You are on page 1of 3

Fungsi Peralatan Jahitan

Alatan Mengukur
PITA UKUR DAN PEMBARIS IALAH ALATAN MENGUKUR
YANG DIGUNAKAN DALAM KERJA MENJAHIT.

Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca,


sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di keduadua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan.
Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di
sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.
Simpan di dalam kotak jahitan.

Pembaris lurus diperbuat daripada kayu


atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai
ukuran yang tepat dalam unit metrik.
Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan
mengukur fabrik.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Alatan Mendraf
PEMBARIS SESIKU DAN PEMBARIS MELENGKUNG ADALAH
ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDRAF.

Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu


atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat
di kedua-dua bahagian dalam unit metrik.
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada
pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan lubang lengen.

Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau


plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas.
Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk
lengan, rusuk blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa
mendraf pola.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Alatan Menanda
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan
bersama Karbon tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga
digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabrik.

Roda surih dan karbon tukang jahit


diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat,
pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak
apabila ditolak.
Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas


karbon.

Kapur tukang jahit adalah kapur yang


tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik
dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk
fabrik sintetik.
Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan
garisan tanda pola pada fabrik.
Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

You might also like