You are on page 1of 13

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

UNIT 2: ISU-ISU PELAKSANAAN KOKURIKULUM


DI SEKOLAH
2.0 Objektif

Di akhir topik ini, pelajar seharusnya dapat:


1. Mengetahui masalah dalam pelaksanaan kokurikulum;
2. Menghuraikan faedah-faedah melakukan aktiviti kokurikulum;
3. Menjelaskan cara untuk mengatasi maslah dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah.
2.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu aspek penting yang harus dimiliki oleh semua manusia
untuk meneruskan perjuangan hidup di dunia ini. Ia merupakan aset yang tidak ternilai
harganya. Tanpa pendidikan manusia akan hilang arah, hidup tidak ketentuan dan akan
dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat Malaysia berpegang pada falsafah
pendidikan seimbang, yang bukan hanya menyampaikan ilmu pelajaran dalam kurikulum,
malahan memberi fokus kepada tatacara dan kemahiran insaniah yang disalurkan
melalui aktiviti kokurikulum. Kokurikulum sudah melebihi setengah abad wujud di
sekolah-sekolah Malaysia. Ia termaktub dalam Akta Pelajaran 1956 (Mohamed Nor Che
Noh 1985). Bagaimanapun perancangan, pentadbiran dan pengelolaannya masih perlu
diberi perhatian, berbanding tumpuan yang diberikan kepada kurikulum. Dari masa ke
semasa kokurikulum diberi nafas baharu, khususnya dari aspek perlaksanaan gerak
kerja. Ini bertolak dari kesedaran Kementerian Pendidikan yang yakin bahawa
kokurikulum memberi sumbangan positif kepada perkembangan pelajar keseluruhannya
jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi. Institusi pendidikan mempunyai
tanggungjawab mendidik dan mengembangkan potensi individu ke tahap maksima bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti.
2.2 Masalah Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
2.2.1. Pentadbir
Guru Besar atau Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum yang mengambil berat
tentang kesihatan murid akan memberi penekanan kepada penyertaan semua murid
dalam aktiviti kokurikulum. Ini berlaku kerana mereka percaya murid ini akan menjadi
pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Bagi pentadbir yang
lebih fokus kepada akademik, aktiviti kokurikulum tidak akan diberi perhatian secara
serius. Mereka mengandaikan jika aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan, itu adalah
memadai. Walaupun begitu, dengan adanya syarat ke SBP daripada penyertaan
kokurikulum, semakin ramai pentadbir yang menyedari pentingnya kokurikulum kepada
sekolah, dan khasnya kepada anak didik mereka. Gaya atau stail kepimpinan pentadbir
juga memainkan peranan dalam menentukan sama ada aktiviti kokurikulum
dilaksanakan secara berkesan atau sebaliknya. Pentadbir yang selalu turun padang
akan memberi kesan positif kepada aktiviti kokurikulum di sekolah.
Selain itu, terdapat juga guru yang kurang mahir dan kurang berpengetahuan
dalam aktiviti kokurikulum dilantik sebagai GPK Kokurikulum. Kesannya, kadang-kala
aktiviti kokurikulum tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sekiranya mereka yang kurang
mahir ini mempunyai tahap kesediaan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam
aktiviti kokurikulum, maka aktiviti ini akan berjalan lancar dan berkesan. Selain itu, misi
1

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


dan visi sekolah juga menjadi penentu kepada kejayaan aktiviti kokurikulum. Terdapat
sekolah yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada kejayaan akademik sementara
terdapat juga sekolah yang inginkan kejayaan dari kedua-duanya, iaitu kurikulum dan
juga kokurikulum.
2.2.2 Guru
Kejayaan atau keberkesanan aktiviti kokurikulum juga bergantung pada tahap kesediaan
guru / penasihat / jurulatih. Guru yang berminat akan sentiasa hadir ketika aktiviti
kokurikulum diadakan. Sebaliknya bagi guru yang tidak berminat dan berprasangka
bahawa aktiviti kokurikulum membebankan, akan malas untuk hadir ketika aktiviti
kokurikulum diadakan. Oleh kerana itu, kadangkala kita dapati terdapat permainan atau
persatuan atau badan beruniform yang sangat aktif di sekolah serta ada juga
seperti hidup segan mati tak mahu, ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga.
Guru yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang mereka selalunya akan
cuba untuk menyalurkan idea, pengetahuan dan kemahiran untuk dikongsi bersama
dengan pelajar mereka. Ilmu yang ada dan berkualiti harus diserahkan kepada generasi
yang akan menyambungnya kepada generasi yang seterusnya.
Guru seharusnya melakukan persediaan yang rapi untuk setiap aktiviti
kokurikulum. Guru/Penasihat/Jurulatih perlu mengenal pasti aktiviti yang akan
dijalankan, tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut dan alatan yang sesuai serta
bilangan diperlukan. Oleh itu guru perlu kerap memasuki bilik sukan/bilik kokurikulum
untuk mengetahui jenis dan bilangan peralatan yang terdapat di dalamnya. Semua ini
mesti dibuat terlebih awal dan menjimatkan masa ketika aktiviti kokurikulum
dilaksanakan. Guru yang tidak membuat persediaan biasanya guru-guru yang berfikiran
bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting kerana untuk riadah atau rekreasi sahaja dan
tidak perlu membuang masa memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Terdapat juga
guru yang sengaja tidak memakai pakaian sukan / uniform kerana mereka berpendapat
membuang masa sedangkan mereka hanya diperuntukkan dua jam sahaja seminggu.
Guru-guru ini juga tidak tahan dengan cuaca panas.
Kegagalan guru menyumbang sesuatu kepada pihak sekolah dalam aktiviti
kokurikulum merupakan salah satu masalah dalam perlaksanaan aktiviti di sekolah. Ini
bertepatan dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan
kecenderungan guru terhadap beberapa aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform
dan aktiviti sukan tidak memberangsangkan. Sementara Adnan (1990), menyatakan
walaupun sumbangan kokurikulum dalam pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih
kurang difahami hingga ada yang masih menganggap kokurikulum sebagai kegiatan luar.
Oleh kerana itu, program atau aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan
aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti kurikulum. Di
samping itu Abu Bakar (1999), menyatakan guru merasakan kokurikulum membuang
masa pelajar, terlalu banyak tanggungjawab, guru kurang pengetahuan dan kemahiran
dalam aktiviti yang ditugaskan kepada mereka. Guru-guru di sekolah harus mengubah
persepsi ini kerana implikasinya sangat besar, iaitu pelajar mereka akan gagal bersaing
untuk menempatkan diri ke SBP kerana tidak peroleh markah semaksimum mungkin.
Sebaliknya, dengan pertolongan dan komitmen yang diberikan oleh guru, peluang
pelajar mereka ke SBP terbuka luas.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

2.2.3 Murid
Perlaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dikatakan gagal disebabkan ketidakhadiran
murid dalam aktiviti yang diadakan. Antara faktor ketidakhadiran murid ialah tiada minat
terhadap aktiviti yang disertainya, masa aktiviti kokurikulum dijalankan kadang kala
serentak dengan kelas tuisyen yang mereka ikuti, terutama tuisyen yang dilaksanakan
oleh pihak swasta. Faktor lain ialah kesukaran untuk mendapatkan bas untuk datang
dan pulang ke sekolah, terutama bagi murid yang menaiki bas secara bulanan. Faktorfaktor ini akan menjejaskan perjalanan aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagi murid yang
kurang berkemampuan, faktor kewangan juga mendorong mereka untuk tidak hadir
bagi mengikuti aktiviti kokurikulum. Wang yang lebih harus disediakan untuk makanan
dan minuman, baju untuk badan beruniform dan sebagainya. Murid menunjukkan sikap
yang pasif dan tidak bersungguh-sungguh melakukan aktiviti sukan yang diarahkan oleh
guru. Keadaan ini amat membimbangkan pihak sekolah dan masyarakat. Fenomena ini
wujud disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Kadang-kala seseorang pelajar tidak
mahu melakukan aktiviti contohnya permainan di depan pelajar lain kerana dia mungkin
kurang berbakat dan takut dimalukan oleh pelajar- pelajar lain. Kegiatan sukan
berperanan untuk menyihatkan tubuh badan manusia. Dengan menjalankan kegiatan
sukan, kadar pergerakan darah adalah lebih cepat.
Sukan juga merupakan terapi yang berkesan untuk mengubati penyakit sosial
yang melanda anak-anak kita hari ini. Sukar untuk dinafikan bahawa pelajar-pelajar
yang giat dalam bidang kokurikulum, selain dapat mencergaskan otak dan menyihatkan
tubuh badan, ia juga dapat menghindarkan pelajar daripada terjebak dalam gejalagejala tidak sihat. Namun, semua ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri
untuk berbuat demikian. Hanya individu itu sendiri yang dapat menentukan gaya hidup
masing- masing. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang seseorang jikalau dia
memilih gaya hidup yang tidak aktif. Faktor terakhir ialah mereka tidak tahu matlamat
mengapakah mereka harus mengikuti aktiviti kokurikulum. Oleh itu, penjelasan
terperinci harus disampaikan oleh pihak pentadbir seperti guru besar, penolong kanan
dan setiausaha kokurikulum bahawa antara syarat kemasukan ke SBP diambil dari
kegiatan kokurikulum sama ada kategori sukan, kelab dan persatuan serta badan
beruniform. Aspek dikenal pasti adalah jawatan yang disandang oleh murid dan
penglibatan serta pencapaian murid di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau
negara.
Dengan penjelasan yang begitu terperinci, maka murid memahami sebab mereka
harus mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Akhirnya, mereka akan
menganggap aktiviti kokurikulum bukannya aktiviti yang menghalang mereka untuk
menyambung pelajaran khususnya ke SBP, sebaliknya aktiviti ini merupakan satu bonus
yang mungkin memberi peluang keemasan kepada mereka untuk ke SBP, berbanding
rakan mereka yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
2.2.4 Kurang Motivasi
Motivasi ialah satu istilah yang luas merujuk kepada suatu peringkat ke arah membaiki
pergerakan dan tindakan. Ia berasal daripada perkataan Latin movere yang bermaksud
move (bergerak). Istilah motif ialah satu keadaan khusus yang membantu perbuatan
dan meningkatkan motivasi seseorang. Istilah need (perlu) merujuk kepada kekurangan
dalaman, sesuatu organisma rasa kekurangan. Konsep drive (dorongan) melibatkan
3

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


tenaga yang menggerakkan sesuatu tindakan. Motivasi sering dijelaskan sebagai satu
keadaan keinginan atau kehendak mempelajari sesuatu yang menggesa seseorang
membuat sesuatu yang akan memuaskan keinginan atau kehendaknya.
Menurut Mohd Ramli Nordin (1989) untuk memotivasikan pelajar, para guru
mesti menunjukkan teladan yang baik dan menggunakan teknik-teknik motivasi yang
berterusan kepada pelajar. Oleh yang demikian, motivasi adalah penting dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum.. Dari segi psikologi, seseorang pelajar yang
mempunyai motivasi untuk belajar akan menunjukkan keinginan belajar. Motivasi
merupakan satu penggerak yang berperanan memulakan sesuatu pembelajaran,
mengekalkannya dan seterusnya mempengaruhi intensiti proses pembelajaran. Tanpa
motivasi tugasan pembelajaran akan mendatangkan kesan yang minimum. Dengan
adanya motivasi proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan sukarela. Pelajar
tidak perlu dipaksa kerana mempunyai keinginan untuk melibatkan dirinya dalam
sesuatu pembelajaran itu. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang ingin belajar
kemahiran permainan badminton kerana berminat atau didorong keinginan
meningkatkan imej kendirinya adalah dikatakan mempunyai motivasi intrinsik.
Pembelajaran yang dirangsang oleh keperluan untuk mencapai penyempurnaan diri
seseorang juga berpunca daripada motivasi intrinsik.
Masalah yang didapati adalah bahawa pelajar-pelajar masa kini kekurangan
motivasi intrinsik atau motivasi dalaman untuk melakukan aktiviti kokurikulum.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah kurang. Jika diberi peluang ada
antara mereka lebih suka tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti. Keadaan ini
berlaku bukan sahaja disebabkan kekurangan motivasi intrinsik pada pelajar, tetapi juga
kurangnya motivasi ekstrinsik seperti pujian daripada guru, pengiktirafan atau
penerimaan sosial daripada rakan sebaya, ganjaran yang akan diperoleh oleh pelajar.
Dalam konteks ini, guru bukan sebenarnya memotivasikan pelajar, tetapi
memanipulasikan faktor-faktor persekitaran yang akan membawa kepada penambahan
atau peningkatan dalam motivasi bagi pihak murid. Contoh-contoh jenis manipulasi
adalah ganjaran berbentuk gred bagi persembahan yang baik contohnya dalam aktiviti
sukan dan permainan. Antara faktor-faktor motivasi yang boleh dimanipulasikan oleh
guru bagi memenuhi kehendak individu adalah seperti darjah keinginan yang
ditunjukkan, minat dalam aktiviti yang dijalankan, darjah kejayaan yang dicapai,
pengetahuan tentang keputusan dan lain-lain.
2.2.5 Kemudahan
Faktor ini juga merupakan salah satu aspek yang kadangkala menjadi penghalang
kepada kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah. Contohnya, ketiadaan padang yang
sesuai untuk aktiviti praktikal boleh menyebabkan guru atau pelajar bosan, lama
kelamaan keadaan ini akan mengurangkan minat mereka untuk hadir melakukan aktiviti
kokurikulum. Keadaan ini berlaku sekiranya sekolah tidak mempunyai kemudahan
alternatif seperti dewan dan kawasan lapang yang lain.
Setelah mempelajari kemahiran secara teori, selalunya pelajar terangsang untuk
melakukan sesi praktikal. Kemudahan yang dilihat menghalang hasrat guru dan pelajar
seperti padang atau gelanggang, peralatan permainan seperti kuantiti bola yang tidak
mencukupi, kayu hoki yang sudah rosak, net takraw yang usang dan sebagainya.
Terdapat padang sekolah yang digunakan untuk aktiviti yang lain seperti yang terjadi di
Pulau Pinang, padang sebuah sekolah dijadikan satu kawasan untuk masyarakat luar
melakukan aktiviti riadah. Walaupun aktiviti ini baik, tetapi keutamaan harus diberikan
4

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


kepada pelajar sekolah tersebut untuk melakukan aktiviti kokurikulum terutamanya pada
hari persekolahan. (Berita Harian, 2005)
2.2.6 Masa Kegiatan Aktiviti Kokurikulum
Waktu perlaksanaan aktiviti juga menyebabkan murid tidak dapat hadir ke sekolah
disebabkan terdapat segelintir murid yang datang ke sekolah menggunakan bas atau
kereta. Masalah yang dihadapi ialah waktu aktiviti kokurikulum bermula dari jam 4.00
petang hingga 6.00 petang bagi murid yang bersekolah pada sesi pagi. Bas yang akan
mengambil mereka selalunya datang lebih awal, bagi mengelakkan mereka ketinggalan
bas, maka jalan yang selamat untuk mereka sampai ke rumah ialah tidak perlu hadir ke
aktiviti kokurikulum.
Masalah lain ialah terdapat murid yang mengikuti kelas tuisyen sama ada
anjuran pihak sekolah ataupun pihak swasta. Murid ulat buku lebih mementingkan
akademik daripada aktiviti kokurikulum. Pada masa ini, aktiviti kokurikulum yang
selalunya diadakan pada hari Sabtu terpaksa ditukar ke hari lain, berikutan hari Sabtu
merupakan hari cuti bermula pada tahun 2006.
2.2.7 Penjaga
Ibu bapa juga merupakan penyebab mengapa murid tidak hadir bagi kegiatan aktiviti
kokurikulum. Kepentingan aktiviti kokurikulum tidak dapat diperoleh segera. Contohnya,
aktiviti kokurikulum dapat mengawal berat badan anak-anak jagaan mereka. Dengan
kata lain, dapat mengurangkan murid yang obes. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa
obesiti merupakan satu penyakit yang sangat berbahaya kepada murid. Kajian yang
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan di negara China mendapati seorang daripada
empat orang, terutamanya lelaki mengalami berat badan yang berlebihan (obesiti).
Sementara kajian kesihatan kebangsaan negara China yang dijalankan pada 2005
mendapati hampir 25% budak lelaki antara tujuh hingga lapan belas tahun yang tinggal
di kawasan bandar mengalami obesiti.
Kesedaran ibu bapa atau penjaga terhadap perkara ini boleh mengurangkan
jumlah ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan aktiviti kokurikulum. Seterusnya ibu bapa
kurang diberi penerangan tentang kokurikulum untuk kemasukan ke SBP. Faktor lain
pula, berkemungkinan masalah kewangan yang membebankan keluarga kurang mampu,
untuk menyediakan pakaian bagi kegiatan aktiviti kokurikulum seperti pakaian Badan
Beruniform.
2.2.8 Komunikasi
Komunikasi antara guru dan pelajar juga merupakan penyumbang kepada masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semasa
menyampaikan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru itu
bukan hanya perlu mengetahui aspek kemahiran permainan tersebut tetapi kemahiran
berkomunikasi yang baik juga perlu dititikberatkan. Komunikasi yang baik dan berkesan
akan menjadikan pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Seorang guru yang pandai berkomunikasi tidak semestinya
sentiasa bercakap atau meninggikan suara sewaktu di padang, sebalik beliau mampu
mengawal kelas dan menjalankan aktiviti hanya dengan menggunakan wiselnya.
Malangnya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang menjalankan pengajaran
dan pembelajaran di padang, tidak begitu mahir menggunakan wisel sebagai alat untuk
berkomunikasi dengan pelajarnya.
5

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


Menurut Parcells dan Coplon (1985), untuk memudahkan hubungan antara guru
dan pelajarnya, penyampaian maklumat secara efektif kepada si penerima dan
penerimaan maklumat secara efektif adalah dua aspek yang perlu ditekankan.
Malangnya terdapat sebilangan guru yang kurang berkomunikasi dengan para pelajar
sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran di padang. Aspek komunikasi dua
hala, iaitu antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru ini sangatlah penting
bagi memudahkan kedua-dua pihak memahami antara satu sama lain. Guru perlu
banyak menyoal pelajarnya bagi mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap isi
pelajaran atau kemahiran yang dijalankan. Di samping itu guru perlu memantau dan
memerhatikan setiap lakuan dan aktiviti yang dibuat oleh pelajarnya.
Apabila komunikasi antara guru dengan pelajar berjalan dengan baik, ia dapat
membantu meningkatkan prestasi pelajar, meningkatkan persefahaman antara satu
sama lain serta memudahkan guru mendapat maklum balas untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran akan datang. Sebaliknya, jika komunikasi antara guru dan
pelajar tidak berkesan, pelajar yang berminat dalam pelajaran ini tidak dapat
mengikutnya dengan baik. Justeru itu, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dirancang dengan rapi oleh guru tidak dapat mencapai sasaran objektif.
2.2.9 Masalah Fizikal dan Kematangan
Masalah fizikal pelajar merupakan faktor yang kerap timbul dalam aktiviti kokurikulum.
Keadaan fizikal yang kurang memuaskan berpunca daripada penyakit, kekurangan zat
makanan atau kemalangan dan sebagainya dapat menimbulkan masalah dalam
kokurikulum. Biasanya, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini akan cepat berasa
letih dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti. Kecergasan fizikal yang
baik akan membolehkan seseorang murid itu melakukan sesuatu kemahiran atau tugas
dengan sempurna tanpa berasa penat atau letih. Seperti yang kita ketahui bahawa
perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah berbeza antara satu individu dengan
individu yang lain dari segi kematangan, kadar dan arah pertumbuhan. Kematangan
adalah kemunculan sebarang ciri-ciri yang menunjukkan kesempurnaan perlaksanaan.
Perkembangan ciri ini bergantung kepada fungsi neurologi dan berlaku pada hayat awal
individu. Variasi pemakanan latihan dan keadaan alam sekeliling tidak begitu
mempengaruhi kematangan. Kematangan dicapai oleh seorang individu tanpa
mengadakan usaha yang serius atau yang banyak. Aktiviti kokurikulum senang
dikendalikan sekiranya pelajar-pelajar mempunyai peringkat kematangan yang baik dan
sesuai dengan aktiviti yang dipelajari. Namun demikian, halangan akan berlaku dalam
aktiviti kokurikulum jika berlaku di sebaliknya.
Dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, guru/penasihat/jurulatih perlu peka
terhadap perbezaan-perbezaan ini dan persamaan-persamaan yang dijangka akan
berlaku. Kemahiran motor akan berkembang apabila sistem otot sudah bersedia. Tindak
balas akan terbentuk apabila peringkat kematangan sudah sampai atau dicapai. Seorang
kanak-kanak lebih senang dilatih jika dia sudah mencapai peringkat persediaan fisiologi.
Guru dan ibu bapa akan menentukan masa yang paling baik untuk mempelajari
kemahiran dan menyusun satu situasi pembelajaran yang berkesan untuk
perkembangan kemahiran seseorang murid atau pelajar. Pelajar-pelajar yang
mempunyai pertumbuhan jasmani yang lambat atau terencat tidak boleh dilayan sama
seperti pelajar-pelajar yang normal. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang mengalami
perkembangan jasmani yang melebihi umurnya. Keengganan guru memberi perhatian

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


kepada pelajar-pelajar yang seperti ini akan menimbulkan masalah dalam aktiviti
kokurikulum.
2.2.10 Masalah Biologikal
Faktor biologikal merangkumi berat badan, tahap kecergasan dan status kesihatan.
Dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum terdapat pelajar yang terlibat dengan masalah
biologikal sehingga mereka kurang melibatkan diri contohnya dalam badan beruniform
atau sukan dan permainan. Kita sedia maklum bahawa seseorang yang mempunyai
berat badan yang ideal lebih bermotivasi untuk bersukan. Pelajar yang kurus dan ringan
dan kurang cerdas biasanya lebih minat bergiat dalam sukan berbanding dengan
individu yang obes. Ini kerana pelajar yang lebih kurus dapat meningkatkan tahap
kecergasan lebih cepat dan secara langsung menggalakkan mereka untuk terus bergiat
dalam aktiviti yang diikuti. Sebaliknya, individu yang lebih berat atau obes kurang aktif
dan bertenaga untuk terus bermain atau berkawad, mereka berasa kemajuan mereka
adalah sedikit dan terhad apabila melakukan program kecergasan, atau bergiat dalam
program yang diikuti.
Pelajar yang pintar pula kadang kala mempunyai sikap yang negatif seperti
malas bermain dan tidak mahu tubuh berpeluh. Jika guru/penasihat/jurulatih tidak tegas,
sikap ini akan menjadi seperti barah yang makin sehari makin membesar dan akhirnya
mengganggu pelaksanaan aktiviti kokurikulum.. Pelajar wanita pula kerap menghadapi
masalah senggugut apabila datang bulan dan guru perlulah bertolak ansur supaya
tidak memaksa mereka melakukan aktiviti dalam keadaan yang demikian. Guru juga
perlulah berhati-hati dan tidak memaksa mana-mana pelajar yang demam dan tidak
sihat serta mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Mereka yang sakit dan
bermasalah perlu menunjukkan surat doktor kepada guru supaya dapat dikecualikan
daripada melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan permainan atau badan beruniform. Guru
juga tidak sepatutnya merasa marah dan menyindir mana-mana pelajar yang disahkan
sakit, kecuali mereka yang berpura-pura sakit dan malas melakukan aktiviti kokurikulum.
2.2.11 Pemantauan dan Pencerapan
Aspek yang paling penting dalam sesuatu program ialah pemantauan atau penilaian.
Sesuatu program yang baik mestilah sentiasa dipantau dan diperbaiki segala kelemahan
yang wujud di dalamnya. Keadaan ini tidak terkecuali dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Perkara yang berlaku ketika ini ialah pemantauan jarang dibuat.
Guru/penasihat/jurulatih perlu juga dinilai dari segi pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Malah ada dalam kalangan mereka yang mengajar secara remote control dari kantin
atau garaj kereta atau bawah pokok, tetapi mereka masih tidak mendapat teguran dan
amaran dari pihak pentadbir. Keadaan ini amat berbahaya kerana guru mesti
bertanggungjawab penuh terhadap segala tindakan dan perlakuan pelajar, mereka perlu
mematuhi tatasusila etika perguruan. Pemantauan atau pencerapan sukar dilakukan jika
pihak sekolah atau pentadbir sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
Ini ditambah dengan ketiadaan senarai semak atau borang khas untuk melakukan
pemantauan tersebut. Pihak sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan pihak-pihak lain masih
mempunyai tanggapan bahawa kokurikulum hanya berunsur main-main sahaja.
Kita kerap melihat pegawai-pegawai dari Jabatan atau Jemaah Nazir melakukan
lawatan ke sekolah-sekolah untuk mencerap guru atau menyemak fail-fail mata
pelajaran untuk memastikan ia terkini dan terperinci, tetapi jarang sekali berlaku
terhadap
aktiviti
kokurikulum.
Lawatan
sebegini
amat
perlu
agar
7

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


guru/penasihat/jurulatih berasa mereka juga penting dalam proses pendidikan negara,
mendapat pengetahuan terkini dan bimbingan yang berterusan terutama bagi guru-guru
yang kurang berkemahiran dan kurang pengetahuan dalam kokurikulum.
2.3 Kesan Negatif Tidak Melaksanakan Kokurikulum
2.3.1 Sekolah
Kebanyakan sekolah akan dikenali di peringkat zon, daerah, negeri atau negara
berdasarkan kecemerlangan dari segi pencapaian kurikulum dan atau kokurikulum. Oleh
itu, sekiranya sekolah yang tidak cemerlang dalam akademik, mereka masih boleh
dikenali di peringkat yang dinyatakan melalui kecemerlangan kokurikulum, kadang kala,
sekolah juga akan diambil tindakan jika tidak melaksanakan aktiviti kokurikulum oleh
Jabatan Pendidikan Negeri.
2.3.2 Guru
Guru tidak dapat mengembangkan pengetahuan yang mereka peroleh sama ada dari
bakat semula jadi atau dari mengikuti kursus, bengkel atau pun seminar. Oleh itu, ilmu
pengetahuan yang mereka peroleh tidak dapat disalurkan kepada murid yang
sememangnya dahagakan ilmu, sama ada akademik mahupun kokurikulum.
2.3.3 Murid
Bagi murid yang tidak mengikuti aktiviti kokurikulum, maka mereka akan kehilangan
markah bagi kemasukan ke SBP. Ini merupakan satu kerugian kepada murid yang
sememangnya bijak dalam akademik, tetapi kurang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Kegagalan mereka menempatkan diri di SBP, mungkin disebabkan oleh kegagalan
mereka hanya dalam aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan. Selain itu,
pelajar juga akan mengalami masalah kesihatan seperti yang telah dinyatakan.
2.3.4 Faktor Kesihatan
Kegagalan pelajar menyertai aktiviti sukan akan memberi kesan terhadap tahap
kesihatan mereka. Menurut Anuar Din (2006), murid yang tidak aktif dalam sukan atau
kokurikulum mungkin akan mengalami pertambahan berat badan atau lebih dikenali
sebagai obesiti, mudah diserang penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tekanan
darah tinggi, serangan jantung, strok dan sebagainya. Selain itu murid akan mudah
berasa letih dan lesu. Kajian yang dilakukan oleh sebuah majalah di Britain yang
menyatakan tekanan darah tinggi dijangkakan menjadi ancaman kesihatan penduduk di
seluruh dunia menjelang 2025 (Berita Harian, 2005). Kajian ini menunjukkan jumlah
orang lelaki dewasa yang mengidap darah tinggi sebanyak 972 juta orang, iaitu 333 juta
orang di negara maju, sementara itu 639 juta orang di negara sedang membangun
seperti Malaysia. Lebih mengejutkan lagi, kajian ini juga berpendapat penyakit tekanan
darah tinggi akan meningkat 80% di negara membangun. Faktor yang menyebabkan
penyakit ini, antaranya pengambilan lemak yang berlebihan, kurang melakukan aktiviti
fizikal serta pengambilan garam yang tinggi dalam makanan yang sudah diproses, yang
lebih dikenali sebagai makanan segera. Kebanyakan mereka yang berada pada 2025
adalah murid yang sekarang ini berada di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Ini akan memberi kesan kepada negara dari pelbagai sudut, sama ada produktiviti,
politik, ekonomi, kewangan mahupun sosial.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


Selain itu, menurut Magendran Rajagopal (2005), berdasarkan data yang
disediakan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO), kajian pada tahun 1996
menunjukkan hanya 11.6% daripada rakyat dewasa negara kita bersenam. Angka ini
menunjukkan jumlah rakyat Malaysia melakukan aktiviti sukan sangat rendah jika
dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan 20 juta pada masa
tersebut. Kajian ini juga menunjukkan 21% rakyat dewasa juga mengalami kegemukan
atau obesiti, dan terancam kepada risiko diserang penyakit berkaitan kardiovaskular dan
kencing manis atau dikenali sebagai diabetes. Paling mendukacitakan kita semua, kajian
ini juga mendapati hampir 19% murid mengalami obesiti dan daripada angka tersebut,
sebanyak 8% murid dari sekolah rendah dan 11% dari pelajar di sekolah menengah. Ini
menunjukkan murid sekolah menengah lebih ramai yang mengalami obesiti berbanding
murid sekolah rendah.
Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azhari Rosman, menyatakan
remaja yang seawal usia 18 tahun juga mengalami masalah kesihatan seperti tekanan
darah tinggi. Faktor yang menyebabkan penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan,
obesiti dan memiliki tahap kolesterol tinggi, hormon tidak stabil, amalan gaya hidup
yang tidak sihat, mengambil makanan bergaram secara berlebihan dan jarang bersenam.
Kajian menunjukkan satu daripada tiga orang rakyat Malaysia mengalami tekanan darah
tinggi. 30% rakyat Malaysia mengalami penyakit hipertensi (Nasron, 2006). Kerajaan
menganggarkan 4.4 juta orang rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan
mengalami obesiti pada tahun 2020 nanti (Berita Harian, 2005). Pada masa sekarang,
mereka yang mengalami obesiti di negara kita adalah seramai 3.3 juta, juga merupakan
satu angka yang sangat besar dan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada
negara yang sedang menuju ke negara maju.
Kamaruddin Liusin (2005) dalam kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Kesihatan di Sabah mendapati pada 2003 kematian yang berpunca daripada masalah
kardiovaskular sebanyak 776 orang atau 29.76% daripada jumlah mereka yang
meninggal dunia pada tahun tersebut. Kajian mendapati daripada 32,936 subjek yang
dikaji, 88.4% menyatakan mereka tidak melakukan aktiviti sukan, manakala 11.6%
subjek menyatakan mereka melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.
2.4 Kesan Positif Melaksanakan Kokurikulum
2.4.1 Cara Hidup Sihat
Dr Azhari, Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia menyatakan rawatan terhadap
tekanan darah tinggi boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu mengamalkan gaya
hidup sihat seperti mengurangkan makanan bergaram, mengurangkan berat badan
dengan melakukan aktiviti fizikal selain mengambil ubat-ubatan. Jadi penyertaan murid
dalam aktiviti kokurikulum merupakan satu langkah bijak bagi menangani masalah ini.
2.4.2 Nilai Murni
Aktiviti kokurikulum penting sebagai alat untuk menyediakan pelajar yang matang
berfikir secara kritis dan kreatif, serta mempunyai fizikal yang sihat selaras dengan
harapan dalam Dasar Pendidikan Negara, iaitu membentuk warganegara yang
bersahsiah mulia, seimbang dari segi rohani dan jasmani. Pengalaman yang diperoleh
semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum akan dapat meluaskan pandangan,
pengetahuan, kefahaman pelajar serta menghasilkan perkembangan dan kematangan

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


mental, sosial, emosi dan jasmani. Ini diperoleh melalui interaksi sosial yang sihat dan
positif dalam suasana yang lebih bererti, gembira, meyakinkan dan menyeronokkan.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga merupakan proses untuk melahirkan barisan
kepimpinan negara pada masa akan datang. Ini diperoleh melalui aktiviti persatuan,
badan beruniform serta sukan dan permainan. Murid akan dilantik menjadi pengerusi,
dilatih berpidato dan sebagainya. Mohd Hamidi (2002), menyatakan ilmu kepimpinan
dan mengurus bukan seperti orientasi ilmu akademik yang kebanyakannya berkisar
dalam kelas dan kertas-kertas ujian, tetapi melalui satu pendidikan yang mesti dialami
dan dilaksanakan sendiri oleh pelajar tersebut, kerana memimpin dan mengurus perlu
berhadapan dengan manusia.
Lantaran itu, apabila pelajar diberikan tugas atau tanggungjawab mengurus dan
memimpin persatuan, kelab, badan beruniform atau permainan, maka secara tidak
langsung mereka akan memimpin dan mengurus subordinat (ahli-ahlinya). Proses
memimpin dan mengurus ini memerlukan kebijaksanaan, komunikasi, psikologi dan
strategi yang berkesan.
2.4.3 Integrasi
Perpaduan kaum seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia dalam
perutusan Tahun Baru 2002 kepada warga pendidik, iaitu perpaduan akan terus
menjadi agenda utama bagi memupuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikan di
negara kita. Kita akan terus mempergiatkan lagi program dan aktiviti yang melibatkan
penyertaan pelajar dari pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan, terutamanya melalui
kegiatan kokurikulum seperti program sukan dan berpersatuan.
2.4.4 Murid
Bagi murid, mereka kurang didedahkan kepada keberkesanan menyertai aktiviti
kokurikulum. Menurut Halim Md Salleh (2002), dengan kemahiran-kemahiran dan
pengetahuan yang dipelajari semasa mengikuti aktiviti kokurikulum, pelajar diharap
boleh memupuk satu gaya hidup yang sihat. Ini bermakna mereka akan terus
melakukan aktiviti ini sekurang-kurang 30 minit setiap sesi dalam masa 3 kali seminggu.
Sementara itu, Wee Eng Hoe (1996), menyatakan kegiatan kokurikulum juga dapat
mengukuhkan interaksi antara murid sekali gus memupuk integrasi antara kaum di
samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh
kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warga negara
yang berguna dan produktif.
Pengetahuan yang diperoleh semasa mengikuti aktiviti kokurikulum juga akan
menyebabkan murid berasa yakin, kerana guru yang berpengetahuan dan berkemahiran
akan mengajar mereka cara untuk mengatasi keresahan atau kebimbangan, terutama
ketika menghadapi sesuatu kejohanan atau pertandingan, tidak kira di peringkat zon,
daerah, negeri ataupun kebangsaan. Contohnya, mereka mungkin diajar melakukan
latihan imageri, mental rehearsal ataupun simulasi oleh guru sebelum bertanding.
Anuar Din (2003) pula menyatakan bahawa murid akan berasa yakin dan dapat
mengurangkan perasaan bimbang apabila bertanding dengan melakukan perkaraperkara yang telah diajar oleh guru atau jurulatih mereka. Di samping itu, aktiviti
kokurikulum juga dapat menghindarkan diri pelajar daripada aktiviti yang tidak
berfaedah seperti lumba haram.

10

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


Dengan melakukan aktiviti kokurikulum, murid dapat mengurangkan atau pun
mencegah penyakit berkaitan dengan kardiovaskular, murid akan bertenaga, pihak
sekolah akan dapat memilih pelajar terbaik untuk mewakili sekolah dalam pelbagai
aktiviti kokurikulum contohnya, pertandingan dalam aktiviti sukan, disiplin pelajar secara
tidak langsung akan meningkat dengan pembentukan sahsiah melalui aktiviti
kokurikulum. Kerajaan pula dapat mengurangkan kos perubatan kerana menjangkakan
semua orang akan mengamalkan gaya hidup sihat, melahirkan pemimpin yang
berwibawa, semangat juang yang tinggi, dapat mengurangkan kadar kematian pada
peringkat umur yang masih muda, meningkatkan produktiviti negara. Secara tidak
langsung sekolah berjaya melahirkan modal insan seperti yang disarankan oleh YAB
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang Kelima.
2.5 Cara Mengatasi Pelaksanaan Kokurikulum
2.5.1 Pentadbir
Guru besar, Guru Penolong Kanan terutamanya GPK kokurikulum seharusnya diberikan
penerangan yang lebih terperinci oleh KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri.
Penerangan tentang pentingnya kokurikulum kepada murid untuk memasuki SBP.
Penerangan ini mungkin boleh disampaikan melalui kursus, bengkel atau pun seminar.
Selain itu, dengan melantik pengetua atau GPK Kokurikulum sebagai AJK di peringkat
daerah, negeri atau negara juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan mereka
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2.5.2 Guru
Pentadbir sekolah seharusnya memberi penekanan kepada setiap guru di sekolah
mereka. Pentadbir harus memberitahu setiap guru kepentingan kokurikulum kepada
pelajar, seperti kesihatan, kerjasama, integrasi, terutama kepada pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran ke IPTA. Selain itu, usaha yang berterusan ini harus diselaraskan
dengan kempen-kempen mengenai kesihatan, ceramah-ceramah daripada mereka yang
berkecimpung dalam bidang ini, seperti guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan ataupun guru sains sukan, sesi bimbingan dan kaunseling yang
boleh dianjurkan oleh pihak sekolah, sama ada pada hari kokurikulum dijalankan,
perhimpunan sekolah atau dalam program lain yang boleh memberi kesedaran kepada
pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri.
Bagi melaksanakan satu aktiviti kokurikulum yang berkesan, guru-guru juga
perlu dihantar oleh pihak sekolah untuk menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh
pihak-pihak tertentu, seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran
Bahagian/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini
kerana, pengetahuan yang diperoleh semasa berkursus akan meningkatkan keyakinan
guru untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan. Penekanan berkaitan dengan Akta Pendidikan 1996 Jilid 42. No 11
Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196 seperti yang telah dinyatakan harus
disebut selalu kepada setiap guru, terutama semasa mesyuarat kokurikulum dijalankan.
2.5.3 Murid
Murid harus diberitahu tentang kepentingan kesihatan diri, penyakit yang berkaitan
dengan kardiovaskular. Pihak pentadbir, GPK kokurikulum, Setiausaha kokurikulum dan
semua guru harus memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya kokurikulum
untuk masa depan pelajar. Ketidakhadiran semasa aktiviti kokurikulum boleh diatasi
11

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


melalui unit bimbingan dan kaunseling setiap sekolah. Unit Bimbingan dan kaunseling
mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar
tentang peri mustahaknya menyertai aktiviti kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga
harus menggunakan sistem merit dan demerit kepada pelajar bagi kegiatan aktiviti
kokurikulum. Sementara bagi pelajar yang masih ingkar, tindakan disiplin boleh diguna
pakai bukan untuk hukuman tetapi sebagai pengajaran.
2.5.4 Kemudahan
Terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi membolehkan
kegiatan aktiviti kokurikulum berjalan lancar. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh
mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah ini, contohnya dengan
pembelian peralatan sukan. Selain itu, masalah kekurangan padang atau kawasan untuk
aktiviti kemahiran sukan atau badan beruniform terhad, GPK Kokurikulum, Setiausaha
dan Penyelaras aktiviti perlu menyusun jadual yang adil bagi semua kelab atau
permainan serta badan beruniform, agar mereka tidak melakukan aktiviti praktikal
dalam satu masa yang sama.
2.5.5 Penjaga
Terdapat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk melihat
anak mereka ke menara gading hingga memberikan tumpuan yang sepenuhnya
terhadap kurikulum sahaja. Oleh yang demikian, ibu bapa atau penjaga harus diberi
kesedaran dan penerangan melalui ceramah motivasi, semasa mengambil buku rekod
pencapaian pelajar, semasa mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) diadakan,
hari Anugerah Kecemerlangan Akademik atau pun semasa Kejohanan Sukan Olahraga
peringkat sekolah.
Selain itu, semasa ceramah motivasi yang diadakan harus diterapkan dengan
unsur-unsur penjagaan kesihatan diri anak-anak, dengan memberikan fakta-fakta
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak
Kementerian Kesihatan dan KPM. Penerangan ini penting untuk memberikan input
bermakna kepada penjaga atau ibu bapa tentang mustahaknya anak mereka melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum.
2.5.6 Anugerah Kecemerlangan
Sekolah boleh mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum seperti yang
dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2006. Anugerah ini dilaksanakan bagi
memberi pengiktirafan kepada murid, sekolah seterusnya menjadi pemangkin bagi
menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum. Anugerah kecemerlangan ini dinilai
bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Sebanyak tujuh anugerah
telah diberikan, antaranya Murid Cemerlang Kokurikulum.
2.6 Kesimpulan
Kokurikulum dan kurikulum diibaratkan seperti aur dengan tebing. Murid saling
memerlukan antara kedua-duanya. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa
kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum di sekolah. Selain itu, kokurikulum
sangat penting untuk merapatkan hubungan kaum di Malaysia seperti yang dinyatakan
oleh Prof Khoo Kay Kim (2006), Kita perlu mencari jalan bagi membolehkan pelajar
bergaul. Bagi saya sukan (kokurikulum) adalah paling efektif, tetapi sekarang sukan
diketepikan. Walau bagaimanapun, kita boleh memperbetulkan keadaan dalam bidang
12

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


sukan. Perhatikan apabila ahli sukan seperti Lee Chong Wei, Nicol Ann David, Shalin
Zulkifli dan Pandalela Rinong meraih kejuaraan antarabangsa, setiap rakyat Malaysia
berbangga dan melupakan faktor perkauman.
Melalui integrasi kedua-dua komponen ini, iaitu kokurikulum dan kurikulum,
maka sudah tentu kita dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bijak bukan sahaja dari
segi intelektual tetapi juga jasmani dan kesihatan, rakyat yang mindanya cerdas dan
fizikalnya cergas. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan rakyat perlu
melibatkan diri dalam berbagai-bagai aktiviti sukan, kerana ia pelaburan yang paling
baik untuk kesihatan pada masa hadapan. Antara kata-kata hikmah bekas YAB Perdana
Menteri ialah Kita bukan sahaja mahu negara kita maju dari segi ekonomi tetapi mahu
rakyat bahagia dan sihat. Kebahagiaan tidak akan datang tanpa badan yang sihat.
Justeru menjadi kewajipan kita memberi perhatian kepada aspek kesihatan selain
sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan pelbagai aspek lain yang berkaitan
pekerjaan kita. Rakyat juga perlu menjaga kesihatan supaya tidak mudah terkena
penyakit dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang dapat dilakukan dengan kegiatan
senaman dan latihan gerak badan lain.
Murid merupakan aset negara dan bukannya liabiliti, persepsi ini harus
diterapkan ke dalam minda semua warga pendidik di Malaysia. Oleh itu, mereka
seharusnya mendidik mereka dengan menyampaikan ilmu pengetahuan secara total,
dan bukannya mengabaikan sebahagian dan memberi fokus kepada bahagian yang lain.
Kurikulum dan kokurikulum seharusnya diajar seiring.
Latihan
1. Bincangkan faktor internal dan eksternal yang menyebabkan aktiviti kokurikulum
sukar dilaksanakan di sekolah secara berkesan.
2. Huraikan peranan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam
mempastikan aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan imej sekolah.
3. Jelaskan fungsi pentadbir sekolah dan guru/penasihat/jurulatih dalam menarik minat
murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

13

You might also like