You are on page 1of 7

NURAIN BINTI MOHD ALI

SOALAN 2
1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan
hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya
2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton
ASTRO OASIS.
3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada
"Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan
4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak,
Mentor dan rancangan yg seumpamanya
5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu
masjid atau surau di sebuah kawasan
6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama
7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji
8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai TShirt
9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang
setiap bulan di panggung wayang
10.
95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas
mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri
11.
95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat
sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan
anak mereka kepada berwlikan imam
12.
100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada
kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak
lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda
13.
50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak
14.
50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak
mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan
mempunyai tabiat melanggan pelacur
15.
90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah
mewah, kereta mewah dan duit yg banyak
16.
Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada
setiap minggu

17.

3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di

masjid atau surau setiap hari


18.
90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas
konsep tidak suka jaga tepi kain orang
19.
Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain
terutamanya dalam soal duit
20.
Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20
dalam ilmu ketuhanan
21.
90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut
kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit,
seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua
elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH
SOALAN 3

Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak


berpandukan ilmu yang sebenar. Firman Allah bermaksud : Dan
kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan
sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan
(Surah Yunus : ayat 36)

Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah


s.w.t di dalam mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : Maka
Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku!
Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku
telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada
orang-orang yang memberi nasihat. (Surah Al-A'raf: ayat 79)

Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : Kemudian


Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun,
kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu
mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan

menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.


Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami,
berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata.
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu
berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya
kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu
sudah tetap tidak akan berjaya. (Surah Yunus: 75 - 77)

Hidup tidak berlandaskan AlQuran dan hadis. Firman Allah bermaksud :


Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami
kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan
demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (Surah
Thaha : ayat 126)

Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t


Firman Allah yang bermaksdu: Dan kepada kaum Thamud, Kami
utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi,
serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun
kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya
dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi
sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab
dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini
adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin
kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa
yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah)
sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang
merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya.
(Surah Hud ; ayat 61 & 62)

SOALAN 4

Sekularisme yang berasal dari ideology Kapitalisme adalah satu bentuk


ajaran yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen anil hayah).
Ideologi Kapitalisme adalah ideologi kufur yang tertegak atas dasar
pemisahan agama dari kehidupan. Sekularisme ini menjadi akidah kepada
ideologi ini, sekaligus sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir) serta
qaidah fikriyah (kaedah berpikir)nya. Berlandaskan qaidah fikriyah ini,
penganut akidah ini berpendapat bahawa manusia berhak membuat
peraturan hidupnya sendiri. Mereka mempertahankan kebebasan manusia
yang terdiri dari kebebasan berakidah/beragama, kebebasan berpendapat,
kebebasan hak milik dan kebebasan bertingkahlaku.
Idea faslu deen anil hayah (pemisahan agama dari kehidupan) adalah idea
kufur kerana Islam sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan.
Ciri-ciri sekularisme ialah meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan
daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek, beranggapan
bahawa institusi politik dalam peradaban kaum Muslimin masa lampau
adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan
hukum syariat yang suci, penerapan syariat islam akan merugikan penganut
bukan Islam, menganggap syariat islam sangat terbelakang dan ketinggalan
zaman dan menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan
terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.
Demokrasi berasal dari pandangannya bahawa manusia berhak membuat
peraturan. Menurut mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan dan rakyatlah
yang membuat undang-undang. Rakyat jugalah yang menggaji ketua negara
untuk menjalankan undang-undang yang telah dibuatnya. Rakyat berhak
mencabut kembali kekuasaan itu dari ketua negara, sekaligus
menggantikannya termasuklah merubah undang-undang sesuai dengan
kehendaknya.
Islam adalah agama wahyu. Islam adalah aqidah, syarak dan akhlak. Islam
adalah agama yang sempurna dan komprehensif. Mendaulatkan syariat Islam
dalam semua aspek kehidupan bererti kita telah mendaulatkan Allah SWT.

Pemilik dan Penguasa yang mutlak terhadap alam ini dan seluruh
penghuninya. Dan ini bertepatan dengan prinsip keadilan didalam Islam
yang menegaskan bahawa keadilan itu adalah meletakkan yang hak
diatasnya.
Sementara Demokrasi pula adalah sistem yang mendaulatkan rakyat yang
pada hakikatnya adalah hamba Allah SWT tetapi telah dipertuankan dan
diberikan hak untuk menggubal dan membentuk undang-undang dan
peraturannya sendiri. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan kerana
meletakkan sesuatu bukan diatas tempatnya. Hamba yang seharusnya sujud
dan patuh kepada Tuhannya kini menjadi menjadi Tuan dan bertindak
mengatur kehidupannya menurut kehendak dan kemahuannya berasaskan
kepada kewajaran tanpa batasan.

SOALAN 5
Kesungguhan & kesabaran beliau menjadi bukti kepada terimanya dia akan
petunjuk Allah subhanahu wa taala, maka setiap orang perlu mencarinya.
Beliau tidak berputus asa mencari kebenaran dan terus berusaha berbanding
kita yang telah mendapat kebenaran. Beliau terus menangkap sebaik sahaja
menerima kebenaran tanpa ragu ragu.

SOALAN 6
Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan yang
paling bagus. Semasa Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun, Siddharta telah
mempelajari segala ilmu yang diajar. Selain itu, Siddharta juga telah mahir
dalam ilmu pertahanan. Siddharta minta kebenaran untuk berjalan-jalan di
luar istana. Siddharta ternampak segala keadaan yang amat memilukan
hatinya. Orang sakit, mayat, orang miskin yang sedang bersusah payah
untuk hidup, dan juga pengemis yang bertahan lapar. Banyak soalan telah

bertimbunan dalam otak fikiran Siddharta, tetapi tiada sesiapa yang boleh
menjawabnya.
Siddhartha Gautama bertapa untuk mencari kebenaran dan untuk
memikirkan soalan-soalan tersebut. Siddharta telah meninggalkan kehidupan
di istana dan juga anak isterinya, bertekad untuk menjadi seorang
zahid/sami. Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari
jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan
dirinya makan sebiji bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna.
Siddharta kian menjadi kurus dan tidak bermaya.
Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu sedar
tentang kepentingannya keseimbangan. Siddharta tersedar. Bermula dari
saat kesedaran Siddharta itu, Siddharta telah menerima susu yang diberikan
oleh seorang gadis yang baik hati. Selepas itu, Siddharta telah berjalan
sampai ke bawah sepohon pokok yang bernama Bodhi dan memberi
sumpahnya bahawa jika tidak dapat menemui kebenaran dan jawapan untuk
semua soalan itu, dia tidak akan meninggalkan tempat itu. Akhirnya dia
mendapat pencerahan iaitu 8 jalan kebenaran swastika. Maka muncullah
ajaran Buddha.
SOALAN 7
Golongan Syiah
Golongan yang berpegang dengan fahaman Syiah ini ialah segolongan umat
Islam yang menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib adalah lebih utama
daripada seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk
kepimpinan kaum muslimin, begitu juga halnya dengan seluruh keturunan
dan anak cucu sepeninggalan beliau.
Mereka mendakwa kempimpinan ummah adalah hak Saidina Ali bin Abi Talib
dan keturunannya sahaja. Para sahabat Rasulullah saw yang lain seperti
Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a adalah dianggap sebagai perampas

kekuasaan tersebut. Mencela dan mengaibkan para sahabat baginda saw


adalah suatu perkara yang dilarang keras oleh Nabi saw di dalam hadithnya
yang bermaksud : [Barangsiapa yang mencela sahabat ku, ia akan mendapat
laknat Allah, Malaikat dan seluruh manusia ] HR Tabrani.
Mereka mempercayai bahawa imam-imam mereka adalah maksum
sedangkan hanya Rasulullah saw dan pesuruh-pesuruh Allah swt sahajalah
yang diberi keistimewaan tersebut. Adapun imam-imam mereka hanyalah
manusia biasa yang tentunya tidak terlepas daripada melakukan khilaf dan
kesilapan.
Di antara prinsip Syi'ah yang terpenting dan menjadi salah satu asas agama
mereka adalah aqidah raj'ah, iaitu keyakinan hidup kembali di dunia ini
sesudah mati, atau kebangkitan orang-orang yang telah mati di dunia.
Syariat Islam telah mengharamkan nikah Mutah yang pernah dibolehkan
suatu ketika dahulu. Ini kerana perkahwinan seperti ini secara zahirnya amat
merendahkan martabat kaum wanita dan mencemar kesucian agama Islam
itu sendiri. Golongan Syiah sehingga hari ini membolehkan kesonsangan ini
terus berlaku yang mana tidak ubahlah seperti membolehkan maksiat zina
berleluasa dan perempuan tidak lain hanya dilayan seperti seorang pelacur.
FEEDBACK
Sepanjang mengikuti daurah tersebut, rasa bersyukur sangat ditemukan
kembali kepada kebenaran iaitu AL-HAQ. InsyaAllah, akan terus berpegang
dengan AL-HAQ yang satu ini hingga ke akhirnya. Alhamdulillah dapat reflect
balik diri ni yang selalu saje melakukan khilaf. Semoga diri ni tidak
melakukkan kesilapan seperti Guatama.

You might also like