You are on page 1of 2

Teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan

dalam

bidang

pendidikan.

Pemilihan

teknik

ini

dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan


pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada
pembinaan

konsep-konsep,

kesanggupan

memberi

pernyataan

dan

melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan


pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru
untuk menguasai teknik menyoal.
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajarpelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya
sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri
atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar
tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun
satu soalan yang boleh ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah
mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Salah
satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita
mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina
iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan
bekerjasama.
Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam
aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan
pembelajaran melibatkan teknik penyoalan.
Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan
Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar
memahami sesuatu blok informasi, untuk mengalih perhatian pelajar
daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain, untuk menegaskan

kepentingan isi dengan memberikan penekanan kepadanya, untuk


mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk
mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk
menganalisis, mensintesis
dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar
berkomunikasi. Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan

dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah:


i. Untuk mengesan

pengetahuan berbahasa pelajar.

ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
juga kritis.
iii.

You might also like