You are on page 1of 7

PEMBELAJARAN KOPERATIF

BAB 1

1.0 Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi
pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik. berasaskan kaedah koperatif. Seringkali
pelajar akan berasa bimbang , takut dan bosan untuk mempelajari matematik kerana pengajaran dan
pembelajarannya yang bosan dan kesukaran untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah
atau soalan-soalan matematik. Kini dengan mata pelajaran matematik diajar dalam Bahasa Inggeris
akan lebih menakutkan dan menyukarkan lagi pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya untuk
mempelajari matematik dengan perasaan seronok dan gembira.
1.1 Latar Belakang Kajian
Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini adalah
berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat mengikuti
pendekatan tersebut dengan baik. Ini adalah disebabkan terdapat di kalangan pelajar yang
mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Maka
adalah malang bagi pelajar lemah untuk bersaing dengan pelajar bijak dalam satu masa dan dalam
satu kelas yang sama bagi mempelajari sesuatu topik matematik.
Terdapat beberapa bentuk strategi pembelajaran kumpulan koperatif dicadangkan. Antaranya ialah
Student Team-Achievement Division ( STAD ), Teams-Games-Tournament ( TGT ) , Teams Assisted
Individualization ( TAI ) dan Jigsaw II.
Disini pengkaji akan memilih untuk menggunakan strategi pembelajaran Student Team-Achievement
Division ( STAD ). Kajian mendapati pendekatan koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian
akademik pelajar, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, memperbaiki suasana
pembelajaran dan meningkatkan hubungan sosial antara pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah


Pelajar tingkatan satu sering menghadapi masalah dalam mempelajari mata pelajaran matematik.
Kelemahan dalam memahami Bahasa Inggeris dan bosan dengan kaedah pengajaran traditional
menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mmempelajari matematik.
Maka kajian ini akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif dapat membantu
meningkatkan minat dan pencapaian prestasi pelajar terhadap matematik.
1.3 Konsep Rangka Kerja
Rangka kerja bagi kajian ini ( Rajah 1 ) menunjukkan perkaitan antara strategi pembelajaran yang
digunakan. Strategi pembelajaran yang dibandingkan adalah pembelajaran koperatif dan
pembelajaran traditional sebagai kumpulan kawalan.
Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan terhadap hasil
pembelajaran. Hasil pembelajaran diukur di dalam kajian ini adalah dalam bentuk prestasi dan
pencapaian pelajar serta minat pelajar dalam mata pelajaran matematik

Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Kaedah Koperatif


Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa menggunakan Kaedah Koperatif

Kesan
(a) Minat Pelajar
(b) Pencapaian Pelajar
(c) Masalah yang timbul
Rajah 1
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana pembelajaran koperatif dapat membantu
menanam perasaan minat dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar Tingkatan Satu dalam
matematik.
1.4.1 Objektif Kajian
Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut :a) Untuk meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran matematik.
b) Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik bagi tajuk Basic
Measurement (Ukuran Asas)

1.4.2 Persoalan Kajian


Untuk mencapai tujuan dan obkjektif kajian, pengkaji akan mengadakan jawapan kepada soalansoalan kajian berikut :a) Sejauhmanakah pembelajaran matematik secara koperatif mempengaruhi persepsi dan minat
pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam topik Ukuran Asas ?
b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran matematik ?
1.4.3 Hipotesis Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, dua hipotesis nul dikemukan :Hipotesis nul 1: Tidak terdapat perbezaan persepsi dan minat di kalangan
pelajar yang menerima pembelajaran koperatif dengan
pembelajaran tradisional
Hipotesis nul 2: Tidak terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar yang menerima pembelajaran
koperatif dan pembelajaran tradisional.
1.5 Signifikan kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan garis panduan oleh guru-guru matematik dalam
mengenalpasti kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan minat dan pencapaian
prestasi pelajar dalam memberikan maklumat kepada guru tentang kebaikan dan kelebihan

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran matematik. Kajian ini diharapkan
menjadi perhatian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta sekolah menyarankan
pembelajaran secara koperatif digunakan di sekolah-sekolah.
Usaha ini juga diharap dapat menyemai perasaan minat dan seronok untuk mempelajari matematik
dan mengetahui perkaitan matematik dalam kehidupan seharian.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini adalah dibentuk kajian tindakan dan dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Dengan demikian
, hasil kajian hanya dapat digeneralisaikan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja. Kajian
perlaksanaan ini melibatkan sebuah sekolah menengah di Selangor. Kajian ini melibatkan pengkaji
sebagai guru dan para pelajar tingkatan satu. Tumpuan kajian ini adalah untuk menilai pencapaian
dan persepsi pelajar dengan pendekatan kaedah pembelajaran koperatif bagi subjek matematik.
1.7 Takrifan Istilah
Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah dalam kajian ini.
(a) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran secara berkumpulan seramai 5 orang dengan kebolehan yang berbeza.
(b) Student Team-Achievement Division ( STAD )
STAD atau Kumpulan Pelajar-Division Pencapaian digunakan dengan pelajar dari pelbagai tahap
keupayaan akademik. Pelajar belajar dalam kumpulan dan kemudian akan diuji secara individu.
(c) Teams-Games-Tournament ( TGT )
TGT atau Kumpulan-Permainan Kejohanan akan menggunakan pertandingan dan permainan
sebagai bentuk ujian. Pelajar dengan tahap keupayaan yang sama akan mewakili kumpulan masingmasing untuk bertanding mendapatkan markah tertinggi.
(d) Teams Assisted Individualization ( TAI )
TAI memerlukan setiap ahli kumpulan untuk menjawab satu worksheet pada masa lapang mereka.
Ujian akan diberi untuk melihat pencapaian pelajar dan yang melepasi tahap tertentu akan
meneruskan ujian yang berikutnya sementara yang gagal perlu belajar lagi dan kemudian menduduki
semula ujian tersebut.
(e) Jigsaw II
Jigsaw II adalah dimana setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk mempelajari bahagian spesifik
dari topik tertentu. Setiap ahli kumpulan yang pakar dalam bahagian itu akan berkumpul sesama
mereka yang pakar dari kumpulan lain dan berbincang. Sekembali mereka kepada kumpulan asal,
pakar ini akan menerangkan kepada ahli kumpulan mereka. Ahli kumpulan akan diberikan kuiz
berkaitan semua topik.
(f) Persepsi Pelajar
Persepsi merupakan tanggapan pelajar terhadap sesuatu perkara atau terhadap matapelajaran yang
dipelajari. Dalam kajian ini, persepsi pelajar dilihat daripada soal-selidik yang dijawab oleh pelajar.
Pelajar akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka belajar dengan kaedah pembelajaran
koperatif . Ia merangkumi perasaan minat dan keseronokan dalam mempelajari ilmu matematik.
1.8 Ringkasan
Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan
prestasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
melihat kelemahan yang wujud dalam mengimplimentasi kaedah koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
Semoga dengan pembaharuan dan pengubahsuaian yang sesuai, diharapkan kaedah ini akan dapat
meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang
dalam bidang matematik.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini membicarakan tentang kajiankajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan
dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran koperatif. Ia akan menyentuh serba sedikit
tentang pencapaian pelajar dan peranannya dalam menimbulkan pencapaian pelajar dalam
matematik.
Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep
pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini jiga mempunyai
teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri.
2.1 Konsep Pembelajaran Koperatif
Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi
sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional disebalik
pembelajaran koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka
ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya dikatakan berupaya menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar.

Menurut Johnson & Johnson (1990), untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai
matematik, menaakul secara matematik, menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam
matematik dan membolehkan penyelesaian masalah matematik, guru harus beralih daripada kaedah
tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif.
Slavin (1995) pula menegaskan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang
berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai
untuk pengajaran sebarang mata pelajaran.
Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi Team-Games-Tournament, salah satu strategi
dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri
Sarawak. Kajian quasi-experimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan
selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif.

Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap
kedua-dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi TeamGames-Tournament dalam pengajaran matematik.
2.2 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif
Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif
yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknik-teknik yang
kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together ) oleh Johnson dan
rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh
Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di
University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh Sharan dan rakan-rakan di
Tel Aviv University.
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas
sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen,
1994).
Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara
koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991); Lyman &
Foyle, 2000).
Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk
menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif
membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan
keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran.
Pada masa pelajar bekerja bersama-sama, mereka belajar untuk saling memberi dan menerima
bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara baru bagi
menyelesaikan masalah matematik bersama.
2.3 RINGKASAN
Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut
menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan
dalam mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan pencapaian
dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, kajian akan meumpukan kepada metodologi yang akan digunakan untuk menjayakan
kajian ini iaitu rekabentuk kajian, sampel populasi, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian,
prosedur memperolehi data dan juga prosedur menganalisis data.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk Quasi Eksperimen di mana soal selidik akan dijalankan untuk mengkaji
minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Pengkaji akan mengedarkan satu set
soal selidik (Apendik 1) yang bertujuan untuk mengkaji minat pelajar terhadap matematik. Soal selidik
ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh pelajar. Soal selidik di bina sendiri oleh
pengkaji dan ditadbirkan kepada pelajar kumpulan rawatan sahaja.Soal selidik berbentuk skala Likert
dimana pelajar diperlukan memilih jawapan mengikut skala yang diberikan iaitu skala 5 sebagai
sangat bersetuju,4 bersetuju, 3 kurang pasti, 2 kurang bersetuju dan skala 1 sebagai tidak
bersetuju
Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian pra (Apendik 2) iaitu ujian peringkat
awal sebelum pembelajaran koperatif dijalankan terhadap pelajar untuk mengetahui pencapaian

pelajar dalam matematik.


Selepas semua ujian tadi dilaksanakan, pelajar akan dibahagikan kepada dua buah kelas iaitu kelas
yang diajar secara tradisional dan satu lagi didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif.
Setelah kedua-dua buah kelas selesai mempelajari kesemua kemahiran bagi tajuk ukuran asas
dibawah subtopik masa dengan berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan satu maka set soalan ujian
pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian bermula.
3.2 Sampel dan Populasi
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Menengah di
Banting, Selangor. Kesemua sampel yang dipilih merupakan pelajar satu kelas yang akan belajar
menggunakan kaedah koperatif dan satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua
kelas yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana, iaitu terdiri daripada pelajar pintar dan
sederhana lemah.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk menguji pencapaian pelajar
dalam topik Ukuran Asas Basic Measurement.
Beberapa instrumen akan digunakan di dalam kajian ini seperti pemerhatian, soalan ujian dan set
soalan soal selidik. Instrumen pertama iaitu set soalan soal selidik bertujuan untuk mengetahui latar
belakang pelajar terutamanya yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran
matematik.
Instrumen kedua ialah ujian pra iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit.
Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana tahap
pembelajaran pelajar tanpa penggunaan kaedah koperatif.
Instrumen ketiga ialah ujian pasca iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit.
Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan
sesi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif.

3.4 Prosedur Memperolehi Data


Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi-experiment. Ujian pra telah diberikan kepada kedua-dua
kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh
pengajaran selama 6 minggu , pelajar dari kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos ( post test ).
Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas tingkatan satu. Semua pelajar dari
kedua-dua buah kelas akan menjawab soal selidik yang pertama (Apendik 1) yang akan digunakan
untuk mengkaji latar belakang sampel. Dari soal selidik ini pengkaji akan membuat penilaian terhadap
faktor-faktor latar belakang sampel yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian.
Set soalan matematik pertama atau pra ujian (Apendik 2) akan dijalankan di kedua-dua buah kelas
dan hasil keputusan akan digunakan untuk memperolehi data tentang pengetahuan sedia ada dan
tahap pencapaian sampel dengan operas-operasi asas matematik. Keputusan ujian ini juga akan
mempengaruhi hasil kajian.
Ujian kedua (Apendik 3) bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran
secara koperatif mahupun secara tradisional. Ujian ini mengandungi 20 soalan pelbagai aras. Masa
yang diberikan 30 minit. Kesemua soalan yang diberikan akan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar kerana mematuhi syarat sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan
Satu.

3.5 Prosedur Menganalisis Data


Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisis mengikut tiga jenis data atau maklumat
berikut :(a) Maklumat berkaitan minat pelajar yang diperolehi daripada borang soal selidik pertama (Apendik
1) Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu
kekerapan, peratusan dan skor min.
(b) Maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam matematik
dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai
(c) Maklumat dari segi pencapaian pelajar selepas sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif
dijalankan. Keputusan pencapaian pelajar dengan pembelajaran secara kaedah koperatif dan pelajar
dengan kaedah tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca (Apendik 3).
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.
Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca
antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Setelah kesemua maklumat ini dipungut
barulah hasil kajian akan diperolehi.

3.6 Ringkasan
Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kes kerana ia ingin mengkaji sejauh mana pelajar
yang betul-betul memahami pembelajaran secara kaedah koperatif boleh meningkatkan prestasi
mereka dalam mata pelajaran matematik.
Dapatan daripada ujian pos yang diberi pada akhir 6 minggu pengajaran adalah sangat penting untuk
menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar ini.

You might also like