You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI GURU GPM


BIL 1/2015
PUSAT KEGIATAN GURU PARIT BUNGA, LEDANG
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
TARIKH

: 27 JANUARI 2015

MASA

: 2.00 PETANG

TEMPAT

: BILIK SEMINAR, PKG PT BUNGA, LEDANG.

KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

En Shahizan Bin Saim


Pn Norafizah Bt A. Razak
Pn Juraidah Bt Othman
Pn Haliza Bt A. Hamid
Pn Nor Hezrine Bt Othman
Pn Nor Shafini Bt Ismail
Pn Nurmazdiah Bt Mahzan
Pn Nor Bahyah Bt Abdul Mutalip
Pn Rosidah Bt Misran
Pn Gan Pey Phang
Pn Teo Sock Sian
Pn Pang Sok Yin
Pn Ser Toh Cheau Yee
Pn Aszurah Bt Abdullah
Cik Tay Siew Siew
Pn Hjh Nor Adiny Bt Yacob
Pn Nuraidah Bt Fadzel
Pn Kamariah Bt MD Nor
Pn Phan Wee Cheng
En Abdul Rashid B Abdul Rahman
En Mohd Arshad Bin Haron
Mohd Dramanti Santri Bin Rohani

SMK Tun Sulaiman Ninam Shah


SK Kesang
SK Kesang Tasek (Setiausaha)
SK PT Bunga.
SK Pantai Layang.
SK Rawang.
SK Tanjung Gading
SK Telok Rimba
SK Abdullah
SJKC Chung Hwa Sg Senduk.
SJKC Nan Hwa
SJKC Pei Hwa
SJKC Pui Nan
SM Sains Muar
SMK Parit Bunga ( Naib Pengerusi)
SMK Tinggi Muar.
SK Bukit Kangkar.
SMK Pesisiran Perdana.
SMK Sri Muar
SMA Lugahtul Quran ( Pengerusi)
PTP 1 PKG Parit Bunga.
PTP 2 PKG Parit Bunga.

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat tahun baru kepada guru-guru yang hadir
untuk mesyuarat bil GPM 1/2015 pada tahun ini.
1.2
Pengerusi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada guru baru yang memegang
jawatan GPM sekolah kelompok PKG Parit Bunga.
1.3
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada GPM yang telah menjalankan program dan
aktiviti sepanjang tahun 2015.
Makluman

: Semua GPM

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1
En Mohd Arshad Bin Haron mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dalam
mesyuarat jawatankuasa guru GPM bil 1/2015.
2.2
En Mohd Arshad memaklumkan bahawa peruntukkan yang ada pada tahun ini untuk aktiviti
GPM. GPM hanya perlu memberikan cadangan aktiviti yang dijalankan pada tahun ini.
2.3
En Arshad memaklumkan mengenai pemantauan PSS bagi tahun ni sedang berjalan dan
berharap semua guru bersedia.

3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


AKTIVITI GPM BIL 1/2014
Makluman
: Semua GPM

3.1
Cik Tay Siew Siew (SMK Parit Bunga) membentangkan Minit Mesyuarat Pengurusan GPM
bil 1/2014.
3.2
En Abdul Rashid Bin Abdul Rahman mencadangkan minit mesyuarat Pengurusan GPM Bil
1/2014 diterima dan disahkan. Sokongan Pn Tay Siew Siew. Ahli mesyuarat menerima sebulat suara.
Makluman

: Semua GPM

4. PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


AKTIVITI GPM BIL 1/2014
4.1
Pn Kamariah Bt Md Nor (SMK Pesisiran Perdana) membangkit perkara 5.3.1 iaitu mengenai
literasi maklumat yang diaplikasikan dalam PDP sekolah. Respon semua GPM agar literasi maklumat
dijadikan salah satu kursus utama GPM pada tahun 2015.
Makluman

: Semua GPM

5. PERANCANGAN AKTIVITI GPM 2015.


5.1
En Abdul Rashid Bin Abdul Rahman (SMA Lughatul Quran) mencadangkan bengkel khidmat
bantu untuk sekolah-sekolah yangmemerlukan kerana banyak manfaat dapat daripada bengkel
khidmat bantu tersebut.
5.1.1 En Arshad Bin Haron (PKG PT Bunga) memberi respon tentang khidmat bantu yang
memang menjadi rutin PKG setiap tahun dan tahun ini terdapat 2 buah sekolah, 1 sekolah
rendah dan sekolah menengah.
5.2
Puan Juraidah Bt Othman (SK Kesang Tasek) menyentuh tentang Program MBMMBI sebagai
program yang boleh diselitkan dalam kursus yang dianjurkan oleh PKG Parit Bunga.
Makluman

: Pegawai PKG

5.3
GPM juga bersetuju agar lawatan penanda aras bagi aktiviti PSS dicadangkan sebelum ini
akan diteruskan.
5.4
Pn Nurmazdiah Bt Mahzan (SK Tanjung Gading) mencadangkan Mobile Cafe diadakan dan
digabungkan dengan sekolah-sekolah lain, antara program yang dianjurkan oleh Mobile Cafe adalah
aktiviti permainan dan aktiviti bersama penulis.
Makluman

: Semua

5.5
En Abdul Rashid Bin Abdul Rahman (SMA Lughatul Quran) memaklumkan bahawa
Perpustakaan Malaysia untuk membuat pameran di sekolah-sekolah. Pihak perpustakaan akan datang
ke sekolah dan pihak sekolah yang perlu menetapkan tema yang hendak dilaksanakan.
Makluman

: Semua

5.6
Cik Tay Siew Siew (SMK Parit Bunga) mencadangkan kursus penyutingan grafik seperti
Adobe Photoshop untuk kegunaan di dalam tugasan GPM.
Makluman

6.

: Pegawai PKG

PERKONGSIAN ILMU
6.1
En Mohd Dramanti Santri B Rohani (PKG Pt Bunga) memaklumkan mengenai pekeliling aset
dan pengurusan stor dan boleh kandungannya boleh didapati dalam CD yang dibekalkan pada hari ini.
6.1.1

GPM diminta untuk mencetak pekeliling tersebut dan perlu dibukukan dan disimpan.
Makluman

: Semua GPM

6.3
En Mohd Dramanti Santri B Rohani (PKG Pt Bunga) memaklumkan mengenai CD
MBMMBI yang diterima bagi tahun 2015 adalah sekolah rendah sebanyak 1 set dan sekolah
menengah sebanyak 4 set.
Makluman

7.

: Semua

HAL HAL LAIN


7.1
Pengerusi berharap dapat kerjasama daripada semua GPM sekolah ahli PKG Parit Bunga
dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan jutaan
terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberikan kerjasama yang jitu dalam mesyuarat
GPM kali ini.
Makluman

: Semua

7.2
En Mohd Arshad Bin Haron mengucapkan terima kasih kepada smua guru yang hadir dan
komitmen yang diberikan pada program GPM yang lepas. Beliau juga akan cuba melaksanakan
aktiviti yang dirancang pada tahun ini.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

: Semua

dicatat oleh,

Juraidah Othman
JURAIDAH BT OTHMAN
SK KESANG TASEK

Disemak oleh,

En Mohd Dramanti Santri B Rohani


(Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Pt Bunga)

You might also like