You are on page 1of 15

3.

1 Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Unsur tradisi yang pertama adalah kedudukan istimewa
orang Melayu telah termaktub dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang
di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di
negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaumkaum lain.
Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan
penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa
perjanjian yang ditandatangani antara raja-raja Melayu
dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan
bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada
sesiapa pun semasa itu mempersoalkan hak dan
keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai
penduduk peribumi.
Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian
ditandatangani dengan kerajaan British yang memaksa rajaraja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara
yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan
agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari
menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh
orang Melayu sedikit demi sedikit.
Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka
British pada awal ke-20 yang membawa masuk ramai kaum
imigran ke tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih
timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu
terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri
dalam arus pembangunan ekonomi.
Kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun
menduduki Tanah Melayu 1942-1945, Parti Buruh sebagai
pemerintah Britain telah membawa dasar politik yang
berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan
penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk
itu kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara perlembagaan
dan kebudayaan, negeri Melayu dijadikan satu dengan nama

Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh


Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep
negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu
sebaliknya Malayan.
Dalam
Perlembagaan
Malayan
Union[3] 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang
Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan
yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke
peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil
sahaja. Malah kuasa undang-undang dan kedaulatan negerinegeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan
satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan.[4]
Bagi
mententeramkan
orang
Melayu
terhadap
penentangan Malayan Union[5], British memberikan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu, orang
Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka.
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan sah kaum-kaum lain'[6] di bawah perlembagaan
itu.
Selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan
Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan
dan hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua negeri itu
diiktiraf
dan
serta
menjadi
sebahagian
daripada
tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.
Kedudukan istimewa orang Melayu' di bawah Perkara
153 bermaksud:
a) Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasardasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan
dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan
bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk
perniagaan dan perdagangan.
b) Tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang diPertuan
Agong
dengan
berhati-hati
supaya
tidak

mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam,


penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan
dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Ini
bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak
yang berasa diaiayai atau diabaikan.
Orang
Melayu
menurut
tafsiran
Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu,
menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka
di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari
Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan
atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil
di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat
seseorang yang demikian.
Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:
1. Di Sarawak : mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan,
Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit,
Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau,
Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran daripada kaum tersebut.
2. Di Sabah : anak atau cucu kepada seorang daripada suatu
kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada
dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu
dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam
Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6)
dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu,
kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang
lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu
berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f)
berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar
Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu
sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh
dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948
(Pindaan 1971).

3.2 Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan


Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui
Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. Dalam fasal tersebut telah disebutkan bahawa,
bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal
seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan
peruntukan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan
dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau
mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak
ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh
mengganggu hak kerajaan persekutuan atau sebarang
kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan
dan pengkajian bahasa komuniti lain.[7]
Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa
itu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan
daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi sematamata. Kesan utama yang dapat dilihat ialah apabila bahasa
Melayu di angkat tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan
secara automatiknya bahasa Melayu telah menjadi bahasa
pengantara dalam semua maksud rasmi[8]. Ini bermaksud
bahasa selain bahasa Melayu hanya boleh dipelajari dan
digunakan dalam urusan tidak rasmi.
Sebelum Perang dunia kedua, bahasa Melayu
digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti
dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit
mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu
dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu telah
menjadi lingua franca di nusantara pada masa itu. Namun
selepas
perang
keadaan
mula
berubah
akibat
penerimaan[9] sistem
perundangan
British,
perjanjian
Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta
bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan
Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula mula
diterima sebagai bahasa pentadbiran dan digunakan dalam

dalam beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa


Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan
kerajaan.
Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa
bahasa rasmi[10] untuk mesyuarat Raja-raja ialah bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa
rasmi[11] yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja
Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat.
Namun begitu, setelah Malayan Union dimansuhkan,
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tetap mengekalkan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan kecuali catatan
dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di dalam bahasa
Inggeris.[12]
Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi mula membimbangkan
beberapa golongan cendekiawan dan tokoh pada masa itu
termasuklah Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang
berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan British
yang sangat ketara ke atas negeri-negeri Melayu dan
masyarakat Melayu[13].
Pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah
membawa satu sinar baru kepada bahasa Melayu di bawah
Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun
memberi satu persoalan politik yang besar di kalangan parti
politik dan persatuan quasi politik di Semenanjung.

3.3 Agama islam sebagai agama rasmi


Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak
lebih 600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing,
iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat
berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu
kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak
menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam.

Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk


menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi
mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus
terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun,
agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas
dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah
dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam
ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan bebas.[14]
Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan,
kerajaan
pusat
diberi
kuasa
untuk
membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam
dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai
agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau
negeri
menubuh,
menyelenggara
dan
membantu
pertubuhan-pertubuhan
Islam.[15] Pelbagai
bantuan
disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan
bagi keperluan majlis-majlis keagamaan.

3.4 Pemerintahan Beraja


Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah
berabad-abad amalkan sistem pemerintahan beraja. Raja
berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan
dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para
pembesar negeri.
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja
Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat
dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. Namun dalam
sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat
para pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau
Penasihat British. Keadaan ini berlanjutan sehingga
meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan

Jepun, kerajaan British bercadang untuk menubuhkan satu


bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali
sebagai Malayan Union. Melalui cadangan Malayan Union ini,
raja-raja kekal sebagai pemerintah atas nama dan kuasa
mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Setelah mendapat bantahan hebat daripada orang
Melayu, Malayan Union dibubar dan gantikan dengan satu
perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan
baharu ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula
kedudukan raja-raja Melayu. Setelah merdeka, institusi
pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas
perlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang
diamalkan. Seiring dengan itu, beberapa perubahan telah
dilakukan ke atas institusi beraja untuk disesuaikan dengan
amalan demokrasi berparlimen.
Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan
dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini,
raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan
bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

4.0 KEWAJARAN KEWUJUDAN UNSUR-UNSUR TRADISI


DALAM PERLEMBAGAAN
Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam
proses pembinan negara bangsa serta kearah mewujudkan
identiti Malaysia dan memupuk persefahaman bagi
mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca
keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang
nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang
sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai
agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan
menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini
menyebabkan berlaku toleransi di kalangan warganegara

dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan


etnik menjadi semakin utuh dan erat.
4.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara
merupakan satu pilihan yang tepat apabila aspek sejarah
dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu
telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh
Abbas, 1986) sebagai contoh pada zaman penjajah lagi
bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu
juga kini merupakan antara bahasa utama Malaysia
apabila jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia
mewakili 54 buah negara dalam pertandingan Pidato
Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)
edisi kelima tahun ini.[16] Matlamat menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
untuk
menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk
sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama
digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu,
bahasa ibunda lain tidak tergugat. Bahasa Melayu juga boleh
menjadi alat untuk membentuk satu bangsa, satu negara
dan satu bahasa yang teguh.
Oleh itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006
telah dikeluarkan bagi memaklumkan akan langkah-langkah
memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam
perkhidmatan awam. Antara isi kandungannya ialah:
2. memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan
menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul
dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan
mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan
dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara
asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan
supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing)
Pendaulatan
bahasa
Melayu
sebagai
bahasa
kebangsaan mestilah diselarikan dengan dasar pendidikan
kebangsaan. Seperti yang dinyatakan didalam Dasar

Pelajaran
Kebangsaan[17] yang
menekankan
bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan Akta
Pelajaran 1961 telah melaksanakan dasar tesebut. Ini kerana
melalui sistem pendidikan pemupukan negara bangsa
merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya
perpaduan rakyat dapat dilahirkan dengan lebih mudah.
Nation Building bagi sebuah masyarakat majmuk seperti
Malaysia perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai
matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting
bagi proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi
masyarakat negara ini.[18] Cendekiawan negara Profesor
Diraja Ungku Aziz juga bersetuju bahawa Bahasa Melayu
mampu membawa kepada perpaduan dengan mengatakan
bahawa keunikan Bahasa Melayu boleh menjadi alat
komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang
telah lama wujud.[19] Beliau juga menegaskan bahawa
sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan
perpaduan negara agar lebih mamtap dan ampuh.
Fenomena masyarakat Malaysia kini seperti tidak mahu
mengiktiraf
Perkara
152
yang
terkandung
dalam
perlembagaan. Hal ini kerana terdapat papan tanda yang
mempunyai empat bahasa. Jika masyarakat asing datang
kenegara kita, semestinya mereka pening dan marasakan
bahasa rasmi negara ini ada empat. Selain itu, turut
membimbangkan masyarakat seperti malu menggunakan
bahasa Melayu. Sektor swasta juga kini berurusan dengan
sektor awam menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya
segala urusan surat menyurat, urusan dengan imegresen,
kastam, tender, perlesenan, perbankan, percukaian,
pendaftaran dilakukan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga,
sesetengah masyarakat Cina dan India yang tidak fasih
berbahasa Melayu dan hanya tahu bahasa ibunda mereka
sahaja. Golongan seperti ini kebiasaannya merupakan duri
yang membawa kepada perpecahan kaum di Malaysia dan
penghalang kepada perpaduan.

Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia harus


mempertahankan
bahasa
Melayu
sebagai
bahasa
kebangsaan sepertimana yang telah termaktub dalam
perlembagaan.
4.2 Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan
unsur penting dalam proses pembangunan negara serta
pembentukan rakyat yang bersatu padu. Agama Islam telah
ditetapkan sebagai agama Persekutuan kerana Islam telah
lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu
lagi. Agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun
bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang
bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun
ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam
yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undangundang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat,
namun sebahagian besar kandungannya merupakan
undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil
dan jenayah. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan
mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan.
Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia
daripada
perhambaan
sesama
manusia,
maka
perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak
rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa
rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi
pemerintah.
Peruntukan
undang-undang
seperti
ini
menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan
kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza.
Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak
berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini
seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan
permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum
dan agama.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin


baru-baru ini bertitah agar rakyat hendaklah tidak
mempersoalkan lagi kepentingan peribadi hak-hak lain yang
boleh menggugat perpaduan. Titah baginda berbunyi
Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman damai,malah hari-hari
perayaan agama yang mempunyai penganut teramai
dijadikan hari cuti umum.[20] . Dalam titah baginda
tersebut jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih tetap
memberi hak sewajarnya kepada agama-agama lain dan
menunjukkan amalan keserdehanaan dan keterangkuman
seperti yang dianjurkan oleh Islam diamalkan dengan subur
di negara ini. Oleh itu, kaum-kaum lain seharusnya
memperakui
Perkara
3
yang
termaktub
dalam
perlembagaan.
Perkara yang amat menyedihkan baru-baru ini ada
pihak yang seolah-olah cuba melenturkan dan menentang
perlembagaan terutamanya Perkara 3 iaitu agama islam
merupakan agama rasmi negara apabila menimbulkan isu
portfolio baru bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di Pulau
Pinang.[21] Hal seperti ini seharusnya tidak boleh timbul
kerana rakyat perlu akui dan mengiktiraf Perkara 3.
Kesimpulannya, dalam membentuk negara bangsa,
sememangnya Perkara 3 harus dipertahankan dan sebulat
suar.
4.3 Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak
Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan sarawak di beri keistimewaan dan
dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka
merupakan penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu
sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan
kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua
warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan
untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-

kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin


mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang
ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya
kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang
kemerdekaan.[22] Keistimewaan kouta Melayu ini juga
adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan bumiputera
untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh
ketinggalan daripada kaum lain. Kerana kita dapat lihat
dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa
pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan
Melayu terutamanya dalam aspek kedudukan ekonomi.
Terdapat sesetengah pihak terutamanya pemimpin
politik seperti tidak berpuas hati dengan apa yang
termaktub dalam Perkara 153. Sebenarnya mereka inilah
punca kepada perpecahan. Sewajarnya, pemimpin politik
kaum lain mempromosikan perpaduan dan menyedarkan
kaumnya
bahawa keistimewaan
diberikan
kepada
Masyarakat Melayu dan bumiputera merupakan satu hak
yang wajar kerana masyarakat ini merupakan pribumi
negara ini. Perkara 153 ini tidak bermaksud untuk menafikan
kedudukan kaum lain sehingga membuatkan mereka merasa
seperti merempat. Bahkan, kaum bukan melayu di Malaysia
antara pelopor ekonomi yang gah kerana Perkara 153 tidak
menghalang
kepada
bangsa
bukan
Melayu
untuk
memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di
negara ini.
Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan
istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera
diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah
diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan
Tamil.
Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan
tinggi mereka: Melayu UiTM, Cina - KTAR, India Kolej Tafe.
Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman
pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi PTPTN
utk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu,

keistimewaan ini adalah bagi menyeimbangkan peratusan


golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera.
Kesimpulannya,
Perkara
153
memang
wajar
dipertahankan dan kaum Bukan Melayu janganlah berasa
bimbang kerana kebajikan mereka masih tetap dijaga.
4.4 Pemerintahan Beraja
Sebagai rakyat seharusnya kita menghormati pilihan
Malaysia dalam memilih sistem kerajaan negara yang
berteraskan prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi
berparlimen. Pemerintahan beraja adalah rasional masih
dikekalkan di Malaysia. Hal ini kerana Raja Melayu
merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara.
Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat
setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi
sama. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah
diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Raja-raja
Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia
melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi
sebahagian daripada identiti negara. Sultan Perak,Sultan
Azlan Shah telah bertitah bahawa sistem raja sebenarnya
memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan
kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan negara.[23]
Pengimbang kuasa adalah apabila raja memain peranan
tidak menyebelahi mana-mana-mana bahagian tertentu,
tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara
kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah,
keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi
memastikan tidak wujud campur tangan di antara tiga badan
itu.
Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari
bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara.
Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan
ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999].

Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk


persefahaman ke arah perpaduan. Walaubagaimanapun,
perkara ini timbul dengan konsep yang baru iaitu
raja berperlembagaan
bagi
mengelakkan
berlakunya
tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan
rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap wujud
dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas
lunas perlembagaan yang ditetapkan.
Dalam membentuk sebuah negara bangsa, rakyat
berbilang kaum mestilah menghormati sistem ini. Namun
begitu, yang membimbangkan dinihari ialah apabila
masyarakat melayu sendiri yang mempersoal ketuanan raja
dan
rasionalnya
sistem
itu
masih
dipertahankan.
[24] Hakikatnya melalui Sistem Raja Berpelembagaan inilah
yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
paling beradab dalam kalangan negara Islam apabila berjaya
membanteras sikap pelampau yang boleh mencetuskan
masalah negara. Ketua felo penyelidik Institut Kajian Islam
Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph
Marcinkowski[25] berkata sikap pelampau boleh dianggap
sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman
ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan
Raja Berperlembagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengatakan sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan
demokrasi berpalimen telah mewujudkan keaman dan
kestabilan
politik
serta
membolehkan
perlaksanaan
pembangunan secara terancang dan tertib sehingga
membawa manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.
Hasilnya taraf hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan
dengan ketara dalam hanya tempoh 50 tahun.[26]
Kita juga telah berjaya mentransformasikan negara
daripada sebuah negara pertanian yang berpendapatan
rendah kepada sebuah negara perindustrian moden
berpendapatan tinggi, [27].

Manakala Kay Kim menyatakan bahawa british pada


lewat abad ke 19 mengakui peranan raja sangatlah penting
dalam masyarakat tempatan. Tanpa raja 'the people will be
just a mob' (rakyat akan menjadi seperti samseng)," ujarnya.
[28]
Konklusinya, sistem raja berpelembagaan harus
dikekalkan kerana ia menyumbang lebih banyak kebaikan
daripada keburukan kearah membentuk Negara bangsa.

You might also like