You are on page 1of 3

LEONG JI YING BA13110164

Dalam teori neo-realism menjelaskan bahawa State perlu mengekalkan


kelangsungan

keselamatan

negara

dengan

terus

membangunkan

teknologi negara masing-masing agar negara mereka tidak dipandang


rendah oleh negara musuh. State juga menganggap bahawa mereka
mempunyai lebih kuasa jika mempunyai kelebihan dalam aspek teknologi
ketenteraan.

Setiap

State

juga

perlu

mengekalkan

negara-negara

sekutunya dan terus menyebarkan pengaruh ke negara lain untuk kuasa


jajahan yang lebih besar.
Teori neo-realism memberi pandangan bahawa sekiranya semua
negara mengamalkan demokrasi tetapi sistem antarabangsa masih lagi
dalam keadaan anarki, mungkin negara-negara demokrasi tidak akan
berperang sesame sendiri tetapi demokrasi menunjukkan penentangan
terhadap negara yang bukan demokrasi dan secara tidak langsung
menunjukkan bahawa demokrasi belum tentu dapat menjamin keamanan
ataupun mengelak peperangan daripada berlaku. 1 Secara tidak langsung
menunjukkan bahawa anarki memang wujud dan tidak dapat dihalang.
Namun begitu, pandangan ini telah dikritik oleh post-modernists kerana
teori ini memandang struktur dalam sistem antarabangsa dalam keaddan
tersebut (anarki) dan menganggap struktur anarki ini sebagai halangan
semula jadi yang tidak mampu diubah. 2 Teori ini menggambarkan suasana
antarabangsa dimana telah berlakunya perang dingin di antara dua pihak
iaitu Amerika Syarikat diikuti NATO dan Union of Soviet Socialist Republics
(USSR) yang juga diiringi Warsaw Pact. Tambahan pula, Waltz (2004)
menyatakan neo-realism adalah subjek yang sesuai untuk mengkaji
sejarah secara keseluruhan termasuklah keseimbangan kuasa secara
1 Waltz, N., K., 2000, Structuralism Realism After The Cold War, vol.25, no.1,
USA: Columbia University Press, pp 10.
2 Dunne, T., @ ET. All, 1999, The Eighty Years Crisis :International Relations
1919-1999, USA: Cambridge University Press, pp 85.

LEONG JI YING BA13110164

multipolar semasa berlakunya perang dingin ini. 3 Selepas kejatuhan USSR,


tidak ada lagi negara yang mampu menjadi pesaing dan memberi
ancaman kepada Amerika Syarikat yang menjadi sebagai kuasa hegemoni.
Namun teori ini lebih sesuai untuk menjelaskan keadaan semasa perang
dingin dan tidak lagi memadai dalam memahami hubungan antarabangsa
kini.
Walau bagaimanapun, neo-realism juga masih boleh digunakan bagi
menjelaskan beberapa perkara dalam kajian sistem antarabangsa seperti
apa yang berlaku antara aktor-aktor state yang wujud dalam sistem
antarabangsa. Teori ini memang masih digunakan terutamanya dalam
mengkaji perlakuan sesebuah negara terhadap negara yang lain. Ini dapat
dilihat

dalam

hubungan

antara

negara-negara

dalam

organisasi

antarabangsa seperti Warsaw Pact dan North Atlantic Treaty Organization


(NATO). Kedua-dua organisasi antarabangsa ini dianggotai oleh negaranegara yang terlibat secara langsung dalam perang dunia kedua. Menurut
realism dalam mengadakan kerjasama ini, setiap negara tetap mempunyai
prasangka antara satu sama lain dan mempunyai prasangka antara satu
sama lain dan mempunyai strategi pertahanan sendiri untuk menjamin
kewujudan negara masing-masing. Amerika yang mengetuai NATO dan
Kesatuan Soviet dalam Warsaw Pact saling bersaing antara satu sama lain
dalam era perang dingin dengan membantu negara-negara anggota
masing-masing

bagi

meningkatkan

pengaruhnya.4

Oleh

sebab

itu,

kelihatannya kedua-dua buah negara tersebut mempunyai matlamat


sendiri yang lebih utama selain menjaminkan keamanan global.
Neo-realism tidak lagi memadai untuk menggambarkan situasi selepas
3 Sutch, P., & Juanita, E., 2007, The Basics International Relations, New York:
Routledge, pp 60.
4
Encyclopedia
Britannica.
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/125110/Cold-War?
source=widget&id=55373. Diakses pada 8 Disember 2014.

LEONG JI YING BA13110164

perang dingin kerana berlakunya percanggahan dalam menjelaskan situasi


yang berlaku tetapi teori ini masih boleh diapilkasikan dalam Organisasi
Antarabangsa sebab ciri-cirinya yang bersifat sistematik. Teori neo-realism
juga boleh digunakan untuk menjelaskan situasi pada masa akan dating
sekiranya wujud kuasa baru yang mampu menyaingi Amerika Syarikat
sebagai kuasa hegemoni dari segi kekuatan ekonomi, ketenteraan dan
nuklear.

RUJUKAN
Dunne, T., @ ET. All, 1999, The Eighty Years Crisis :International Relations
1919-1999, USA: Cambridge University Press.
Encyclopedia
Britannica.http://global.britannica.com/EBchecked/topic/125110/ ColdWar?source=widget&id=55373. Diakses pada 8 Disember 2014.
Sutch, P., & Juanita, E., 2007, The Basics International Relations, New York:
Routledge.
Waltz, N., K., 2000, Structuralism Realism After The Cold War, vol.25,
no.1, USA: Columbia University Press.

You might also like