You are on page 1of 2

EXPLORACE SAINS

Stesen 1 :

AKTIVITI : Asingkan!
1. Oops! Mak Minah hendak membuat cucur. Tapi.. tepung sudah tercampur
dengan serbuk besi. Air garam pula tercampur dengan pasir. Bagaimana
hendak asingkan?
Dengan menggunakan radas yang disediakan, tentukan cara-cara untuk anda
membantu Mak Minah mengasingkan campuran berikut.

Alatan dan bahan : piring petri, penuras, magnet, campuran air garam dan pasir,
kertas turas

Stesen 2 :
AKTIVITI : Panas atau Sejuk ?
1. Menyukat Suhu Air : Peserta dibekalkan dengan sebatang termometer
makmal. Catatkan bacaan suhu sekeliling. Isikan bikar dengan air pili, dan
sukat suhu air pili tersebut dengan langkah yang betul.
Soalan : 1 Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diingat sewaktu
menggunakan termometer?
Soalan 2 : Mengapa kita tidak boleh memegang bebuli termometer?

Alatan dan bahan : termometer makmal, bikar, air

Stesen 3 :
AKTIVITI : Cari
1. Peserta dikehendaki mencari batu-batu kecil daun terlebih dahulu.
2. Dengan menggunakan radas yang disediakan, cari isipadu batu kecil serta
luas bagi daun yang telah dikutip peserta.
Soalan : 1 Apakah unit pengukuran yang digunakan untuk mengukur luas?
Soalan : 2 Berapa ml sekiranya terdapat 100 cm 3 ?

Alatan dan bahan : kertas graf, benang, silinder penyukat 100 ml dan air

Stesen 4 :
AKTIVITI : Siapa Saya ? Apa Fungsi Saya?
1. Peserta dikehendaki mengenal pasti radas yang ditunjukkan dan
menyatakan fungsi.
Soalan : 1 Nyatakan atau tunjukkan cara menggunakan penunu Bunsen
dengan betul

Alatan dan bahan : termometer, silinder penyukat, piring sejat

Stesen 5 :
AKTIVITI : Tunjukkanlah! Terangkanlah !
1. Peserta diminta menunjukkan simulasi/analogi atau apa-apa sahaja cara
bagi menerangkan tentang susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam
tiga keadaan jirim secara visual.
Soalan : 1 Apakah unit asas bagi jirim?
Soalan : 2 Namakan 2 contoh jirim yang ada di sekeliling bagi setiap peserta.

You might also like