada seorang pun boleh
menginsuranskan atau menyebabkan diinsuranskan harta, atau liabiliti, dengan penanggung insurans
selain penanggung insurans am berlesen.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit.
(2) Bank, jika ia berpuas hati bahawa insurans harta, atau liabiliti itu, tidak terdapat daripada manamana penanggung insurans am berlesen, dan selepas berunding dengan Menteri, boleh meluluskan di
bawah subseksyen (1) bagi insurans itu dilaksanakan di luar Malaysia.
(3) Suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) hendaklah diberikan bagi apa-apa tempoh dan tertakluk
kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Bank.
(4) Seseorang hendaklah memberi Bank apa-apa maklumat tentang insurans mana-mana harta, atau
liabiliti, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank melalui notis secara bertulis dalam apa-apa tempoh
yang ditentukan dalam notis itu.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit.
(5) Dalam seksyen ini
(a) "harta" ertinya harta, alih dan tak alih, yang terletak di Malaysia, termasuklah mana-mana
kapal atau kapal terbang yang berdaftar di Malaysia;
(b) "liabiliti" ertinya liabiliti seseorang yang bermastautin di Malaysia terhadap pihak ketiga
7

Akta 553. Tajuk Panjang & Mukadimah Akta: Suatu Akta untuk mengadakan undang-undang baru
bagi pelesenan dan pengawalseliaan perniagaan insurans, perniagaan pembrokeran insurans dan
perniagaan pengajusteran dan bagi maksud lain yang berhubungan.
8

Seksyen 4. Pengelasan perniagaan insurans


(1) Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada dua kelas
(a) perniagaan hayat, yang sebagai tambahan kepada semua perniagaan insurans berkenaan dengan
polisi hayat termasuk apa-apa jenis perniagaan insurans yang dijalankan sebagai sampingan kepada
perniagaan insurans hayat penanggung insurans; dan
(b) perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan hayat.
9

Akta 132.

10

Mengenai takrif takaful, lihat seksyen 2 Akta Takaful 1984.

11

Konsep Takaful: Takaful adalah satu kesepakatan sekelompok orang yang berjanji untuk saling
membantu di antara mereka. Di dalam sistem takaful peserta bukannya membeli satu polisi insurans

pihak yang memerlukan atau dikehendaki mengambil insurans, boleh memilih


mana-mana-mana satu kelompok insurans berkenaan, iaitu sama ada
insurans yang bawah Akta Insurans 1996 atau takaful di bawah Akta Takaful
1984.
Mengikut peruntukan seksyen 141 Akta Insurans 1996, seseorang
hanya akan dianggap dilindungi apa-apa risiko seperti yang dinyatakan (bagi
sebarang urusan insurans am) apabila dia telah membayar primium bagi
insurans berkenaan12. Begitu juga di bawah seksyen 25 Akta Takaful 1984
iaitu

seseorang (peserta) hanya akan dianggap dilindungi apa-apa risiko

seperti yang dinyatakan (bagi sebarang urusan

takaful) apabila dia telah

membayar sumbangan bagi takaful berkenaan. Seksyen 141 Akta Insurans


1996 memperuntukkan seperti berikut:
Seksyen 141. Pengambilalihan risiko
(1) Tiada penanggung insurans13 am berlesen14 boleh mengambil alih apa-apa risiko
berkenaan dengan perihalan polisi insurans am sebagaimana yang ditetapkan
melainkan jika dan sehingga premium yang kena dibayar diterima oleh
penanggung insurans am berlesen itu mengikut cara dan dalam apa-apa tempoh
yang ditetapkan15.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit.
(2) Jika premium yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) diterima oleh
seseorang bagi pihak penanggung insurans am berlesen, penerimaan itu hendaklah
disifatkan sebagai penerimaan oleh penanggung insurans am berlesen itu bagi
maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa premium itu telah diterima
oleh seseorang yang tidak diberi kuasa untuk menerima premium itu adalah terletak
pada penanggung insurans berlesen itu.
(3) Jika seseorang menerima bagi pihak penanggung insurans am berlesen premium
atas polisi daripada perihalan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), orang itu
hendaklah meremitkan amaun itu kepada penanggung insurans am berlesen itu
dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Bank berhubung dengan polisi daripada
perihalan itu.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit.
(4) Penanggung insurans am berlesen hendaklah membayar terus kepada pemunya
polisi suatu pemulangan premium berhubung dengan polisi daripada perihalan yang
seperti kebanyakan sistem konvensional, tetapi mereka sama-sama bersetuju untuk menyertai suatu
kesepakatan iaitu mereka bersetuju untuk mendermakan sebahagian dari sumbangan mereka ke dalam
satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah. Ini berdasarkan
firman Alllah dalam surah Al-Maidah: 2"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang
melanggar perintahnya)."
12

Lihat Madam Loh Sai Nyah lwn. American International Assurance Co Ltd [1998] 2 M.L.J. 310.

13

Seksyen 3: "penanggung insurans" termasuklah penanggung insurans semula profesional.

14

Seksyen 2: "berlesen" ertinya dilesenkan di bawah seksyen 16 atau 17.

15

Seksyen 2: "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang disiarkan dalam Warta,
dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan
dalam peraturan-peraturan bagi orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan

ditetapkan di bawah subseksyen (1) yang mungkin kena dibayar kepada pemunya
polisi itu bagi apa-apa sebab.
Penalti: Lima ratus ribu ringgit. Penalti ingkar.

Menurut peruntukan seksyen 2 Akta Insurans 1996, "polisi" ertinya


polisi insurans dan termasuklah nota perlindungan atau sesuatu kontrak
insurans, sama ada atau tidak yang terkandung dalam atau ditunjukkan oleh
surat cara dalam bentuk polisi insurans, dan sebutan mengenai
(a) mengeluarkan

sesuatu

polisi

hendaklah

ditafsirkan

sebagai

membuat kontrak insurans, sama ada suatu kontrak formal telah


dikeluarkan atau tidak; dan
(b) polisi penanggung insurans termasuklah sesuatu polisi atau bon
yang berkenaan dengannya penanggung insurans berada di bawah
apa-apa liabiliti, sama ada polisi itu dikeluarkan oleh penanggung
insurans atau liabiliti itu telah dipindahkan kepada penanggung
insurans itu daripada penanggung insurans lain.
Seterusnya, menurut seksyen 2 Akta yang sama, "premium" ertinya
amaun yang kena dibayar kepada penanggung insurans di bawah suatu polisi
sebagai balasan bagi obligasi yang diambil alih oleh penanggung insurans itu.
Di bawah Akta takaful 1984 pula, konsep yang digunakan ialah sumbangan,
sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta tersebut 16.
Walaupun Akta Insurans 1996 (termasuk seksyen 141 Akta), dan
seksyen 25 Akta Takaful 1984 ada menyentuh mengenai risiko, tetapi Aktaakta ini tidak pula mentakrifkan apakah yang dimaksudkan risiko. Sebagai
pengetahuan am, perkataan risiko wujud dalam bahasa Inggeris pada
pertengahan kurun ke 17 yang berasal dari bahasa Perancis, iaitu risque.
Pada pertengahan kedua kurun ke-18 ejaan risiko wujud dalam bahasa
Inggeris17 apabila ia digunakan dalam transaksi insurans.
Menurut Flanagan R. dan Norman G. 18, risiko adalah berkaitan dengan
kebarangkalian

dan

boleh

dianggarkan

secara

kuantitatif.

Manakala

ketidakpastian ditakrifkan sebagai situasi dimana tidak ada data terdahulu


16

Iaitu ansuran takaful yang dibayar oleh peserta-pesertanya.

17

Yakni risk.

18

Flanagan, R. dan Norman, G. 1993, Risk Management and Construction. Oxford: Blackwell Science,
m.s. 145

yang boleh menyokong untuk membuat keputusan atau dalam kata lain,
sesuatu yang tersendiri. Menurut Flanagan R. dan Norman G. 19 lagi, risiko
adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang tidak pasti dan ianya
melibatkan kos, dan industri pembinaan menanggung risiko yang lebih 20
berbanding dengan industri lain. Menurut Robinson, N.M. dan Lavers, A.P.21
pula,

risiko

adalah

kemungkinan

atau

kebarangkalian

dimana

tidak

tercapainya hasrat yang diingini atau diharapkan. Raftery, J. 22, pula


memberikan definisi risiko dan ketidakpastian sebagai situasi dimana hasil
sebenar dari sesuatu aktiviti adalah berubah dari nilai yang dijangkakan.
Manakala menurut Ward, S.C. dan Chapman, C.B.23, risiko adalah
pendedahan kepada kemungkinan ekonomi dan keuntungan atau kerugian
kewangan,

kerosakan

fizikal

atau

kelewatan

yang

diakibatkan

oleh

ketidakpastian atas tindakan yang dilakukan.


Seperti dinyatakan oleh Doherry, N.A.24, kebarangkalian hasil yang
didapati berlainan daripada yang dijangkakan adalah sesuatu yang tidak
dikehendaki dalam membuat keputusan. Risiko dalam projek pembinan
adalah bermaksud perubahan yang mungkin akan wujud atau timbul pada
masa akan datang daripada hasil yang diharapkan daripada sesuatu projek
pembinaan.
Kita berbalik semula kepada persoalan mengenai premium insurans
dan sumbangan takaful. Kadar premium adalah seperti mana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 144 Akta 25, iaitu tarif kadarnya sebagaimana
19

Ibid.

20

Pada pandangan penulis, ini bermaksud lebih besar dan lebih banyak.

21

Robinson, N.M. & Lavers, A.P. 1988. Construction Law in Singapore and Malaysia. Singapura:
Butterworth & Co. (Asia) Pte. Ltd., m.s. 67.
22

Raftery, J. 1994. Risk Analysis in Project Management. London: Taylor & Francis Group, m.s. 83.

23

Ward, S.C. dan Chapman, C.B. 1991. Extending the use of risk analysis in project management.
International Journal of Project Management: 9(2): 117-123.
24

Doherty, N.A. 1985. Corporate Risk Management: A Financial Exposition. New York: MacGraw Hill,
m.s. 116.
25

Seksyen 144. Kadar premium di bawah polisi am


Tiada penanggung insurans am berlesen atau persatuan penanggung insurans am berlesen boleh
menerima pakai sesuatu tarif kadar premium, atau sesuatu tarif terma dan syarat polisi, bagi sesuatu
perihalan polisi am yang wajib terpakai kepada penanggung insurans am berlesen, kecuali dengan
kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu.
Penalti: Satu juta ringgit.

yang ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Bagi takaful pula, kadar
sumbangannya sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara juga 26.
INSURANS DALAM PROJEK PEMBINAAN
Insurans adalah elemen yang penting di dalam projek pembinaan dan
ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pengambilannya mengikut syarat
kontrak boleh menyebabkan sesuatu projek pembinaan tidak dapat
dijalankan, iaitu klien berhak untuk tidak membenarkan kontraktor (dan
subkontraktor) meneruskan atau memulakan kerja-kerja pembinaan, atas
alasan tidak mematuhi Syarat-syarat Perjanjian.
Dalam seni pengurusan projek pembinaan, adalah jelas bahawa
segala bentuk risiko akan ditanggung atau dipindahkan kepada pihak
kontraktor

sepanjang

masa

pembinaan

sehinggalah

tempoh

liabiliti

kecacatan. Sekiranya projek tersebut tidak dapat disiapkan pada masa yang
sepatutnya (sekiranya lanjutan masa diberikan), tambahan ke atas masa
perlindungan insurans juga perlulah dilakukan bagi menghadapi sebarang
risiko projek.
Bagi

tujuan

penanggungan

risiko

oleh

pihak

kontraktor

atau

subkontraktor berkenaan, pihak klien atau tuanpunya projek mensyaratkan


supaya perlindungan insurans diperolehi 27. Sebagai contoh di dalam borang
kontrak format seragam JKR 203 atau 203A perkara mengenai insurans ini
adalah di dalam fasal 15.0, dan juga 18.0 Syarat-syarat Kontrak. Bagi borang
format seragam PAM 2006 juga, ada fasal dimana klien (majikan)
menghendaki pihak kontraktor mengemukakan insurans yang berkaitan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam fasal 19(1)(b) Syarat-syarat Kontrak.
Bagi borang format seragam IEM C.E. 1989 pula, ada fasal dimana klien
(majikan) menghendaki pihak kontraktor mengemukakan insurans yang
berkaitan sebagaimana yang dinyatakan di dalam fasal 33 Syarat-syarat
Kontrak
Secara amnya, fasal 14.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR
203, fasal 18.0 32 Syarat-syarat Kontrak format seragam PAM 2006, fasal 32
26

Lihat Bahagian II dan IIA Akta Takaful 1984.

27

Iaitu daripada syarikat insurans atau takaful, masing-masing di bawah Akta Insurans 1996 dan Akta
Takaful 1984, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Syarat-syarat Kontrak format seragam IEM C.E. 1989, dan fasal 35 Syaratsyarat Kontrak format seragam CIDB 2000 menekankan konsep indemniti
oleh kontraktor kepada klien atau tuanpunya projek, bagi kecederaan,
kematian dan kerosakan kepada harta benda. Kita ambil misalannya sebagai
rujukan, iaitu fasal 14.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203:
14.0. MENANGGUNG RUGI KERAJAAN MENGENAI KECEDERAAN DIRI DAN
KEROSAKAN KEPADA HARTA
14.1 Kontraktor bersetuju dengan Kerajaan bahawa(a) Kontraktor melaksanakan obligasinya di bawah Kontrak ini atas risikonya sendiri
dan melepaskan, kapada tahap yang paling sepenuhnya sebagaimana undangundang membenarkan, Kerajaan dan agen dan pengkhidmat mereka daripada
semua dan permintaan walau apa pun jenisnya yang terbit daripada apa-apa
kemalangan, kerosakan, kecederaan atau kematian yang berbangkit dari atau
disumbang oleh apa-apa perbuatan atau ketinggalan atau kecuaian Kerajaan atau
agen dan pengkhidmatnya. Kontraktor dengan nyatanya bersetuju bahawa dalam
ketiadaan apa-apa perbuatan, ketinggalan atau kecuaian yang dinyatakan sebelum
ini maka Kerajaan hendaklah tidak bertanggungan atau bertanggungjawab apa-apa
pun dalam hal berkaitan kemalangan, kecederaan atau kematian berkenaan.
(b) Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada dan terhadap segala
tindakan, tuntutan, permintaan, prosiding, kerugian, ganti rugi, pampasan, kos
(termasuklah kos undang-undang), caj dan perbelanjaan apa-apa pun kepada
mana Kerajaan akan atau menjadi bertanggungan dalam hal atau terbit daripada(i) penggunaan secara cuai, salahguna atau penyalahgunaan oleh Kontraktor atau
personelnya, pekerjanya, agennya atau kakitangan yang Kontraktor lantik;
(ii) apa-apa jua jenis bencana atau kerosakan kepada harta atau kecederaan
walau aapapun bentuk atau jenisnya dan walau macam mana pun atau dimana
pun dialami atau disebkan atau disumbangkan oleh kecuaian, atau persengajaan,
kegagalan atau ketinggalan Kerajaan, agennya atau pengkhidmatnya;
(iii) apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan daripada apa-apa sebab pun
terhadap harta atau orang yang disebabkan oleh Kerja ke tahap pada yang
berkenaan itu berlaku atau disumbangkan oleh perbuatan, ketinggalan, kecuaian,
pelanggaran atau kegagalan Kontraktor atau personel, pengkhidmat, agen atau
pekerjanya; dan
(c) obligasi di bawah fasal ini hendaklah berterusan selepas tamat tempohnya atau
penamatan lebih awal Kontrak ini dalam hal berkaitan apa-apa perbuatan, akuan,
perkara atau benda yang berlaku sebelum penamatan tempoh atau penamatan
Kontrak ini.
14.2 Kontraktor hendaklah menanggung rugi, melindungi dan mempertahankan atas
kos dan perbelanjaannya sendiri, Kerajaan dan agen dan pengkhidmatnya
terhadap semua tindakan, tuntutan dan liabiliti yang berbangkit daripada perbuatan
yang dilakukan oleh Kontraktor dalam pelaksanaan Kontrak ini.

Sebelum boleh memulakan kerja, pihak kontraktor (dan subkontraktor)


hendaklah mengambil insurans (atau takaful) untuk melindungi pihaknya serta
pihak klien. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek (dalam
kontrak pembinaan swasta yang menggunakan format seragam PAM 2006),
Jurutera (dalam kontrak pembinaan yang menggunakan format seragam IEM
C.E. 1989), dan Pegawai Penguasa (dalam kontrak pembinaan kerajaan atau
badan berkanun yang menggunakan format seragam JKR 203) untuk
7

memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insurans


sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antaranya ialah insurans kerja dan
insurans liabiliti awam dan pampasan pekerja (atau PERKESO). Ini bertujuan
untuk melindungi pihak klien dan kontraktor apabila berlakunya sesuatu
perkara yang tidak diingini.
Kita ambil contoh Surat Pemberitahuan Penerimaan Tender dalam
projek-projek

kerajaan

dan

badan-badan

berkanun,

biasanya

akan

mempunyai fasal seperti berikut:


Syarat Mula Kerja
Sebelum tuan dibenarkan memulakan kerja-kerja di atas, tuan adalah diarahkan untuk
mengambil dan mengemukakan ke pejabat seperti di para 3 di atas dokumen-dokumen
seperti berikut:
(a) Bon Pelaksanaan
Bon Pelaksanaan ialah lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak iaitu
RM........................... Tuan adalah dikehendaki untuk mengambil Bon Pelaksanaan
dalam bentuk Jaminan Bank/Syarikat Kewangan Berlesen/Insurans dengan
menggunakan borang yang dinyatakan di para 2(b) di atas. Sila kemukakan yang asal
dan dua (2) salinan ke pejabat seperti di para 3 di atas setelah tindakan diambil
(abaikan keseluruhan perenggan ini jika tuan membuat pilihan Bon Pelaksanaan di
dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan).
Sekiranya tuan memilih kaedah di para 5(a) atau 5(b) atau tidak menyatakan manamana pilihan, Kerajaan berhak secara automatik melaksanakan kaedah Wang
Jaminan Pelaksanaan jikalau pada Tarikh Milik Tapak Bina yang ditetapkan tuan gagal
mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti di para 5(a) atau 5(b). Tuan boleh
memulakan kerja-kerja setelah Nota Liputan bagi maksud polisi Insurans tersebut dan
resit-resit premium yang telah dibayar itu diserahkan kepada Pegawai Penguasa.
(b) Polisi Insurans Tanggungan Awam
Polisi ini hendaklah dikeluarkan oleh Syarikat Insurans yang diakui dan diambil di atas
nama Kerajaan Malaysia dan Kontraktor untuk tanggungan minimum bernilai
RM ........................... bagi satu kemalangan atau siri kemalangan yang berbangkit dari
satu kejadian.
Liputan bilangan kemalangan hendaklah tidak terhad. Tempoh
insurans
hendaklah
sekurang-kurangnya
dari
tarikh....................
hingga.................... (meliputi tempoh kontrak, tempoh liabiliti kecacatan dan 3 bulan 14
hari selepasnya).
(c) Polisi Insurans Kerja
Polisi ini hendaklah dikeluarkan oleh Syarikat Insurans yang diakui dan diambil di
atas
nama
Kerajaan
Malaysia
dan
Kontraktor
berharga
RM.......................... bermula dari tarikh .................. hingga................... (tempoh
kontrak) untuk menanggung liabiliti seperti yang dinyatakan dalam fasal 36
Syarat-syarat Kontrak.
(d) Skim Keselamatan Sosial Pekerja
Sila kemukakan nombor kod majikan di bawah skim PERKESO
Bagi perkara (b) dan (c) di atas, adalah memadai jika tuan mengemukakan Nota
Liputan bagi polisi- polisi insurans dan resit-resit premium yang telah dibayar, bagi
tujuan memulakan kerja sahaja.

Selain itu, pihak Arkitek atau Pegawai Penguasa atau Jurutera


(mengikut yang berkenaan) juga perlulah memastikan bahawa jangka masa
perlindungan segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor (dan

subkontraktor) itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki


oleh Syarat-syarat Kontrak. Jika tempoh insurans itu telah luput tarikhnya
maka pihak Arkitek atau Pegawai Penguasa atau Jurutera berkenaan juga
perlulah memastikan pihak kontraktor (dan subkontraktor) memperbaharui
polisi insurans berkenaan.
Jenis-jenis insurans28 yang biasanya wujud dalam projek pembinaan
dan perlu diambil oleh pihak kontraktor (dan subkontraktor) ialah:
i. Bon perlaksanaan, bon wang pendahuluan, dan bon tender (dalam
bentuk bon yang dikeluarkan oleh syarikat insurans);
ii. Insurans kerja;
iii. Insurans liabiliti awam; dan
iv. Insurans pampasan pekerja (dan Skim Keselamatan Sosial Pekerja
(PERKESO).
Selain daripada itu, ahli-ahli profesional projek pembinaan seperti
arkitek, jurutera dan juruukur bahan juga perlulah mengambil satu insurans
khas iaitu insurans indemniti profesional.
BON-BON JAMINAN INSURANS
Bentuk dan Skop Bon Jaminan
Perbincangan yang agak mendalam mengenai bon-bon itu sendiri akan
penulis berikan di dalam bab 11 buku ini. Bagi tujuan bab 10 ini, penulis perlu
nyatakan bahawa bon-bon jaminan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans
adalah berbentuk jaminan dan bukannya berbentuk perlindungan seperti
dalam urusan insurans yang lain yang akan dibincangkan selepas ini. Dengan
itu, sebagai insurans jaminan, bon jaminan yang dikeluarkan oleh syarikat
insurans adalah bagi menyediakan suatu sandaran kewangan dan jaminan
pembinaan dengan meyakinkan tuanpunya projek bahawa, sama ada,
(a)

pembina (iaitu kontraktor) akan melaksanakan tanggungjawabnya


melaksanakan projek (iaitu bon pelaksanaan), atau;

28

Penglibatan syarikat insurans di dalam sesuatu projek pembinaan, dengan demikian adalah dalam
dua bentuk kontrak: Kontrak insurans (untuk beberapa jenis inisurans yang dinyatakan, dan kontrak
jaminan (untuk jaminan pelaksanaan, bayaran wang pendahulluan, atau tender). Mengenai perbezaan
antara kedua-duanya, lihat, antaranya, Guest, A.G. (ed.).1975. Ansons Law of Contract. Edisi Ke-24.
Oxford: Oxford University Press, m.s.255-257. Lihat juga keputusan Lord Justice Romer dalam Seaton
lwn. Heath [1899] 1 Q.B. 782, di m.s. 792, dan Trade Indemnity Co. Ltd. lwn. Workington Harbour and
Dock Board [1937] A.C. 1.

(b) membayar kepada pekerja, subkontraktor, pembekal (iaitu bon


bayaran), atau;
terus melaksanakan mengikut apa yang ditawarkan dalam tender

(c)

(iaitu bon tender), atau;


(d)

membayar kembali wang yang didahulukan oleh tuanpunya projek


kepada kontraktor (iaitu bon wang pendahuluan).

Penjamin bon (bagi maksud perbincangan kita di sini ialah syarikat


insurans atau takaful) akan mempastikan beberapa kriteria dipenuhi sebelum
mereka mengemukakan bon jaminan, iaitu antaranya, kontraktor (atau subkontraktor) perlulah mempunyai rekod dan reputasi (kerja, kewangan,
sejarah) yang baik, berkeupayaan memenuhi obligasi semasa dan masa
hadapan, berpengalaman yang sesuai yang memenuhi keperluan kontrak,
mempunyai, atau berkeupayaan mendapatkan, peralatan dan jentera yang
perlu dan mencukupi dalam melaksanakan kerja, dan keupayaan kewangan
yang baik atau kukuh dalam memenuhi keperluan program pelaksanaan
kerja.
Dalam bon jaminan, risiko akan dipindahkan daripada tuanpunya
projek kepada pihak ketiga (iaitu pihak insurans), dan dengan itu bon jaminan
adalah satu mekanisma pemindahan risiko dalam mana satu pihak (iaitu
pihak insurans) menjamin pihak lain (iaitu klien atau tuanpunya projek)
bahawa ada satu pihak ketiga (iaitu kontraktor) akan melaksanakan
obligasinya. Dengan itu, bon jaminan adalah suatu perjanjian jaminan tiga
pihak29.
Seperti dinyatakan oleh Uff, J.30, bahawa oleh kerana bon merupakan
kontrak jaminan maka ia perlu dibuat secara bertulis. Seterusnya, bagi
maksud penerimaan keterangan dokumen bagi kes sivil di bawah seksyen
73A, Akta Keterangan 1950, ia juga perlulah secara bertulis 31. Menurut Uff32
seterusnya, oleh kerana bon merupakan kontrak jaminan maka ia perlulah
29

McIntyre, M. 2005. Mitigating real Estate Construction risk: how surety bonds protect borrowers and
bankers. The Risk Management Association (RMA) Journal. November., m.s 46-52.
30

Uff, J. 1985. Construction law. Edisi Ke-4. London: Sweet & Maxwell Ltd., m.s. 166-167.

31

Lihat perbincangan oleh Zafer, M.R. 1994. Law of Evidence in Malaysia, Kuala Lumpur. International
Law Book Services.
32

Ibid.

10

dalam bentuk bertulis. Selanjutnya, kerana bon dikeluarkan oleh syarikat


insurans maka keperluan dokumen bertulis menjadi amat penting bagi
maksud pematuhan Akta Insurans 1996 dan Akta Takaful 1984, iaitu bagi
maksud pembuktian transaksi dan juga pengurusan kewangan dan rekod.
Oleh kerana bon tidak mempunyai balasan dari pihak yang diberi jaminan
(iaitu klien atau tuanpunya projek), maka bon perlulah dimeteri oleh
pembuatnya33. Perkara ini juga penting dilakukan bagi maksud keterangan
dan pembuktian dokumen di bawah seksyen 73 Akta Keterangan 1950.
Penseteman bon itu sendiri perlulah mematuhi Akta Setem 194934. Menurut
seksyen 52(1) Akta Setem 1949, sebarang instrumen yang dikenakan duti
setem tetapi telah tidak dibayar duti setem, tidak boleh diterima sebagai
keterangan bagi sebarang tujuan35.
Hak Syarikat Insurans Akibat Perubahan Terma Kontrak
Seperi dinyatakan oleh Issaka Ndekugri 36 bahawa adalah menjadi hak
penjamin (syarikat insurans) untuk dimaklumkan atas apa-apa perubahan
terma kontrak yang dibuat diantara klien projek dan kontraktor 37. Namun bagi
maksud perbincangan penulis disini, peruntukan seksyen 86 Akta Kontrak
195038, juga adalah relevan dan perlu diutamakan. Penulis menekankan
bahwa penjamin (syarikat insurans) boleh dilepaskan daripada liabiliti
jaminannya apabila obligasi kontrak dipinda dan telah menjadi berlainan
daripada apa yang dijamininya. Contohnya, apabila wujud kerja-kerja
33

Seksyen 80 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan balasan untuk gerenti dikira mencukupi atas apaapa janji atau apa-apa yang dilakukannya. Lihat perbincangan selanjutnya di dalam bab 11.
34

Ini kerana bon sedemikian adalah salah satu dokumen yang dikehendaki disetemkan (menggunakan
setem hasil) di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949.
35

Kecuali bagi tujuan perbicaraan jenayah - seksyen 52 (1) Proviso (b), Akta Setem 1949. Lihat
perbincangan lanjut di dalam bab 11.
36

Issaka Ndekugri .1999. Performance bonds and guarantees: construction owners and professionals
beware. Journal of Construction Engineering and Management. Nov. /Dis. 1999, m.s 428-436.
37

Beliau merujuk Clydebank & District Water Trustees lwn. Fidelity and Deposit Company (1915) S.C
362, Perar BV lwn. General Surety and Guarantee Co Ltd. (1994) 66 B.L.R. 72, dan Oval (717) Ltd. lwn.
Aegon Insurance Co. (UK) Ltd. (1997) 85 B.L.R. 97.
38

Iaitu mengenai pelepasan penjamin akibat dari perubahan terma kontrak. Seksyen 86
memperuntukkan,
86. Sebarang perubahan, yang dibuat tanpa kebenaran penjamin, di dalam terma-terma kontrak
di antara penghutang dengan pemiutang, akan melepaskan penjamin berkaitan dengan
transaksi yang terbit daripada perubahan itu.

11

tambahan atau lanjutan tempoh kontrak yang telah telah diberi 39.

Dalam

Rees lwn. Berrington40 itu, hakim Lord Loughborough menyebut,


Amatlah jelas bahawa janganlah lakukan apa-apa transaksi tanpa pengetahuan
penjamin, yang hendaklah semestinya menitikberat di dalam setiap transaksi dengan
pemiutang prinsipal. Anda tidak boleh
menjadikan beliau terikat dan melakukan
urusan berkaitan tanpa merujuk kepadanya.

Dalam hal yang sama, dalam Polak lwn. Everett41, hakim Quain
menyatakan, antara lain,
Pada pendapat saya, secara senang dan perkara polisi ... bahawa kontrak jaminan
tidak boleh dipinda tanpa kebenarannya (kebenaran penjamin).

Seterusnya, Ilustrasi (d) kepada seksyen 86 Akta Kontrak 1950 juga


adalah berkaitan degan perbincangan di sini:
A memberi jaminan berterusan kepada C ke tahap RM 3000 bagi sebarang minyak
yang dibekal oleh C kepada B secara hutang. Kemudiannya, B kesesakan wang, dan
tanpa pengetahuan A, B dan C berkontrak bahawa C akan meneruskan bekalan
minyak kepada B dengan bayaran tunai, dan bayaran sedemikian terpakai juga bagi
hutang sedia ada di antara B dan C. A tidaklah bertanggungan atas gerenti yang
dibuatnya bagi mana-mana barang yang dibekalkan selepas persetujuan yang baru
itu.

Indemniti Kepada Pengeluaran Bon


Apa yang dimaksudkan indemniti kepada pengeluaran bon ialah mengenai
indemniti yang dibuat oleh pihak yang memohon bon (yakni petender atau
kontraktor atau subkontraktor) kepada pihak yang mengeluarkan bon (yakni
syarikat insurans). Seperti dinyatakan sebelum ini, bon bukanlah suatu polisi
insurans yang menggabungkan dana premium dari petender atau kontraktor
atau subkontraktor yang menerima bon dan membayar kerugian daripada
dana itu seperti di dalam insurans.
Bon adalah suatu jaminan kredit oleh penjamin (yakni syarikat
insuran), dan, sebagai satu jaminan kredit yang diberi di dalam perniagaan,
pihak pemberi bon (syarikat insurans) mengharapkan dapat dibayar balik
kepadanya jika gerenti itu dikuatkuasakan 42. Oleh sebab itulah sebelum bon
disediakan kepada petender atau kontraktor atau subkontraktor, maka
39

Uff, J. 1985. Construction law. Edisi Ke-4. London: Sweet & Maxwell Ltd., m.s. 166-167.

40

(1975) 30 E.R. 765.

41

(1876) 1 Q.B.D 669 di m.s. 677.

42

Ibid.

12

penjamin (syarikat insurans) akan menghendaki pemohon (iaitu petender atau


kontraktor atau subkontraktor) menandatangani suatu Borang Permohonan
Bon. Di dalam permohonan itu ada dimasukkan perjanjian oleh pemohon
untuk membayar balik kepada syarikat insurans atas apa-apa kerugian yang
penjamin tanggung akibat dari penguatkuasaan keatas bon tersebut kelak.
Kedudukan Syarikat Insurans Sebagai Penjamin
Liabiliti penjamin (syarikat insurans) adalah untuk membayar gerenti itu
apabila dituntut oleh pihak yang dijamin 43. Perkara-perkara mengenai jaminan
secara umumnya adalah diperuntukkan di bawah seksyen 81, Akta Kontrak
1950, dimana dinyatakan bahawa jaminan tersebut adalah bersesama di
antara penjamin dan penghutang.
Namun jaminan itu boleh susut kekesanannya jika ada peruntukan
sedemikian yang dinyatakan di dalam bon itu sendiri. Perkara ini ada
diperuntukkan di dalam seksyen 81 Akta Kontrak 1950 44. Dengan yang
demikian adalah wajar penjamin memeriksa rekod pemohon sebelum
membuat jaminan agar dirinya tidak terperangkap oleh pemohon yang tidak
bertanggungjawab.
Tempoh Sah Bon-bon Jaminan
Bagi bon pelaksanaan, Uff45 menyatakan ia disediakan pada awal kontrak
iaitu sebelum kontrak dimulakan atau sebelum kontraktor berhak dibayar.
Mengenai tempoh sah laku bon pelaksanaan ia juga termasuk tempoh
menanggung kecacatan46. Abdul Aziz dan Abdul Rashid47 menyatakan
bahawa bagi kontrak swasta pula, syarat pengambilan bon pelaksanaan
sebelum kerja dimulakan turut diberi penekanan. Bagi jaminan insurans bon
tender pula, seperti yang dinyatakan oleh Abbett48, bon ini wujud bersama43

Lihat perbincangan lanjut di dalam bab 11 buku ini.

44

Lihat perbincangan lanjut atas tajuk kecil yang serupa (mengenai bon perlaksanaan) di dalam Bab ini.

45

McIntyre, op. cit.

46

Op. cit.

47

Abdul Aziz Hussin dan Abdul Rasid Abdul Aziz. 2001. Undang-undang pembinaanBon-bon gerenti
dalam kontrak pembinaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, m.s. 16. Lihat
perbincangan dalam bab 11 buku ini.
48

Abbett, R.W., 1963, Engineering Contract and Specifications, Edisi Ke-4, London: John Wiley & Sons,

13

sama pengemukaan cadangan tender oleh petender dan berterusan


berkuatkuasa sahnya sehinggalah suatu keputusan telah dibuat oleh majikan,
atau sehingga akhir tempoh keesahannya yang dinyatakan (mengikut mana
yang terdahulu)49.
Di antara dokumen yang disertakan semasa tender ialah borang
Jaminan Insurans bagi Bayaran Wang Pendahuluan. Kontraktor akan mula
dibayar wang pendahuluan apabila dia mengemukakan bon jaminan wang
pendahuluan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans 50. Bon berkenaan mula
berkuatkuasa dari tarikh kontraktor dibayar amaun wang pendahuluan.
Menurut Abdul Aziz dan Abdul Rashid 51 liabiliti di bawah bon itu akan terus
berkuatkuasa sehinggalah, sama ada, apabila kontraktor membayar balik
sepenuhnya wang

pendahuluan tersebut (yang dikutip kembali melalui

bayaran kemajuan kerja/bayaran interim), atau jika berlaku kemungkiran


perlaksanaan kontrak oleh kontraktor yang mengakibatkan kontraknya
ditamatkan, maka baki amaun wang pendahuluan itu dikutip dari bon
berkenaan, atau dalam kes-kes lain, sehinggalah amaun wang pendahuluan
itu diperolehi kembali sepenuhnya.
PAMPASAN PEKERJA
Dalam

kontrak

pembinaan,

terdapat

syarat-syarat

khusus

mengenai

keperluan kontraktor mengambil insurans pampasan pekerja. Contohnya


fasal 16.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203, fasal 35 Syaratsyarat Kontrak format seragam IEM C.E. 1989, fasal 19.0 Syarat-syarat
Kontrak format seragam PAM 2006, dan fasal 37 Syarat-syarat Kontrak
format seragam CIDB 2000 adalah mengenai pengambilan insurans
pampasan pekerja.
Kita ambil contoh fasal 16.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR
203, iaitu seperti berikut:
16.0 Menanggung Rugi Kerajaan Dalam Hal Tuntutan Oleh Pekerja
16.1. Pampasan Pekerja
49

Ibid.

50

Atau oleh pihak bank. Fasal (a) (ii) Peruntukan Khas Syarat-syarat Kontrak.

51

Op. cit. m.s. 36.

14

(a) Kontraktor hendaklah bertanggungan dan menanggung rugi dan sentiasa


menganggung rugi Kerajaan dan pegawai-pegawainya atau pengkhidmatpengkhidmatnya dari segala liabiliti yang berbangkit dari tuntutan-tuntutan oleh
mana-mana dan tiap-tiap pekerja yang diambil kerja dalam dan untuk
melaksanakan Kontrak ini bagi membayar pampasan di bawah atau menurut Akta
Pampasan Pekerja 1952 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau manamana undang-undang lain yang meminda atau menggantikan undang-undang itu
dan dari segi segala kos dan perbelanjaan yang bersampingan dan berbangkit
darinya.
(b) Kontraktor hendaklah mengesankan dan menyenggara bagi seluruh Tempoh
Kontrak suatu Insuran Pampasan Pekerja atau lain-lain insurans yang terpakai
bagi personel, pengkhidmat, agen atau pekerjanya yang dikehendaki di bawah
undang-undang Malaysia.

Kita dapati daripada contoh fasal 16.0 Syarat-syarat Kontrak, borang


format seragam JKR 203 di atas, yang mempunyai kesan yang menghendaki
kontraktor mengambil polisi insurans perlindungan pekerja di bawah Akta
Pampasan Pekerja 1952 dan dalam masa yang sama dikehendaki juga
mengambil atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Peruntukan fasal 16.0 tersebut tentunya menjadi tidak munasabah (dan
membebankan kontraktor dengan kos tambahan) untuk kontraktor patuhi
kerana polisi Kerajaan Malaysia dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
pada masa kini ialah setiap pekerja tempatan perlu mendaftar dengan
Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO), yakni mencarum di
bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Apabila seorang pekerja telah
didaftar di bawah PERKESO maka dia tidak lagi perlu dilindungi di bawah
polisi

pampasan

subkontraktor

pekerja

mengikut

(walaupun

yang

majikan,

berkaitan,

yakni

digalakkan

kontraktor

atau

mengambil

juga

perlindungan insurans pampasan pekerja).


Untuk makluman, sebelum format seragam JKR 203 (penyemakan
tahun 2007) berkuatkuasa, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia 52
(dan surat daripada Ketua Pengarah Buruh 53) telah mengeluarkan arahan
bertujuan untuk memaklumkan mengenai pengambilan insurans dan
PERKESO. Menurut arahan tersebut, tatacara pelaksanaan adalah seperti
berikut54:
52

Melalui Surat Pekeliling bil. :(54) dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt.5 bertarikh 9 Februari 2003.

53

Rujukan (29) dlm. BSM 7/4/4 bertarikh 21 Mei 2002. Melalui surat tersebut Ketua Pengarah Buruh
telah menasihatkan bahawa seorang pekerja warganegara Malaysia yang menjalankan pekerjaan
buruh manual bergaji melebihi RM2,000.00 sebulan yang tidak diliputi di bawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969 perlu dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.
54

Iaitu bagi projek pembinaan yang menggunakan format seragam JKR 203.

15

2.0 Tatacara Pelaksanaan


2.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mematuhi Akta-akta yang
berkenaan bagi perlindungan pekerjanya iaitu dengan mencarum di bawah
skim PERKESO dan jika terdapat pekerja yang tidak diliputi oleh PERKESO
Kontraktor dikehendaki juga mengambil Insurans Pampasan Pekerja. Selain
dari itu Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan dari segala liabiliti
berbangkit dari tuntutan-tuntutan akibat kecederaan atau kematian pekerja
dan sebagainya. Walau bagaimanapun keputusan telah dibuat bahawa
kontraktor tidak dikehendaki untuk mendeposit polis insurans pampasan
pekerja tersebut dengan P.P55.
2.2 Sehubungan dengan itu memandangkan fasal mengenai pampasan
pekerja telah dikeluarkan dari Syarat-syarat Kontrak JKR203/203A/203N
melalui SPKPKR56 1/1999, peruntukan supaya kontraktor menanggung rugi
Kerajaan tersebut perlu dimasukkan kedalam ke dalam Syarat-syarat Kontrak
dengan melampirkan addenda yang baru seperti yang disertakan iaitu
Addenda No.5 bagi Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A dan Addenda No. 2
bagi Syarat-syarat Kontrak JKR 203N57.
2.3 Semasa pelaksanaan projek tanggungjawab P.P. adalah hanya untuk
meminta kontraktor mengemukakan nombor kod majikan PERKESO. Walau
bagaimanapun
P.P.
bolehlah
mengingatkan
Kontraktor
akan
tanggungjawabnya untuk melindungi pekerja yang tidak diliputi di bawah
PERKESO.

SKIM PAMPASAN DI BAWAH AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952


Skop Am Pemakaian Akta
Akta Pampasan Pekerja 1952 ini terpakai di seluruh Malaysia bagi sektorsektor berikut:
(a) Sektor Swasta
Pekerja yang terlibat dalam pekerjaan buruh kasar (manual labour) tidak kira
amaun pendapatannya.
Pekerja bukan buruh kasar yang berpendapatan tidak melebihi RM500.00
sebulan.
Pekerja-pekerja asing yang diliputi dibawah Skim Pampasan Pekerja
Asing (SPPA) adalah dihadkan kepada mereka yang tergolong di bawah takrif
"pekerja iaitu sebagaimana yang ditakrifkan bawah seksyen 2(1) Akta,
"...."pekerja"...ertinya mana-mana orang yang, sama ada sebelum atau selepas
berkuatkuasanya Akta ini, telah menjalankan atau bekerja di bawah suatu kontrak
perkhidmatan atau aprentis dengan sesuatu majikan, sama ada kontrak itu
menyatakan dengan jelas atau tersirat atau lisan atau tulisan, sama ada gaji adalah
dikira berasaskan masa atas kerja yang dilakukan dan sama ada berasaskan hari,
minggu, bulan atau tempoh yang lebih lama....."
55

Iaitu Pegawai Penguasa sesuatu projek.

56

Bermaksus Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

57

Format seragam JKR 203N adalah untuk kontrak diantara kontraktor dengan subkontraktor
dinamakan.

16

(b) Sektor Awam


Anggota sektor awam yang terlibat dalam buruh kasar tidak kira amaun
pendapatannya.
Anggota sektor awam bukan buruh kasar yang berpendapatan tidak
melebihi RM400.00 sebulan
Namun demikian, perlulah penulis nyatakan bahawa Akta ini tidak
terpakai bagi pekerja-pekerja sambilan, pembantu rumah, anggota tentera,
anggota polis, dan kelasi58.
Objektif Akta ini secara amnya adalah seperti yang dinyatakan oleh
Tajuk Panjang Akta, iaitu untuk membayar pampasan kepada pekerjapekerja yang tercedera disebabkan kemalangan yang berbangkit daripada
dan semasa bekerja59. Sekali gus, ini juga termasuklah membayar
pampasan kepada tanggungan-tanggungan pekerja sekiranya pekerja
terlibat dalam kemalangan maut yang berbangkit dari dan semasa bekerja,
dan juga bayaran pampasan kepada pekerja yang menghidapi penyakit
pekerjaan atau kepada tanggungannya jika penyakit itu menyebabkan
kematiannya60.
Tanggungjawab Melaporkan Kemalangan Pekerja
Seperti yang disyaratkan oleh seksyen 12 Akta, setiap pekerja yang terlibat
dalam kemalangan hendaklah memberi notis kepada majikannya dalam
tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan kecuali kemalangan yang melibatkan
kematian. Dibawah seksyen 13 Akta, setiap majikan 61 wajib memberi notis
melaporkan kemalangan secara bertulis kepada Pejabat Tenaga Kerja yang
berhampiran dengan tempat kerja sekiranya berlaku kemalangan kepada
pekerja-pekerjanya. Notis tersebut perlu diberikan dalam tempoh 10 hari dari
tarikh kemalangan. Kegagalan majikan melaporkan kepada Pejabat Tenaga
Kerja adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak
58

Seksyen 2(1) Proviso.

59

Mengenai contoh kes tuntutan insurans pampasan pekerja, lihat Poh Sin Mining Co lwn. Welfare
Insurance Co. Ltd. [1971] 1 M.L.J. 65 (Mahkamah Tinggi, Ipoh).
60

Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia, Malaysia.


http://jtksm.mohr.gov.my/bmver/akta_pampasan.htm (Diakses pada 13 Februari 2008).
61

Menurut seksyen 13(6), majikan termasuklah prinsipal bagi maksud seksyen 19 Akta.

17

melebihi RM5, 000 bagi kesalahan pertama, dan tidak melebihi RM10, 000
bagi kesalahan berikutnya 62.
Skim Pampasan Pekerja Asing
Di bawah seksyen 4 Akta Pampasan Pekerja 1952 ada menetapkan bahawa
apabila seorang pekerja ditimpa bencana kerja yang terbit dari dan dalam
masa pekerjaannya yang menyebabkan kecederaan atau maut, majikannya
adalah bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada pekerja
tersebut atau orang tanggungan si mati 63. Untuk melepaskan tanggungjawab
tersebut,

setiap

majikan

adalah

diwajibkan

untuk

menginsuranskan

pekerjanya menurut seksyen 26(1) Akta Pampasan Pekerja 1952. Akta


Pampasan

Pekerja

1952

yang

ditadbirkan

Jabatan

Tenaga

Kerja

menyediakan bayaran pampasan kepada pekerja-pekerja seandainya berlaku


kecederaan atau kematian yang berpunca daripada pekerjaan mereka. Dalam
kes melibatkan kematian, Akta ini menyediakan bayaran pampasan kepada
tanggungan-tanggungan pekerja berkenaan. Akta ini meliputi pekerja-pekerja
sektor swasta yang berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan
semua pekerja manual tidak kira pendapatan mereka. Warganegara Malaysia
dan pemastautin-pemastautin tetap yang dilindungi PERKESO tidak diliputi
Akta ini.
Sejak tahun 1992, semua pekerja tempatan adalah diliputi di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 64. Kini Akta Pampasan Pekerja 1952
hanya terpakai ke atas pekerja asing sepertimana dikuatkuasakan di bawah
Perintah Pampasan Pekerja Asing (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans)
199865, yang kemudiannya digantikan oleh

Perintah Pampasan Pekerja

(Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) 2005 66. Pada menjalankan


62

Seksyen 13(5) Akta.

63

Lihat juga panduan oleh Kementerian Sumber Manusia. Proses mengendalikan tuntutan pampasan
pekerja, m.s. 6. http://jtksm.mohr.gov.my/bmver/ProsesTuntutanPampasanPekerja-mai.doc (Diakses 15
Februari 2008).
64

Ibid.

65

P.U.(A) 67/98.

66

P.U. (A) 45/2005. Ianya juga membatalkan Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja
Asing) (Insurans) 2004 [P.U. (A) 179/2004]perenggan 9 Perintah.

18

kuasanya di bawah seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja 1952, Menteri


Sumber Manusia telah membuat Perintah di atas, dimana majikan-majikan
perlu menginsuranskan pekerja asingnya dengan mana-mana penanggung
insurans yang dilantik. Penanggung-penanggung insurans selain dari
bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kes-kes bencana kerja,
juga bertanggungjawab untuk menyediakan faedah tambahan bagi kes-kes
kemalangan ke atas pekerja yang berlaku di luar waktu kerja 67.
Intipati yang relevan dalam Perintah Pampasan Pekerja (Skim
Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) 2005 adalah seperti berikut:
PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING)
(INSURANS) 2005
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26(2) Akta Pampasan
Pekerja 1952 [Akta 273], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan
Pekerja Asing) (Insurans) 2005.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 8 Februari 2005.
Tafsiran
2. Dalam Perintah ini
Skim ertinya Skim Pampasan Pekerja Asing;
Menteri ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi hal-hal buruh.
Skim insurans yang diluluskan
3. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), Skim yang diusahakan oleh penanggung
insurans yang dilantik oleh Menteri seperti yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah
suatu skim insurans yang diluluskan bagi maksud Akta.
(2) Skim itu hendaklah mematuhi terma yang berikut:
(a) premium yang kena dibayar oleh seseorang majikan kepada penanggung insurans
hendaklah suatu amaun yang tidak melebihi tujuh puluh dua ringgit setahun bagi setiap
pekerja dan tidak boleh diubah tanpa kelulusan bertulis Menteri; dan
(b) pampasan yang kena dibayar oleh penanggung insurans kepada seseorang
pekerja hendaklah yang ditaksirkan oleh Pesuruhjaya mengikut Akta dan hendaklah
dibayar kepada pekerja itu dalam masa tujuh hari selepas penerimaan taksiran itu oleh
penanggung insurans.
(3) Bagi maksud melaksana dan meningkatkan keberkesanan Skim itu, Menteri boleh
dari semasa ke semasa membuat apa-apa arahan sebagaimana yang perlu atau suai
manfaat dan menetapkan apa-apa caj yang kena dibayar untuk pelaksanaan arahan
tersebut.
Faedah tambahan
4. Penanggung insurans, sebagai tambahan kepada kewajipan kontraktualnya untuk
membayar mengikut polisi insurans yang dilanggan oleh majikan bagi faedah
pekerjanya, hendaklah mengadakan peruntukan di bawah Skim itu faedah tambahan
yang berikut tanpa mengenakan apa-apa premium tambahan kepada majikan:
(a) jumlah wang sebanyak tujuh ribu ringgit sekiranya berlaku kematian seseorang
pekerja daripada kecederaan diri yang dialami dalam sesuatu kemalangan yang
berbangkit daripada dan dalam perjalanan pekerjaannya;
67

Ibid.

19

(b) jika kecederaan diri itu dialami dalam sesuatu kemalangan yang berlaku di luar
waktu bekerja seseorang pekerja
(i) jumlah wang sebanyak dua puluh tiga ribu ringgit sekiranya berlaku kematian atau
hilang upayaan sepenuh yang kekal; dan
(ii) jumlah wang yang sama nilainya dengan amaun pampas an yang diawardkan di
bawah seksyen 8 Akta bagi, dan sekiranya berlaku, hilang upayaan separa yang kekal
atau hilang upayaan sementara; dan
(c) jumlah wang sebanyak empat ribu lapan ratus ringgit atau perbelanjaan sebenar
yang ditanggung bagi menghantar balik seseorang pekerja ke negara asalnya
sekiranya berlaku kematiannya atau hilang upayaan sepenuh yang kekal, mengikut
mana-mana yang lebih rendah.
Ketidaklayakan kepada faedah tambahan
5. Penanggung insurans tidak perlu membayar kepada pekerja faedah yang
dinyatakan dalam subsubperenggan 4(b) jika kemalangan itu berpunca daripada
pekerja, yang pada masa kemalangan itu berlaku, di bawah pengaruh arak atau
dadah; atau jika kematian, hilang upayaan sepenuh yang kekal, hilang upayaan separa
yang kekal atau hilang upayaan sementara itu disebabkan oleh kecederaan diri yang
disengajakan atau sengaja menjadikan kecederaan kemalangan itu lebih teruk.

Di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing ini, menurut perenggan 3(2)(a)


Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans)
200568, premium yang kena dibayar oleh seseorang majikan kepada
penanggung insurans hendaklah tidak melebihi RM72 setahun bagi setiap
pekerja dan tidak boleh diubah tanpa kelulusan bertulis.
Di bawah seksyen 8 Akta Pampasan Pekerja 1952, Pesuruhjaya
Pampasan Pekerja diberi tugas untuk menaksir jumlah pampasan yang perlu
dibayar kepada kes-kes bencana kerja yang terbit dari dan dalam masa
pekerjaan.

Bagi kes-kes kemalangan di luar waktu kerja penaksiran

pampasan akan dibuat oleh penanggung insurans. Menurut seksyen 10 Akta


Pampasan Pekerja 1952, pampasan bagi kes maut hendaklah didepositkan
dengan Pesuruhjaya Pampasan dimana beliau akan menjalan pembahagian
wang pampasan kepada orang-orang tanggungan si mati.
Di bawah seksyen 13 Akta Pampasan Pekerja 1952, majikan adalah
diwajibkan untuk melaporkan kemalangan yang menimpa pekerjanya dalam
10 hari dari tarikh kemalangan kepada Pesuruhjaya Pampasan Pekerja.
Majikan mesti mengemukakan semua dokumen yang berkaitan untuk
membolehkan Pesuruhjaya Pampasan Pekerja membuat taksiran pampasan
bagi tujuan pembayaran kepada pekerja oleh penanggung insurans. Jenis
taksiran yang akan dibuat adalah seperti berikut:
a) Kes Hilangupaya Sementara;
68

P.U. (A) 45/2005. Ianya membatalkan Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing)
(Insurans) 2004 [P.U. (A) 179/2004]perenggan 9 Perintah.

20

b) Kes Hilangupaya Kekal; dan


c) Kes Kematian
Seksyen 26(2) dan (3) merupakan peruntukan untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pihak yang menuntut pampasan (seseorang pekerja yang
cedera) berhubungan dengan tuntutan yang dibuat terhadap suatu syarikat
insurans berkenaan dengan polisi insurans yang diambil oleh majikannya. Di
bawah seksyen 26(1), seseorang majikan hendaklah menginsuranskan dan
memastikan dirinya terus diinsuranskan dengan mana-mana syarikat insurans
yang dnayatakan di dalam Akta Insurans 1996 berkenaan dengan apa-apa
liabiliti yang mungkin ditanggung olehnya terhadap mana-mana pekerja yang
diambil kerja olehnya. Walau bagaimanapun, syarikat insurans yang kecil
yang

dalam

mempertikaikan

kedudukan
tuntutan

kewangan
pekerja

yang

bagi

lemah

kerapkali

menggelakkan

didapati

tuntutan

atau

melambatkan pembayaran. Untuk mengatasi masalah itu, peruntukan


seksyen

26(2)(3)

menjadikannya

mandatori

bagi

seseorang

majikan

menginsuranskan dirinya atau memastikan dirinya terus diinsuranskan di


bawah skim insurans yang diluluskan oleh Menteri sahaja. Di bawah seksyen
26(4), sekiranya Menteri membatalkan apa-apa perintah yang meluluskan
skim insurans itu, peruntukan subseksyen 26(1) berkenaan dengan insurans
wajib hendaklah terpakai.
Pada masa ini sebanyak 10 buah syarikat insurans dan takaful telah
dilantik sebagai penanggung insurans untuk mengeluarkan polisi insurans di
bawah skim ini. Menurut Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan
Pekerja Asing) (Insurans) 2005, majikan boleh membeli polisi insurans
tersebut

daripada

mana-mana

syarikat

insurans

atau

takaful

yang

disenaraikan di bawah69:
(i) Allianz General Insurance Malaysia Berhad;
(ii) Berjaya General Insurance Berhad;
(iii) Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad;
(iv) Lonpac Insurance Berhad;
(v) Malaysian Assurance Alliance Berhad;
69

Jadual, Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) 2005. Namun Jadual
ini boleh berubah dari masa ke semasa kerana di bawah perenggan 8, Menteri boleh, melalui
pemberitahuan dalam Warta, menambah atau memotong senarai penanggung insurans yang
dinyatakan dalam Jadual.

21

(vi) Mayban General Assurance Berhad;


(vii) Malaysia National Insurance Berhad;
(viii) Syarikat Takaful Malaysia Berhad;
(ix) Takaful Nasional Sdn Berhad; dan
(x) Tahan Insurance Malaysia Berhad.
Perlulah pula ditekankan bahawa walaupun syarikat-syarikat insurans
berkenaan telah dilantik sebagai penanggung insurans, tetapi sesuatu polisi
insurans yang dikeluarkan bagi maksud Skim ini hendaklah yang diluluskan
oleh Pesuruhjaya 70. Seterusnya, menurut perenggan 6 Perintah ini,
penanggung insurans yang dilantik hendaklah mematuhi mana-mana syarat
atau arahan yang dikeluarkan oleh Menteri secara bertulis dari semasa ke
semasa bagi maksud meningkatkan keberkesanan pengendalian Skim
tersebut.
Pekerja-pekerja asing yang diliputi di bawah Skim Pampasan Pekerja
Asing (SPPA) adalah dihadkan kepada mereka yang tergolong di bawah
takrif "pekerja" iaitu mereka yang bergaji tidak melebihi RM500 sebulan; dan
mereka yang bekerja dalam pekerjaan buruh kasar tanpa had gaji.
Kegagalan majikan melindungi pekerja-pekerja asingnya dengan cara
mengambil polisi insurans daripada mana-mana syarikat insurans yang
dinyatakan sebelum ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta ini dan
jika disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM20,000 atau 2 tahun
penjara atau kedua-duanya sekali71.
Kegagalan majikan membuat potongan daripada gaji pekerja untuk
membayar premium insurans adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta
ini dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM 5,000 atau 1
tahun penjara atau kedua-duanya sekali 72.
Kegagalan majikan melaporkan kemalangan pekerja adalah menjadi
satu kesalahan di bawah Akta ini dan jika disabitkan kesalahan boleh

70

Perenggan 7 Perintah.

71

Seksyen 26(6) Akta.

72

Seksyen 26 (5).

22

didenda sebanyak RM 5,000 bagi kesalahan pertama, dan RM 10,000 bagi


kesalahan kedua dan berikutnya 73.
Perlulah juga dinyatakan selanjutnya bahawa majikan tidak dibenarkan
memotong gaji pekerja bagi tujuan membayar premium insurans 74. Pihak
majikan hendaklah memastikan maklumat diberikan lengkap dan teratur
serta disertakan dokumen-dokumen berkaitan seperti sijil cuti sakit, sijil
kematian, sijil beranak anak-anak simati dan lain-lain lagi 75. Pampasan juga
perlulah dibayar mengikut taksiran yang dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja
terus kepada orang terbencana, atau, boleh juga dengan mendepositkannya
ke Jabatan Tenaga Kerja sebagaimana yang diarahkan. Selanjutnya,
majikan juga tidak dibenarkan membayar pampasan terus kepada wanita,
kanak-kanak dan orang tanggungan, tetapi hendaklah didepositkan dengan
Jabatan Tenaga Kerja berkenaan.
Dalam Mat Jusoh bin Daud lwn. Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn
Bhd.76, fakta yang relevan adalah seperti berikut:
Plaintif diambil bekerja sebagai pembelah papan di kilang papan
defendan. Dia tercedera semasa menjalankan kerja dimana tiga tangan
kanannya terputus. Akibat kemalangan tersebut dia telah tidak diambil
lagi bekerja di kilang tersebut, dan terpaksa menganggur selama
setahun sebellum mendapat kerja baru sebagai buruh.Dia mendakwa
defendan bagi mendapatkan gantirugi khas dan gantirugi am. Defendan
menafikan liabiliti dan menyatakan bahawa plaitif bukannya pekerja
defendan tetapi pekerja seorang kontraktor bernama Lim. Sebagai
alternatifnya, defendan menyatakan bahawa jikapun plaintif pekerja
mereka, defendan tidak bertanggungjawab sebab kemalangan berlaku
akibat

kecuaian

sepenuhnya

plaintif

sendiri.

Defendan

juga

menggunakan hujah wujud cuai-sumbang oleh plaintif.


Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:
73

Seksyen 13.

74

Seksyen 26 (5)) Jika sabit kesalahan, majikan tersebut boleh dikenakan denda RM5,000 atau
penjara 1 tahun atau kedua-duanya.
75

Gagal memberikan laporan atau maklumat: Boleh didenda sehingga RM5, 000 -- seksyen 23 Akta.

76

[1982] 2 M.L.J. 71.

23

(1) keterangan dokumen kes ini menunjukkan defendan jelas mengaku


bahawa plaintif pekerja mereka; (2) daripada fakta, Lim tidak boleh dikatakan
sebagai kontraktor dalam ertikata seksyen19 Akta Pampasan Pekerja 1952
kerana dia tidak menjalankan mana-mana bahagian kerja kilang papan
defendan. Dia cuma orang tengah atau agen untuk mencari pekerja untuk
defendan untuk diambilkerja di kilang papan defendan. Majikan pekerja
adalah defendan yang telah mengambilkerja bagi perniagaan defendan; (3)
menggunapakai ujian organisasi77 maka jelas bahawa apa yang dibuat oleh
Lim dan pekerja yang dia perolehi adalah dilakukan sebagai sebahagian dan
seisi dengan perniagaan atau urusan defendan. Jika pun persoalan mengenai
kawalan maka pihak yang sebenarnya yang memutuskan sama ada sebatang
balak akan dipotong atau tidak dan berapa banyak balak akan dipotong juga
jelas di tangan defendan yang menyampaikan arahannya melalui penyelia.
Dengan itu diputuskan plaintif adalah seorang pekerja defendan; (4) daripada
fakta

juga didapati

defendan

bersalah atas kecuaian kerana

tidak

menyediakan pekerja secukupnya untuk melaksanakan kerja dan kerana


tidak menyediakan system kerja yang betul dan system kerja yang efektif.
Mahkamah Tinggi kemudiannya mengawardkan RM15,000 untuk kesakitan
dan penderitaan dan hilang kemudahan, RM18,683.39 untuk hilang
keupayaan punca pendapatan masa hadapan, dan gantirugi am sebanyak
RM32,683.89.
Dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan lwn. Muda bin Jusoh &
seorang lagi78, kedua-dua responden telah tercedera semasa mereka diambil
bekerja oleh kontraktor yang dilantik oleh perayu. Mereka memohon
pemberian pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. Penimbang
tara mendapati perayu adalah prinsipal responden dan memerintahkan
pampasan dibayar. Perayu merayu dengan alas an tuntutan itu terhalang oleh
had masa dan kontraktor adalah yang sebenarnya prinsipal responden.
Mahkamah Tinggi memutuskan menolak rayuan tersebut, dan memberikan
alasan-alasan berikut: (1) Kedua-dua tuntutan memang tertakluk sekatan had
masa kerana tuntutan tidak dibawa dalam masa 6 bulan dari tarikh
77

Iaitu salah satu kaedah ujian penentuan sama ada seseorang itu pekerja atau tidak kepada sesuatu
majikan.
78

[1990] 3 M.L.J. 114.

24

kemalangan, tetapi perkara itu tidak dibangkitkan semasa prosiding timbang


tara.

Dengan

itu

perkara

undang-undang

sedemikian

tidak

boleh

dipertimbangkan semasa rayuan. (2) Adalah tugas dan urusan perayu


menebang pokok dan membersih hutan bagi penempatan peneroka. Perayu
melantik kontraktor untuk melakukan kerja tersebut, yang kemudianya
menggaji responden melakukannya. (3) Kerja yang dilakukan responden,
walaupun mereka dilantik secara langsung oleh kontraktor, adalah merupakan
dalam urusan dan bagi tujuan urusan perayu. Dengan itu perayu adalah
prinsipal responden bagi maksud dan takrif seksyen 19(1) Akta.
Dalam Eastern Mining & Metals Co Sdn. Bhd. lwn. Wan Absah bte
Mohamed & beberapa orang lagi 79, isunya adalah sama ada kematian simati
akibat kemalangan terjadi akibat dan terbit daripada semasa pekerjaannya
(seksyen 4(1)(b) Akta Pampasan Pekerja 1952). Dalam kes ini simati telah
diambil kerja oleh perayu sebagai operator pecah batu. Dia mati akibat
serangan sakit jantung selepas perjalannya ke tapak kerjanya pada hari
kejadian. Penimbang tara memutuskan kematian si mati adalah dalam masa
pekerjaannya dan mengawardkan kepada responden pampas an sebanyak
RM7, 200. Perayu telah merayu, dan Mahkamah Tinggi memutuskan menolak
rayuan tersebut. Ini kerana penimbang tara telah betul memutuskan bahawa
kematian si mati adalah akibat kemalangan yang terjadi akibat dan semasa
menjalankan pekerjaannya.
CARUMAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
Keselamatan Sosial: Am
Tajuk Panjang dan Mukadimah Akta ini menyatakan bahawa Akta ini adalah
suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan sosial
dalam kontingensi yang tertentu dan bagi membuat peruntukan mengenai
beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya.
Pemakaian Akta Bagi Industri Pembinaan
Dalam kontrak pembinaan, fasal-fasal mengenai keperluan pengambilan atau
pendaftaran pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ini
79

[1974] 2 M.L.J. 210.

25

wujud di dalam fasal 17.5 Syarat-syarat kontrak format seragam JKR 203,
fasal 35 Syarat-syarat kontrak format seragam IEM C.E. 1989, dan fasal 37.1
Syarat-syarat Kontrak format seragam CIDB 2000. Format seragam PAM
2006 tidak menyatakan secara spesifik pematuhan kontraktor kepada Akta
tersebut, kecuali secara umum di bawah fasal 4 Syarat-syarat kontrak, iaitu
kontraktor

diarahkan

mematuhi

semua

kehendak

statutori.

Bagi

perbincangan kita di sini, berikut ini diperturunkan peruntukan fasal 17.0


Syarat-syarat kontrak format seragam JKR 203:
17.0. AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
17.1 Pendaftaran Dengan PERKESO
Tanpa menjejaskan tanggungjawabnya untuk menanggung rugi Kerajaan di bawah
fasal 16.0, Kontraktor hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan didaftarkan semua
pekerja tempatan dalam melaksanakan Kerja dan sesiapa yang tertakluk kepada
pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) mengikut Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau apa-apa pengubahsuaian atau penggubalan
semula Akta tersebut. Bagi maksud sub-fasal ini, perkataan pekerja tempatan
hendaklah termasuk pekerja warganegara Malaysia dan juga mereke yang berstatus
pemastautin tetap.
17.2 Sumbangan PERKESO
Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P. Nombor Kod dan Nombor-nombor
Keselamatan Sosial semua pekerja yang didaftarkan di bawah Skim PERKESO untuk
diperiksa. Kontraktor hendaklah membayar semua caruman dari semasa ke semasa
pada hari pertama caruman itu sepatutnya dibayar dan sehingga tamat Kontraknya
dan adalah menjadi tugas Kontraktor untuk mengemukakan kepada P.P. kenyataan
caruman atau baucar bayaran sebagai bukti pembayaran caruman itu, sama ada
diminta atau tidak.
17.3 Kegagalan Mematuhi PERKESO
Jika Kontraktor melakukan apa-apa kemungkiran pada mematuhi terma-terma fasal ini,
Kerajaan atau P.P. bagi pihak Kerajaan boleh tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain
yang ada pada Kerajaan kerana pelanggaran terhadap mana-mana terma Kontrak ini:
(i) menahan sejumlah wang dari apa-apa wang yang jika tidak kerana kemungkiran itu
kena dibayar kepada Kontraktor di bawah Kontrak ini dan yang pada pendapat P.P.
akan menjelaskan apa-apa tuntutan pampasan oleh pekerja-pekerja yang sepatutnya
ditanggung oleh Skim PERKESO jika Kontraktor tidak melakukan kemungkiran dalam
menyenggarakan caruman; dan/atau
(ii) membayar apa-apa caruman yang telah genap masanya dibayar dan masih belum
dibayar dan memotong amaun caruman itu termasuk Caj Atas Kos (yang dikira dengan
menggunakan Peratusan Caj Atas Kos sepertimana yang dinyatakan dalam Lampiran
kepada sumbangan yang dibayar), dari apa-apa wang yang kena dibayar atau genap
masanya kena dibayar kepada Kontraktor di bawah Kontrak ini, dan jika gagal maka
sumbangan berkenaan hendaklah didapatkan kembali daripada Bon Pelaksanaan atau
sebagai hutang yang kena dibayar daripada Kontraktor.

26

Termaktub di bawah seksyen 3(1) Akta, bahawa Akta ini hendaklah


terpakai bagi semua perusahaan 80 yang mempunyai seorang pekerja81 atau
lebih. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mentadbir Skim Insurans
Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat yang diperuntukan di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Bagaimanapun, PERKESO meliputi hanya
pekerja-pekerja

Malaysia

dan

pemastautin-pemastautin

tetap.

Semua

pertubuhan, termasuk kilang, yang mengambil pekerja bergaji tidak melebihi


RM3, 000 sebulan dikehendaki menginsuranskan pekerja-pekerja mereka di
bawah dua skim keselamatan sosial, iaitu:
(a) Skim Insurans Bencana Pekerjaan; dan
(b) Skim Pencen Ilat
Skim Insurans Bencana Pekerjaan menyediakan lindungan kepada
pekerja menerusi cara faedah wang tunai dan rawatan perubatan seandainya
berlaku sebarang kehilangan upaya atau kematian disebabkan bencana
pekerjaan. Hanya majikan membayar caruman kira-kira 1.25% daripada gaji
bulanan pekerja.
Skim Pencen Ilat pula menyediakan lindungan 24 jam (iaitu sepanjang
masa) kepada pekerja daripada kehilangan upaya atau kematian kerana
sebarang sebab yang berkaitan dengan pekerjaannya. Bagaimanapun,
pekerja mestilah memenuhi syarat untukk layak mendapat pencen ilat. Pada
masa ini, pencaruman adalah sebanyak 1% sebulan daripada gaji bulanan
pekerja, dan dibahagi sama banyak di antara majikan dan pekerja.
Faedah-faedah Yang Dinikmati
Mengenai faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh orang yang dicarumkan di
bawah PERKESO, ia dinyatakan di dalam seksyen 15 Akta, iaitu seperti
berikut:
Seksyen 15
Tertakluk kepada Akta ini, orang berinsurans, orang tanggungan mereka atau orang
yang disebut di bawah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak
kepada faedah yang berikut, iaitu:
80

Seksyen 2(10): "perusahaan" ertinya apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkilangan


atau pekerjaan majikan, dan termasuklah apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, pertukangan tangan atau
kerja perusahaan pekerja.
81

Seksyen 3(2): Dalam seksyen ini, "pekerja" meliputi mana-mana pekerja yang digaji oleh majikan
langsung.

27

(a) bayaran berkala kepada seseorang berinsurans sekiranya berlaku keilatan yang
diperakui oleh suatu jemaah doktor yang dilantik dengan sempurnanya atau oleh suatu
pihak berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai pencen ilat);
(b) bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang mengidap hilang upaya
akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja
mengikut Akta ini dan diperakui sebagai layak mendapat bayaran itu oleh suatu pihak
berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai faedah hilang upaya);
(c) bayaran berkala kepada mana-mana orang tanggungan seseorang berinsurans
yang mati akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang
pekerja mengikut Akta ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah orang
tanggungan);
(d) bayaran bagi faedah atau belanja pengurusan mayat mengikut mana-mana yang
berkenaan, kepada orang yang disebut dalam seksyen 29 atas kematian seorang
orang berinsurans akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi
seorang pekerja di bawah Akta ini atau dalam masa dia menerima faedah hilang upaya
di bawah Akta ini, atau seseorang orang berinsurans yang mengidap keilatan dalam
masa dia menerima pencen ilat di bawah Akta ini, atau seseorang orang berinsurans
yang belum mencapai umur 55 tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh
kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan yang disebut dalam subseksyen
29(3) dan (4) (kemudian daripada ini disebut faedah pengurusan mayat);
(e) bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang menerima pencen ilat atau
faedah hilang upaya jika dan selagi dia tidak berdaya atau tidak berupaya hingga
sentiasa memerlukan layanan tersendiri oleh seorang lain (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai elaun layanan sentiasa):
Dengan syarat bahawa ukuran peringkat hilang upaya yang melayakkan seseorang ilat
atau seorang berinsurans yang hilang upaya itu mendapat elaun layanan sentiasa
hendaklah disahkan oleh suatu jemaah doktor yang dilantik dengan sempurnanya atau
oleh jemaah doktor rayuan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang dinyatakan
dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini, mengikut cara sebagaimana yang
ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
(f) rawatan doktor dan layanan terhadap orang berinsurans yang mengidap hilang
upaya akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja
mengikut Akta ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah perubatan);
(g) bayaran berkala kepada orang tanggungan bagi seseorang orang berinsurans yang
telah mati semasa dia masih menerima pencen ilat, atau orang berinsurans yang
belum mencapai umur 55 tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh
kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan bagi pencen penakat yang
disebut dalam subseksyen 17A(2) dan (3) (kemudian daripada ini disebut pencen
penakat).

Liabiliti Majikan dan Pekhidmatnya


Menurut seksyen 31 Akta, seseorang orang berinsurans atau orang
tanggungannya tidaklah berhak menerima atau mendapat daripada majikan
orang berinsurans itu, atau daripada mana-mana orang lain yang merupakan
pekhidmat majikan itu, apa-apa pampasan atau ganti rugi di bawah manamana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa berkenaan dengan
bencana kerja yang berlaku padanya sewaktu menjadi seorang pekerja di
bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa larangan dalam seksyen ini tidaklah
terpakai bagi apa-apa tuntutan yang berbangkit daripada kemalangan
kenderaan motor jika majikan atau pekhidmat majikan adalah dikehendaki
28

diinsuranskan terhadap Risiko-risiko Pihak Ketiga di bawah Bahagian IV Akta


Pengangkutan Jalan 1987.
Bagi tujuan perbincangan lanjut mengenai pemakaian peruntukan
seksyen 31 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, kita lihat keputusan Lian
Ann Lorry Transport & Fowarding Sdn. Bhd. lwn. Gonvidasamy 82. Fakta
ringkas yang relevan adalah seperti berikut:
Dalam kes ini, responden telah mengalami kecederaan parah akibat
satu kemalangan yang menimpanya semasa kerja-kerja memunggah
turun gulungan permaidani dari lori perayu. Responden mendakwa
perayu untuk menuntut ganti rugi atas kecuaian. Hakim Mahkamah
Tinggi pada awalnya bersetuju dengan responden bahawa perayu telah
cuai dalam menyediakan sistem kerja yang selamat dalam memunggah
turun barang-barang dari lori mereka. Dalam pembelaan oleh perayu,
perayu menyatakan bahawa oleh kerana responden adalah orang yang
diinsuranskan dalam ertikata seksyen 2 Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969, maka dengan merujuk seksyen 31 Akta, maka responden
tidak berhak untuk menerima ganti rugi di bawah common law.
Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar keterangan dan hujah mengenai
isu ini dan memutuskan bahawa seksyen 31 Akta tidak terpakai bagi kes ini.
Dengan itu Mahkamah Tinggi telah mengawardkan gantirugi kepada
responden. Perayu telah merayu atas keputusan tersebut. Dalam rayuan,
juga dibangkitkan bahawa persoalan sama ada responden adalah seorang
pekerja dalam maksud Akta patutlah diputuskan oleh Lembaga Rayuan
Keselamatan Sosial dan bukannya oleh mahkamah. Mahkamah Persekutuan
memutuskan bahawa responden dalam kes ini adalah seorang pekerja
kerana kontrak perkhidmatannya boleh secara tersirat daripad keadaan
pekerjaannya dalam mana dia telah diambil bekerja sebagai sebahagian
daripada organisasi perniagaan perayu, dan dengan itu dia tidak dikeluarkan
daripada takrifan seksyen 2 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, sebab
tiadak ada bukti ditunjukkan bahawa pada faktanya dia memperolehi lebih
daripada RM500 sebulan. Diputuskan selanjutnya bahawa walaupun
responden adalah seorang pekerja, dia telah tidak diinsuranskan pada masa
82

[1982] 2 M.L.J. 232 (Mahkamah Persekutuan).

29

pekerjaannya itu dan dengan demikian seksyen 31 Akta Keselamatan Sosial


Pekerja 1969 tidak terpakai kepada kesnya.
Dalam Che Noh Bin Yacob lwn. Seng Hin Rubber (M) Sdn. Bhd. 83,
perayu menuntut gantirugi yang terbit daripada satu kemalangan di sebuah
kilang responden semasa perayu sedang mengendalikan sebuah mesyin.
Semasa perbicaraan awal responden menimbulkan satu perkara pokok iaitu
bahawa seksyen 31 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, adalah menjadi
satu halangan terhadap tuntutan perayu. Dihujahkan bahawa seseorang
penyumbang di bawah Akta tersebut adalah terhalang dariapada menerima
atau memperolehi sebarang gantirugi di bawah common law atau mana-mana
undang-undang lain yang pada masa itu berkuatkuasa. Perayu kemudiannya
merayu ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa
seksyen 31 Akta bertindak sebagai menghalang tuntutan gantirugi tersebut,
dan mahkamah menolak rayuan perayu. Perayu kemudiannya merayu pula
ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dan
menyatakan adalah jelas bahawa seseorang yang diinsuranskan di bawah
Akta, maka seksyen 31 dan seksyen 42 84 Akta menjadi satu penghalang yang
lengkap terhadap apa-apa tuntutan gantirugi terhadap majikannya di bawah
common law.
Dalam Tan Peng Loh lwn. Lee Aik Fong & seorang lagi 85, perayu
adalah bekas pekerja responden kedua, iaitu tuanpunya lori yang dipandu
oleh responden pertama. Perayu mengalami kecederaan dalam kemalangan
kenderaan

dan

Mahkamah

Tinggi

mendapati

responden

pertama

dipersalahkan sepenuhnya atas kemalangan tersebut. Responden kedua


adalah penyumbang kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerja di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Mahkamah Tinggi mendapati kecederaan
yang dialami perayu adalah kemalangan pekerjaan seperti yang ditakrifkan di
bawah Akta dan dia memutuskan bahawa perayu tidak berhak mendapat
gantirugi di bawah common law daripada majikan. Mahkamah Tinggi juga
menolak tuntutan perayu terhadap pemandu, iaitu responden pertama.
83

[1982] 1 M.L.J. 80 (Mahkamah Persekutuan).

84

Seksyen 42 telah dimansuhkan (dipotong) oleh. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1997
(Akta A981).
85

[1982] 1 M.L.J. 74 (Mahkamah Persekutuan).

30

Perayu dengan itu merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah


Persekutuan memutuskan bahawa oleh kerana peruntukan seksyen-seksyen
31 dan 42 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, seorang orang yang
diinsuranskan adalah dikecualikan daripada mendapat gantirugi daripada
majikan dalam hal kemalangan pekerjaan yang dialaminya sebagai sebagai
seorang pekerja di bawah common law atau undang-undang lain yang pada
masa itu berkuatkuasa. Jika tidak ada apa-apa dengan nyata menidakkan
tuntutan terhadap rakan sekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969, maka dia berhak untuk mendapatkan gantirugi di bawah common law
daripada responden pertama, iaitu seorang rakan sekerja. Dan, jika tidak ada
apa-apa peruntukan undang-undang yang

dengan jelas menyatakan

sebaliknya, pembayaran yang diperolehi oleh parayu di bawah Akta adalah,


mengikut common law, tidak boleh diambilkira yang akan menyusutkan
jumlah gantirugi yang diperolehi oleh perayu.
Majikan Tidak Boleh Mengurangkan Gaji, dan Sebagainya.
Menurut peruntukan seksyen 52 Akta, tiada seseorang majikan jua boleh,
semata-mata oleh sebab tanggungannya terhadap apa-apa caruman yang
kena dibayar di bawah Akta ini, boleh, secara langsung atau tidak langsung,
mengurangkan gaji mana-mana pekerja, atau kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan dalam peraturan, memberhentikan atau mengurangkan faedah
yang kena dibayar kepada pekerja itu menurut syarat perkhidmatannya yang
serupa dengan faedah yang diberikan oleh Akta ini.
Hukuman Bagi Kemungkiran Membayar Caruman, dan Sebagainya
Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman dan sebagainya di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ada dihuraikan oleh seksyen 94 Akta.
Di bawah seksyen 94, jika sesiapa
(a) mungkir membayar apa-apa caruman atau mana-mana bahagiannya
yang kena dibayar olehnya di bawah Akta ini atau tidak membayar
dalam masa yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan apa-apa
bunga yang kena dibayar di bawah seksyen 14A;
(b) memotong atau cuba memotong kesemua atau sebahagian caruman
majikan daripada gaji seseorang pekerja;
31

(c) dengan menyalahi seksyen 52 mengurangkan gaji atau apa-apa


keistimewaan atau faedah yang dibenarkan bagi seseorang pekerja;
(d) dengan menyalahi seksyen 53 atau mana-mana peraturan,
membuang

kerja,

memberhentikan,

mengurangkan

ataupun

menghukum seseorang pekerja;


(e) mungkir atau enggan menyampaikan apa-apa penyata atau laporan
kemalangan yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan atau membuat
sesuatu penyata atau laporan palsu;
(f) menghalang seseorang Pemeriksa atau pegawai lain Pertubuhan
pada menunaikan kewajipannya; atau
(g) melakukan kesalahan melanggar Akta ini atau tidak mematuhi apaapa kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
yang tidak ada penalti khas diperuntukkan baginya,
ia hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh
sampai 2 tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya.
Perintah Mahkamah Berkenaan Dengan Caruman Yang Genap Masa Dan
Kena Dibayar Kepada Pertubuhan
Menurut peruntukan seksyen 94A Akta:
(1) Apabila seseorang didapati bersalah kerana melakukan apa-apa
kesalahan di bawah perenggan 94(a), Mahkamah yang mendapati orang itu
bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Pertubuhan
Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) amaun apa-apa caruman, bersama
dengan bunga yang dikreditkan kepadanya, yang genap masa dan kena
dibayar kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja dan disahkan oleh
pegawai berkuasa Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja sebagai kena
dibayar oleh orang itu sebelum tarikh dia didapati bersalah itu dan perakuan
pegawai berkuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang
amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.
(2) Caruman itu hendaklah boleh dituntut balik mengikut cara yang sama
sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi
bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Acara Jenayah 86, kecuali
86

Akta 593.

32

bahawa jika Mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu


dibuat secara ansuran, Mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah
wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran.
(3) Apabila seseorang itu didapati bersalah atas mana-mana kesalahan di
bawah

perenggan

94(e)

berkenaan

dengan

pengemukaan

laporan

kemalangan, Mahkamah yang dihadapannya orang itu didapati bersalah


hendaklah memerintahkan orang itu mengemukakan laporan kemalangan
yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh Mahkamah.
Dalam Pendakwa Raya lwn. KATS Cleaning Services (S) Sdn Bhd.87,
fakta yang relevan adalah seperti berikut:
Defendan telah mengaku salah kepada enam tuduhan kerana gagal
membayar caruman di bawah seksyen 7 Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 dan telah didenda RM300 bagi setiap tuduhan, atau dua
minggu penjara jika ingkar membayar denda. Pihak pendakwa telah
mengemukakan suatu penyata yang diperakui berkenaan dengan
tunggakan caruman di bawah seksyen 94A (1) dibaca dengan seksyen
94C Akta itu yang termasuk tunggakan caruman yang tidak terhad
kepada isi enam tuduhan tersebut, yang berjumlah RM21, 774.50.
Bagaimanapun,

majistret

enggan

memerintahkan

pembayaran

tunggakan itu atas alasan bahawa pihak pendakwa hanya boleh


mendapatkan balik caruman yang menjadi isi tuduhan untuk mana
terdapat suatu keputusan bersalah. Pihak pendakwa telah membuat
rayuan.
Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membenarkan rayuan itu, dengan
menyatakan bahawa di bawah seksyen 94A (1) Akta itu, mahkamah
hendaklah memerintahkan sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan
87

[1995] 1 M.L.J. 371.

33

apa-apa kesalahan di bawah seksyen 94(a) untuk membayar apa-apa


caruman, sebelum tarikh didapati bersalah yang genap masa dan kena
dibayar kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial. Tidak terdapat ketaksahan
kerana seksyen itu dengan jelas merujuk kepada apa-apa caruman sebagai
isinya dan sebelum tarikh didapati bersalah sebagai faktor masanya.
Perkataan yang penting di situ bersifat mandatori dan memerintah dan
defendan diperintahkan membayar tunggakan itu.
Seterusnya hakim Suleiman Hashim dalam penghakimannya ada menyebut:
Dengan segala rasa hormatnya, jika pihak perundangan memang berniat bahawa
caruman hanya dalam hal berkaitan [atau] caruman hanyalah terhad kepada kesalahan
atas apa yang telah didapati bersalah, maka pihak perundangan sepatutnya telah
menyatakan sedemikian. Sebaliknya, dalam dua seksyen, memang ada menyebut,
apa-apa caruman sebelum tarikh didapati bersalah. Saya berpendirian bahawa
perkataan-perkataan operatif adalah apa-apa caruman dan sebelum tarikh didapati
bersalah..... Dengan segala hormatnya, saya bersetuju bahawa tidak wujud
kesamaran Ianya adalah jelas, mudah, tidak samar merujuk kepada apa-apa caruman
sebagai perkara pokok dan sebelum tarikh didapati bersalah sebagai faktor masa
Saya berpendirian perkataan-perkataan operatif dalam dua seksyen adalah mandatori
dan berbentuk memerintahkan.

INSURANS KERJA OLEH PIHAK KONTRAKTOR


Skop Am
Kontrak

pembinaan

biasanya

menyediakan

insurans

kerja

terhadap

malapetaka biasa seperti kebakaran, puting beliung dan banjir 88. Polisi
insurans yang diambil oleh kontraktor dikenali sebagai polisi semua risiko
kontraktor89. Takaful atau insurans jenis ini memberi perlindungan ke atas
risiko yang terlibat dalam pembinaan loji atau kilang, struktur-struktur jentera
dan besi, bangunan dan seumpamanya. Takaful atau insurans jenis ini
memberi perlindungan ke atas semua risiko. Di bawah kontrak insurans
sedemikian, pihak syarikat takaful atau insurans berkenaan bersetuju yang
semua kerugian atau kerosakan fizikal yang tidak disangka atau terjadi tanpa
diduga akibat mana-mana sebab yang terjadi kepada loji atau kilang, struktur88

89

Uff, J. 1985. Construction Law. Edisi ke-4. London:


Maxwell, m.s. 111-112.
Ibid.

34

Sweet &

struktur jentera dan besi, bangunan dan seumpamanya semasa tempoh


takaful atau insurans berkuatkuasa90 akan diberi ganti rugi.

Fasal-fasal Mengenai Insurans Kerja Dalam Format Seragam Kontrak


Fasal 18.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203, fasal 34 Syaratsyarat Kontrak format seragam IEM C.E. 1989, fasal-fasal 20.A, 20.B dan
20.C Syarat-syarat Kontak format seragam PAM 2006 dan fasal-fasal 38,
38A, 38B dan 38C Syarat-syarat Kontrak format seragam CIDB 2000 adalah
mengenai insurans kerja. Sebagai kajian kita, penulis perturunkan peruntukan
fasal 36 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203:
18.0. INSURANS KERJA
18.1. Pengambilan Insurans
(a) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil
insurans terhadap kerugian dan kerosakan oleh sebab kebakaran, petir, letupan, ribut,
taufan, banjir, tanah menurun, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal
udara dan alat-alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan
kekacauan awam, semua kerja yang dilaksanakan dan semua bahan dan barang
takpasang yang diserah-hantar kepada, diletakkan di tempat Kerja atau di tempat
berdampingan dengannya dan dimasukkan untuk Kerja itu (tetapi tidak termasuk
bangunan sementara, loji, alat dan kelengkapan yang dipunyai atau disewa oleh
Kontraktor atau mana-mana subkontraktor, yang dinamakan atau selainnya) mengikut
nilai sepenuhnya (ditambah apa-apa amaun yang mungkin dinyatakan dengan
khususnya dalam Lampiran atau di tempat lain dalam Dokumen Kontrak) dan
hendaklah sentiasa menginsuranskan akan kerja, bahan-bahan dan barang-barang itu
sedemikian hingga siapnya seluruh Kerja, walaupun ada perkiraan bagi Siap
Berbahagian-bahagian atau Pendudukan Separa oleh Kerajaan di bawah Kontrak ini.
Polisi atau polisi-polisi insurans itu hendaklah memperuntukkan dengan nyatakannya
supaya bayaran mengenai apa-apa wang insurans yang kena dibayar di bawah polisi
atau polisi-polisi itu dibuat pertama sekali kepada Kerajaan.
(b) Insurans tersebut sama ada dengan atau tanpa fasal lebihan sebagaimana
ditentukan dalam Lampiran itu hendaklah dilaksanakan dengan suatu syarikat insurans
yang diluluskan oleh P.P. dan adalah menjadi kewajipan Kontraktor untuk
mengemukakan kepada P.P. polisi atau polisi-polisi tersebut di atas dan resit-resit
berkenaan dengan premium yang telah dibayar. Sekiranya fasal lebihan ditetapkan
dalam Lampiran, Kontraktor hendaklah menanggung amaun lebihan tersebut.
18.2 Kegagalan Menginsuranskan`
Dalam hal sekiranya Kontraktor tidak mengambil atau membaharui insurans itu
sebagaimana diperlukan di bawah fasal ini, Kerajaan atau P.P. bagi pihak Kerajaan
boleh membaharui insurans itu dan membayar premium insurans itu dan memotong
amaun yang dibelanjakan sedemikian itu termasuk Caj Atas Kos (yang dikira
menggunakan Kadar Peratusan Caj Atas Kos yang dinyatakan dalam Lampiran
premium yang dibayar), daripada mana-mana wang yang kena dibayar atau genap
masanya kena dibayar kepada Kontraktor di bawak Kontrak ini, dan kegagalan dalam
90

Kecualilan dinyatakan secara spesifik sebaliknya dalam polisi insurans atau takaful berkenaan.

35

membayar premium berkenaan hendaklah boleh diperoleh kembali daripada Bon


Pelaksanaan atau sebagai hutang kena dibayar daripada Kontraktor.
18.3 Pembayaran Insurans Dalam Hal Apa-apa Kerugian/Kerosakan
Jika berlaku apa-apa kerugian atau kerosakan kepada Kerja atau bahan atau barangbarang takpasang sebelum Kerja itu telah disahkan sebagai siap secara praktikalnya
oleh P.P. di dalam Perakuan Siap Kerja Praktikal, Kontraktor hendaklah, walaupun
penyelesaian mana-mana tuntutan insurans belum lagi disiapkan, dengan usaha yang
wajar memulihkan, mengganti atau membaikinya, mengalih dan melupuskan apa-apa
puin, dan terus menjalankan dan menyiapkan Kerja itu. Semua wang jika dan apabila
diterima daripada pihak insurans di bawah fasal ini hendaklah pertama sekali dibayar
kepada Kerajaan dan kemudiannya (ditolak hanya apa-apa amaun sebagaimana
dikehendaki dengan khususnya dalam Lampiran ini atau di tempat lain dalam
Dokumen Kontrak) dibayar kepada Kontraktor secara ansuran berdasarkan perakuan
bayaran yang dikeluarkan oleh P.P., dikira mulai dari tarikh penerimaan wang itu
mengikut takat kerja pemulihan, penggantian atau pembaikan itu, dan pengalihan dan
pelupusan puin itu yang sebelumnya dijalankan oleh Kontraktor. Kontraktor tidaklah
berhak terhadap apa-apa pembayaran dalam hal kerja pemulihan, penggantian atau
pembaikan itu, dan pengalihan dan pelupusan puin itu selain daripada wang yang
diterima di bawah insurans tersebut.

Skop Perlindungan
Dengan kewujudan fasal sedemikian dalam Syarat-syarat Kontrak, maka jelas
kepada kita bahawa insurans atau takaful kerja adalah bagi tujuan melindungi
kerugian dan kerosakan oleh sebab-sebab berikut:
kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, banjir, tanah menurun, tangki air
pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat-alat udara
lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan
awam.
Polisi insurans atau takaful tersebut melindungi semua kerja yang
dilaksanakan dan semua bahan dan barang takpasang yang diserah-hantar
kepada, diletakkan di tempat kerja atau di tempat berdampingan dengannya
dan dimasukkan untuk kerja itu.
Namun demikian insurans atau takaful kerja tidak melindungi bangunan
sementara, loji, alat dan kelengkapan yang dipunyai atau disewa oleh
kontraktor atau mana-mana subkontraktor, yang dinamakan atau selainnya.
Tempoh perlindungan insurans atau takaful kerja adalah berkuatkuasa
daripada bermulanya kerja-kerja atau selepas item barang bahan binaan atau
alatan pembinaan91 yang mana diletakkan di tapak bina 92 sehingga tamat atau

91

Yang dinyatakan atau disenaraikan di dalam Jadual polisi insurans atau takaful berkenaan.

92

Mengenai tapak bina, lihat perbincangan di dalam bab 3 buku ini.

36

siap atau lengkap struktur atau mana-mana bahagian yang siap telah diambil
alih atau beroperasi.
Dalam Syarikat Pembinaan Lida Sdn. Bhd. lwn. Talasco Insurance Sdn.
Bhd.

93

satu syarikat pembinaan telah mengambil polisi insurans perlindungan

kebakaran bagi melindungi bangunan dan bahan binaan serta pejabat tapak.
Setelah tempoh perlindungan polisi tamat, perayu (syarikat pembinaan) tidak
segera menyambung polisi berkenaan walaupun kerja pembinaan masih
berjalan. Satu kebakaran telah berlaku selepas itu yang memusnahkan
bangunan, bahan binaan dan pejabat tapak. Kemudiannya responden telah
memperbaharui polisi insurans tersebut, dengan memasukkan juga tempoh
diantara tamatnya polisi insurans terdahulu dengan tarikh polisi baru (nota
perlindungan) sambungan polisi itu diambil. Dengan kata lain, nota
perlindungan insurans tersebut berkuatkuasa kebelakang (yang termasuk
juga tarikh kebakaran tersebut berlaku). Dengan merujuk, antaranya Silem
lwn. Thornton94, Mahkamah Rayuan menolak rayuan perayu supaya pihak
insurans membayar pampasan bagi kerosakan akibat kebakaran tersebut.
Dalam Silem lwn. Thornton95, mahkamah menyatakan bahawa polisi insurans
melindungi kebakaran perlulah mempunyai syarat tersirat bahawa deskripsi
atau butiran harta yang disebutkan dalam polisi insurans adalah betul pada
masa polisi tersebut dibuat, dan jika polisi itu ingin mempunyai kesan
perlindungan kebelakang, maka adalah menjadi tanggungjawab pemohon
untuk menyatakan perkara sebenar.
Pengecualian
Biasanya setiap polisi insurans atau takaful kerja tidak akan membayar ganti
rugi kepada dua kelompok Pengecualian berikut, iaitu:
(a) Pengecualian am, yang meliputi kejadian-kejadian peperangan dan risiko
politik, fenomena nuklear, tindakan sengaja atau kecuaian, dan juga bagi
pemberhentian kerja; dan
93

[1993] 2 C.L.J. 595. Mahkamah Agung, Rayuan Sivil No. 02-536-91. Keputusan pada 30 Mac 1993.

94

[1854] 3 E & B 868.

95

Ibid.

37

(b) Pengecualian khas, iaitu bagi

seperti deduktibel dinyatakan di dalam

Jadual sesuatu polisi, hutang projek atau lain-lain hutang berkaitan atau
penalti yang dikenakan oleh mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa,
kesilapan

rekabentuk,

kos

penggantian,

membaiki

atau

pembetulan

kecacatan material dan/atau kemahiran kerja, lusuh dan usang, kerosakan


mekanikal atau elektrikal, dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung
semasa membuat atau membuat semula atau membaiki item di bawah (a) di
atas.
Kadar Premium Atau Sumbangan
Tidak ada peraturan tetap mengenai kadar termesti berkaitan premium
insurans atau sumbangan takaful bagi melidungi kerja dalam pembinaan.
Sebagai kajian kita, ada terdapat syarikat takaful 96 yang mengenakan kadar97
sumbangan seperti berikut:
(a)

Bangunan kediaman atau persendirian: 0.12% hingga 0.200%;

(b)

Bangunan am pelbagai tingkat: 0.17% hingga 0.202%;

(c)

Hotel, restoran, pasaraya: 0.18% hingga 0.202%;

(d)

Kilang, gudang, bangsal kapalterbang: 0.15% hingga 0.260%; dan

(e)

Kerja-kerja tanah: 0.20% hingga 0.300%.

INSURANS LIABILITI AWAM


Apakah Insurans Liabiliti Awam Dan kegunaan
Daripada perspektif industri pembinaan, insurans liabiliti awam (atau disebut
juga tanggungan awam) adalah merupakan satu tanggungjawab pihak
majikan atau klien projek dan juga kontraktor (serta subkontraktor) kepada
pihak ketiga di atas sebarang kemalangan yang menimpa pihak ketiga
tersebut, yang berlaku akibat daripada kecuaian pihak kontraktor atau
pekerjanya atau kecacatan tapak bina. Kemalangan yang berlaku itu mungkin
akan mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan (termasuk kematian)
atau kerosakan harta benda pihak ke tiga. Dengan kata lain, insurans atau
takaful liabiliti awam adalah bertujuan bagi memberi perlindungan kepada
96

lihat maklumat dari http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/takafulAm/erection_all_risks.asp (Diakses


pada 19 Februari 2008)
97

Tetapi masih tidak muktamad.

38

pemegang polisi atau peserta takaful berhubung dengan tanggungannya


disisi undang-undang kerana membayar pampasan akibat berlaku kematian
disebabkan kemalangan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan dan
kerosakan hartabenda pihak ketiga 98. Kita sedar bahawa aktiviti-aktiviti dalam
pembinaan yang pelbagai kadangkala berpotensi memberi kesan negatif
kepada pihak ketiga, iaitu orang awam, pelawat, dan sebagainya yang
tergolong sama ada sebagai pemegang lesen, orang yang dijemput atau
orang yang menceroboh99.
Fasal 15.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203, fasal 33(a)
Syarat-syarat Kontrak format seragam IEM C.E. 1989, fasal 19.1 Syaratsyarat Kontrak format seragam PAM 2006, dan fasal 36 Syarat-syarat Kontrak
format seragam CIDB 2000 adalah berkaitan dengan perkara tersebut. Kita
ambil contoh, iaitu fasal 15.0 Syarat-syarat Kontrak format seragam JKR 203:
15.0.INSURANS TERHADAP KECEDERAAN DIRI DAN KEROSAKAN KEPADA
HARTA
15.1 Pengambilan Insurans
(a) Tanpa menjejaskan liabilitinya untuk menanggung rugi Kerajaan di bawah fasal
14.0 Syarat-syarat ini, Kontraktor hendaklah, sebagai satu syarat terdahulu sebelum
memulakan apa-apa kerja di bawah Kontrak ini, mengambil dan menyenggara
insurans berkenaan yang perlu sama ada dengan atau tanpa fasal lebihan
sebagaimana ditentukan dalam Lampiran ini yang perlu untuk melindungi liabiliti
Kontraktor atau mana-mana subkontraktor, sama ada yang dinamakan atau selainnya.
(b) Insurans yang tersebut hendaklah bagi maksud mengenai kecederaan diri atau
kematian, bencana atau kerosakan kepada harta tanah atau harta diri, yang berbangkit
dari, atau dalam masa atau disebabkan oleh perlaksanaan Kerja itu dan dan
disebabkan oleh apa-apa kecuaian, peninggalan, pecah kontrak atau kemungkiran di
pihak Kontraktor atau mana-mana subkontraktor, sama ada yang dinamakan atau
selainnya, atau mana-mana perkhidmat atau ejen Kontraktor atau mana-mana
subkontraktor tersebut, sama ada dinamakan atau selainnya. Sekiranya fasal lebihan
ditentukan dalam Lampiran, Kontraktor hendaklah menanggung amaun lebihan
tersebut. Polisi atau polisi-polisi insurans hendaklah mengandungi fasal liabiliti silang
yang menanggung rugi setiap pihak yang diinsuranskan bersama terhadap sebarang
tuntutan yang dibuat terhadapnya oleh pihak yang diinsuranskan bersama.
(c) Insurans yang dirujuk di bawah sub-fasal (a) hendaklah diambil daripada syarikat
insurans sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan dan disenggara dengan nama
bersama di antara Kerajaan dan Kontraktor dan semua subkontraktor, sama ada yang
dinamakan atau selainnya. Insurans berkenaan hendaklah meliputi bermula daripada
tarikh pemilikan tapak bina sehingga kepada tarikh dikemukakan Perakuan Siap
Membaiki Kecacatan bagi apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor atau manamana subkontraktor dalam masa menjalankan apa-apa operasi yang dijalankan oleh
98

Contoh tuntutan insurans di bawah liabiliti awam melibatkan projek pembinaan ialah Lim Chin Yok
Co. Ltd. lwn. Malayan Insurance Co. Ltd. [1975] 1 M.L.J. 101; [1972-1974] S.L.R. 272.
99

Untuk melihat skop dan tahap liability kepada mereka ini, lihat Abdul Aziz Hussin dan Abdul Rashid
Abdul Aziz. 2000. Aspek Undangundang Tort Dalam Projek Pembinaan. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, m.s. 11-13.

39

Kontraktor atau subkontraktor bagi maksud mematuhi obligasinya di bawah fasal 48


Syarat-syarat ini.
15.2 Pengemukaan Polisi
Adalah menjadi kewajipan Kontraktor untuk mengemukakan dan hendaklah
menyerahkan polisi atau polisi-polisi insurans yang berkenaan itu berserta dengan resit
premium yang dibayar kepada P.P., sama ada diminta atau tidak.
15.3 Kegagalan Menginsurans
Dalam hal sekiranya Kontraktor tidak mengambil atau membaharui insurans itu
sebagaimana diperlukan diambil atau diselenggara di bawah Kontrak ini, Kerajaan atau
P.P. bagi pihaknya boleh mengambil atau membaharui insurans itu dan berhak
memotong jumlah yang sama nilainya dengan amaun dibelanjakan sedemikian untuk
premium dan Caj Atas Kos (yang dikira menggunakan Kadar Peratusan Caj Atas Kos
yang dinyatakan dalam Lampiran premium yang dibayar), daripada mana-mana wang
yang kena dibayar atau genap masanya kena dibayar kepada Kontraktor di bawak
Kontrak ini, atau boleh diperoleh kembali daripada Bon Pelaksanaan atau sebagai
hutang kena dibayar daripada Kontraktor.
15.4 Pembatalan Insurans
(a) Kontraktor hendaklah mempastikan bahawa apa-apa polisi insurans yang
dinyatakan dalam fasal ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak penginsurans selepas
tamatnya tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan oleh Kerajaan akan notis bertulis
oleh penginsurans yang memaklumkan pembatalan yang akan dibuat DENGAN
SYARAT SENTIASA BAHAWA Kontraktor telah pun diberikan Perakuan Siap Membaiki
Kecacatan mengikut fasal 48.
(b) Kontraktor tidak boleh pada sebarang masa membenarkan atau menyebabkan
dilakukan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh mengakibatkan manamana insurans yang berkuatkuasa mengikut Kontrak ini menjadi tidak sah atau
menyebabkan terbatal atau menjadi boleh batal atau yang menyebabkan kadar
premium atas mana-mana insurans yang terkesan menjadi meningkat.
15.5 Kerugian atau kerosakan risiko yang diinsuranskan
(c) Dalam hal berlaku apa-apa kerosakan atau kehilangan semasa pelaksanaan
Kontrak ini, maka Kontraktor hendaklah membaiki, mengganti atau memulihkan
kerosakan atau kehilangan tersebut daripada amaun insurans yang dituntut, jika
mencukupi, atau jika tidak mencukupi, menggunakan sumbernya sendiri.

Dengan demikian, adalah jelas bahawa pihak kontraktor pula yang


dikehendaki menanggung rugi majikan atau klien projek di atas kecederaan
pihak ketiga, dan pihak kontraktor hendaklah mengambil insurans untuk
melindungi dirinya dan majikan atau klien projek daripada dituntut gantirugi
oleh pihak ketiga. Ini bererti pihak kontraktor (dan juga subkontraktor
berkenaan) hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit di bawah
common law terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecederaan
atau kerosakan harta semasa dalam melaksanakan kerja. Insurans ini
hendaklah disenggarakan atas nama bersama Kerajaan (bagi format
seragam JKR 203) atau majikan (klien)(bagi format seragam PAM 2006) dan

40

kontraktor100. Bagi insurans liabiliti pihak ketiga projek pembinaan, syarikat


insurans atau takaful akan mengganti rugi orang yang mengambil insurans
atau peserta sehingga pada jumlah yang telah ditetapkan sekiranya oarng
tersebut atau peserta menurut undang-undang dipertanggungjawabkan untuk
membayar sekiranya terjadi kerosakan atau kecederaan tubuh badan atau
kematian akibat kemalangan atau penyakit kepada pihak ketiga, dan kerugian
akibat kemalangan atau kerosakan kepada harta-benda milik pihak ketiga,
terjadi kerana berkaitan secara langsung dengan tindakan mendirikan,
membina atau membuat percubaan ke atas butiran yang dilindungi dan
berlaku di atas atau di dalam persekitaran terdekat di tapak pembinaan
semasa tempoh perlindungan101. Sebagai tambahan, pihak insurans atau
takaful juga akan mengganti rugi pemegang polisi atau peserta ke atas
semua kos dan perbelanjaan perundangan yang dikenakan oleh mana-mana
pihak yang menuntut dari peserta, dan semua kos dan perbelanjaan yang
dikenakan dengan persetujuan bertulis dari pihak insurans atau takaful.
Dengan demikian adalah jelas bahawa insurans liabiliti awam,
termasuk dalam industri pembinaan, adalah berbentuk insurans perlindungan
bagi melindungi pemegang polisi dalam apa-apa tuntutan ganti rugi, yang
boleh termasuk dalam skop berikut102:
(a) kecederaan (atau kematian) kepada manusia (pihak ketiga);
(b) kehilangan atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga;
(c) halangan, mudarat, pencerobohan103, atau gangguan hak lalu
lalang, udara, cahaya, air, dan seumpamanya;
(d) penahanan

salah,

pemenjaraan

salah,

pengusiran

salah,

tangkapan salah, dan kemasukan salah hak lalu lalang 104.

100

Insurans yang diambil ats dua nama, termasuk klien projek, dimana premiumnya dibayar oleh

kontraktor, juga dikenali sebagai insuran dikawal principal lihat Uher, T.E. dan Davenport, P. 2002.
Fundamentals of Building Contract Management. Sydney: UNSW Press, m.s. 283.
101

Sebagai contoh, lihat maklumat dari http://www.takafulikhlas.com.my/malay/takafulAm/erection_all_risks.asp (Diakses pada 19 Februari 2008).
102

Lihat Professional Insurance Agents Limited. 2008. Public Liability Insurance.


http://www.publicandemployersliabilityinsurance.com/ (Diakses 19 Februari 2008).
103

Mengenai hal ini, lihat Abdul Aziz Hussin & Abdul Rashid Abdul Aziz. 2000. Aspek Undang-undang
Tort Dalam Projek Pembinaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, m.s.14-45.
104

Iaitu di bawah undang-undang tort.

41

Amaun Perlindungan
Perkara mengenai penetapan amaun perlindungan liabiliti awam bagi setiap
projek pembinaan pada dasarnya adalah dalam kuasa budibicara klien, dan
biasanya biasanya berasaskan penilaian sewajarnya yang dibuat oleh pihak
klien projek berasaskan faktor-faktor risiko. Walau bagaimanapun, bagi projek
pembinaan kerajaan dan badan berkanun, pihak Jabatan Kerja Raya
Malaysia mempunyai garis panduan berkaitan liputan perlindungan insurans
atau takaful dan had liabiliti yang hendak dinsuranskan. Biasanya ia
berdasarkan nilai kontrak kerja berdasarkan faktor risiko biasa, iaitu seperti
berikut105:
Harga Kontrak

Had liabiliti atau liputan insurans setiap


kemalangan untuk bilangan
kemalangan yang tidak terbatas.
RM 10,000
RM 25,000
RM 50,000
RM 100,000
RM 200,000
RM 500,000
RM 1.0 Juta
RM 2.0 Juta

Tidak melebihi RM 50,000


RM 50,001 RM 100,000
RM 100,001 RM200,000
RM 200,001 RM 500,000
RM 500,001 RM 5.0 Juta
Melebihi RM 5.0 juta hingga RM 20.0 juta
Melebihi RM 20.0 juta hingga RM 50.0 juta
Melebihi RM 50.0 juta

Dalam menentukan liputan insurans, bukan hanya nilai kontrak yang


perlu diambilkira tetapi juga faktor-faktor risiko yang mungkin terlibat yang
biasanya diambilkira dalam menentukan liputan insurans atau takaful liabiliti
awam termasuklah,
(a) Tapak projek sama ada dikawal dan dilindungi dengan baik atau
sebaliknya;
(b) Akses yang diberikan kepada pihak awam;
(c) Keadaan fizikal bangunan sekeliling;
(d) Jenis kerja pembinaan pengubahsuaian kerja-kerja cerucuk, pembinaan
terowong dan sebagainya; dan
(e) Jenis logi dan peralatan yang digunakan 106.
105

lihat Surat Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia bil.(28) dlm.JKR.KPKR:020.050/03 Klt.5
bertarikh 9 Mei 2002 mengenai Panduan Menetapkan Liputan Insurans Tanggungan Awam.
106

Ibid.

42

Bagi kerja yang mempunyai risiko yang luarbiasa seperti risiko pada
bangunan sedia ada yang bersebelahan, pembinaan bangunan bertingkat
tinggi atau kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan terowong dan
empangan, liputan insurans atau had liabiliti adalah biasanya digandakan 107.
INSURANS LIABILITI PROFESIONAL
Apakah Insurans Liabiliti Profesional Dan Kegunaannya?
Insurans liabiliti profesional juga dikenali sebagai insurans indemniti
profesional, yang melindungi ahli-ahli profesional seperti arkitek, jurutera atau
jurukur bahan terhadap kemungkinan berlakunya tuntutan atas kecuaian yang
dibuat oleh klien mereka108.
Seorang

ahli

profesional,

disebabkan

jenis

pekerjaannya,

berkemungkinan terdedah kepada tuntutan ganti rugi kerana kecuaian


profesional yang dilakukan atau terhadap apa yang telah diperkatakan dalam
melaksanakan pekerjaannya. Misalnya seorang arkitek mungkin telah
memberi nasihat dengan tidak berhati-hati mengenai urusan kontrak kerja
kepada seorang klien projek yang kemudiannya mengalami kerugian wang
selepas bertindak atas nasihatnya 109. Seperti diluahkan oleh Dickinson, P.R.
dan Thornton, N.110, ahli-ahli profesional sudah menyedari kemungkinan
liabiliti atas kecuaian.
Insurans liabiliti profesional adalah direka khas untuk memberikan
perlindungan kepada ahli-ahli profesional terhadap kemungkinan liabiliti yang
mereka akan hadapi yang terbit daripada tugas profesionalnya. Jika berlaku
kerugian kliennya akibat kecuaian, ketinggalan, atau kesilapannya 111 maka
disinilah insurans liabiliti profesional mengambil tempat untuk memenuhi kos
pembelaan dan ganti rugi yang mungkin kena dibayar.
107

Ibid.

108

Mehr, R.I. dan Cammack, E. 1976. Principles of Insurance . Edisi ke-6. Homewood (Ill.): Richard D.
Irwin, m.s. 34 37.
109

Lihat bab 7 buku ini. Lihat juga Abdul Aziz Hussin. 2006. Ahli-ahli Profesional Projek Pembinaan.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, m.s. 120-148, dan Abdul Aziz Hussin & Abdul Rashid
Abdul Aziz. 2000. Aspek Undang-undang Tort Dalam Projek Pembinaan. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia, m.s. 28-30 dan 46.
110

Dickinson, P.R. dan Thornton, N. 2004. Cracking and Building Movement. UK: RICS Books, m.s. 2

111

Dengan syarat kecuaian, ketinggalan, atau kesilapan tersebut berlaku dalam niat baik (bona fide)
(dan bukan dengan sengaja atau dengan niat jahat).

43

Insurans liabiliti profesional akan menyediakan indemniti terhadap liabiliti


undang-undang dengan cara membayar amaun ganti rugi yang berlaku akibat
pelanggaran tugas profesional oleh ahli profesional terbabit semasa
pelaksanaan tugas profesionalnya, dan ini termasuklah kos yang berbangkit
dalam pembelaan kes tersebut. Namun bentuk perlindungan insurans liabiliti
profesional boleh termasuk butiran-butiran berikut perbuatan tak jujur atau
frod oleh kakitangan firma ahli profesional berkenaan dan perbuatan fitnah,
dan pelanggaran harta intelek secara tidak sengaja atau tanpa niat 112.
Insurans indemniti profesional boleh dikatakan satu kemestian dalam
perniagaan dan perkhidmatan profesional.
Boleh disimpulkan di sini bahawa, tanpa insurans indemniti profesional,
ahli profesional terbabit dan/atau firmanya akan terdedah kepada risiko
membayar sendiri amaun tuntutan, misalnya ganti rugi. Namun, seperti
dinyatakan oleh Speaight, A.113, tidak ada polisi piawai mengenai polisi ini.
Namun, tujuannya adalah sama, iaitu untuk mengindemniti orang yang
mengambil

polisi

terhadap

sebarang

tuntutan

dalam

tempoh

polisi

berkuatkuasa kerana pelanggaran tugas professional. Kita ambil contoh


keperluan insurans indemniti profesional bagi juruukur bahan, dimana
menurut Ashworth, A. dan Hogg, K.114 ,
Adalah suatu yang berhemat bijak bagi juruukur-jurukur bahan untuk melindungi diri
mereka terhadap kemungkinan tuntutan klien mereka atas kecuaian.

Speaight, A.115 seterusnya menambah bahawa tuntutan insurans liabiliti


profesional boleh terbit daripada mana-mana risiko yang terlibat dengan
bencana yang terbit daripada standard yang masyarakat harapkan daripada
profesion, personaliti ahli-ahli profesional dan hubungannya dengan klien atau
tuanpunya projek dan kontraktor, sifat unik kontrak pembinaan itu sendiri,
kurangnya komunikasi dan sumber kekhilafan, kesalahan, ketinggalan,
112

Lihat bab 4 buku ini.

113

Speaight, A. 2004. Architects Legal handbook. Edisi ke-8. Elsevier's Science & Technology
publishing, m.s 376
114

Ashworth, A. dan Hogg, K. 2007. Professional indemnity insurance. UK: Blackwell Publishing, m.s.

86.
115

Op. cit.

44

pelanggaran tugas profesional, dan lain-lain alasan yang dikemukakan


semasa guaman berkaitan pembinaan.
Selanjutnya Taylor, M.116 menyatakan bahawa insurans indemniti
profesional adalah merupakan aspek penting dalam alam tuntutan.
Kemungkinan akan dituntut kini menjadi faktor risiko besar bagi setiap
perekabentuk bangunan, jurutera, juruukur bahan dan pengurus projek.
Tempoh Perlindungan
Terdapat dua jenis tempoh perlindungan iaitu berasaskan polisi tahunan (iaitu
polisi indemniti profesional tersebut hanya sah untuk satu tahun), dan
indemniti profesional berasaskan sesuatu projek tertentu.
Amaun Perlindungan
Setakat ini tidak ada amaun perlindungan tertentu yang ditetapkan, namun
setiap badan profesional akan menetapkan amaun minima yang perlu ahli
profesional terbabit ambil sebelum penyambungan tempoh sijil amalan
tahunan berkuatkuasa atau dikeluarkan kepadanya. Asas yang digunakan
biasanya bersandarkan penilaian realistik terhadap sebarang kemungkinan
tuntutan gantirugi dan kos undang-undang yang terbit daripadanya bagi
perkhidmatan professional terbabit 117. Misalnya, dalam industri pembinaan,
ciri-ciri nilai kontrak berkenaan, penilaian mengenai tahap pendedahan, dan
apakah bentuk risiko dan kaedah pengelakan risiko dan juga pengurusan
risiko yang diamalkan118, akan menjadi aspek yang diambilkira dalam menilai
amaun perlindungan yang munasabah dan sesuai.

116

Taylor, M. 2000. Avoiding Claims in Building Design: Risk Management in Practice. New York:
Blackwell Publishing, m.s. 74

117

Lihat garispanduan oleh pihak Institusi Jurutera Malaysia: Aon Professional Risks. 2008.
Professional Indemnity Insurance. www.iem.org.my/wapi/mctxwapi (Diakses 18 Februari 2008). Lihat
juga Department for Work and Pensions, United Kingdom. 2008. Professional indemnity insurance
http://www.businesslink.gov.uk/bdotg/action/detail?type=RESOURCES&itemId=1074302046 (Diakses
17 Februari 2008). Lihat juga Professional Insurance Agents Ltd. 2008. Professional Indemnity
Insurance is now a must for all professional services & businesses.
http://www.professionalindemnityinsurance.org/about_professional_insurance_agents.htm (Diakses 17
Februari 2008)

118

Lagipun, sememangnya pengurusan insurans ini, seperi juga pengurusan insurans yang lain,

adalah merupakan sebahagian aspek pengurusan risiko, termasuk dalam projek pembinaanlihat Nael
G. dan Bunni, N.G. 2003. Risk and Insurance in Construction. London: Taylor & Francis, m.s. 358

45

Kos Premium
Kos bagi bayaran premium atau sumbangan (bagi takaful) adalah bergantung
kepada had indemniti yang diperlukan, jenis tugas yang dilaksanakan, fee
yang akan diperolehi, bilangan ahli profesional dan kakitangan lain yang
berkelayakan, pengalaman ahli profesional berkenaan, sejarah tuntutan
lepas, dan bagi indemniti profesional bagi sesuatu projek khas, tempoh
perlindungan bagi projek tersebut119. Dengan itu premium atau sumbangan
takaful adalah berbeza dari satu kes dengan kes yang lain. Namun, seperti
dinyatakan oleh Dickinson, P.R. dan Thornton, N. 120, budaya biarlah orang
lain yang mengambil risiko boleh menjadikan premium insurans profesional
meningkat.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Menurut Ketetapan Umum No. 5 tahun 2006 yang dikeluarkan oleh Lembaga
Hasil Dalam Negeri pada 31 Mei 2006, ada dinyatakan bahawa pada amnya,
sesuatu premium yang dibayar ke atas insurans, di mana ia bertujuan
kesemua dan semata-mata untuk memulih wang supaya boleh menampung
perbelanjaan yang bersifat hasil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang
diinsuranskan, adalah dibenarkan sebagai potongan daripada pendapatan
kasar perniagaan. Amalan pembelian insurans indemniti profesional mungkin
suatu keperluan di bawah undang-undang kecil atau peraturan profesion atau
mungkin dibeli atas alasan penghematan.

119

Aon Professional Risks. 2008. Professional Indemnity Insurance . Ibid.

120

Dickinson, P.R. dan Thornton, N. 2004. Cracking and Building Movement. UK: RICS Books, m.s. 2

46

You might also like