You are on page 1of 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025
Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.
PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem
pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem
pendidikan terbaik di dunia
Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan
Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200
memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM
Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan
dalam pembangunan PPPM
Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi
tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang
pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan
kecekapan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan
secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun.
3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan tinggi masyarakat, mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21


iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. memastikan murid mencapai 6
aspirasi murid dalam PPPM tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid
dengan mempunyai enam ciri utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi
dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti
nasional,etika dan kerohanian yang berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam
Tiga Gelombang

Transformasi yang dilaksanakan disusun dalam tiga gelombang iaitu:


1. Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru
dan penekanan kepada kemahiran teras.
2. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.

3. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan


peningkatan keluwesan operasi.

You might also like