You are on page 1of 30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEKOLAH RENDAH

NAMA PELAJAR

MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI

ANGKA GILIRAN

2011142360080

NO.KAD PENGENALAN

790505-04-5239

KUMPULAN/UNIT

PPG MATEMATIK (KUMPULAN 3)

KOD/ NAMA KURSUS

MTE 3114 PENYELIDIKAN KAJIAN


TINDAKAN 2

TAJUK TUGASAN

KAJIAN TINDAKAN 2

NAMA PENSYARAH

PUAN ANISAH BINTI ALIAS

TARIKH HANTAR

7 MAC 2015

KAEDAH TANGGA AJAIB


KAEDAH ALTERNATIF DALAM MENGUASAI PROSES PENOLAKAN

MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Matematik Pendidikan Rendah

INSTITUT PENIDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


MELAKA
7 MAC 2015

PENGESAHAN PENYELIA

Saya mengakui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan
pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian Matematik Pendidikan Rendah

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

PUAN ANISAH BINTI ALIAS

HALAMAN PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama Penulis

: MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI

Tarikh

Tanda tangan

DEDIKASI
Khas buat insan yang tercinta,
Isteriku,
Juliana Binti Mahbab,
Anak anak,
Nur Fatin Nabihah Bte Mohd Dramanti Santri
Muhammad Faiz Zakwan Bin Mohd Dramanti Santri
Muhammad Fahim Zakwan Bin Mohd Dramanti Santri Bin Rohani
Doa, kasih sayang dan pengorbanan kalian adalah kekuatanku.
Buat abah, ibu dan adik beradik keluarga tersayang,
Rohani Bin Ahmad (Ayah)
Norisah Binti Abdul Kader (Ibu)
Adik - beradik
Rohayati Bte Rohani
Mohd Nor Bin Rohani
Mohd Ardi Bin Rohani
Rahyu Bte Rohani
Rasyidah Bte Rohani
Rahimah Nur Iman Bte Rohani
Semoga kalian sukses dalam hidup dan sentiasa dalam lindunganNya

Kepada PPG Matematik 3 2011,


Terima kasih atas sokongan dan kenangan kita bersama tidak akan dilupa

Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala puji bagi Allah
SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana
dengan taufik dan hidayahNya, telah diberi kekuatan kepada diri ini dan ketabahan untuk
menyiapkan kajian tindakan inin dengan jayanya.
Penulis ingin merakamkan setinggi tingi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing Puan Anisah Binti Alias diatas bimbingan dan
tunjuk ajar serta pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan kertas kajian
ini.
Buat ayahanda, bonda, isteri, anak anak dan keluarga tersayang, terima kasih diatas
pengorbanan dan sokongan yang diberikan. Begitu juga buat rakan rakan seperjuangan
yang sentiasa memberi pandangan dan dorongan yang berterusan. Terima kasih juga buat
rakan rakan di Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga Ledang yang membantu secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan ini, setinggi tinggi penghargaan
buat kalian.
Sekian terima kasih.

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah
Tangga Ajaib iaitu kaedah alternatif dalam operasi penolakan dalam meningkatkan peratusan
menjawab dengan betul soalan yang melibatkan operasi penolakan bagi murid tahun 4.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid daripada murid tahun 4 Sekolah
Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar Johor. Kajian ini dianalisis secara kualitatif menggunakan
data yang dikumpulkan melalui beberapa instrumen yang terlibat iaitu pemerhatian, temubual
bersama responden, semakan hasil kerja murid, ujian pra dan ujian pos. Kaedah yang digunakan
dalam mengatasi masalah kemahiran operasi penolakan bentuk lazim ialah dengan
menggunakan kaedah alternatif iaitu kaedah Tangga Ajaib. Dapatan kajian ini menunjukkan
perkembangan yang positif bahawa kaedah penolakan tangga ajaib berjaya meningkatkan
kemahiran murid dalam menjawab soalan nombor bulat melibatkan operasi penolakan dalam
lingkungan 100 000. Namun demikian, terdapat juga kes dimana murid bersifat tegar dan tidak
mengalami sebarang perubahan walaupun telah dibimbing menggunakan kaedah tersebut. Ini
menunjukkan dan menyokong teori Kognitif Pembelajaran iaitu setiap murid berbeza penyerapan
pengetahuannya dan mungkin dipengaruhi oleh masalah seperti autisme, dileksia dan pelbagai
lagi masalah pembelajaran. Data yang dianalisis kemudian dibincangkan dan direkodkan.
Diharap penyelidikan tindakan ini dapat memberi manfaat serta membantu golongan pendidik
dan pihak sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik amnya dan kemahiran
penyelesaian masalah penolakan secara khususnya.
ABSTRACT
This action research were carried out intend to study the effectiveness of Alternative
Method in subtraction Magic subtraction Ladder in improving problem solving Mathematics skill
in deduction operation for year 4 pupils. Respondent for this study consist of 6 pupils from year 4
class at sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat Muar Johor. This qualitative research were
analysed through a few instrument such as observation, pupils interview, checking students
work, pretest and post test. Subtraction Magic ladder were used to overcome the duduction
operation in Mathematics problem skills. This action research show a positive development in
improving student skills during answering questions involving subtraction within 100 000 digit
number. However, there are also cases where students are rigid and do not undergo any
changes even though they have been guided by the method . This cases supports cognitive
learning theory stated that each student have different style of learning process and may be
affected by problems such as autism, Aleksia and other learning problems. Data were analyzed
and then discussed and recorded.Hope this action research could bring benefit and help
educators and teachers in teaching subtraction Mathematics problem solving skill process.

1.0

PENDAHULUAN
Ilmu Matematik merupakan bidang yang luas dan meliputi semua aspek kehidupan.

Tidak salah jika dikatakan bahawa kehidupan seharian manusia semuanya berkisarkan
aplikasi Matematik. Matematik sentiasa diamalkan dalam setiap bidang kehidupan
termasuklah sains semulajadi, sains sosial, perniagaan dan sebagainya.
Di sekolah, Matematik merupakan mata pelajaran teras yang seharusnya mampu
dikuasai oleh murid-murid. Namun menjadi kebimbangan apabila masih terdapat segelintir
murid-murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran operasi asas dengan baik.
Kenyataan ini disokong oleh Nik Aziz (2008), bahawa masih ada pelajar yang gagal
menguasai kemahiran mendarab, membahagi, mencampur dan menolak dengan baik
setelah sepuluh atau sebelas tahun di alam persekolahan.
Penguasaan terhadap kemahiran asas ini adalah penting memandangkan ia merupakan
tunjang kepada pembelajaran topik-topik seterusnya. Tambahan pula, asas yang kukuh
dalam aritmatik membolehkan individu menguasai bidang Matematik dan seterusnya
memajukan diri dalam bidang pekerjaan profesional. Maka dengan ini, semua murid perlu
berkebolehan dalam aritmatik demi menghadapi masa depan yang lebih cemerlang.
Sehubungan dengan itu, dalam mencapai Wawasan 2020 kini, pengetahuan Matematik
amat diperlukan oleh negara kearah melahirkan warga yang boleh membangunkan negara
pada masa hadapan. Pernyataan ini disokong oleh Siti Ana (2007), bahawa penguasaan
Matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju
berorientasikan teknologi maklumat. Melalui ilmu Matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat
digarap dan diterjemah untuk faedah semua.

1.1

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Saya merupakan seorang Pegawai Tekonologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Parit

Bunga Muar.Justeru, saya telah memohon kepada pihak sekolah untuk membuat kajian
tindakan di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat Muar Johor. Bagi saya pengalaman kali
ini tidak jauh bezanya dengan pengalaman mengajar ketika bergelar seorang guru sebelum
ini. Hal ini kerana saya masih diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas yang rata-rata
mempunyai pencapaian akademik yang agak memuaskan. Namun begitu, dengan jumlah
murid iaitu 19 orang sudah tentunya murid-murid terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian
yang boleh saya kategorikan sebagai cemerlang, sederhana dan lemah. Kelas Tahun 4
merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam
mata pelajaran Matematik. Justeru, saya bercadang mengambil sampel pelajar yang

memperolehi markah matematik yang paling rendah dan seramai 6 orang responden kajian
telah dipilih untuk menjadi sampel kajian saya.
Saya memulakan kajian tindakan pada semester 7 ini dengan tajuk Nombor Bulat di
bawah subtajuk Tolak Dalam Lingkungan 100 000 . Sebagai tanggapan awal, saya begitu
yakin bahawa responden yang dipilih pastinya tidak menghadapi sebarang masalah dalam
subtajuk ini memandangkan ia telah dipelajari seawal Tahun 1. Akan tetapi jangkaan saya
meleset apabila terdapat segelintir responden masih tidak mampu menjawab soalan yang
diberi dengan betul.
Hasil pemerhatian saya juga mendapati soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula, terdapat 3 responden sering melakukan kesilapan dan mudah cuai ketika menjawab
soalan. Ini membuktikan responden kajian yang dipilih menghadapi masalah konsep
penolakan melibatkan pengumpulan semula. Demi menguatkan justifikasi saya, saya
menyemak buku kerja dan lembaran kerja kesemua respoden yang telah diplih. Terdapat
pola kesilapan yang berulang melibatkan konsep penolakan yang melibatkan kaedah potong
dan pinjam dalam operasi penolakan menggunakan bentuk lazim.
Ini terjadi apabila responden keliru dengan konsep potong dan pinjam yang dilakukan
semasa pengumpulan semula pada baris yang sama ketika melaksanakan operasi tolak
dalam bentuk lazim. Saya dapati pola kesilapan yang sering dilakukan ini ialah salah ketika
membuat proses pinjam sebelah, pengumpulan semula kecuaian dan ketidakcekapan dalam
melakukan pengiraan.

Keadaan ini jika dibiarkan akan menjerumuskan responden ke arah kegagalan mata
pelajaran Matematik. Ini kerana kemahiran penolakan merupakan salah satu dari kemahiran
asas dalam mata pelajaran ini. Walaupun, hanya satu topik kecil, namun kesan tidak
menguasai operasi ini sangat besar kerana ia akan diaplikasikan dalam subtopik yang lain.
Saya juga mendapati responden merupakan murid yang agak pendiam, mudah
berkhayal dan tidak memberi tumpuan. Hal ini kerana mungkin cara pemikiran mahupun
latar belakang seseorang murid itu yang menghalangnya daripada kekal fokus sewaktu
menyelesaikan permasalahan di dalam bilik darjah. Cabaran kajian ini bukan sahaja

tertumpu kepada penyediaan penambahbaikan kaedah baharu dalam mengajar operasi


tolak bahkan perlu mengambil kira tahap pemikiran serta penelitian masalah yang dialami
murid supaya kaedah yang ingin diketengahkan dapat diterima.
Menurut Maznah (2007), murid yang lemah biasanya sukar memahami konsep dan
kurang menguasai kemahiran Matematik, menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan
masalah Matematik dengan baik. Mereka ini sering melakukan kesilapan kerana kurang
memahami konsep walaupun pada peringkat asas, selain daripada kesilapan menentukan
rumus yang sesuai dan kesilapan dalam pengiraan.
Melihat kepada keadaan responden yang dipilih ini, saya harus melaksanakan
penambahbaikan dalam pendekatan pengajaran mahupun kaedah yang saya gunakan agar
masalah penolakan melibatkan pengumpulan semula ini dapat diatasi. Dari sini jugalah
tercetus kaedah baru bagi membantu murid meningkatkan kemahiran penolakan melibatkan
pengumpulan semula iaitu kaedah Penolakan Tangga Ajaib yang di ilhamkan melalui
pembacaan di jurnal jurnal dan laman maya yang berorientasikan bidang Matematik.
Menurut Noraini (2006), tidak wujud satu kaedah mengajar Matematik yang unggul dan
berkesan bagi segala situasi dan proses pengajaran di bilik darjah. Maka untuk
melaksanakan proses menyampaikan idea dan kemahiran Matematik, guru boleh
menggunakan pelbagai pendekatan serta strategi PdP yang efektif bagi memastikan
kejayaan sesuatu proses pengajaran.

1.1.1

Tinjauan Literatur

Operasi tolak bukanlah satu operasi yang asing lagi menjadi isu dalam kajian-kajian
pengkaji pendidikan mengenai masalah penguasaan penolakan melibatkan pengumpulan
semula. Secara definisinya penolakan ialah mengambil nilai atau jumlah dari sesuatu nilai
yang lebih besar. Ini membawa maksud bahawa operasi tolak memerlukan pengurangan
nilai kepada nilai yang lebih kecil (Longman Dictionary, 2001).
Terdapat empat model penolakan diperkenalkan konsepnya kepada kanak-kanak untuk
mengukuhkan kefahaman mereka tentang operasi ini. Konsep-konsep ini mampu memberi
persiapan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid-murid apabila mencuba
Matematik yang lebih sukar iaitu Take-Away Model, Model Pelengkap, Model Banding Beza,
dan Model Sebahagian-Keseluruhan (Whole-Part Model)
Take Away Model merupakan kaedah yang paling biasa digunakan apabila guru-guru
mula memperkenalkan operasi tolak kepada murid-murid. Model ini menerangkan kepada
murid-murid konsep mengeluarkan sebahagian objek dari set keseluruhan. Model Pelengkap
pula bertujuan menyediakan murid-murid kepada algebra yang lebih mencabar. Dalam

operasi tolak, murid-murid dikehendaki mencari nilai yang kurang supaya nilai itu dapat
melengkapkan jumlah yang dikehendaki. Contohnya , 7 - ? = 10. Model ini dapat
menyediakan murid ke arah pemikiran secara congak (mental calculation).
Seterusnya Model Banding Beza pula biasanya diguna pakai ketika meminta muridmurid mencari beza objek atau kuantiti daripada dua set objek. Disamping itu, dalam Model
Sebahagian - Keseluruhan (Whole - Part Model) melibatkan aktiviti mengkategori objek.
Contohnya, "Ben ada 15 biji kek untuk dijual.8 dari kek tersebut ialah kek mentega manakala
selebihnya ialah kek pandan. Ada berapa bilangan kek bukan mentega?"
Subtraction is not the easiest idea for second and third graders to graspBut the
larger the numbers, the greater the degree of abstraction involved. And eventually the
child bumps into regrouping.
(Greg Cruey, 2008)
Melalui penelitian pernyataan di atas mendapati bahawa operasi tolak dilihat sebagai
antara satu kemahiran yang masih tidak dapat dikuasai dengan baik lebih-lebih lagi apabila
melibatkan pengumpulan semula. Walaupun operasi ini dilihat sebagai satu operasi yang
mudah berbanding operasi darab dan bahagi namun murid-murid sering menghadapi
masalah mendapatkan jawapan yang tepat apabila melibatkan penolakan dengan
pengumpulan semula. Kebanyakan murid-murid keliru dan mempunyai masalah dalam
membuat proses pinjam.
Sekiranya kita meneliti secara mendalam pula akan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), kita akan mendapati bahawa penggunaan operasi tolak ini akan
diintegrasikan juga dalam tajuk-tajuk Matematik yang lain contohnya tajuk Jisim dan Isipadu .
Maka jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai dengan baik dari awal lagi, mungkin muridmurid akan mengalami masalah untuk mengikuti pengajaran seterusnya.
Sehubungan dengan itu, di sinilah dilihat tugas berat seorang pendidik dalam
memastikan anak didiknya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menerima ilmu
Matematik yang disampaikan dengan jelas dan tepat disamping menerapkan pembelajaran
sepanjang hayat.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan kepada refleksi PdP yang lalu, saya telah mengenalpasti bahagian
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid melalui tinjauan awal dan menganalisis faktorfaktor yang menjadi punca permasalahan ini. Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 4
tidak mempunyai masalah apabila menjawab soalan-soalan berkaitan dengan penolakan jika
tidak melibatkan pengumpulan semula. Ini menunjukkan mereka faham dan tahu bagaimana
untuk menolak daripada nombor yang mempunyai nilai yang besar kepada nombor yang kecil.
Walaubagaimanapun, apabila melibatkan soalan berkaitan dengan pengumpulan
semula, terdapat segelintir murid tidak mampu menyelesaikan soalan dengan tepat. Masalah
ini terjadi apabila mereka tidak memahami konsep pengumpulan semula dengan baik dan
melakukan kesilapan semasa mengira. Hal ini disokong oleh Musa (2010) dalam kajiannya,
bahawa antara kesilapan yang dilakukan semasa pengumpulan semula ialah yang pertama
apabila melibatkan peminjaman daripada sifar. Kedua, pinjam sebelah nilai 10 tetapi tidak
mencampurkan dengan nilai sedia ada dan ketiga ialah cuai dalam penolakan melebihi nilai
lebih dari 10 kerana menolak menggunakan jari, pengiraan mental dan juga gundalan.
Melihat kepada permasalahan ini, ia juga mungkin berkaitan dengan kaedah pengajaran
saya yang kurang menarik dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu bentuk lazim dan
hanya menggunakan pendekatan chalk and talk. Dalam kaedah lama ini mereka perlu
melakukan banyak proses potong dan pinjam pada tempat yang sama. Hal ini kadangkala
menyebabkan murid yang lemah sering melakukan kecuaian kerana berlaku kecelaruan
nombor yang banyak lebih-lebih lagi penolakan yang melibatkan nombor besar. Saya juga
mendapati murid-murid yang mengalami masalah ini sering tidak bersemangat untuk
menyelesaikan soalan yang diberi dan lambat menghantar tugasan. Secara tidak langsung hal
ini memberikan gambaran bahawa mereka tidak begitu berminat mengikuti pengajaran saya
apabila tidak dapat menguasai isi pelajaran yang disampaikan.
Oleh yang demikian, berdasarkan beberapa masalah yang timbul, saya telah fokuskan
kajian ini kepada masalah penguasaan kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula.
Satu kaedah alternatif iaitu kaedah Penolakan Tangga Ajaib . Kaedah ini masih menggunakan
bentuk lazim sebagai cara penyelesaian tetapi diubahsuai dari segi langkah penolakan dan
jawapan ditulis dalam bentuk baris tangga. Selain itu kaedah Penolakan Tangga Ajaib juga
mengaplikasikan salah satu model penolakan iaitu Model Pasangan 10 semasa proses
pengumpulan semula.

2.1

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil bagi menjalankan kajian ini, tinjauan


terhadap masalah yang dikenalpasti dilaksanakan bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Pengetahuan tentang kesalahan dan masalah yang dihadapi oleh
murid ini membolehkan saya membantu mereka menguasai kemahiran penolakan melibatkan
pengumpulan semula. Tinjauan akan dilakukan dengan mengutip data berteraskan pendekatan
berikut.
2.1.1 Pemerhatian
Sepanjang sesi PdP bagi tajuk penolakan melibatkan pengumpulan semula, saya
akan melakukan pemerhatian terhadap kesemua murid bagi melihat sejauh mana
kefahaman mereka mengenai tajuk ini. Saya memilih waktu sesi PdP kerana pada masa
inilah saya boleh melihat secara terus cara pengiraan mereka semasa melakukan latihan
atau menjawab soalan di kelas. Saya juga akan memerhatikan tingkah laku murid-murid
ini bagi melihat minat mereka sepanjang proses PdP dijalankan. Maka disinilah, seramai
6 responden murid akan dipilih berdasarkan kriteria murid yang mempamerkan ciri ciri
lemah dalam penguasaan tajuk penolakan nombor bulat.
2.1.2 Analisis Dokumen
Saya akan memilih beberapa dokumen untuk dianalisis iaitu buku latihan dan
lembaran kerja. Dari sini saya akan dapat mengumpul maklumat berkenaan kawasan
kelemahan murid bagi tajuk penolakan. Kebiasaannya murid mampu melakukan operasi
penolakan melibatkan pengumpulan semula jika mendapat bimbingan dan tunjuk ajar
secara langsung dari orang lain tetapi jika tiada, murid-murid ini tidak mampu menjawab
soalan dengan baik.
2.1.3 Ujian 1
Dalam ujian awal saya akan memberikan 12 soalan kepada murid yang perlu
dijawab dalam masa 30 minit. Soalan ini terdiri daripada soalan penolakan melibatkan
pengumpulan semula dalam lingkungan 100 000. Melalui ujian awal ini, saya akan dapat
melihat sejauh mana penguasaan kemahiran murid menjawab soalan penolakan.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Masalah yang saya hadapi ini adalah melibatkan tahap kefahaman murid dalam
memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru dalam tajuk tolak dalam lingkungan
100 000 . Oleh yang demikian, saya dapati punca masalah ini berdasarkan persiapan guru itu
sendiri dalam menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini dapat
dilihat melalui:
I.

Murid terpinga-pinga dan terdiam apabila guru mengemukakan soalan melibatkan


tolak dengan mengumpul semula kepada murid secara lisan.

II.

Murid mengantuk dan lebih suka melakukan kerja lain semasa guru memberi
penerangan. Hal ini kerana, guru hanya bertutur secara lisan dan tiada bahan yang mampu
menarik minat mereka untuk mengetahui sesuatu perkara seperti contoh guru
menggunakan bentuk lazim semasa mengajar operasi tolak di dalam kelas.

III.

Murid selalu bertanya dan mengeluh kepada guru sekiranya guru memberikan
latihan atau aktiviti secara berkumpulan sebagai contoh guru memberikan lembaran kerja
kepada murid selepas penerangan guru dan murid pula menyoal guru jawapan untuk setiap
soalan yang guru berikan.

IV.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru tidak dapat menerapkan


kaedah pengajaran secara dua hala antara guru dan murid. Hal ini kerana, sekiranya guru
memberi soalan kepada murid mengenai pembelajaran pada hari itu, murid tidak dapat
menjawab dan hanya berdiam diri sahaja. Perkara ini membuktikan penerangan guru
secara lisan dan penggunaan bentuk lazim tidak mampu membuatkan maklumat yang ingin
disampaikan dapat difahami oleh murid.
Penerangan ini menunjukkan kaedah pengajaran yang dijalankan tidak dapat menarik

perhatian murid. Oleh itu, bagi tajuk operasi tolak dalam lingkungan 100 000, saya akan cuba
menggunakan satu bentuk bahan bantu mengajar yang lebih efisyen dan dapat menarik
perhatian murid. Bahan tersebut akan digunakan semasa mengajar kaedah penolakan Tangga
Ajaib kepada murid di dalam kelas nanti.

2.3

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Pemilihan fokus kajian ini berdasarkan lima kriteria iaitu kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada sekolah.
2.3.1

Kebolehtadbiran
Kebolehtadbiran kajian ini adalah tinggi. SK Parit Bakar Darat merupakan sebuah
sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik. Maka
saya tidak mempunyai masalah untuk memilih lokasi bagi menjalankan kajian. Saya akan
menggunakan Bilik Makmal Komputer semasa waktu rehat bagi menjalankan kajian di
mana bilik ini kondusif dan jauh daripada gangguan murid lain.
Pada masa yang sama, penilaian boleh ditadbir untuk melihat keberkesanan PdP
berdasarkan kaedah yang digunakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya akan
memberikan 12 soalan bagi setiap ujian dan 6 soalan bagi lembaran kerja untuk
mengukuhkan lagi pemahaman murid.

2.3.2

Kepentingan
Kajian ini sangat penting dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan
kemahiran dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, kemahiran
pengiraan mental (mencongak) nombor kurang daripada 10 juga dapat ditingkatkan
melalui kajian ini. Operasi tolak merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu
dikuasai dan dilihat sebagai satu masalah apabila kebanyakan murid tidak dapat
menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan betul. Maka
adalah tidak wajar saya sebagai guru memandang mudah akan masalah ini.
Selain itu, kajian ini juga mampu meningkatkan minat murid dalam PdP di dalam
bilik darjah. Lantaran itu, menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menyelesaikan
soalan-soalan penolakan.

2.3.3

Kebolehgunaan
Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah bentuk lazim yang diubahsuai untuk
digunakan bagi menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam
lingkungan 100 000. Kaedah Penolakan tangga Ajaib juga boleh digunakan bagi nombor
yang lebih kecil dan nombor yang lebih besar. Secara tidak langsung kaedah ini juga
boleh diaplikasikan bagi tajuk lain yang melibatkan penolakan.

2.3.4

Kawalan

Kajian ini akan dijalankan dalam keadaan terkawal. Enam orang murid akan dipilih
untuk menjalani kajian ini. Mereka terdiri daripada murid Tahun 4. Kajian ini hanya
berfokuskan kepada operasi penolakan Nombor Bulat yang melibatkan pengumpulan
semula. Kajian ini juga dijalankan tanpa mengganggu guru-guru dan murid lain.
2.3.5

Kolaborasi
Diharapkan saya akan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah
semasa pelaksanaan kajian in. Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah diharapkan
memberikan ruang dan masa yang mencukupi bagi saya menjalankan kajian ini. Bagi
memilih tajuk kajian ini, saya akan berkolaborasi bersama guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing berkaitan masalah penolakan melibatkan pengumpulan semula
yang berlaku. Hasil perbincangan bersama penyelia nanti akan menyatakan agar kajian
ini diteruskan. Kolaborasi ini penting bagi mendapatkan pandangan terutamanya daripada
penyelia.

2.3.6

Kerelevanan kepada sekolah


Kerelevenan sesuatu kajian merupakan salah satu kriteria yang perlu dititikberatkan.
Kajian ini sangat relevan dijalankan terutamanya kepada kumpulan sasaran saya iatu
murid kelas Tahun 4. Hal ini disebabkan masalah penolakan melibatkan pengumpulan
semula sememangnya menjadi salah satu isu yang sering dihadapi oleh kebanyakan
murid. Jika masalah yang sama dihadapi oleh saya dan guru-guru lain pada masa akan
datang, kaedah Penolakan Tangga Ajaib boleh terus digunakan. Kejayaan kajian tindakan
ini pasti akan menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam matapelajaran
Matematik.

3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Dalam bab ini mengandungi beberapa objektif kajian yang hendak dicapai iaitu objektif am dan
objektif khusus. Tiga persoalan kajian telah dibina bagi memandu saya mencapai objektif kajian
yang telah dinyatakan.
3.1

Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bagi menambah baik amalan pengajaran guru dalam tajuk
penolakan melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini berfokuskan pada tajuk Penolakan
Nombor Bulat dalam Lingkungan 100 000.

3.2

Objektif Khusus
1.

Membantu meningkatkan kemahiran dalam penolakan melibatkan


pengumpulan
semula menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib.

2.

Meningkatkan

minat

murid

dalam

penolakan

melibatkan

pengumpulan semula
menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib..
3.

Menambah baik amalan pengajaran guru dalam tajuk penolakan


melibatkan
pengumpulan semula menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib.

3.3
1.

Soalan Kajian
Sejauh manakah pengunaan kaedah Penolakan Tangga Ajaib dapat membantu
meningkatkan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula?

2.

Adakah penggunaan kaedah Penolakan Tangga Ajaib dapat meningkatkan minat


murid dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula?

3.

Sejauh manakah penggunaan kaedah Penolakan Tangga Ajaib dapat menambah


baik amalan pengajaran guru dalam tajuk penolakan melibatkan pengumpulan semula?

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini merupakan usaha penambahbaikan amalan PdP dalam kemahiran penolakan
melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib.
Responden kajian akan dipilih daripada murid kelas Tahun 4, di salah sebuah sekolah rendah di
Muar Johor di mana saya mengajar mata pelajaran Matematik bagi kelas ini semasa proses
Kajian Tindakan dilaksanakan.
Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive
sampling) iaitu merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih
sebagai responden (Chua, 2006).

Berdasarkan kaedah ini, responden yang dipilih adalah

mereka yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan yang memenuhi kehendak dan tujuan
kajian saya.

4.1

BILANGAN
Responden dalam kajian ini akan terdiri daripada enam orang murid kelas Tahun 4.

Bilangan responden yang kecil membolehkan saya meneroka perkara yang diselidiki
dengan lebih mendalam. Responden akan dipilih berdasarkan skor terendah dalam ujian
awal (ujian 1) yang melibatkan soalan penolakan dengan pengumpulan semula, dan
markah Ujian Bulanan 1.

4.2

PRESTASI AKADEMIK
Prestasi akademik perlu diambil kira kerana prestasi akademik ini mempengaruhi
data kajian ini nanti. Prestasi akademik keenam enam responden yang akan saya pilih
ialah pada tahap lemah. Mereka dikenali sebagai R1, R2, R3, R4, R5 dan R6. Ini kerana,
kemampuan murid dalam golongan cemerlang berbeza dengan murid yang berada dalam
golongan yang lemah.
Jadual 4.1
Markah Ujian 1 dan Markah Ujian Bulanan 1
Responde
n

Markah

Markah

Ujian 1 (/12)

Ujian Bulanan 1 (%)

Ujian Pra
R1

5/12

44

R2

6/12

48

R3

7/12

58

R4

3/12

38

R5

4/12

10

R6

0/12

12

5.0

TINDAKAN
Bab ini menjelaskan prosedur tindakan dan cara pengumpulan data bagi kajian ini. Saya akan

menggunakan lima instrumen kajian iaitu analisis ujian, soal selidik, temu bual, analisis dokumen
dan catatan reflektif murid bagi mengumpul data.
5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan
Spesifikasi Tindakan
Dalam kajian ini, tindakan yang akan dilaksanakan bagi membantu murid menjawab
soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula ialah dengan menggunakan satu
kaedah yang dinamakan Penolakan Tangga Ajaib. Kaedah ini merupakan kaedah alternatif
penolakan yang direka berdasarkan permasalahan murid yang telah dikenalpasti dalam
tajuk Tolak. Penolakan Tangga Ajaib masih menggunakan bentuk lazim sebagai cara
penyelesaian namun telah diubahsuai dari segi langkah pengiraan dan penyusunan
jawapan iaitu dalam baris tangga secara menurun.
Dengan menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib, penolakan bermula dari
sebelah kiri iaitu nilai tempat paling besar sehinggalah nilai tempat yang paling kecil (rumah
sa). Kaedah ini berbeza daripada bentuk lazim iaitu penolakan dilakukan dari kanan (rumah
sa) ke kiri (nilai paling besar). Penolakan Tangga Ajaib juga diperkenalkan untuk
mengelakkan proses pinjam dan pengumpulan semula dilakukan pada baris yang sama.
Hal ini kerana, ia dikesan sebagai salah satu punca murid sering keliru dan melakukan
kecuaian semasa menyelesaikan soalan.

Rajah 5.1. Kaedah bentuk lazim

LANGK

KETERANGAN

RAJAH

AH
1

Sebagai permulaan saya akan


memperkenalkan
kaedah
ini
kepada
responden dengan menggunakan warnawarna tertentu agar mereka mudah untuk
mengingat kedudukan petak-petak tersebut.
Petak yang bewarna kuning ialah petak
soalan, petak kelabu pula ialah baris
jawapan, petak biru ialah ruang bagi
jawapan akhir dan petak hijau ialah bagi
pengumpulan semula seperti dalam Rajah
5.2. Saya akan menggunakan kit bantu
berwarna semasa pengenalan kaedah ini bagi
memudahkan pengajaran. Soalan akan ditulis
pada petak kuning berdasarkan soalan yang
diberi.

Kemudian langkah dimulakan dengan


menolak digit dari nilai tempat paling besar
(puluh ribu), 7 2 = 5 dan diisi dalam petak
M1. Penolakan diteruskan pada nilai tempat
sebelah kanan dan seterusnya sehingga
selesai. Contohnya pada nilai tempat ribu,
disebabkan nilai 6 lebih kecil daripada 8, maka
peminjaman dari nilai tempat puluh ribu (M1)
dilakukan. Ini menjadikan nilai di M1 kurang 1
iaitu 5 1 = 4 seperti dalam Rajah 5.3.

RAJAH 5.2

51=
4

RAJAH 5.3
3

Kemudian bagi proses pengumpulan


semula, saya akan memperkenalkan kaedah
pasangan 10 bagi mengelakkan berlakunya
kecuaian menolak yang melibatkan nombor
lebih besar daripada lebih 10. Hal ini dikesan
sering berlaku semasa murid menyelesaikan
soalan menggunakan kaedah bentuk lazim.
Contoh penolakan pasangan 10 adalah seperti
dalam Rajah 5.4.
Dengan menggunakan pasangan 10 ini
murid tidak perlu menolak melibatkan nilai
lebih daripada 10 dan ia dapat mengelakkan
kecuaian semasa mengira.

Rajah
5.4

Langkah seterusnya ialah


pengumpulan semula dengan
+2

8 Rajah 5.5

8+2
=10

mengaplikasikan pasangan 10
yang ditulis pada baris pertama
(petak hijau). Simbol + adalah
untuk ditambahkan dengan baris
kedua (petak kuning). Contohnya
pasangan 10 bagi 8 ialah 2. Digit
2 ditulis pada petak hijau dan
digit 8 dipotong bagi
mengelakkan kekeliruan.
Kemudian 6 + 2 = 8 ditulis pada
M2 seperti dalam Rajah 5.5

Langkah yang sama akan diulang


bagi digit yang seterusnya sehingga
nilai tempat sa. Petak J1, J2, J3 , J4
dan J5 adalah ruang bagi jawapan
akhir. Jawapan pada petak M1, M2,
M3 ,M4 dan M5 diturunkan pada
petak J1, J2, J3,J4 dan J5 masingmasing seperti dalam Rajah 5.6

+2

+1

+2

4
8
7

1
0

7
6

Rajah 5.6 Jawapan Akhir

5.1.2

Prosedur Tindakan

+2

Kajian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan adaptasi daripada Model Lewin
dan Laidaw di mana saya hanya akan menjalankan satu kitaran sahaja. Dalam prosedur ini
mengandungi empat fasa iaitu merancang, bertindak dan memerhati dan mereflek. Proses
kitaran untuk kajian ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 5.7

Rajah 5.7. Adaptasi Model Lewis dan Laidaw


a)

Merancang
Fasa pertama yang akan dilaksanakan ialah Fasa Perancangan. Semasa
pengajaran yang lalu, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang
menghadapi masalah untuk menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula dengan betul. Murid-murid lemah dalam konsep pengumpulan semula
menyebabkan mereka sering keliru semasa melakukan proses potong pinjam dan
mengumpul semula. Oleh itu, saya akan membina satu kaedah bagi mengatasi
masalah ini dan merancang pelaksanaan yang perlu dilakukan. Saya juga akan
membina satu Jadual Pelaksanaan (Rujuk Jadual 5.1) bagi memastikan kajian yang
dijalankan sistematik dan teratur. Pada Fasa Merancang ini juga saya akan
menentukan responden, objektif dan persoalan kajian serta instrumen kajian yang
digunakan bagi mengumpul data.

b)

Tindakan
Seterusnya bagi Fasa Tindakan saya akan menjalankan proses PdP penolakan
melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib.
Berikut adalah aktiviti yang akan dilaksanakan dalam pengajaran penolakan
menggunakan kaedah Penolakan Tangga Ajaib di dalam bilik darjah.

Aktiviti 1

Sebelum memperkenalkan kaedah Penolakan Tangga Ajaib, murid-murid akan


dimahirkan dengan pasangan 10. Responden akan diberi beberapa lembaran kerja
bagi menguji kefahaman mereka dan diajukan soalan secara lisan bagi mengukuhkan
lagi kebolehan mereka untuk menyatakan pasangan 10 dengan betul dan cepat. Saya
akan menjalankan aktiviti ini agar responden tidak menghadapi sebarang masalah
semasa menjawab soalan menggunakan kaedah ini.
Aktiviti 2
Responden akan mula didedahkan dengan kaedah Penolakan tangga Ajaib bagi
menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Mereka dibimbing
untuk membuat petak-petak terlebih dahulu dan memahami langkah-langkah yang
perlu dilaksanakan. Kemudian, responden akan diberi pengukuhan dengan soalan
yang melibatkan nombor yang kecil.
Aktivti 3
Apabila responden berjaya menguasai kaedah ini dengan baik, mereka akan diuji
dengan soalan yang lebih sukar iaitu melibatkan nombor yang lebih besar dalam
Lingkungan 100 000 bagi memantapkan lagi penguasaan mereka seperti dalam
operasi tolak.

c)

Pemerhatian / Melihat kesan


Sepanjang tindakan dilaksanakan, saya akan membuat pemerhatian terhadap
responden dengan menganalisis hasil data yang diperoleh daripada ujian, soal selidik,
temu bual, analisis dokumen dan catatan reflektif murid. Hal ini juga bagi menjawab
persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 3.

d)

Refleksi
Selepas menjalankan setiap prosedur kajian tindakan, saya akan membuat refleksi
dan rumusan mengenai hasil kajian yang dijalankan.

e)

Mengenalpasti aspek amalan


Penambahbaikan akan saya dilaksanakan sekiranya tindakan yang dijalankan tidak
mencapai sasaran bagi operasi tolak ini.

5.2

Jadual Pelaksanaan Kajian

TAHUN 2014
BIL

PERKARA

Taklimat pelaksanaan proposal

Pemilihan tajuk

Pencarian maklumat

Penghasilan draf proposal


pertama

Penghasilan draf proposal kedua

Penghasilan draf proposal ketiga

Penyerahan proposal yang


lengkap

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogo

Sep

Okt

Nov

Dis

Ogo

Sep

Okt

Nov

Dis

TAHUN 2015
BIL

PERKARA

Mengenalpasti masalah dan


pengumpulan data awal

Merancang cara menganalisis


data

10

Merancang tindakan

11

Mesyuarat pembinaan ujian

12

Melaksanakan P&P secara lisan

12

Pelaksanaan ujian

13

Memproses data ujian pra

14

Mesyuarat perancangan untuk


pemerhatian

15

Analisis data untuk ujian pra dan


pemerhatian

16

Melaksanakan P&P
menggunakan VIDEO

17

Pelaksanaan ujian, soal selidik


dan pemerhatian.

16

Memproses data ujian, soal


selidik dan pemerhatian

17

Refleksi kajian

18

Penulisan laporan kajian

6.0

Cara Mengumpul Data

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ujian
Saya akan memilih kaedah ujian untuk menguji sama ada penggunaan kaedah
Penolakan Tangga Ajaib dapat meningkatkan peratusan skor responden dalam ujian ataupun
tidak. Oleh itu lima jenis ujian iaitu Ujian 1 (Rujuk Lampiran A) akan dilaksanakan sebelum
kaedah Penolakan Tangga Ajaib diperkenalkan. dan Ujian 2 , Ujian 3, Ujian 4, dan Ujian 5
(Rujuk Lampiran B) selepas kaedah Penolakan Tangga Ajaib diperkenalkan.
Kedua-dua ujian ini terdiri daripada 12 soalan struktur yang sama melibatkan soalan
penolakan dengan pengumpulan semula. Soalan yang berbeza akan dipilih bagi kelima lima
ujian supaya proses analisis dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Perbandingan jawapan
bagi Ujian 1, Ujian 2, Ujian 3, Ujian 4 dan Ujian 5 juga dilaksanakan bagi melihat peningkatan
markah atau sebaliknya.
6.2 Soal Selidik
Soal selidik yang akan dilaksanakan adalah, bagi mendapatkan data mengenai minat
responden terhadap penggunaan kaedah Penolakan Tangga Ajaib. Soal selidik ini akan terdiri
daripada lima item. Skala item yang digunakan dalam soalan soal selidik ini adalah skala
Gutman. Skala ini mempunyai 2 pilihan jawapan yang tegas sama ada Ya atau Tidak. Borang
soal selidik akan ditadbirkan kepada enam orang responden iaitu sebelum dan selepas
kaedah Penolakan Tangga Ajaib diperkenalkan.
6.3 Temu Bual
Temu bual merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian saya. Dengan melaksanakan temu bual ini, ia memberi peluang kepada saya
untuk melihat perkara yang tidak dapat dilihat dan meneroka penjelasan-penjelasan alternatif
mengenai perkara yang dilihat. (Glesne & Peshkin, 1992). Temu bual ini turut membantu saya
mendapatkan maklumat berkenaan kemahiran dan minat murid dalam penolakan melibatkan
pengumpulan semula dengan lebih tepat. (Burns, 2000). Temu bual berstruktur ini (Rujuk
Lampiran E) telah dilaksanakan selepas kaedah Penolakan Tangga Ajaib diperkenalkan.

6.4 Analisis Dokumen

Pengumpulan data daripada dokumen juga adalah salah satu cara saya untuk
mengukuhkan lagi dapatan daripada instrumen kajian yang lain. Merriam (2009) menyifatkan
dokumen sebagai sumber data ketiga terpenting. Dalam kajian ini, dokumen yang akan
dianalisis ialah buku tulis dan lembaran kerja responden. Ini dilakukan bagi melihat sejauh
mana penguasaan mereka terhadap kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula
melalui jalan kerja yang ditunjukkan. Analisis akan dilaksanakan sepanjang kajian ini
dijalankan.
6.5

Catatan Reflektif Murid


Catatan reflektif murid penting bagi mencungkil perasaan responden. Melalui catatan
relektif murid ini, saya dapat mengetahui perasaan sebenar responden terhadap pengajaran
yang akan saya jalankan. Catatan reflektif murid yang akan digunakan dalam kajian ini adalah
bagi mendapatkan respon daripada responden berkenaan perasaan mereka mengikuti PdP
yang dijalankan selepas kaedah Penolakan Tangga Ajaib diperkenalkan. Catatan reflektif
murid ini akan dikumpul sebanyak dua kali. Soalan yang sama akan diajukan dalam keduadua sesi PdP bagi mengukuhkan lagi perkara yang diajukan

7.0

Interpretasi data dan dapatan kajian

Data yang telah dikumpul oleh saya adalah berdasarkan data daripada Ujian Pra iaitu
Ujian 1, Ujian 2, Ujian 3, Ujian 4 dan Ujian Pos iaitu Ujian 5. Ujian yang dijalankan
mengandungi 12 soalan iaitu terdiri daripada soalan operasi penolakan dalam bentuk lazim.
Kesemua ujian ini dilaksanakan dalam suatu tempoh masa menggunakan set soalan yang sama
bentuk tetapi berlainan soalan bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan ujian adalah
tinggi.

7.1 Sebelum Kajian Dibuat


Perkara pertama yang telah saya fikirkan sebelum membuat kajian ialah mencari dan
memilih beberapa tajuk kajian yang sesuai dengan masalah pembelajaran murid murid di
sekolah. Kemudian saya telah mencari dan membuat pembacaan literatur terhadap beberapa
jenis kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji pengkaji sebelum ini dan berkaitan dengan
kaedah alternatif penolakan memandangkan kajian tindakan saya melibatkan kaedah alternatif
penolakan. Walau bagaimana pun, saya tidak menemui banyak kajian lepas yang kajiannya betul
betul sama dengan kajian saya, tetapi terdapat kajian yang hampir sama cuma berbeza tujuan,
kaedah yang digunakan dan responden yang berbeza.
Pada minggu pertama saya ke sekolah untuk tujuan membuat kajian tindakan, saya telah
membuat pemerhatian sahaja terhadap tahap pembelajaran murid sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang dijalankan oleh guru pemulihan. Saya juga telah melihat cara
responden menjawab latihan latihan penyelesaian masalah yang diberikan samaada didalam
buku latihan ataupun kertas latihan.
Pada minggu yang sama, saya telah menemubual guru pemulihan tentang tahap
pencapaian pencapaian murid dalam Matematik. Topik perbualan yang telah dimulakan oleh
saya ialah tentang tahap pencapaian responden kajian dalam subjek Matematik. Selain itu, saya
juga telah menjalankan tinjauan dan pemerhatian terhadap masalah yang dikenalpasti yang telah
mengganggu tahap kemahiran responden kajian Tahun 4 dalam kemahiran penolakan nombor
bulat selepas mendapatkan maklumat daripada sesi temubual bersama guru pemulihan.
Setelah memerhati dan memberikan latihan yang melibatkan yang melibatkan kemahiran
penolakan, saya mendapati segelintir responden ada membuat kesilapan dan cuai dalam
menjawab soalan yang diberikan. Justeru saya mula merancang dan melaksanakan ujian Pra.
Ujian pra ini melibatkan 12 soalan penolakan dalam bentuk lazim merangkumi nombor 5 digit.

Jadual : Keputusan Ujian Pra Penyelesaian Masalah

SOALA
N

ITEM

RESPONDEN
R1

R2

R3

R4

R5

R6

96608 85856 =

88071 17199 =

97007 94302 =

97929 45081=

62780 43351 =

72520 25971 =

87891 33018 =

37769 16083 =

22409 13122 =

10

60217 58959 =

11

93747 82728 =

12

87195 50942 =

5
12

10
12

1
12

6
12

Jumlah

6
12

6
12

. Berdasarkan jadual Keputusan Ujian Pra Penolakan Matematik, didapati terdapat 1


responden iaitu R4 memperolehi skor tertinggi iaitu 10 daripada 12 soalan yang dikemukakan
berbanding responden yang lain. Responden R5 didapati memperolehi skor terendah iaitu 1
daripada 12 soalan yang dijawab dengan betul.
Berdasarkan analisis soalan pertama, didapati R5 dan R6 cuai dalam menjawab soalan
yang diberikan.Ini kerana mungkin responden tidak menguasai konsep pinjam dan konsep
potong dalam operasi penolakan. Begitu juga dengan soalan kedua.
Soalan ketiga pula didapati, R1, R4, R5 dan R6 telah tersalah kira soalan tersebut.
Sekalii lagi, kecuaian berlaku semasa proses peminjaman yang melibatkan peminjaman
pasangan asas 10. R5 menjawab soalan dengan kaedah yang salah dimana,R5 meletakkan
susunan bentuk lazim yang salah iaitu meletakkan nombor yang kecil tolak nombor yang
besar. Manakala R1 pula telah salah memilih operasi iaitu responden telah menyelesaikan
soalan tersebut dengan operasi tambah.

You might also like