You are on page 1of 1

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUTRA MEDICAL CLUB

1.0 Pendahuluan
Mesyuarat agung tahunan Putra Medical Club (PMC) telah diadakan pada 30 September 2014 di
Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Tujuan diadakan majlis ini adalah
untuk membubarkan barisan ahli jawatankuasa yang sedia ada dan melantik ahli jawatankuasa
baru bagi sesi 2014/2015. Selain itu, majlis ini digunakan sebagai platform untuk memberikan
informasi kepada audiens mengenai visi dan misi kelab, aktiviti yang telah dijalankan dan
cadangan aktiviti yang hendak dilakasanakan untuk semester baru. VIP yang dijemput adalah
penasihat kelab iaitu Dr. Kartini Farah binti Abd. Rahim.
1.1 Perasmian
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi kelab, Hadri bin Hamid. Seterusnya, ucapan
dan perasmian majlis oleh VIP iaitu Dr. Kartini Farah binti Abd. Rahim.
1.2 Tentatif program
Majlis diteruskan dengan pertunjukan Powerpoint yang merangkumi visi dan misi kelab, barisan
AJK baru dan aktiviti yang telah dijalankan pada sesi lepas seperti Family Day, Youthful
Health , Medic Night dan sebagainya. Pertunjukkan Powerpoint dikendalikan oleh Syafinah
Dzahir, Takyuddin Shari, Velan Subramaniam, Hng Lead Kert dan Suzanne Lo. Setiap orang
mewakili biro masing-masing dan membentangkan aktiviti yang telah dijalankan pada sesi lepas.

You might also like