You are on page 1of 3

REFLEKSI ONG YUN FUNG MTE3

Pada 28 & 29 Mac 2015, kelas saya PPG Matematik 3 Ambilan Jun 2011
telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Unit Beruniform di Sekolah
Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka. Program Perkhemahan Unit Beruniform ini
dianjurkan bagi memenuhi keperluan sukatan PSK 3043E iaitu Pembelajaran
Berkhidmat Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) merupakan satu
agenda

yang

penting

dalam

pembentukan

warganegara

Malaysia

yang

bertanggungjawab. Saya masih teringat salah satu ungkapan yang pernah diujar
oleh seorang penceramah iaitu Guru yang mendidik bukan sekadar menakluki hati
pelajar, tetapi menakluki mindanya dan kita bukan mengajar bangsa sendiri,
Malaysia tetapi mendidik individu, sangat bermakna kata-kata tersebut. Ianya
menyatakan bahawa sebagai guru, tugas kita bukan hanya mengajar semata-mata
tetapi menakluki minda dan hati agar segala yang diajarkan tersemat di hati tidak
hanya di minda.
Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah
pendidikan kebangsaan, maka program i-Think dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan
Program i-Think adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, berpemikiran kreatif dan kritis. Untuk mengekalkan daya saing di
peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara
ekonomi yang dipacu oleh inovasi.
Projek i-Think membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir;
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan
masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan
Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya
untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

. KEKUATAN/ KELEBIHAN
Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti semasa menjalankan Program
i-Think dan bagaimana menjalankan program dengan lebih sistematik. Pengetahuan
ini telah membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang.
Melalui tugasan ini juga, saya mampu meningkatkan kefahaman saya dalam
Program i-Think. Ini adalah kerana semasa sekolah saya menjalankan Program
i-Think, kebetulan saya masih dalam cuti bersalin. Walaupun sekolah saya telah
menjalankan Program i-Think ini, tetapi saya masih belum mendalami program ini.
Dengan adanya peluang sebegini, saya terpaksa dan sanggup untuk meneliti
program ini.
Semasa menganjurkan Program i-Think, antara kelebihan yang saya dapati
ialah saya sudah benar-benar memahami apakah itu Program i-Think. Sebelum
memulakan ceramah Program i-Think, saya membaca dan memahami tujuan dan
cirri-ciri peta i-Think. Maka, saya dapat menyampaikan Program i-Think dengan baik
dan yakin atas kerjasama dengan rakan sekelas saya. Ini menyebabkan Program
i-Think dapat berjalan dengan lancarnya.
Kelebihan kedua yang saya dapati semasa menganjurkan Program i-Think
ini, para peserta berasa seronok semasa cuba menjawab soalan dengan
menggunakan peta-peta i-Think itu. Oleh sebab kebanyakan peserta sudah diajar
ilmu yang berkaitan, maka mereka seronok bermain dengan mengisi carta aliran iThink. Melihatkan peserta berasa seronok, matlamat boleh dikatakan tercapai.
Kelebihan yang ketiga ialah kami menggunakan persembahan power point
untuk menerangkan Program i-Think. Memandangkan kami tidak mempunyai wang
yang berlebihan, ini membantu kami menjimatkan kos. Persembahan power point
yang menarik juga telah menarik perhatian para peserta.
KELEMAHAN
Sepanjang Program i-Think ini dijalankan, terdapat juga kelemahan yang
timbul. Pertama, dari segi pengalaman mengelola projek di sekolah rakan. Saya
berasa agak kekok kerana sasaran saya bukanlah anak murid saya.

CADANGAN
Bagi penambahbaikan, saya bercadang memberi saya masa yang lebih
panjang untuk mengelolakan program ini supaya saya dapat membuat persiapan
yang lebih baik. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu saya mengenali anak
murid sekolah itu dan komunikasi guru antara murid akan bertambah baik.
Di sini juga tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya yang telah memerah otak memikirkan tugasan ini dan telah banyak
membimbing kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, tugasan ini telah
memberi banyak manfaat dan pengetahuan yang baharu kepada saya dalam
melaksanakan aktiviti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) yang akan
datang secara lebih sistematik, rapi dan berkualiti dan dapat menjamin keharmonian
dan kesejahteraan semua pihak.
Secara keseluruhan, dengan adanya perancangan aktiviti yang lengkap dan
sesuai, maka aktiviti fizikal akan berjalan dengan lancar, sempurna dan berkesan
dalam suatu pelaksanaan sesuatu program oleh seorang guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan(PSK).

You might also like